Sabtu, 4 Februari 2012

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: 901 : Lebih 40000 Sambut Anwar <b>di Machang</b>

Posted: 05 Jan 2012 07:01 PM PST

Padang Majlis Daerah Machang (MDM) malam tadi penuh sesak dengan orang yang datang untuk mendengar pesanan dan peringatan Anwar Ibrahim menjelang hari menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas tuduhan meliwat. Kira-kira 40,000 orang ramai yang datang dari segenap penjuru di Kelantan untuk mendengar amanat dari tokoh yang didoakan bakal menjadi pemimpin nombor satu Malaysia.

Sejak dari Ashar lagi orang ramai terutamanya dari Gua Musang, Jeli dan termasuk dari Terengganu sudah mulai memenuhi padang MDM. Cuaca yang cerah tanpa hujan tambah menarik minat orang ramai untuk mengikuti amanat Anwar.

Walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang bergelora di dalam hati Anwar bagi menghadapi 9 Januri, tetapi beliau seperti biasa terus membakar semangat rakyat dan memberi harapan agar terus berjuang dan melawan untuk menjatuhkan UBN.

Katanya dirinya tidak penting yang penting rakyat dan UBN mesti dijatuhkan untuk memastikan rakyat selamat. Ketidakadilan, korupsi, penyelewengan dan pengkayaan kroni di dalam Umno hendaklah di tentang habis-habisan.

Bagi dirinya, katanya dia akan bersama rakyat walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Malam kelmarin katanya beliau bersama keluarga sudah berbincang untuk menghadapi apa saja kemungkinan. "Kami berbincang dan keluarga memutuskan agar saya menghadapinya tanpa melarikan diri... bagi mengelakkan diri di penjara," katanya penuh semangat.

"Iya saya mengambil keputusan untuk bersama rakyat walaupun apa akan terjadi," katanya disambug dengan laungan dan takbir.

Keputusan itu menjelaskan bahawa Anwar sudah membuat perhitungan rela mati kerana memperjuangkan keadaan kepada rakyat dan meruntuhkan sistem pemerintah UBN yang zalim dan tidak adil.

Dengan gaya seorang pidato bebas tanpa duduk di restrom dan bergerak ke segenap penjuru pentas Anwar sekali lagi mengulangi komitmen Pakatan Rakyat terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara. Katanya sekiranya Pakatan Rakyat diberi kemenangan, segala keperluan rakyat yang terdesak kini dan tidak dapat diatasi oleh kerajaan UBN seperti masalah kenaikan harga barang, pengangguran akan diatasi.

"InsyaAllah kalau hari ini kita menang, esok juga kita akan turunkan harga petrol", katanya di sambut laungan takbir Allahuakbar.

"Sekiranya kita menang kita akan tuntut royalti minyak supaya dikembalikan ke Kelantan," sambugnya, sekali lagi disambut dengan gemuruh oleh para hadirin. Di celah-celah sambutan itu terdengar jeritan dan pekikkan tumbang kan Umno pengkhinat.

Dalam pidato selama kira-kira 45 minit itu Anwar mengajak rakyat supaya tidak terpengaruh dengan gula-gula atau sogokan kewangan oleh Umno. "Anak muda jangan mudah terpengaruh dengan wang RM50 sehingga menggadaikan maruah negara," pesannya.

Sebelum Anwar, turut menyampai ucapan Pengerusi Perhubungan PKR Kelentan Abdul Aziz Kadir, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan Nasruddin Daud yang mengganti Tok Guru yang sepatutnya hadir tetapi terpaksa membatalkan kerana kurang sihat.

Semua pemimpin PKR peringkat cabang dan negeri hadir. Turut sama kelihatan di pentas Angoota Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim Wan Abdulah, Adun Gaal Dr Nik Maziah Nik Mohamad dan lain-lain.

Sebelum tiba di MDM Anwar telah mengadakan pertemuan dan berdialog rengkas dengan para mahasiswa dan juga blogers bertempat di Darul Quran di Labak. Anwar sempat memberi penjelasan kepada beberapa persoalan yang ditimbulkan termasuk mengenai masa depan Pakatan Rakyat sekiranya beliau di penjara.

Kata Anwar tanggapan Pakatan Rakyat akan berpecah dan hancur sekiranya beliau di penjara adalah tidak benar kerana Pakatan Rakyat diwujud atas ikatan perjuangan bersama. "Kita ada ikatan dalam pakatan sebab itu ia tidak mudah untuk dipecahkan," katanya.

Dalam kesempatan itu juga Anwar telah mengujungi veteran Pas Kelantan yang juga bekas pemimpin Kelantan dan Exco kerajaan negeri Ustaz Yahaya Othman yang kini agak keuzuran. Yahya juga merupakan kawan Anwar semasa sama-sama di dalam Abim dan mereka adalah di antara perwakilan dari Malaysia yang sering diundang oleh gerakan dakwah sedunia menghadiri seminar atau forum antarabangsa.

MSO

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar MRSM Dikhuatiri Lemas <b>Di Machang</b>

Posted: 26 Nov 2011 06:41 PM PST

MACHANG – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai dikhuatiri lemas di Sungai Kemuning di sini ketika bermain bersama-sama rakannya, Sabtu.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Nordin Yahaya berkata Mohd Alif Razuan Azman, 15, dikatakan bermain di sungai itu kira-kira 4 petang semalam.

"Mangsa yang tidak pandai berenang, terus dihanyutkan arus deras dan gagal diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata gerakan mencarinya yang disertai 30 anggota Bomba dan Penyelamat Machang, Pasukan Pertahanan Awam (JPAM) dan dibantu unit skuba serta pasukan sukarelawan bomba dilancarkan sebaik kejadian itu dilaporkan.

Gerakan itu menggunakan enam buah bot penyelamat dengan menumpukan tidak jauh dari kawasan yang dilaporkan hilang. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

PEWARIS WASIAT: TAIK PAS DAN PAKATAN <b>DI MACHANG</b>…..

Posted: 28 Dec 2011 06:54 AM PST

Salam untuk semua Rakyat Machang…
Best jugak dapat jalan-jalan kat Machang…sambil makan durian dapat gak laa melihat dan bersembang dgn rakan sekolah…
Bukan nak mengata tetapi memang terang dan tersuluh…sakit mata, sakit hati, sakit telinga…eeeeiiii kalau ikut kan nak jeer aku kata Bangang lagi Bahlol…
PAS dan PAKATAN di Kelantan
Pucuk Pimpinan PAS, PAKATAN & DAP
Dah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan PAKATAN dah beberapa tahun..aper pun tarak…!!! usah kan pembangunan, Harta Rakyat pulak dikebas…dan diagih-agihkan sesama ahli PAS… (episod kebas mengebas ni tunggu Pewaris Wasiat ceritakan dalam episod yang lain) 
Dipendek kan cerita, kat sini Pewaris Wasiat nak cerita pasal PAS & PAKATAN di Machang, Kelantan.... 
Islam laa sangat PAS ni…Islam taik…!!! Kalau setakat nak masuk kampung pegi tahlil, setakat  ziarah orang sakit tetapi segala kemudahan dan infra di abaikan maka jawabnya setakat tuu jer laa yang Rakyat Machang dapat…pagi dok kedai kopi, petang dok kedai kopi, malam pun dok kedai kopi…!!! apa pun takder Kesian…!!! yang  kaya Ahli Majlis Bandaran Machang, YB YB PAS, YB PAKATAN, Cina-cina dan kroni kroni Pakatan Haram Jadah…
Stakat Majlis Berkhatan, Cina DAP Tian Chua pun boleh buat...!!!
Maner yang Untung itu yang Lebai PAS sebat..!!!
Mana yang tak menguntungkan tunggu laa ko sampai Kiamat
Sepanjang duk bejalan kat Machang memangla Pewaris Wasiat Nampak ada bagunan baru yang naik,salah satunya deretan kedai dihadapan Pasar Machang bersebelahan Stesen Teksi….. pun haram jadah, dibahagi-bahagikan sesame Ahli Majlis, tak ker islam taik namenye tuu…(PAS + PAKATAN).
Banyak lagila yang diceritakan oleh rakan Pewaris kalau boleh Mc'Dee pun nak ditukar kepada Mc'Pas… lagi cam sial….!!!!
Saper punyer ni..Ahli Majlis ker..??? Hehehee
Duk bergaduh sesame sendiri last-last sekali Medan Rakyat disodok dibagunkan deretan kedai pun dibahagikan sesame ahli….takleh bla laa…. Dah memag dasar Alibaba Bujang Lapok,pakai serban besar bakul kepala rakyat diketuk-ketuk!!!
Stesen Bas Express berpindah randah kerana berebut nak jadi Towkey...betul ker..???
Pavilion yang dibina sekitar 1980an, bumbung nyer menunggu untuk roboh-siapa pun tak peduli sebab tak strategik dan menguntungkan
Machang hanya terdapat satu Padang bola, disitula tempat Rakyat Machang beriadah dari zaman Pewaris Wasiat kecik sampailah dah tua bangka ape pun tak daa..usahkan lampu spotlight lampu Kalimantan sebiji pun tunggu nak jatuh atas kepala..Memang tak guna…!!! Ingatkan PAS dan PAKATAN memerintah bolehla semuanya berubah tapi sama sahaja semuanya macam haram jadah….Naseb baik la rakyat Machang ,Pemuda Machang ni bukan kaki reformasi kalau tidak dah lama berarak pergi rumah YB...(ajaran PAKATAN Haram Jadah)
Lampu Kalimantan tergantung dipintu gerbang padang bola, menunggu untuk jatuh atas kepala YB PAS & PAKATAN
Setakat potong rumput kat padang tuu...Pok Hak Padang Selising pun boleh jadi Ahli Majlis Bandaran...Bongok..!!!
Lagi takleh masuk akal,muka dekat poster penuh di setiap simpang sampaikan dekat kerusi batu pun ade name YB….Wahai YB Saifudin Nasution memang layak la aku panggil ko YB Batu, samela satandart otak enkau dengan kerusi batu.Rakyat Machang bukan nak tgok poster dan baner…Rakyat Machang inginkan kehadiran engkau barula masalah akan selesai..
YB Poster dan YB Kerusi Batu...bukan aku yang panggi, rakyat Machang yang bagi nama tuuu...Heheheheee
Jenguk-jenguk laa orang Machang wahai YB Kerusi Batu, rakyat Machang yang pilih kamu..bukan orang lain...!!!
Satu hal lagi...Setiap simpang jalan berlubang-lubang silap haribulan pakchik yang nak gi masjid yang naik motor boleh masuk lubang tersembam,dah terjadi pun…beberapa minggu yang lepas seorang pakchik mati kerana jatuh kedalam lubang semase naik moto…..Ko taw tak hal ni???
Simpang Utama jalan Kuala Kerai ke Kota Bharu - jalan berlubang-lubang menunggu mangsa...AWAS pakcik-pakcik...!!!
Dah jadi macam zaman 70an
Takpelah malas nak cerita banyak….Machang tempat yang aman damai,petang-petang masing-masing bawak anak jalan-jalan….salah satu taman telah diletakan satu jam  besar konon-kononnya untuk kecantikkan dan kegunaan rakyat tempatan…. Tapi lagi sekali haram jadah….dah bertahun-tahun jam tu tak berpusing dan menunjukkan waktu yang tak betul….tak kan nak repair jam tu pun Ahli Majlis kene buka tender beribu-ribu …ATAU nak kena buat laporan pada TOk Guru???
Bertahun-tahun Jam tak gerak-gerak...memalukan...!!!
Bukan pokok bunga tapi semak samun yang tumbuh melata
Ni paling best...pusing punya pusing terjumpa pulak Tin Tiger Beer yang bersepah-sepah kat Taman ni...Takbeeeeer....!!!!
Malang sungguh rakyat Machang …….
Banyak lagi la klu nak diceritakan…….kalau cakap bab agama memang Meletop-letop …. nak hapuskan judi,nak hapuskan maksiat,nak kurangkan jenayah,tapi…Semuanya tak menjadi..
Kalau korang nak tau kat Machang ni…..korang pergilah ke kedai kopi-kopi cina, toto loteri masih dijaja dari meja ke meja…Kes terbaru sampai ada anak luar nikah dibuang ditempat sampah…..ISLAM la SANGAT…..!!
Mane pergi tarbiah wahai lebai PAS???
Kejadian mencuri , merompak menjadi-jadi dikatakan disiang hari pun orang masuk rumah letak pisau di leher…mana tarbiah ko wahai LEBAI PAS???
Oklah…… dah sampai masa Pewaris Wasiat nak tinggalkan Machang…..Harapan untuk PRU 13 yang akan datang Rakyat Machang pandai memilih dan menilai orang yang akan memerintah……pilihan ditangan ANDA...!!!
Psssst: Hancur PAS…..UMNO bagaimana pula...????
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads