Rabu, 24 Ogos 2011

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


aspirasi mentor 1: Lawatan Penanda Aras ke SK Seri <b>Wakaf Bharu</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2011 07:10 AM PDT

                                         
                            Ucapan Terima Kasih kepada Zoom A oleh  Pengerusi MGB Hulu Selangor

Lawatan Penanda Aras merupakan lawatan kerja yang sewajarnya di buat sama ada di dalam daerah atau melangkaui ke negeri-negeri lain malahan sewajarnya ke luar negara. Lawatan kerja secara perkongsian ilmu ini dapat memotivasikan di kalangan yang terlibat bahkan ia merupakan perkongsian pengalaman dalam pengurusan sesebuah organisasi dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan. Setiap pentadbir mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mengurus jabatan di bawah tanggung jawab dan amanah yang di berinya.

Jesteru itu Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor di bawah kepimpinan Encik Zakaria bin Ismail, Guru Besar SK Serendah telah membawa 26 orang guru besar sekolah kebangsaan ke Kelantan dan Terengganu. Lawatan berobjektifkan mencari alternatif gaya pengurusan dan perkongsian ilmu ke SK Seri Wakaf Bharu ,Tumpat Kelantan sebagai satu penanda aras kepimpinan yang cemerlang . Lawatan ini juga memberi ruang interaksi secara tidak formal di kalangan guru besar di daerah ini melalui pelbagai aktiviti yang di sediakan.
MGB Hulu Selangor di sambut dengan paluan kompang dan pancak silat


Penulis membuat catatan maklumat dari barisan Penolong Kanan SK Seri Wakaf Bharu

Lawatan tersebut telah memberi Impak besar kepada barisan pentadbir sekolah daerah apabila Pegawai Perhubungan MGB-PPDHS Tuan Haji Rahim bin Omar turut serta dalam lawatan ini . Ucapan perasmian dalam mesyuarat Agung Ke 11 Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor, beliau menekankan keperluan kerjasama di kalangan guru besar daerah bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di daerah Hulu Selangor serta mengambil iktibar dari lawatan penanda aras ke SK Seri Wakaf Bharu, Kelantan. Kejayaan sekolah tersebut setanding dengan kejayaan beberapa sekolah di daerah Hulu Selangor dan semua guru besar di seru untuk memantapkan kualiti pengurusan yang sedia ada. Beliau turut memaklumkan  kecemerlangan sekolah-sekolah seperti SK Seri Fajar, SK Rasa , SK Ulu Yam Lama dan SK Taman Bunga Raya 1 dalam mengukir kejayaan dan kecemerlangan pengurusan.
Ketika sesi "Terapi Minda" beliau juga turut memberi sumbang saran dan memotivasi secara personel atau kumpulan kecil dalam membantu pentadbir-pentadbir sekolah daerah dalam menghadapi cabaran dalam mengurus sekolah.Peranan kecil tetapi memberi keberkesanan dalam stail pengurusan yang wajar di amalkan sebagai seorang Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah malahan stail kepimpinan seorang guru besar. Bak kata pepatah ular menyusur akar, beliau yang merendah diri tidak jatuh mertabatnya sebagai Pengelola Cemerlang.
Semoga sesi lawatan kerja anjuran Majlis Guru Besar Daerah Hulu Selangor akan memberi manfaat kepada ahli yang turut serta dan perkongsian ilmu, pengalaman dan pengurusan yang berkualiti dijadikan iktibar untuk mensarjanakan lagi budaya kerja pentadbir-pentadbir sekolah.



    

Penulis mencuba bakat membuat batik lukisan tangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads