Isnin, 2 April 2012

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Wutdafish!! <b>Pasir Mas</b> Kilang Jelitawan??? - Blog Prasan Best..

Posted: 15 Mar 2012 06:58 AM PDT

Assalamualaikum dan Selamat Malam kepada semua Penduduk Bumi !
Tajuk entri pada malam ini adalah berkenaan dengan satu keratan akhbar yang telah lame bersawang di belog belog yang sangat hebat tidak lama dahulu.
Aku kan jenis suka nak "highlight" balik cerita yang dah tahap arkib ni..haha (senang citer ko ni jenis ketinggalan bas le ni).
Umumnya bagi orang Kelantan , mereka telah lama mendengar kenyataan stereotaip sejak mereka di bangku sekolah dengan hingus penuh meleleh kat hidung yang tak berapa tak mancung tu. 
Pasir Mas Kilang Jelitawan...hmm, adakah ianya satu mitos atau auta semata mata?
Bagi aku, ianya secara kebetulan sahaja. Kebetulan? ye la kebetulan je ramai retis retis cam Nora, Danny X Factor, Fizo Omar , Noniswara dan Neelofa yang dilaporkan berasal dari daerah Pasir Mas di Negeri Cik Siti Wan Kembang. 
Hokay itu bab artis, bagi pengalaman aku sendiri yang ada kawan dari Pasir Mas dan pernah tangkap cintun dengan orang Pasir Mas sendiri...depa ni memang spesis orang kelantan yang sangat "rare". Orang Kelantan memang berlambak yang cantik dan hensem tapi I told you la kan kecantikan dan kehenseman mereka ini sangat unik jika dibandingkan dengan kecantikan dan kehenseman orang yang berasal daripada daerah lain dalam Kelantan. 
Kalau nak sembang pasal kulit depa..putih merah dan gebu lain macam. Secara kebetulan mengikut sejarah ramai orang di Pasir Mas mengamalkan kawin campur. Melayu kawin dengan Siam, Melayu kawin Pakistan (at the end called as Tok Sheikh) or Barra) dan banyak lagi la. 
Akan tetapi, orang di daerah lain seperti Kota Bharu, Rantau Panjang dan lain lain bukan takde yang kawin campur, tapi secara relatif aku boleh cakap cantik orang Pasir Mas lain daripada yang lain.
Secara kesimpulannya, Cantik dan Hensem tu agak subjektif. Merata tempat di Kelantan ada jelitawannya tersendiri, for those yang nak cari kelainan boleh la usha usha awek dan Pakwe yang bersalak dari Pasir Mas. Oh ya, kita juga mesti ingat bahawa dalam setandang pisang tu mesti ada yang buruk kan, so Kelantan juga ada yang terkeluar dari Spec atau Troll generation dia sendiri..uppss..longkang betol mulut!!
P/S: Syukurilah dengan kelebihan dan kekurangan yang dianugerah Illahi, kita semua sama di sisi-Nya. 
Sekian, Assalamualaikum wth

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads