Isnin, 3 Jun 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia. <b>Kelantan</b> VS Sabah? | Berita Semasa

Posted: 19 Feb 2012 08:51 PM PST

Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai sebagai negeri termiskin di Malaysia. Itu data sekitar tahun 2010. Sekarang? 

Kredit gambar : puadede.com

Walaubagaimanapun, maklumat dan data yang diterima oleh Datuk Najib dan memaklumkan kepada penduduk di Sabah tempoh hari, yang mana negeri termiskin di Malaysia adalah Kelantan bukannya Sabah. 

Sedutan Ucapan Datuk Najib : Negeri Termiskin di Malaysia Adalah Kelantan

Sempat juga Datuk Seri Najib Razak bermain teka-teki dengan penduduk Kampung Nala, Lahad Datu Sabah…..

Dan Datuk Najib turut bersama-sama menjawab soalan tersebut dan mengatakan Kelantan, negeri paling termiskin di Malaysia.

Kepada Datuk Najib, boleh kami rakyat Malaysia melihat data tahun 2012 yang terkini itu? Ini kerana kami cuba membuat semakan di Unit Perancang Ekonomi (EPU). Malangnya data dan statistik yang disediakan hanyalah berakhir pada tahun 2009 sahaja. Mengapa masih tidak mengemaskinikan data tersebut?

Hasil rujukan kami di laman web Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga laman web Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan data seperti di bawah ini :

Statistik tahun 2007

Statistik tahun 2009

Bagi kami tidak kira di mana-mana negara sekalipun, pasti akan ada data kawasan yang kurang maju, kawasan yang maju, negeri terkaya dan negeri yang termiskin. Itu sudah pasti. Tetapi yang paling pentingnya, tidak kira mana-mana negeri sekalipun yang dikategorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia Perdana Menteri mesti ada tanggungjawab terus bersama-sama memajukannya.

  • Kalau negeri itu meningkat daripada kurang memberangsangkan kepada yang lebih baik, kerajaan persekutuan juga yang untung
  • Kalau negeri tersebut bertambah maju, kerajaan persekutuan juga yang untung

Bukankah negeri Sabah, negeri Kelantan, negeri Terengganu, negeri Selangor, negeri Johor dan semua negeri yang lain merupakan gabungan negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan juga Malaysia? Dan sebagai seorang Perdana Menteri dan barisan kepimpinannya memang tugas dan peranannya memajukan setiap pelusuk kawasan dan mana-mana negeri di Malaysia. Apatah lagi memperlekehkan mana-mana negeri di Malaysia tidak boleh sama sekali.


BLOG KELANTAN: <b>di negeri kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 May 2013 01:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teratak usang: <b>KELANTAN</b> TERBAIKKKKK !!! :)

Posted: 11 May 2013 09:50 PM PDT


ASSALAMUALAIKUM :) entri ttg KELANTAN . cue baca serious menarik :)) aq copy daQi FB :) negeri terHEBAT di MALAYSIA :) KELANTAN DARUL NAIM :)

SEBARKAN !!:: KELANTAN DARUL MISKIN ::.

Di negeri miskin itulah,Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad..

Di negeri miskin itulah,Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,qaryah ramadhan dibina..

Di negeri miskin itulah,Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,Ramai orang mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..


Pernahkah anda melihat kesederhanaan seorang SULTAN dan RAJA sebuah negeri di Malaysia? 


YANG BERKOPIAH dan sekadar BERBAJU MELAYU serta BERKAIN PELIKAT itu adalah SULTAN MUHAMMAD V, "Sultan negeri Kelantan Darul Naim". Di sebelahnya yang BERJUBAH PUTIH dan BERKOPIAH adalah MENTERI BESAR negerinya. Satu kombinasi yang mantap! Inilah Pemimpin dan Sultan dambaan rakyat jelata. Bertuahnya rakyat negeri Kelantan Darul Naim yang memiliki pemimpin dan raja yang hatinya bertaut dengan ISLAM. Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads