Jumaat, 21 September 2012

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


BN Akan Bela Nasib Peniaga Pasar <b>Wakaf Che Yeh</b> | Khabar Kota <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 08:53 AM PDT

Oleh Muhammad Iskandar Zulkarnain,

Datuk Mohd Fatmi Che Salleh melawat peniaga di Wakaf Che Yeh

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) akan membela para peniaga di Pasar Wakaf Che Yeh yang kini terpaksa berniaga dalam keadaan yang daif berikutan keadaan pasar itu yang tidak diselenggara.

Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata beliau banyak menerima aduan berhubung kerosakan pasar berkenaan, terutama masalah berkaitan sistem perparitan dan bumbung rosak.

"Ketika melawat pasar itu tadi, saya terima banyak aduan daripada peniaga kerana ia tidak dibina dengan sempurna dan sering dimasuki air hujan kerana bumbung dan sistem perparitan yang tidak sempurna.

"Saya akan bincang dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan untuk cuba menyelesaikan masalah di pasar tersebut agar nasib para peniaga terbela," katanya.

Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Bharu berkata berikutan keadaan pasar tersebut yang tidak kondusif itu juga menyebabkan para peniaga terpaksa menjalankan perniagaan mereka dalam keadaan yang tidak selesa.

"Sekarang ini hujan hampir setiap hari.. maknanya peniaga yang gerai mereka terjejas dengan hujan terpaksa bersusah payah setiap hari untuk mengalih barangan jualan mereka ke tempat yang selamat agar tidak rosak.

"Masalah utama adalah bumbung, sistem perparitan, cara pelan bangunan itu sendiri menyebabkan ia tidak kondusif… tidak sesuai dengan keadaan cuaca sekarang," katanya.

Mohd Fatmi berkata beliau juga telah meminta bantuan daripada peguam untuk menyiasat pemilikan pasar berkenaan samada ia dimiliki oleh kerajaan negeri ataupun individu tertentu.

"Kerajaan susah nak campur tangan jika ia menjadi harta dan pemilikan swasta atau individu… saya harap kalau ia dimilki oleh pihak swasta atau individu, majlis perbandaran mesti cari jalan untuk ambil alih pemilikan itu supaya kerajaan boleh bela dan bantu jika ada masalah.

"Pihak kerajaan persekutuan sentiasa bersedia untuk bantu dan bela peniaga sebagaimana yang kita selalu berkata bahawa antara perjuangan kita adalah untuk memastikan peniaga mendapat keselesaan ketika berniaga," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads