Isnin, 5 Mac 2012

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Mustapa Sedia Tanding 2 Kerusi <b>Di Jeli</b>

Posted: 04 Mar 2012 06:32 PM PST

PASIR PUTEH – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bersedia menggalas tugas untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Jeli pada pilihan raya umum ke-13 jika diarahkan pucuk pimpinan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata beliau juga bersedia bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jeli sahaja yang disandangnya jika dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya juga bersedia untuk tidak bertanding langsung jika tidak diperlukan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis ramah mesra peti undi Kampung Bukit Abal di sini malam tadi, yang dihadiri 300 penduduk kampung.

Mustapa pernah bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas pada pilihan raya umum 1999 dan menang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Yang penting sekarang saya akan terus berjuang bagi mempastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak," katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads