Jumaat, 23 September 2011

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 09:02 AM PDT


j-QAF SK <b>CHIKU</b> 03: Asal Usul Sek. Keb. <b>Chiku</b> 03

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

Bermulanya pembukaan tanah baru di kawasan hulu negeri Kelantan, telah banyak memberi peluang-peluang pekerjaan dan penempatan baru. Ini termasuklah di kawasan Gugusan Felda Chiku. Dari situlah lahirnya kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka..

Sekolah ini mula dibuka pada 1.1.1987. Pada awalnya ia merupakan sekolah cawangan di bawah kelolaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chiku 02. Guru besar yang pertama ialah En. Jaafar B. Yussof. Sekolah ini bermula dengan 10 bilik darjah yang di tempatkan sementara di bangunan lama Pejabat Felda Chiku 03.

Sekolah ini dimerdekakan pada 1.4.1988. Masih berada di lokasi lama tetapi sudah mendapat bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang bertambah dengan pesat. Tuan Haji Mat Hussain b. Awang Hamat telah dilantik menjadi Guru besar yang pertama selepas dimerdekakan. Beliau bersara secara pilihan pada 31.12.1993.

Satu lokasi baru telah dikenalpasti untuk membina bangunan baru. Sebidang tapak seluas 13.22 ekar di Bandar Baru Chiku dikenal pasti. Bermula dengan detik inilah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Chiku 03 pada 1.12.1991. Nama ini diberi bertepatan sekali dengan lokasi sekolah ini yang terletak di kawasan Felda Chiku 03.Tambahan pula pada suatu waktu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok ciku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Adakah Pas <b>Kelantan</b>, Mahkluk Perosak Atau Khalifah <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 06:42 AM PDT

Pas selalu membincangkan soal manusia berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini dan berjuang menegakkan keadilan demi Islam.

Namun kini perjuangan Pas itu semakin pudar akibat materialisme meresap di kalangan pemimpin apabila banyak isu korupsi berlaku termasuk pengambilan tanah rakyat dalam projek ladang rakyat, pengambilan tanah untuk projek kondominium mewah di kawasan Kota Bharu seperti di Jalan Gajah Mati dan penyelewengan harta kerajaan oleh menantu korup Menteri Besar Kelantan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sehingga Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) rugi RM60 juta dalam isu Bazar Tok Guru.

Akibat ketamakan duniawi, nafsu Pas semakin terselah terhadap kekayaan Kelantan apabila sebuah badan bukan kerajaan di sini akan melancarkan gerakan mengutip sejuta tandatangan rakyat Kelantan bagi mendesak kerajaan negeri menyelamatkan khazanah alam negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Sungai, Kayu Kayan dan Alam Sekitar (JBMSKAS) Kelantan Mohd Noor Ibrahim berkata langkah itu bagi mengekang pencerobohan hutan berleluasa di Kelantan serta penggunaan racun makhluk perosak berbahaya.

JBMSKAS juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi berkaitan bagi memastikan kempen ini berjaya, katanya.

Mengulas rasionalisasi tindakan badan itu, Mohd Noor berkata bukti dapat dilihat pada keadaan Sungai Kelantan sekarang.

"Sungai Kelantan terdedah kepada kemungkinan akan hanya tinggal menjadi parit pada jangka masa 20 atau 50 tahun akan datang kerana selain dari airnya keruh ianya mengalami kecetekan.

"Malah, air Sungai Kelantan kini menjadi semakin sempit sehingga 20 ke 50 peratus menjadi daratan dan boleh dijadikan kawasan bercucuk tanam selain mengalami kecetekan yang agak ketara," katanya.

Selain itu katanya,  air sungai di kawasan hulu Kelantan kini tidak cukup selamat digunakan kerana dicemari racun rumpai yang digunakan di ladang kelapa sawit, terutama di kawasan Sungai Pergau, Sungai Lebir, Sungai Galas dan Sungai Nenggiri.

"Ekoran daripada itu khazanah sungai turut mengalami kepupusan," katanya.

Mohd Noor juga mendakwa penerokaan hutan untuk pembangunan dan pembalakan juga menyebabkan banyak anak sungai tertimbus, sekali gus menjejaskan Sungai Kelantan sebagai sumber bekalan air.

"Tambah memburukkan lagi pengorekan pasir yang juga rakus dan tanpa perancangan bagi mengekalkan kualiti kedalaman dan kejernihan air sungai," katanya.

Mohd Noor berkata pihaknya bertekad untuk memulihkan Sungai Kelantan agar kembali bersih dan jernih.

5.958700 102.146872

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


ABDULLAH CHEK@ABC SADONG: 20/7/11 PIDATO <b>DI MACHANG</b>

Posted: 23 Jul 2011 12:37 AM PDT


Semasa saya di Tingkatan Dua, dalam tahun 1974, semasa belajar di Kuala Krai, saya telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pidato Bahasa Inggeris. Tajuk yang diberikan kepada saya adalah: If I Have A Million Dollar. Pidato pertama saya adalah lawan antara Zon bagi Jajajahan Machang dan Ulu Kelantan. Sebetulnya, itulah permulaan latihan bagi saya untuk meloloskan diri dari kepompong rasa malu dan takut untuk bercakap dikhalayak ramai. Acara pidato, kalau tak silap di adakan di SMK Hamzah Machang, Kelantan, sebuah sekolah yang jauh lebih hebat dari tempat di mana saya belajar ie SMR Kuala Krai.


(2) Hari ini, saya kembali ke Machang, kebetulan untuk ketemu seorang teman. Naik teksi menggunakan jalan pilihan Mata Ayer-Kemubu bagi mengelakkan kesesakan di Jalan Krai-KB di Ketereh terutama bila di hujung minggu akibat Pasar Minggu. Di sepanjang jalan ini, banyak rumah-rumah Melayu lama yang uzur tetapi khazanah yang kian meruntuh. Mungkin dengan tertubuhnya Amanah oleh Tengku Rezaliegh Hamzah, maka warisan ini akan dapat dihidup dan diperkayakan semula. Harap Amanah bukan lagi hanya suara politik untuk politik. Melayu pada dasarnya perlukan kepemimpinan yang lebih luas dari hanya berpolitik.

(3) Di pekan Machang saya cuba bersiar-siar sambil menanti kedatangan teman saya, dan terasa amat mengamit nostalgia. Dulu bila bercakap pasal tajuk pidato, hujah saya pada masa itu adalah bagaimana wang sejuta dollar itu dapat digunakan secara berterusan. Pokoknya, pada usia 14 tahun saya sudah berfikir untuk melihat bagaimana saya harus boleh membantu mereka yang tiada pekerjaan dan tiada pendapatan baik untuk hidup dengan baik. Pada masa itu, saya berhujah, dengn sejuta dollar saya ingin membuka lading dan menyediakan peluang pekerjaan kepada banyak orang. Dari sana juga saya bercadang untuk terus berkembang. Anihnya, sebetulnya, saya tidakpun tahu apa sebenarnya ladang, dan ladang apa yang ingin saya buka. Saya cuma berhujah.

(5) Menahan rasa tak sabar, kerana janji jumpa jam 11.00, biar saya sudah tawaf Machang sebanyak dua kali, dia masih juga belum datang. Akhirnya, jam 11.30 baru ketemu di KFC. Orang Melayu, biar telah berpendidikan tinggi juga telah merantau sampai hampir ke bulan, namun menghargai masa masih sangat tidak diperdulikan!

(6) Dari jendela KFC Machang, saya jadi terpegun bagaimana Allah seperti telah mendorong saya sejak lama dulu untuk punya ilham sebegitu. Kini, setelah mengemudi Organisasi pimpinan saya, baru saya sedar, betapa apa yang saya lakukan kini adalah pidato saya di Machang. Sekurang-kurangnya saya, biar sudah menuju akhir jalanan bakti, saya telah menyedari tujuan hidup saya sejak saya masih anak-anak lagi.

(7) Ngobrol bersama teman, kami meleret kepada soal masalah kerjaan anak-anak di Kelantan. Negeri yang dipegang PAS, kerjaan untuk rakyat adalah soal kedua. Soal pertama adalah Kelantan mesti diperintah PAS. Soal kebajikan rakyat, rakyat harus boleh mencari jalan sendiri. Untuk memerintah, PAS perlukan bantuan rakyat. Selepas dapat memerintah, rakyat tidak perlukan bantuan PAS. Isu You scrape my back, and I'll scrape your back tidak timbul. Soal masalah anak Kelantan yang engan hijrah juga menjadi perkara pokok terhadap penawaran kerja di sini. Soal hijrah, saya kira bukan hanya soal berbindah, nampaknya ianya juga mencakupi soal hijrah pemikiran dan sikap.

(8) Saya kemudian ke Pasar Machang, saya membeli anak ikan tamban kering. Harganya agak murah dan rasanya pasti enak kalau dibuat sambal goreng: cili hidup, bawang merah, bawang putih, sedikit halia, tomato, semuanya digiling lumat, lalu kemudian digoreng bersama anak-anak ikan tamban. Inilah bakal juadah sahur saya di sepanjang puasa nanti.

Kota Bharu, Kelantan
23 July, 2011

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Tesl5 in BIG at Penjara <b>Pengkalan Chepa</b> - lensa kami photoblog

Posted: 26 Aug 2011 03:20 PM PDT

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.


Sedikit pics ntuk dikongsi bersama. pics dak2 ijazah sem 2 kelas tesl5 IPG Kota Bharu yang menjalankan BIG  khidmat masyarakat di Penjara Pengkalan Chepa pada 14 Ogos 2011.







pics laen maybe akn di upload di fb kami. sekian, adios amigos.


..:: photographer&photoeditor: izzat&izzah|coupleizz freelancer ::..
..:: nukilan mohdizzatfirdausmohdzaid ::..

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


HUDUD DAN NEGARA BERKEBAJIKAN « MOHD NURI

Posted: 22 Sep 2011 07:48 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Beliau juga meminta PM Najib supaya menarik balik surat larangan kepada Kelantan kerana surat itu di buat atas nama Kerajaan dan PM bukannya atas bodi Mahathir. Dewan Pemuda Negeri Kelantan juga mencabar ...

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi <b>Di Gua Musang</b> 10 Kali Ganda

Posted: 25 May 2011 01:01 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi Di Gua Musang 10 Kali Ganda

GUA MUSANG, 25 Mei – Pembangunan infrastruktur kerajaan pusat seperti jalan raya telah meningkatkan pelaburan dan nilai tanah di kawasan pedalaman Hulu Kelantan iaitu Gua Musang dengan kenaikan hartanah sebanyak 10 kali ganda.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata nilai tanah sekitar bandar ini melambung lebih 10 kali ganda daripada nilai tahun 80-an dulu berikutan menjadi rebutan pelbagai pihak untuk dijadikan pusat pelaburan jangka panjang.

"Sebagai contoh harga satu unit kedai yang dahulunya hanya RM50,000, tetapi sekarang meningkat kepada lebih RM300,000 seunit," katanya pada Majlis Perjumpaan Dengan Peserta Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera di Chin Teck, dekat sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau menasihati penduduk agar tidak menjual hartanah mereka walaupun ada menerima tawaran kerana mereka akan rugi jika berbuat demikian kerana beliau menjangkakan nilai tanah di kawasan berkenaan akan meningkat.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata sejak kebelakangan ini juga semakin banyak permintaan orang luar untuk membeli tanah-tanah di sekitar Gua Musang sama ada untuk gudang perniagaan atau pembukaan ladang.

Sejajar dengan Dasar Keberhasilan Negara (NKRA) dalam meningkatkan taraf  hidup rakyat dan memajukan kawasan pedalaman, Kerajaan Barisan Nasional (BN )telah melaksanakan pembinaan jalan raya menghubungkan Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Baharu bawah pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah PantaiTimur (ECER).

Kerajaan pusat juga melaksanakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 1,500 unit membabitkan kos pembinaan hampir RM200 juta di Gua Musang yang dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun lagi.

Beliau mengakui dahulu tidak ada siapa yang berminat untuk membuka pelaburan di daerah ini, tetapi selepas kerajaan membina rangkaian jalan dengan kedudukan bandar Gua Musang yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia menjadikan ia lokasi strategik.

"Perkara itu ditambah pula dengan pembukaan jalan baru menghubungkan GuaMusang-Jeli, Gua Musang-Cameron Highland, Perak dan Gua Musang-Kuala Berang di Terengganu menambahkan minat orang ramai datang ke Gua Musang," katanya.

Katanya rumah untuk penempatan penduduk miskin itu juga mempunyai nilai tinggi walaupun kerajaan memberi secara percuma kepada mereka.

"Kita harap penduduk terbabit jangan mengambil kesempatan menjual rumah terbabit dan hargailah sumbangan kerajaan itu untuk terus dimanfaatkan sehinggake anak cucu," katanya.

Berita Bertarikh 25 May 2011 Pada 4:01 PM

Khamis, 22 September 2011

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Pemuda KB Anjur Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Fatmi <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 12:58 AM PDT

Irwan Harman

KOTA BHARU – Lebih 5,000 pemain dijangka akan menyertai Kejohanan Liga Bola Sepak 11 Sebelah bagi merebut Piala Datuk Fatmi 2011 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM55,000 dijadualkan bermula pada 18 November ini.

Kejohanan julung kali itu dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu berkonsepkan `Sukan Untuk Semua' diadakan bertujuan mewujudkan perpaduan nasional dan membentuk budaya sukan terutama golongan muda serta masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Rosmadi Ismail berkata, kejohanan itu sekaligus bagi melahirkan pemain yang berpotensi ke peringkat lebih tinggi di samping memantapkan lagi hubungan masyarakat dengan pemimpin, agensi kerajaan termasuk swasta.

Katanya, selain itu secara tidak langsung dapat mengukuhkan program pembangunan sukan dan memantapkan lagi sukan bola sepak dalam penglibatan semua lapisan masyarakat dari semua peringkat.

"Pihak kita menjangkakan sebanyak 340 pasukan menyertainya yang melibatkan tiga kawasan Dewan Udangan Negeri (DUN) iaitu Bunut Payong , Kota Lama dan Tanjong Mas dimana penyertaannya terbuka pada golongan belia, pelajar , Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

"Saya berharap mendapat sokongan dan sambutan daripada semua lapisan masyarakat dalam penglibatan kejohanan ini dan jika sasaran pemain seramai 5,000 mencapai matlamatnya pihak kita akan mencatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai peyertaan pemain paling ramai," katanya ketika ditemui pada taklimat mengenai kejohanan itu di sini semalam.

Beliau berkata, pasukan muncul johan di peringkat peti undi akan menerima wang tunai RM500, piala iringan dan medal manakala naib johan membawa pulang wang tunai RM300 dan medal manakala tempat ketiga dan keempat menerima wang tunai RM200 dan RM100.

Tambahnya, pada peringkat parlimen pula pasukan muncul johan akan menerima wang tunai RM8,000 , piala iringan dan medal manakala naib johan menerima wang tunai RM5,000 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing menerima RM3,000 dan RM2,000.

Penyertaan setiap pasukan adalah percuma dan setiap pemain akan dibekal dengan sehelai jersi serta t-shirt dan sebiji bola.

"Pelaksanaan tempat perlawanan peringkat peti undi DUN Bunut Payong akan diadakan di padang Maktab Sultan Ismail (SIC) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) manakala DUN Kota Lama di padang SIC dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Chat.

" Sementara DUN Tanjong Mas di Kompleks Belia dan Sukan , Panji, SMK Tanjong Mas dan SMK Dato' Ahmad Maher dan bagi peringkat parlimen pula akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dan Kompleks Sekolah-Sekolah dijangka bermula pada bulan Disember," ujarnya.

Tambahya, antara pasukan dari DUN Bunut Payong yang terllibat ialah Kampung Sireh Bawah Lembah, Wakaf Siku, Jalan Raja Dewa, Telipot, Kampung Belukar, Bunut Payung Hilir, Pintu Geng, Kota Utara, Kampung Wakaf Che Yeh dan Lundang.

Sementara itu katanya, bagi DUN Kota Lama pasukan terlibat ialah, Kubang pasu, Kelochor , Kebun Sultan , Merbau, Atas Banggol , Jalan Pejabat Pos Lama, Bandar, Padang Garong, Padang Bongor, Kampung Dusun , Kubor Kuda dan Kampung Sireh.

"Pasukan dari DUN Tanjong Mas pula ialah Kok Pasir , Wakaf Mek Zainab, Tanjong Chat, Sungai Keladi, Khatib Ali , Cherang , Kampung Bayam, Langgar dan Paya Bemban," jelasnya.

Katanya, sebarang pertayaan lanjut pemain boleh menghubungi sekretariat kejohanan itu 09-7475742 atau Wan Man (012-9298068), Ayie (013-9821822), Adnan (014-8461666) dan Rokma (013-6362295).

–KHABAR KB.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


LALULINTAS MULA SESAK <b>DI KOTA BHARU</b> « KELANTAN DARUL <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 04:21 AM PDT

Kesesakan jalan memang nyata

Dua tiga hari yang lalu,  seorang teman menceritakan kepada saya,  kalau boleh tak perlulah ke Kota Bharu untuk membeli belah,  kerana sekarang keadaan lalulintas sudah mula sesak.   Katanya,  pada hari itu dia pulang dari tempat kerjanya di Pengkalan Chepa menuju ke rumahnya di bandar.  Biasanya dia mengambil masa kira-kira 20 minit atau selewat-lewatnya 30 jam untuk sampai ke rumah.   Pada hari berkenaan,  hampir satu jam barulah dia sampai.

Hari ini,  giliran saya pula terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.   Saya dari Pengkalan Chepa juga,  menuju ke Wakaf Che Yeh.  Setelah beberapa minit berada di jalan besar yang sudah mula sesak,  saya pilih keluar ke Jalan Long Yunus.  Pada fikiran saya,  tentulah keadaan agak tidak begitu sesak.  Tetapi saya salah teka.  Sepanjang Jalan Long Yunus memang penuh sesak dengan kereta yang menuju ke Jalan Sultan Yahya Petra atau pun Jalan Telepot.  Lama juga terpaksa saya menuggu sebelum dapat keluar dari kesesakan ini.

Beginilah keadaannya.  Lagi hampir tibanya 1 Syawal,  lagi sukar hendak bergerak di Bandar Raya Islam Kota Bharu ini.  Keadaan ini adalah ulangan keadaan pada tiap tahun apabila tiba musim Aidilfitri.   Keadaan ini akan bertambah buruk,  bila hujan turun.

Saya biasa juga tinggal di lain-lain bandar di negara ini.  Saya pernah di Johor Bharu,   Melaka,   Alor Star,   Ipoh dan banyak lagi tempat,  tetapi kesesakan jalan raya tidaklah sampai pada tahap yang terdapat di Kota Bharu di kala perayaan Aidilfitri.   Mungkin keadaan ini tidaklah 'sehebat' di Kuala Lumpur.

Sebab jalan raya di bandar ini penuh sesak,  mudah sahaja jawapannya.  Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan …

Di mana juga keadaannya sama

yang berkhidmat dan mencari rezeki di perantauan … pulang menziarah sanak saudara semasa cuti Aidilfitri.

Kalau kita berada di  Jalan Kuala Krai,  menghala ke  selatan … ke Machang … ke Kuala Krai … ke Gua Musang dan seterusnya … pada bila masa juga … tak kira hari perayaan atau tidak … keadaannya lalulintas adalah sama … sesak.

Pembinaan lebuh raya empat laluan yang dicadangkan itu,  memang kena pada waktu dan tempatnya.  Ini mungkin boleh meredakan keadaan hari ini.

Itu pun tidak tahulah kita untuk berapa lama … sebelum kesesakan tiba semula.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


pemuda <b>manek urai</b>: Bolasepak Liga Dun <b>Manek Urai</b>

Posted: 24 Jun 2011 09:55 AM PDT


25 jun 2011, Perlawan bolesepak liga Dun Manek Urai di adakan di padang MDD Manek Urai pada pukul 9.00 pagi, pertemuan antara pasukan Manek Urai Baru bertemu dengan pasukan Lata Rek dengan keputusan Manek Urai Baru 0, Lata Rek 1. Ini membolehkan pasukan Lata Rek layak ke perlawanan separuh akhir yang akan di adakan di Padang MDD Laloh.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Jurutari Lelaki <b>di</b> bogelkan, diikat dan dicampak ke dalam tali air <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

No of View :129

KOTA BHARU: Seorang jurutari lelaki berusia 20-an bukan saja melalui pengalaman hidup paling memalukan apabila dibogelkan sebelum diikat dua lelaki yang tidak berpuas hati terhadapnya, tetapi turut dicampak ke dalam tali air di Jalan Dewan, dekat Salor, Khamis lalu.

Tidak setakat itu, mangsa yang di bawa dari Tanah Merah ke sebuah rumah tumpangan di Wakaf Bharu, kira-kira jam 11 malam turut ditutup mukanya oleh pemuda berkenaan menggunakan pakaian.

Tidak tahu motif perbuatan itu, rambut mangsa turut digunting ketika berada di rumah tumpangan berkenaan, selain telefon bimbitnya dirampas suspek.

 Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang berasal dari Tanah Merah diajak dua pemuda berkenaan ke sebuah rumah tumpangan, namun berlaku kejadian tidak diduga apabila diaibkan ketika berada dalam rumah berkenaan.

Selepas puas melakukan 'khianat' terhadap mangsa, dua pemuda berkenaan mengarahkan mangsa dalam keadaan bogel masuk ke dalam kereta dan dibuang ke dalam tali air dekat Salor, yang jaraknya kira-kira 15 kilometer dari Wakaf Bharu.

Sebaik suspek meninggalkannya, mangsa menyelamatkan diri.

 Dia bernasib baik kerana lambaiannya disedari orang awam, sebelum kereta peronda melalui kawasan berkenaan memberhentikan kenderaan dan membawanya ke Balai Polis Kota Bharu, dekat sini, untuk membuat laporan.

Selepas sesi laporan polis selesai jam 3.50 pagi, polis menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian 'aib' yang dilakukan dua pemuda berkenaan terhadap mangsa.

Berikutan kejadian itu katanya dua suspek masing-masing berusia 22 dan 24 tahun yang disyaki terbabit dengan kejadian berkenaan ditahan pada 19 September lalu jam 12 tengah hari bagi membantu siasatan.

"Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan kedua-dua suspek terbabit sudah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan dan dua sebatan," katanya, semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Anwar Sokong Perlaksanaan Hukum Hudud <b>Di Kelantan</b>

Posted: 22 Sep 2011 12:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 SEPT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian menyokong perlaksanaan hukum Hudud seperti yang dicadangkan kerajaan PAS Kelantan.

Menurut beliau Hudud dilihat sebagai aspek penting dari segi perundangan Islam sekaligus menjaga kepentingan hak masyarakat bukan Islam di negara ini.

Namun katanya kepada media ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kenyataan itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tidak akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

"Buat masa sekarang pada dasarnya saya percaya ia dapat dilaksanakan. Melihat aspek tertentu bahawa ada jaminan pentadbiran yang adil.

"Ia tidak langsung melanggar hak-hak orang bukan Islam," kata beliau.

Nik Aziz terdahulu menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar beliau melaksanakan hukum Hudud pada era pemerintahan Najib sebagai melucukan.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara, mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman Hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

"Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum Hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum Hudud," katanya.TVS

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Dua beranak bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 05:09 PM PDT

No of View :487

 SAUFI menunjukkan pahat yang digunakan oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.

Dua beranak berhadapan detik cemas apabila mereka terpaksa bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah mereka di Kampung Pulau Gajah Hilir, Sabak, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Hasmah Ali, 54, tidak cedera namun anak keenamnya, Saufi Jusoh, 28, mengalami luka pada kedua-dua belah tangannya akibat bergelut dengan seorang penjenayah yang bersenjatakan pedang.

Sebelum kejadian, cerita Hasmah, dia baru bangun daripada tidur untuk menunaikan solat Subuh sebelum terkejut melihatkelibat dua lelaki di dalam biliknya.

"Saya menyangka mereka adalah anak-anak saya yang masuk ke bilik sebelum dua lelaki terbabit tiba-tiba menerkam ke arah saya dan cuba menutup mulut saya dengan tangan.

"Saya menjerit sebelum Saufi masuk ke bilik dan menerkam salah seorang lelaki terbabit manakala seorang lagi lelaki melarikan diri melalui pintu dapur," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Hasmah berkata, dua penceroboh tersebut tidak sempat mencuri apa-apa barang miliknya termasuk barangan kemas seperti rantai, loket dan gelang yang dipakainya bernilai RM40,000.

"Saya bersyukur Saufi tidak mengalami kecederaan yang serius," tambahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ads