Jumaat, 15 November 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


K B B R I: <b>Rantau Panjang</b> Bandar Pelancongan: Peniaga letak <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2013 07:52 PM PST

RANTAU PANJANG: Pemandangan di kawasan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang terjejas apabila peniaga terpaksa meletakkan baldi di tengah jalan raya utama kawasan itu bagi mengelak percikan air ke dalam kedai mereka.
Peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Mamat, 48 berkata, walaupun sedar perkara itu memberi imej buruk kepada penduduk dan peniaga di sini, namun ia terpaksa dilakukan.
Menurutnya, peniaga tidak mempunyai cara lain selain meletakkan baldi untuk mengatasi masalah berkenaan demi menjaga keselesaan pelanggan.
"Punca berlaku percikan air ke dalam kedai adalah kerana jalan rosak tidak dibaiki sehingga menyebabkan air bertakung.
"Pelanggan yang makan di gerai dekat sini juga mengeluh kerana mereka terpaksa berwaspada setiap kali kenderaan melalui jalan ini," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, jalan tersebut merupakan jalan utama yang turut dilalui bas persiaran, menyebabkan lebih banyak kerosakan berlaku di kawasan sekitar.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Penduduk Rantau Panjang (PPPRP), Mat Bastaman Hamat berkata, pihak berkenaan tidak wajar meletakkan alasan cuaca sehingga berlaku kerosakan jalan.
"Kerosakan akan tetap berlaku di laluan sama walaupun ketika cuaca panas. Sesuai dengan reputasi Rantau Panjang sebagai pusat membeli belah terkemuka di negeri ini, infrastruktur di sini perlu diselenggarakan secara berterusan.
"Memandangkan bulan ini banyak cuti umum, Zon Bebas Cukai ini akan dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar negeri. Kerosakan jalan ini tentu akan mengganggu keselesaan mereka ketika membeli belah," katanya.
Justeru, beliau memohon agar pihak berkenaan mengambil tindakan segera untuk membaiki jalan terbabit.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 9 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads