Khamis, 22 September 2011

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


LALULINTAS MULA SESAK <b>DI KOTA BHARU</b> « KELANTAN DARUL <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 04:21 AM PDT

Kesesakan jalan memang nyata

Dua tiga hari yang lalu,  seorang teman menceritakan kepada saya,  kalau boleh tak perlulah ke Kota Bharu untuk membeli belah,  kerana sekarang keadaan lalulintas sudah mula sesak.   Katanya,  pada hari itu dia pulang dari tempat kerjanya di Pengkalan Chepa menuju ke rumahnya di bandar.  Biasanya dia mengambil masa kira-kira 20 minit atau selewat-lewatnya 30 jam untuk sampai ke rumah.   Pada hari berkenaan,  hampir satu jam barulah dia sampai.

Hari ini,  giliran saya pula terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.   Saya dari Pengkalan Chepa juga,  menuju ke Wakaf Che Yeh.  Setelah beberapa minit berada di jalan besar yang sudah mula sesak,  saya pilih keluar ke Jalan Long Yunus.  Pada fikiran saya,  tentulah keadaan agak tidak begitu sesak.  Tetapi saya salah teka.  Sepanjang Jalan Long Yunus memang penuh sesak dengan kereta yang menuju ke Jalan Sultan Yahya Petra atau pun Jalan Telepot.  Lama juga terpaksa saya menuggu sebelum dapat keluar dari kesesakan ini.

Beginilah keadaannya.  Lagi hampir tibanya 1 Syawal,  lagi sukar hendak bergerak di Bandar Raya Islam Kota Bharu ini.  Keadaan ini adalah ulangan keadaan pada tiap tahun apabila tiba musim Aidilfitri.   Keadaan ini akan bertambah buruk,  bila hujan turun.

Saya biasa juga tinggal di lain-lain bandar di negara ini.  Saya pernah di Johor Bharu,   Melaka,   Alor Star,   Ipoh dan banyak lagi tempat,  tetapi kesesakan jalan raya tidaklah sampai pada tahap yang terdapat di Kota Bharu di kala perayaan Aidilfitri.   Mungkin keadaan ini tidaklah 'sehebat' di Kuala Lumpur.

Sebab jalan raya di bandar ini penuh sesak,  mudah sahaja jawapannya.  Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan …

Di mana juga keadaannya sama

yang berkhidmat dan mencari rezeki di perantauan … pulang menziarah sanak saudara semasa cuti Aidilfitri.

Kalau kita berada di  Jalan Kuala Krai,  menghala ke  selatan … ke Machang … ke Kuala Krai … ke Gua Musang dan seterusnya … pada bila masa juga … tak kira hari perayaan atau tidak … keadaannya lalulintas adalah sama … sesak.

Pembinaan lebuh raya empat laluan yang dicadangkan itu,  memang kena pada waktu dan tempatnya.  Ini mungkin boleh meredakan keadaan hari ini.

Itu pun tidak tahulah kita untuk berapa lama … sebelum kesesakan tiba semula.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads