Jumaat, 30 September 2011

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Informasi Malaysia Kini » Pelajar UITM <b>Machang</b> Mati Lemas <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 09:19 PM PDT

Assalamualaikum dan salam tengahari. Sedang kecoh-kecoh tentang kebakaran Kolej Jati di Uitm Shah Alam, kini gempar pula seorang penuntut Uitm Machang mati lemas selepas tersilap agak kedalaman jeram di Pusat Perkelahan Jeram Linang di Machang, Kelantan. Aku pernah pergi Uitm Machang ni. Tapi dah lama la. Aku agak dalam tahun 2002 atau 2003. Lawatan Silat Cekak Ustaz Hanafi dari INTEC ke Uitm Shah Alam. Ada juga tragedi masa tu di mana pemandu bas rombongan telah dilanggar kereta dan menyebabkan pendarahan yang teruk di kaki. Semasa kejadian, pemandu tengah nak cari-cari tempat sesuai untuk parking bas kerana ketika itu kami rancang mahu singgah satu jeram. Aku lupa namanya. Ke nama Jeram tu Linang. Anyway, nasib baik alhamdulillah semua pun selamat. Berbalik kepada berita pelajar Uitm Machang maut ni, aku mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Al-fatihah. P/S: Maut itu pasti, tiada siapa boleh lambatkan atau cepatkan datangnya kematian itu. Sesungguhnya perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan. Maka marilah kita semua beringat tentang kematian ini. Rugi bagi orang yang selalu terlupa.

Gambar hiasan: Seorang penuntut menunjuk tempat bahaya di sebuah jeram di Kelantan

MACHANG 28 Sept. – Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di Machang lemas ketika berkelah di Pusat Perkelahan Jeram Linang di sini, tengah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, mangsa, Noor Hasnizawati Othman, 18, berasal dari Taman Puteri Lindungan, Ipoh, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Machang (HM).

Rakan mangsa, Nor Aina Abd. Muaz, 18, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan mangsa serta 11 lagi rakan pergi ke kawasan perkelahan itu dengan menggunakan van universiti berkenaan.

"Ketika sampai, rakan-rakan yang lain duduk di tepi jeram, manakala saya dan mangsa yang juga pelajar tahun satu Diploma Pengurusan Maklumat terus terjun ke dalam jeram untuk mandi. Tiba-tiba kaki kami tidak sampai ke bawah.

"Ketika itu keadaan jadi kelam-kabut kerana kami panik. Saya sempat berpaut pada batu. Noor Hasnizawati menarik baju dan tudung saya, tetapi terus hilang. Saya kemudian dapat naik dan meminta bantuan daripada orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nor Aina berkata, seorang pengunjung di kawasan itu terjun ke dalam jeram dan terus membawa mangsa naik ke atas.

"Selepas diberikan bantuan pernafasan, Noor Hasnizawati tidak memberi sebarang maklum balas sebelum salah seorang daripada kami membawanya ke hospital.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sana," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Malik Bedot ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa telah dibedah siasat dan jenazahnya telah dibawa pulang ke kampungnya oleh keluarganya lewat petang tadi," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia Online

Penuntut UITM <b>Machang</b> Mati Lemas <b>di</b> Pusat Perkelahan Jeram <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 05:17 PM PDT

No of View :224

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di Machang lemas ketika berkelah di Pusat Perkelahan Jeram Linang di sini, tengah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, mangsa, Noor Hasnizawati Othman, 18, berasal dari Taman Puteri Lindungan, Ipoh, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Machang (HM).

Rakan mangsa, Nor Aina Abd. Muaz,18, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan mangsa serta 11 lagi rakan pergi ke kawasan perkelahan itu dengan menggunakan van universiti berkenaan.

"Ketika sampai, rakan-rakan yang lain duduk di tepi jeram, manakala saya dan mangsa yang juga pelajar tahun satu Diploma Pengurusan Maklumat terus terjun ke dalam jeram untuk mandi. Tiba-tiba kaki kami tidak sampai ke bawah.

"Ketika itu keadaan jadi kelam-kabut kerana kami panik. Saya sempat berpaut pada batu. Noor Hasnizawati menarik baju dan tudung saya, tetapi terus hilang. Saya kemudian dapat naik dan meminta bantuan daripada orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nor Aina berkata, seorang pengunjung di kawasan itu terjun ke dalam jeram dan terus membawa mangsa naik ke atas.

"Selepas diberikan bantuan pernafasan, Noor Hasnizawati tidak memberi sebarang maklum balas sebelum salah seorang daripada kami membawanya ke hospital.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sana," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Malik Bedot ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa telah dibedah siasat dan jenazahnya telah dibawa pulang ke kampungnya oleh keluarganya lewat petang tadi," katanya.

Incoming search terms:

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads