Isnin, 3 Jun 2013

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Penemuan Minyak <b>Di Tumpat</b>??!! Puak R Ni Memang Pandai Buat <b>...</b>

Posted: 29 May 2013 08:30 AM PDT

Dalam sejarah CTS membaca Harakahdaily, belum pernah CTS membaca berita yang amat mengemparkan ini. Berita penemuan minyak di Pasir Pekan (baca di sini) bakal menarik minat Discovery Channel untuk membuat liputan eksklusif dan sensasi. Ini penemuan yang amat besar dan bakal mencatatkan sejarah dunia. Minyak mentah seperti dalam botol di atas telah ditemui di dalam telaga minum!!! 
Hebat betul mereka berdua ni. Jumpa minyak dalam telaga tanpa perlu melalui loji penapis. Mungkin berlaku kebocoran minyak di dalam tanah dari paip yang berdekatan atau sememangnya warna air di Kelantan memang sebegitu rupanya. Tidak perlu memperbodohkan diri mengatakan bahawa minyak telah ditemui sekadar untuk memberi harapan palsu kepada Rakyat. CTS ingin mencadangkan kedua-dua "tokoh" di atas masuk dalam rancangan Maharaja Lawak musim depan, gerenti boleh jadi juara.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads