Isnin, 10 September 2012

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Voices of My Heart: terkandas <b>di Wakaf Che Yeh</b>

Posted: 02 Sep 2012 03:00 PM PDT

tu la.. masa kami nk grak gi Wakaf Che Yeh pd malam raya ke3 tu,
dah cun abis dah DA.DA mohon dr Allah agar jalan ke sana tak jem 
(yakni, pd siang hari tu, dan 3 hari berturut2 sblm itu, mmg super jem nk masuk KB nun!).. 
siap gambar kan lagi tempat parking kami..
and minta2 lah tak ramai orang utk mudahkan kami bershopping2an.

dan alhamdulillah semuanya dimakbulkan Allah.. syukur..
cuma silap kami, tak DA.DA smpai pulang ke rumah. hihi..
akibatnya, elok je abis beli brg yg terakhir, 
terus hujan turut dgn selebat2nya. huahuahua..!!
keta parking, xde la jauh mana pun.. 2 @ 3 minit je dari situ
tp sbb mmg hujan.. dgn the kids tanpa payung..
mmg xbleh nk redah lah hujan nun..
maka nya, ter kandas kami di sini :
Ayra dgn topi serkup versi baru :
 so, nak x nak, lepak la kami sat kt situ sementara tunggu en.hubby pusing gi amik keta..
Ayra lak, saje je nk biar hujan bertambah lebat tu,
duk nyanyi sekuat2nya kt situ, tanpa lah segan silu. haiya..!
gambar kt bawah ni, adalah cubaan Ayra utk amik gambar kami.
muka den pun tinggal separuh je.
lenkali, klau nk DA.DA tu, pastikan DA.DA sampai abis ye..
jgn separuh jalan je.. asal boleh. hihihi...

Baling <b>Wakaf Che Yeh</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 21 Aug 2012 07:13 PM PDT

image

Meninggalkan Baling, Kedah jam 11 pagi , melalui Pengkalan Hulu ke Gerik

image

Buat pertama kali, kami akan melalui Lebuhraya Timur Barat.  Jarak antara Gerik di Perak dan Jeli di Kelantan lebih kurang 124 KM dan kami bercadang singgah bermalam di Kota Bharu.

image

Anak-anak yang masih ceria.

image

Sekitar kawasan Tasik Banding, Perak

image

Kehijauan dan panorama segar sepanjag lebuhraya .

Lokasi ini di puncak Banjaran Titiwangsa

image

Tiba masa untuk bentang tikar dan hidang mangkuk tingkat.  Bekalnya cuma nasi kosong, ikan masin, ayam goreng dan sambal bilis… nikmatnya tak terhingga.

image

Selepas melepasi kesesakkan teruk di Bukit Kebun dan persimpangan Pasir Mas hingga ke bulatan sebelum Jambatan Sungai Kelantan, kami tiba di Wakaf Che Yeh hampir jam 6 petang.

Kebanyakkan hotel di kawasan ini dah penuh, hotel ke 6 baru ada bilik.

Cadang nak berfoye-foye cuci mata tak kesampaian kerana hujan turun dengan lebatnya selepas makan malam.  Angah dapat sehelai seluar, Intan dapat sehelai skirt dan saya dapakan 'baju merah'  untuk S3.

Tak ada aktiviti apa yang nak buat, tidur sajalah.  Nak beronline pun wifi kat hotel ini pun semput-semput.   Esok pagi kami akan teruskan  perjalanan ke Tasik Kenyir .

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Sejarah Baling
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
  3. Tiba Juga Akhirnya
  4. Baung Lat Danau Bay Cafe, Tasik Kenyir
  5. Kau Tak Pernah Jauh

Ribut Landa <b>Wakaf Che Yeh</b> | Detik Perubahan

Posted: 24 Jul 2012 09:43 PM PDT

KOTA BHARU – "Mula-mula datang angin kali pertama dan hujan, saya pada masa itu sedang membuat air menganggap ia perkara biasa sahaja sehinggalah bila angin kedua datang, khemah kami tiba-tiba runtuh," kata Asri Nawi, 29, mangsa ribut yang berlaku di Pasar Malam Wakaf Che Yeh di sini.

Asri yang mengalami cedera di belakang badan akibat terkena libasan kabel khemah berkata, kejadian itu merupakan yang pertama kali berlaku semenjak lebih 10 tahun ibunya berniaga di tapak pasar malam tersebut.

Dia yang membantu ibunya berniaga di kedai makan itu berkata, semasa kejadian terdapat empat orang di dalam khemah termasuk anak saudaranya yang berusia dua tahun.

Kejadian yang berlaku beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa tersebut mencemaskan semua peniaga di sini dan hampir memusnahkan 30 buah khemah peniaga yang ada.

Ribut tersebut bukan sahaja merosakkan khemah peniaga tetapi juga memusnahkan bumbung pasar besar yang ada di sini.

Sorang peniaga, Sabariah Harun, 60, berkata, semasa kejadian itu dia sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa di bahagian belakang tapak perniagaannya.

"Apabila ribut reda saya segera ke tapak perniagaan untuk melihat dua khemah yang dijaga oleh anak-anak dan salah satu daripada khemah tersebut musnah sama sekali sehingga perniagaan kami terpaksa dihentikan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan, dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kejadian tersebut adalah disebabkan bencana alam bukannya masalah teknikal.

Beliau berkata, kebetulan laluan ribut melalui tapak pasar itu dan ia adalah luar biasa apabila tali dawai yang menjadi pemegang bumbung pasar besar itu boleh tercabut sehingga menyebabkan ia putus dan runtuh.

"Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan pemaju akan selesaikan masalah bumbung dengan gantikan yang baru dan sediakan khemah sementara waktu," katanya. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads