Rabu, 24 Ogos 2011

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


TREN LANGGAR GAJAH , SEEKOR DARI DUA GAJAH ITU MATI DIREMPUH TREN ....

Posted: 21 Aug 2011 07:30 PM PDT

Assalamualaikum semua..

hai korang.. selamat pagy .. huhu .. bestnye hari ni bangun lambat sikit daripada biasa sebab hari ni cahaya cuti yeahhh.. selonok.. selonok ngeeee mesti korang jeles kan lalala

saje je cahaya amek cuti hari ni ate cuti pun masih banyak lagi buat ape simpan2 kan hehe.. ok la mangun2 je terus rasa nak hapdate blog sebab baca pasal gajah ni sian gajah tu

korang dah baca ? kalau belum baca lagi meh baca story ni yang cahaya petik dari Metro Online... meh2..

KUALA KRAI: Kira-kira 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bharu cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, menyebabkan pemandu tren terbabit terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut sebelum terpaksa melanggar ibu dan anak gajah terbabit yang dilihat sedang melintasi landasan berkenaan.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Fazil Ismail berkata, situasi mencemaskan itu menyebabkan perjalanan tren terbabit tergendala kira-kira enam jam sebelum meneruskan perjalanan kira-kira jam 4.30 pagi sebaik koc digantikan dengan yang lain.

"Kejadian berlaku ketika tren KTM berada antara Bukit Abu ke Manek Urai. Ketika itu, dua ekor gajah berkenaan dilihat sedang melintas jalan menyebabkan tindakan memberhentikan kenderaan terpaksa dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Meskipun pemandu lokomotif sudah membunyikan hon, tetapi berikutan jarak terlalu hampir menyebabkan berlaku rempuhan sebelum kedua-dua gajah terbabit maut, termasuk anak gajah terbabit tersepit di bawah koc, manakala ibunya pula tercampak ke dalam gaung," katanya ketika di temui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat lokomotif dari Tumpat untuk membawa keluar tren berkenaan ke Kuala Krai, sebelum perjalanan diteruskan.


"Kami terpaksa menggunakan khidmat jengkaut untuk mengeluarkan anak gajah terbabit selepas tersepit di bawah lokomotif selepas terseret kira-kira 700 meter menyebabkan lokomotif berkenaan mengalami kerosakan sebelum ditunda ke Kuala Krai.

"Sebaik tiba di stesen terbabit, perjalanan kemudian diteruskan seperti biasa, manakala kejadian berkenaan tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada penumpang," katanya.

Penduduk Kampung Slow Pak Long, Norzawawi Mohd Nor, 37, berkata kemalangan membabitkan dua ekor gajah itu diketahui kira-kira jam 9 pagi sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat situasi sebenar.
p/s : sian gajah tu ... tapi nasib  baik penumpang semua terselamat.. 
terima kasih kerana sudi membaca..sila datang lagi :)

TANX PADA KORANG YANG SUDI KLIK MY HEARTBEAT ;) sUdi sUdilah KLIK my HEartBeat kat atas ni ye maceh ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads