Isnin, 10 September 2012

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kereta rempuh bilik tidur <b>di Gua Musang</b> | ArauBlogger Dot Com

Posted: 22 Aug 2012 05:28 PM PDT

Daftar sini terus dapat RM 5 lepas tu ,invite rakan dapat lagi RM5 seorang ! Jangan tunggu lagi daftar sekarang ..... !!
Klik sini Support Fan Page Blin.gd !!

Malang tak berbau ,  bahaya rumah tepi jalan ni, cuak juga baca cerita ni  ....

"Saya menjerit Allahuakbar berulangkali sebaik melihat sebuah kereta berpusing menuju ke rumah saya. Mujur ketika itu saya berada di ruang tamu kerana kereta berkenaan merempuh bilik tidur saya sehingga runtuh," kata warga emas, Che Yam Che Wil, 70, yang terselamat apabila sebuah kereta Honda Accord merempuh bilik tidurnya sehingga runtuh dalam kejadian di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Renok Baru, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kereta dinaiki empat lelaki berusia 25 hingga 40 tahun yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai terbabas sebelum berpusing sehingga melanggar pembahagi jalan dan merempuh bilik tidur Che Yam.

Akibat rempuhan kuat itu, bilik Che Yam runtuh dan kereta berkenaan terlajak beberapa meter sehingga melanggar bukit bersebelahan rumah anak Che Yam sebelum terhenti di tepi rumah.

Seorang daripada empat lelaki itu cedera ringan. Menurut Che Yam, pada mulanya dia terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat dari tingkap ruang tamu rumahnya, sebuah kereta terbabas melanggar penghadang jalan dan menuju ke rumahnya yang terletak di tepi jalan.

"Kereta itu merempuh bilik tidur saya dan ketika itu bergegar seluruh rumah. Saya terus keluar rumah dan melihat kereta itu terlajak beberapa meter sehingga melanggar bukit bersebelahan rumah anak saya.

"Rumah anak saya itu terletak bersebelahan rumah saya dan mujur tiada rosak teruk kerana kereta itu terhenti di tepi rumahnya," katanya yang masih terkejut dengan kejadian berkenaan.

Katanya, dia bersyukur kerana terselamat dan ketika kejadian tiga cicitnya tidak bermain di halaman rumahnya seperti kebiasaan.

"Jika tiga cicit saya itu bermain di halaman rumah, mungkin berlaku kejadian buruk kerana kereta itu melalui halaman rumah sebelum merempuh bilik tidur saya.

"Bagaimanapun, saya kini berdepan masalah bagaimana untuk membaiki bilik tidur yang runtuh itu dalam tempoh terdekat ini kerana tiada wang," katanya.-metro


Klik sini Support Fan Page Blin.gd !!

Bas bawa 10 penumpang terbalik <b>di Gua Musang</b> | Berita Di Malaysia

Posted: 15 Aug 2012 11:17 PM PDT

KUALA KRAI: Sebuah bas yang disewa khas untuk membawa kakitangan kerajaan dari Kota Bharu ke Gua Musang terbabas lalu terbalik di Kampung Sungai Rakit, Gua Musang, awal pagi tadi.

Bas berkenaan dipercayai membawa 10 penumpang selain pemandu utama dan kedua.

Nahas itu mengakibatkan kesemua penumpang cedera dan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

EDU-kasi: Kemalangan Jalan Raya <b>Di</b> Bukit Sejuk, <b>Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2012 01:51 AM PDT

Pada sekitar jam 10 pagi, 21 Ogos 2012, semasa saya sekeluarga dalam perjalanan dari arah bandar Gua Musang ke arah Kuala Krai, Kelantan, saya sempat merakamkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Proton Saga, sebuah van Toyota Avanza, sebuah proton wira dan sebuah motosikal di sekitar km 23 (dari arah Gua Musang)(di suatu kawasan yang terkenal dengan banyaknya kemalangan maut yang berlaku, iaitu "Bukit Sejuk" atau dikenali juga sebagai "Bukit Botak"). Kemalangan baru sahaja berlaku sekitar 10 minit sebelum kami tiba, dan mangsa-mangsa cuba dibantu pengguna jalan raya yang lain. Pihak berkenaan (polis, ambulans dan lain-lain) belum lagi tiba....

Nota: Saya difahamkan oleh pihak yang berkenaan bahawa kemalangan ini tidak melibatkan "kemalangan maut",dan  cuma beberapa orang dirawat di Hospital Gua Musang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads