Isnin, 5 Mac 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kuala Krai</b>

Posted: 05 Mar 2012 10:38 PM PST

KOTA BAHARU — Daerah Kuala Krai akan mengalami gangguan bekalan air esok bermula dari 9 pagi hingga 5 petang, susulan kerja penukaran paip air di Loji Tualang di sini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) Hazwan Hassan berkata, gangguan melibatkan Guchil 7, Taman Krai, Aur Duri, Batu Lada serta berhampiran bandar Kuala Krai.

Sementara itu, penduduk di daerah Bachok pula akan mengalami gangguan bekalan air pada Jumaat dan Sabtu ini, berikutan kerja penyelenggaraan di Loji Air Kampung Chap katanya, dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hazwan berkata, kerja mencuci tangki air bersih di loji rawatan tersebut akan bermula pukul 10 malam dan berakhir pada 5 pagi keesokan harinya.

Kawasan yang dijangka terjejas ialah Kampung Kuau, Padang Bual, Beris Tengah, Bekelam, Kampung Nangka, Kampung Chap, Padang Lati, Banggol Pauh, Dusun Durian, Belukar, Bator, Cherang Hangus dan Kucelong Teratak Pulai.— BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads