Isnin, 5 Mac 2012

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


PPP Mahu Tanding <b>Di Pasir Mas</b> | Detik Perubahan

Posted: 21 Feb 2012 06:34 PM PST

Datuk Nik Sapeia Nik Yusof

KOTA BHARU – Parti Progresif Penduduk (PPP) menawarkan diri meletakkan calon parti itu di Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) ini bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, beliau akan memohon kepada Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung cadangan itu.

Menurutnya, parti itu mempunyai calon anak tempatan yang sesuai untuk bertanding di Parlimen itu, selain berlatar belakangkan seorang ulama.

"Kita menawarkan diri bertanding di Pasir Mas sebagai wakil BN. Kita akan kemukakan permohonan kepada Presiden dan Pengerusi BN untuk mendapatkan kelulusan.

"Saya hendak maklumkan PPP mempunyai seorang calon bertaraf ulama di Parlimen itu yang kita jangka dia cukup disenangi pengundi di situ. Tambahan pula calon ini pernah berkhidmat di daerah itu," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding pada PRU ke-13 ini, namun belum menetapkan kawasan yang akan ditandinginya.

Nik Sapeia yang juga Pengerusi PPP Kelantan menyangkal dakwaan beliau hendak meletakkan calon di situ kerana ingin bersaing dengan Ibrahim berikutan kes mahkamah yang dihadapinya sebelum ini.

Katanya, cadangan itu tidak ada kena mengena dengan Ibrahim, sebaliknya selaras dengan Kelantan yang akan menjadi pusat ilmu pengajian Islam terkenal menerusi barisan ulama kelahiran negeri itu.- Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads