Selasa, 12 Mac 2013

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


“Istana” anak emas Pak Lah <b>di Dabong</b> | MANJANIK

Posted: 23 Oct 2007 09:59 PM PDT

Posted by: manjanik | Oktober 24, 2007

KUALA KRAI: Sepenggal menjadi ADUN BN di Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan benar-benar menghiris hati pengundi-pengundi yang telah memberi undi kepada beliau dalam PRU yang lalu.

Mereka mengharapkan suatu pembaharuan dibuat oleh Ramzi di Dabong bagi meningkatkan lagi taraf hidup akan tetapi lain pula jadinya. Janji-janji manis Ramzi hanya dimulut dan umpan semasa pilihanraya sahaja. Hakikatnya nasib pengundi di Dabong masih tidak berubah.

Apa yang mereka kesali lagi ialah dalam keadaan kesempitan hidup dan memerlukan pembelaan dari wakil rakyat yang mereka pilih, Ramzi masih sempat membina "Istana"nya yang tersergam indah di atas bukit. Rakyat hanya mampu mendongak melihat kemewahan wakil rakyat yang mereka pilih.

rumah-romzi3ok.jpg

Hebattttt…hebattttt. Sepenggal jadi YB dan boleh bina "istana" tinggi.

Rata-rata yang ditemui dan berborak di kedai kopi menggeleng-gelengkan kepala apabila diajukan apakah mereka berpuashati dengan prestasi kerja wakil rakyat mereka. Mereka mendakwa semasa diawal-awal menjadi wakil rakyat dulu, Ramzi memang aktif mendekati rakyat. Akan tetapi selepas setahun lebih mereka agak sukar bertemu dengan beliau dan jarang menjengok muka ke kampung-kampung. Walau bagaimanapun mereka percaya Ramzi akan kerap menziarahi mereka semula apabila dekat dengan pilihanraya nanti. Persoalannya apakah rakyat Dabong mahu mengulangi kesilapan mereka yang lalu? Terserah……

rumah-romzi6.jpg

"Istana" Ramzi si anak emas Pak Lah tersergam indah di atas bukit dan di bawahnya pula terletak masjid. Di mana penghormatan Ramzi terhadap rumah Allah ini?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads