Isnin, 10 Oktober 2011

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Gua Musang</b> | My Berita

Posted: 05 Oct 2011 01:20 AM PDT

KOTA BHARU – Kira-kira 7,000 pengguna di jajahan Gua Musang menghadapi masalah bekalan air bersih selama seminggu mulai semalam hingga Isnin ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) Hazwan Hassan berkata, gangguan itu berikutan kerosakan pam air mentah di loji rawatan air di Sungai Ketil dekat situ sejak dua hari lepas.

Beliau berkata, kerosakan itu juga menyebabkan kapasiti pengeluaran bekalan air bersih menurun secara mendadak.

"Antara kawasan terlibat ialah Bandar Gua Musang sendiri dan sekitarnya yang membabitkan kira-kira 7,000 pemegang akaun di kawasan berkenaan," katanya.

Hazwan berkata, kerja-kerja membaik pulih loji tersebut sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya Isnin depan.

Beliau berkata, pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan melalui nombor 1300-88-2572 untuk maklumat lanjut berhubung perkara itu. – Bernama

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads