Khamis, 22 September 2011

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Pemuda KB Anjur Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Fatmi <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 12:58 AM PDT

Irwan Harman

KOTA BHARU – Lebih 5,000 pemain dijangka akan menyertai Kejohanan Liga Bola Sepak 11 Sebelah bagi merebut Piala Datuk Fatmi 2011 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM55,000 dijadualkan bermula pada 18 November ini.

Kejohanan julung kali itu dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu berkonsepkan `Sukan Untuk Semua' diadakan bertujuan mewujudkan perpaduan nasional dan membentuk budaya sukan terutama golongan muda serta masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Rosmadi Ismail berkata, kejohanan itu sekaligus bagi melahirkan pemain yang berpotensi ke peringkat lebih tinggi di samping memantapkan lagi hubungan masyarakat dengan pemimpin, agensi kerajaan termasuk swasta.

Katanya, selain itu secara tidak langsung dapat mengukuhkan program pembangunan sukan dan memantapkan lagi sukan bola sepak dalam penglibatan semua lapisan masyarakat dari semua peringkat.

"Pihak kita menjangkakan sebanyak 340 pasukan menyertainya yang melibatkan tiga kawasan Dewan Udangan Negeri (DUN) iaitu Bunut Payong , Kota Lama dan Tanjong Mas dimana penyertaannya terbuka pada golongan belia, pelajar , Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

"Saya berharap mendapat sokongan dan sambutan daripada semua lapisan masyarakat dalam penglibatan kejohanan ini dan jika sasaran pemain seramai 5,000 mencapai matlamatnya pihak kita akan mencatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai peyertaan pemain paling ramai," katanya ketika ditemui pada taklimat mengenai kejohanan itu di sini semalam.

Beliau berkata, pasukan muncul johan di peringkat peti undi akan menerima wang tunai RM500, piala iringan dan medal manakala naib johan membawa pulang wang tunai RM300 dan medal manakala tempat ketiga dan keempat menerima wang tunai RM200 dan RM100.

Tambahnya, pada peringkat parlimen pula pasukan muncul johan akan menerima wang tunai RM8,000 , piala iringan dan medal manakala naib johan menerima wang tunai RM5,000 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing menerima RM3,000 dan RM2,000.

Penyertaan setiap pasukan adalah percuma dan setiap pemain akan dibekal dengan sehelai jersi serta t-shirt dan sebiji bola.

"Pelaksanaan tempat perlawanan peringkat peti undi DUN Bunut Payong akan diadakan di padang Maktab Sultan Ismail (SIC) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) manakala DUN Kota Lama di padang SIC dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Chat.

" Sementara DUN Tanjong Mas di Kompleks Belia dan Sukan , Panji, SMK Tanjong Mas dan SMK Dato' Ahmad Maher dan bagi peringkat parlimen pula akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dan Kompleks Sekolah-Sekolah dijangka bermula pada bulan Disember," ujarnya.

Tambahya, antara pasukan dari DUN Bunut Payong yang terllibat ialah Kampung Sireh Bawah Lembah, Wakaf Siku, Jalan Raja Dewa, Telipot, Kampung Belukar, Bunut Payung Hilir, Pintu Geng, Kota Utara, Kampung Wakaf Che Yeh dan Lundang.

Sementara itu katanya, bagi DUN Kota Lama pasukan terlibat ialah, Kubang pasu, Kelochor , Kebun Sultan , Merbau, Atas Banggol , Jalan Pejabat Pos Lama, Bandar, Padang Garong, Padang Bongor, Kampung Dusun , Kubor Kuda dan Kampung Sireh.

"Pasukan dari DUN Tanjong Mas pula ialah Kok Pasir , Wakaf Mek Zainab, Tanjong Chat, Sungai Keladi, Khatib Ali , Cherang , Kampung Bayam, Langgar dan Paya Bemban," jelasnya.

Katanya, sebarang pertayaan lanjut pemain boleh menghubungi sekretariat kejohanan itu 09-7475742 atau Wan Man (012-9298068), Ayie (013-9821822), Adnan (014-8461666) dan Rokma (013-6362295).

–KHABAR KB.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads