Isnin, 2 April 2012

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


freebooterrambo: Aktiviti Memelihara Kuda <b>Di Negeri Kelantan</b>

Posted: 09 Mar 2012 04:56 PM PST

Berkuda Adalah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
1. Di kawasan perkampungan orang Melayu di Semenanjung Malaysia, aktiviti memelihara kuda adalah sesuatu yang tidak lazim dilakukan dan sukar dilihat di mana-mana.
2. Walau bagaimanapun, dalam tahun 2010, saya telah melihat terdapat kuda-kuda yang ditambat di tengah-tengah padang untuk meragut rumput, ketika melalui sebuah kawasan perkampungan orang Melayu di Negeri Kelantan.
3. Ketika itu, saya telah menyaksikan bagaimana salah seekor kuda yang ditambat berhampiran sebuah kawasan sawah padi yang digenangi air, telah masuk berendam di dalam petak sawah yang dipenuhi air.
4. Kelakuan kuda tersebut menarik perhatian saya kerana saya percaya tidak banyak spesies kuda yang gemar, atau mampu berkubang di dalam petak sawah padi. Tambahan pula, dengan kehadiran lintah yang banyak didapati di dalam petak-petak sawah padi.  
5. Setelah melayari internet, saya terjumpa satu pautan yang menceritakan tentang sejarah aktiviti memelihara kuda di Negeri Kelantan. Rupa-rupanya, sejarah aktiviti memelihara kuda sudah lama berlangsung di Negeri Kelantan Darul Naim. Malahan baka spesies kuda yang dipelihara di negeri tersebut, sebenarnya terdiri daripada kacukan pelbagai jenis spesies asal kuda. http://fakulti0.tripod.com/kudapadi/id5.html


Markaz Siswazah <b>Kelantan</b>: <b>KELANTAN Negeri</b> &#39;TERMISKIN&#39; <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 01:08 AM PST

Baru- baru ini perdana menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kelantan merupakan negeri paling miskin di Malaysia. Penyataan ini menyebabkan ramai rakyat Kelantan merasa tersinggung dengan kenyataan tersebut kerana pernyataan ini tidak sepatutnya di keluarkan oleh perdana menteri yang memimpin negara. Kenyataan ini juga menyebabkan rakyat yang bukan dari negeri Kelantan menyalah tafsir keadaan negeri Kelantan.

Tidak dinafikan isu kemiskinan sentiasa ada di Kelantan walhal di negeri lain pun. Namun perbandingan kemiskinan di setiap negeri berbeza bergantung kepada hasil negeri tersebut. Jika ingin dibandingkan kemiskinan negeri Sabah dengan Kelantan, kenapa baru sekarang kenyataan menyatakan negeri sabah bukan lagi negeri termiskin. Walhal sabah merupakan salah sebuah negeri yang mengeluarkan petroleum dan gas asli terbesar di Malaysia. Jika diamati logiknya, sememangnya negeri Sabah tidak boleh diletakkan sebagai negeri termiskin sebelum ini.

Manakala di Kelantan, walaupun hak rakyat Kelantan banyak di diskriminasikan oleh kerajaan pusat terutama sekali berkenaan royalti petroleum di Kelantan. Namun, kadar kemiskinan tidaklah terlalu kritikal dan membimbangkan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Bilangan isi rumah di dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih besar dari negeri Kelantan. Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk 'Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9'.
Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut;
Perhatikan, Terengganu, dengan kekayaan minyak yang demikian besar dan dengan jumlah penduduk yang kecil, mempunyai bilangan sis rumah miskin tegar yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain. Mengikut kertas tersebut, peratus kemiskinan Terengganu ialah 15. 4%, berbanding Kelantan 10.6%. Walaupun statistic ini diambil pada 2006 di laman sesawang Dato Husam Musa, namun jika dikaji dan diteliti kita dapat membuat perbandingan tentang kadar kemiskinan di negeri-negeri yang di perintah oleh kerajaan UMNO dan kerajaan PAS.

Akhir sekali jika ingin mengenali Kelantan, datanglah ke Kelantan dan bandingkan dengan mata hati.

WALAUPUN NEGERIKU NEGERI MISKIN TAPI......

=-> Kelantan negeri miskin tiket Bola terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh
=-> Kelantan negeri miskin Baju TRW lengan pendek Rm 80,lengan panjang Rm 100 tetap di beli juga
=-> Keuntungan Tesco di kelantan antara yang TERTINGGI di Malaysia
=-> Cuba di ketuk pintu 10 biji rumah Banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina je, tapi di Kuala Lumpur?
=-> Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu
=-> Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand
=-> Kelantan negeri miskin tapi ramai kaum hawanya yg mampu miliki EMAS sampai ke siku
=-> Kelantan negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negerinya
=-> Kelantan negeri miskin tapi dalam penerbangan tak kira Airasia, MAS dan Fireflyz selalu penuh!
=-> Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat).
Hanya orang yang pernah pergi ke kelantan jer tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang kelantan
Ya Allah,Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.
penulis adalah Timb Exco Lajnah Media & ICT Baru.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads