Jumaat, 1 Februari 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


kelateloni: !!!LIVE LAWATAN TPM KE <b>PASIR PUTEH</b>

Posted: 31 Jan 2013 03:30 AM PST

TPM DI JANGKA TIBA PUKUL 830 MALAM INI. SEKARANG LEBIH KURANG 10RIBU ORANG MEMENUHI SMK SUNGAI PETAI DAN DI JANGKA MELEBIHI 30 RIBU ORANG MENJELANG MALAM INI. NANTIKAN UPDATE SETERUSNYA. GAMBAR IN  DI AMBIL SEKITAR JAM 5 PETANG.

UMNO Online - 30,000 Orang Dijangka Sertai Program Himpunan <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 01:26 AM PST

Kategori Dari Bahagian

30,000 Orang Dijangka Sertai Himpunan Rakyat 1Malaysia Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 29 Jan –  Kira-kira 30,000 rakyat dijangka menyertai Program Himpunan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di sini Khamis ini.

Pengerusi Pembangunan Parlimen Pasir Puteh Zawawi Othman berkata mereka terdiri daripada rakyat pelbagai peringkat termasuk guru, petani, nelayan, pekebun dan peniaga kecil.

Zawawi, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, memberitahu pemberita di sini Selasa kehadiran Muhyiddin akan memberi suntikan dalam usaha Barisan Nasional (BN) untuk merampas empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau berkata ia juga memberi harapan besar untuk menawan kerusi Parlimen Pasir Puteh yang turut dimenangi Pas pada PRU Ke-12.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Cherang Rotan Tengku Hussin Tengku Abdul Rahman berharap kehadiran pemimpin nombor dua negara itu akan dapat memberi suntikan semangat kepada golongan petani yang masih hidup dalam kemiskinan.

Katanya sebilangan besar penduduk di Pasir Puteh terdiri daripada golongan petani yang sentiasa berharap mendapat pembelaan daripada sebuah kerajaan yang mampu mengubah taraf hidup mereka, setelah terbukti kerajaan Pas gagal berbuat demikian.

Muhyiddin dijadual memulakan lawatan sehari ke negeri ini dengan mengadakan perjumpaan tertutup bersama pemimpin BN Kelantan di Kota Baharu.

Beliau kemudian akan mengadakan perjumpaan khas bersama pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan sebelum menghadiri perjumpaan khas bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Berita Bertarikh Pada 29 January 2013 5:26 PM

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads