Selasa, 2 Ogos 2011

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Badut Rakyat: RM 1.4 JUTA UNTUK RAKYAT <b>DI JELI</b>,<b>KELANTAN</b> !!!

Posted: 30 Jul 2011 07:30 PM PDT

Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) meluluskan RM1.4 juta bagi membaik pulih dan juga membina 456 buah rumah di kawasan Parlimen Jeli.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu adalah untuk membantu golongan miskin di kawasan Parlimen Jeli menerusi program baik pulih rumah orang miskin Kesedar.

"Mengikut perancangan,sebanyak 210 rumah akan dibaik pulih bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga,44 buah dibaik pulih di kawasan DUN Air Lanas manakala selebihnya di DUN Kuala Balah," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran baik pulih rumah DUN Air Lanas, di sini.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata,empat buah rumah penduduk miskin akan dibina di DUN Bukit Bunga dan sebuah di Air Lanas.

"Kesemua rumah orang miskin yang akan dibaik pulih diberikan peruntukan RM3,000 setiap sebuah dan projek baik pulih itu dijangka selesai sebelum Aidilfitri," katanya.

Pembinaan rumah rakyat miskin dijangka bermula Ogos ini dan dijadual siap dalam tempoh tiga bulan. —Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads