Isnin, 3 Oktober 2011

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Pas <b>Kelantan</b> Tutup Kebenaran.! « Terompah Besi ™

Posted: 03 Oct 2011 05:19 AM PDT

Dalam keadaan panik Pas Kelantan kini cuba berdolak-dalik dengan menutup kebenaran kenyataan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang menyifatkan sokongan bukan Islam kepada Pas semakin merosot akibat hudud.

Dengan cepatnya Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan secepat mungkin membuat kenyataan dalam harakadaily mengatakan pandangan DHPP yang dilaporkan media kurang tepat.

Hakikatnya, kurang tepat tidak bermakna salah, cuma aspek laporan disiarkan tidak menepati citarasa Pas.

Dr Mohamed Fadzli menjelaskan beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan ingin membuat penegasan bahawa DHPP lahir dari kesedaran di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa perjuangan yang dibawa oleh Pas bukan sahaja untuk menentang BN malah adalah untuk keadilan dan kesejahteraan semua kaum tanpa mengira agama.

Beliau dengan sendirinya mendakwa bahawasanya, sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap penting PAS, kelab penyokong Pas di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan Pas untuk melaksanakan keseluruhan syariat Islamiah termasuk juga hukum hudud.

"Malah ada di kalangan pimpinan DHPP sendiri yang meminta supaya hukuman hudud ini dilaksanakan menggantikan undang-undang jenayah yang ada kerana ia lebih adil dan diyakini mampu menyelesaikan ancaman jenayah yang amat menggerunkan dalam negara kita sekarang ini," ujarnya .

Ujarnya tidak patut timbul soal DHPP tidak faham dengan sikap Pas kerana beliau yakin keseluruhan ahli DHPP sudah sedia maklum dan faham benar akan matlamat perjuangan Pas.

Tambahnya, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang dikenali sebagai Enakmen Hudud ini telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1993 lagi.

Isu hudud Pas kini ibarat jatuh ditimpa tangga apabila orang Melayu sudah hilang keyakinan terhadap Pas dalam melaksanakan hudud.

Pelaksanaan hudud itu tidak dijalankan berikutan keputusan Majlis Pakatan Pembangkang (MPP) minggu lepas, yang dihadiri PAS, DAP dan PKR. Tetapi Kerajaan Pas Kelantan masih mahu melaksanakannya sekaligus menimbulkan kekeliruan.

Justeru,  Dewan Himpunan Penyokong Pas Kebangsaan (DHPP) menjangkakan sokongan terhadap Pas di kalangan bukan Islam di negeri sebelah pantai barat akan merosot pada Pilihan Raya Umum ke-13, berikutan isu hukum Hudud.

Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, walaupun DHPP sebagai salah satu sayap parti itu, tetapi tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan。

Beliau berkata, bukan Islam memberi sokongan kepada Pas dan Pakatan Rakyat adalah kerana mereka mahukan satu pembaharuan dalam ideologi politik yang sesuai dengan suasana negara ini.

"Di Kelantan, ia mungkin tidak ketara kerana bukan Islam adalah kalangan minoriti, tetapi hudud menjadi isu besar isu besar dalam masayarat bukan islam di pantai barat, kerana yang mereka mahukan ialah suatu pembaharuan dari segi corak pemerintahan dan bukan hudud.

"Tiba-tiba Pas bawa isu hudud, walaupun dikatakan hanya untuk laksana di Kelantan, tapi ia menimbulkan tanda tanya sama ada ia adalah satu langkah pertama, satu percubaan Pas.

"Saya tidak nafi bahawa Pas memang tidak pernah ajak DHPP bincang (soal pelaksanaan Hudud) atau rujuk bagi dapatkan pandangan bukan Islam, malah tidak pernah jemput kami bersama dalam mana-mana peringkat mesyuarat pun. Ini merupakan satu kecuaian Pas."

Hu yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran KotaBharu,berkata Pas tidak boleh rumuskan bahawa hudud mendapat sokongan bukan Islam di Kelantan, memandangkan jumlah kaum Cina hanya tiga peratus berbanding jumlah penduduk seramai 1.5 juta orang.

Katanya, Pas harus berpegang kepada ajaran Islam yang mengutamakan ciri-ciri menerang dan mendidik iaitu mendakwah, namun apa yang berlaku di Malaysia ialah melarang dan menghukum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads