Jumaat, 15 Februari 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Kerusi Parlimen <b>Bachok</b> Mula Jadi Rebutan <b>Di</b> Kalangan Pemimpin <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 02:09 AM PST

image_galleryRAITINI A. RAHMAN : BACHOK – Keputusan Majlis Syura Ulama Pas  memecat Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa sebagai ahli majlis terbabit telah menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan ahli dan penyokong parti itu apabila wujud individu yang mendakwa mereka adalah pengganti wakil rakyat sedia ada.

Menurut sumber dalaman, kerusi Parlimen Bachok kini menjadi rebutan di kalangan pemimpin Pas Bachok itu sendiri serta parti sekutunya. Parti Keadilan Rakyat.

"Sekarang ini ada pemimpin yang mula turun naik rumah dengan menyatakan bahawa merekalah calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat baik Pas mahupun parti yang satu lagi itu.

"Ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan ahli serta penyokong memandang pucuk pimpinan tertinggi masih lagi belum memutuskan siapa yang bakal mewakili parti," katanya kepada DetikPerubahan.com di sini.

Katanya, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam Pakatan Rakyat memandangkan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti belum membuat sebarang keputusan.

Sebelum ini, Yang Dipertua Pas Kawasan Bachok, Datuk Omar Muhamad dilaporkan berkata, pelantikan seseorang calon sebagai wakil rakyat terletak sepenuhnya kepada kepimpinan parti dan Pas Kawasan Bachok sedia mematuhi keputusan pimpinan tertinggi.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan parti untuk menentukan siapa yang layak diletakkan sebagai calon di parlimen Bachok selepas Nasharuddin Mat Isa.

"Pas naik bukan kerana individu, Pas naik kerana parti. Individu atau calon boleh datang dan pergi, kami percaya kepada kepimpinan atasan yang menentukan siapa lebih layak menggantikan ahli parlimen sedia ada.

"Tidak wujud unsur takut kalah jika orang lain bertanding di parlimen Bachok kelak. Saya harap semua ahli akan tenang dan istiqamah untuk menghadapi situasi ini yang semakin dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13," katanya.

Nasharuddin yang juga bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.

Pemecatan itu dikatakan dibuat memandangkan, Nasharudin kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Namun, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah dipercayai kerana beliau dilihat sebagai mesra kerajaan Pusat.

Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads