Jumaat, 15 November 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


sejarah : mengapa cuti hujung minggu <b>di kelantan</b> - parlimen81

Posted: 12 Nov 2013 12:21 AM PST

Bila Johor kembali menguna pakai cuti minggu pada hari Jumaat maka ianya hanya mengembalikan semula perlaksanaan cuti mingguan sejak sebelum merdeka di Johor kepada Hari Jumaat . Sejak sebelum merdeka negeri Johor , Perlis , Kedah , Kelantan , Terengganu telah melaksanakan cuti rehat pada hari Jumaat. Tetapi pada 1994 mengikut kehendak Perlis dan Johor telah bertindak menukar hari kelepas am mingguan kepada hari Ahad. 

Jika benar berita yang mengatakan bahawa Johor akan kembali kepada hari kelepasan am minguan kepada hari  Jumaat maka ia adalah berita gembira untuk umat Islam di Johor dan Malaysia amnya . Harap lepas ini Perlis akan kembali juga kepada hari Jumaat.

Minggu Pahang boleh mulakan sebagai negeri tidak bersekutu yang pertama mengambil pendekatan memuliakan hari Jumaat dalam pentadbiran kerajaan dengan menistiharkan cuti mingguan pada hari Jumaat .

SEJARAH : MENGAPA CUTI HUJUNG MINGGU DI KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH PADA JUMAAT DAN NEGERI LAIN PULA PADA HARI AHAD?

"Walaupun saya berjaya menyeragamkan waktu, saya tidak dapat mewujudkan cuti hujung minggu yang seragam sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri. Sejak zaman British, cuti hujung minggu bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Jumaat. Pada pendapat saya, ini adalah reaksi kepada penguatkuasaan Ahad sebagai hari rehat di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura serta di empat Negeri Melayu Bersekutu. Orang British sebagai penganut agama Kristian, akan ke gereja setiap Ahad. Dengan sendirinya, Raja-Raja Melayu menganggap cuti hujung minggu sebagai hari cuti, hari untuk beribadat. Disebabkan umat Islam berhimpun bagi menunaikan Solat Jumaat maka Raja-Raja Melayu memilih hari itu sebagai hujung minggu di negeri-negeri mereka dan Khamis menggantikan Sabtu sebagai hari bekerja separuh hari.

Di kalangan penganut Kristian, Ahad dianggap hari Sabbath bila mana mereka tidak dibenarkan bekerja atau bermain, tetapi kebanyakan orang Kristian mengabaikan perintah agama itu. Orang Yahudi pula menganggap hari Sabtu sebagai hari Sabbath dan mereka dilarang bekerja pada hari itu. Bagaimanapun hari ini, Ahad hanyalah hari cuti, hari yang bebas daripada kerja. Ia tidak lagi ada kepentingan atau pengertian keagamaan, jadi banyak negara bukan Kristian menjadikan hari Ahad sebagai hujung minggu tanpa sebarang masalah. Rakyat Malaysia pun umumnya menganggap Ahad sebagai hari rehat tanpa kaitan agama. Apabila Malaya yang merdeka mengambil keputusan untuk mengekalkan hujung minggu pada hari Ahad, 5 bekas Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu kekalkan Jumaat sebagai hari cuti mereka. Di negeri yang menjadikan Ahad sebagai hujung minggu, umat Islam diberi pelepasan untuk menunaikan sembahyang Jumaat.

Dalam Al Quran, amat jelas Jumaat bukanlah hari rehat kerana dinyatakan bahawa sesudah selesai solat Jumaat, umat Islam hendaklah meneruskan kerja masing-masing. Tidak seperti orang Yahudi dan Kristian, orang Islam tidak dilarang bekerja selepas solat Jumaat. Jadi kalau mereka tidak diberi cuti rehat pada hari Jumaat pun, ia bukannya satu dosa. Memilih Jumaat sebagai hari untuk berehat adalah keputusan yang dibuat oleh mereka yang mahu membezakan antara Islam dengan Kristian. Saya lebih suka cuti hari Ahad sebab bekerja pada hari orang bercuti di tempat-tempat lain di dunia yang semakin global ini adalah menyusahkan, tidak produktif dan pastinya, merugikan. Adalah jauh lebih baik bagi kita mengikut amalan biasa dunia.

Akhirnya, menjelang penghujung tempoh perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri, Johor dan kemudian Perlis memutuskan Ahad sebagai cuti hujung minggu mereka. Cuma Kedah, Kelantan dan Terengganu masih tidak mahu ikut serta".

[Buku DOKTOR UMUM : MEMOIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. m/s : 423-424]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads