Isnin, 10 September 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Calon baiki jalan ada peluang menang PRU « Persada

Posted: 09 Sep 2012 11:44 PM PDT

KUALA KRAI – Sokongan pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Pertang, dekat sini, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini akan jadi milik mana-mana calon yang dapat menyelesaikan masalah kerosakan jalan utama di kawasan itu.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, desas desus ratusan pengundi di PDM itu akan mengundi calon mewakili Kerajaan Negeri atau Pusat yang membaiki laluan berkenaan sebelum PRU13, makin kuat kedengaran.

Katanya, tindakan dipercayai bagi menyatakan kekecewaan penduduk terhadap kegagalan pihak berkaitan membaiki kerosakan jalan antara Pasir Gajah ke Kuala Pertang sepanjang kira-kira dua kilometer itu sejak sekian lama.

"Kami sudah lama tunggu jalan ini dibaiki, malah sudah muak dengan pelbagai alasan diberikan sebelum ini hingga ramai penduduk nak pulau pilihan raya (PRU13) sebab kecewa.

"Wakil rakyat mana baiki jalan ini sebelum pilihan raya, kami akan sokong tidak kira sama ada Umno atau Pas pada PRU13 nanti," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Keadaan laluan antara Pasir Gajah dan Kuala Pertang yang rosak teruk hingga boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan itu termasuk pelajar pernah beberapa kali disiarkan akhbar ini.

Amaran akan memulaukan pilihan raya jika laluan itu tidak dibaiki sebelum PRU13 juga pernah disuarakan penduduk pada pertemuan bersama ahli politik, pemimpin masyarakat dan wakil agensi kerajaan, Mei lalu.

Penduduk terbabit berkata, pihak berkenaan diingatkan agar tidak pandang ringan desakan terbaru itu kerana undi di PDM tersebut mampu beri kesan besar kepada keputusan PRU13 bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang.

"PDM Kuala Pertang ada tujuh cawangan dan jika majoriti pengundi di setiap cawangan beri sokongan kepada seseorang calon, tentu ada ada kesan besar dan boleh jadi faktor kalah atau menang di Dun Mengkebang," katanya.

//sinarharian

[SinarOnlineUtama]_Ugut mahu pulau solat Jumaat - Wangolds

Posted: 10 Sep 2012 06:57 PM PDT

Ugut mahu pulau solat Jumaat

KUALA KRAI - Tindakan segelintir penduduk 'mengugut' untuk memulaukan solat Jumaat di Masjid Mukim Bedal, dekat sini, hanya kerana sekeping kain rentang projek pembangunan masjid itu disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak mengenang budi pemberi sumbangan.

Difahamkan, ugutan disuarakan kepada Imam Tua masjid itu, Mohd Din Ismail sebelum dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bedal, Badaruddin Taharim.

Susulan itu, kain rentang tertera 'Alhamdulillah, Satu Projek Amal Jariah Menaiktaraf Masjid Hasil Usaha Penyelaras Dun (Dewan Undangan Negeri) Mengkebang, Azizzuddin Hussein' yang sebelum ini dipasang di pagar masjid itu, dipindahkan ke seberang jalan.

Seorang penduduk tidak bersetuju dengan tindakan itu berkata, dia yakin majoriti penduduk sependapat dengannya kerana ugutan tersebut menggambarkan seolah-olah mereka tidak pandai berterima kasih kepada penderma.

"Sebelum ini, penduduk mengadu masalah ruang solat masjid ini tidak cukup untuk solat Jumaat dan solat sunat hari raya tetapi bila ada pihak sudi bantu hulur sumbangan, begini pula balasannya.

"Saya percaya, ugutan ini timbul sebab ada pihak kurang senang dengan projek ini dan kemungkinan besar ada kaitan dengan unsur politik kerana dilaksanakan pemimpin Umno (Azizzuddin)," katanya yang enggan dikenali kepada Sinar Harian.

Kain rentang itu mula dipasang sebaik sahaja kerja menyiapkan tapak projek melebarkan masjid berkenaan dimulakan pada 28 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa sebulan.

Azizzuddin meluluskan peruntukan bagi melebar ruang solat dan bina tempat wuduk baru selepas dimaklumkan Mohd Din mengenai masalah ruang solat masjid itu tidak cukup bagi menampung jemaah pada Jumaat dan hari raya.

Penduduk itu berkata, dia tidak faham kenapa ugutan itu timbul sedangkan kain rentang berkenaan langsung tidak mengganggu jemaah beribadah kerana terletak berhampiran pintu pagar masjid.

"Ugutan ini tidak timbul jika penduduk terbabit ada sikap berterima kasih dan mengenang jasa baik pihak yang ingin bantu selesaikan masalah jemaah masjid ini.

"Islam pun ajar kita supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih tetapi apa pertimbangan penduduk terbabit bila sanggup ugut nak pulau solat Jumaat hanya kerana kain rentang papar gambar penderma di pagar masjid," katanya.



power from http://www.wangolds.com
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan di http://www.wangolds.com. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan
power by wangolds.com

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kela...bled=false

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads