Sabtu, 14 Disember 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Tunggu penjelasan penemuan mayat <b>di</b> sekolah Maahad Tahfiz <b>Kok</b> <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 03:31 PM PST

TERKINI                                                                                            

[kemaskini] Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas adalah pelajar tingkat 4 yang berasal dari Pas Mas Kelantan.

Mayat itu telah dibawa ke bilik mayat (forensik) Hospital Sultanah Zainak Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Fadzil menjelaskan demikian menerusi facebook saya sebagai memberi reaksi berhubung perkara itu. Katanya pihaknya dan pegawai YIK dan keluarga pelajar berkenaan ikut sama semasa mayat itu dihantar ke hospital.

Fadzil juga menjelaskan pihaknya akan membuat kenyataan rasmi sebaik pihak polis selesai membuat siasatan berhubung kejadian itu. Orang ramai diharap bersabar menanti pengumuman rasmi dan dimohon tidak membuat andaian-andaian sendiri bagi menghormati penyiasatan dan keluarga mangsa.


Semalam telah ditemui mayat seorang lelaki yang tergantung di sebuah tandas di asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan. Kejadian itu sudah pun disiasat oleh polis. Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi tentang penemuan mayat itu, apakah ia pelajar sekolah berkenaan atau pun individu luar?

Berita mengenai penemuan mayat di sekolah itu sudah tersebar luas di dalam Facebook sejak malam tadi. Walaupun ada malumat mengatakan mayat itu sudah dikenal identitinya tetapi ia tidak boleh dihebahkan selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada pihak polis.

Kejadian itu bagaimana pun akan memberi kesan kepada sekolah berkenaan. Adalah diharap pihak pengelola sekolah (Yayasan Islam Kelantan) akan memberi jawaban tuntas mengenai kejadian itu agar tidak timbul sebarang keraguan mengenai kredibiliti dari aspek keselamatan yang ada di sekolah berkenaan.

Penjelasan ini seeloknya tidak ditangguh begitu lama kerana ia boleh memburukkan keadaan serta menyebabkan akan timbul pelbagai spekulasi. [wm.kl.7:31 am 13/12/13]

~AMazing giLA~: UPDATED Pelajar tahfiz <b>Kok Lanas</b> bukan bunuh <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2013 09:08 AM PST


dan 5 gambar sekitar kejadian itu Di Sini

Mohamed Fadzli Hassan

Saya dan seluruh warga YIK menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa dan seluruh keluarga Allahyarham adik Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman, pelajar tingkatan 4 di Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas yang meninggal dunia pagi semalam. Jenazah Allahyarham selamat disembahyangkan di Masjid Kg Larak, Mulong, Kota Bharu Kelantan selepas solat fardhu Asar petang tadi. Allahyarham adalah seorang pelajar yang baik dan telah menghafaz lebih dari 20 juzu' Al-Quran. Kita mendoakan agar Allahyarham tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh dan dirahmati Allah. Kepada ibu bapa dan kaum keluarga, semoga semuanya tabah dan sabar menghadapi ketentuan Allah dan hendaklah meyakini bahawa ianya telah ditetapkan Allah dan mempunyai hikmah di sebaliknya. Semoga Allah menganugerahkan kekuatan kepada mereka. Berhubung dengan keadaan Allahyarham semasa dijumpai mati pagi semalam, (Allahyarham dijumpai meninggal dunia di bilik air asrama dalam keadaan tergantung) polis sedang dalam siasatan dan memerlukan lebih masa untuk menentukan bagaimana ianya boleh berlaku. Buat masa ini ianya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Saya memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung dengan perkara ini. Kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan secara terperinci. InsyaAllah pihak YIK akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak hospital dan pihak polis dalam menjalankan tanggung jawab mereka. Tk SOURCE

AG : maybe kejadian pembunuhan, maybe jgk kejadian bunuh diri,apa2pon kita tunggu keputusan daripada Polis berhubung kejadian ini dan jgnlah memandai membuat kesimpulan sendiri. Al Fatihah kepada arwahh

Pelajar Maahad Tahfiz <b>Kok Lanas</b> gantung diri dalam tandas <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 06:01 PM PST

Desperado | 12/13/2013 | 1 comments

Semalam gempar dengan sebuah berita dari sebuah blog yang melaporkan seorang pelajar dari Maahad Tahfiz Kok Lanas di Kelantan menggantung diri di dalam tandas.

Sehingga kini tiada kenyataan dari pihak berkuasa mengenai perkara ini jadi berita ini tidak disahkan lagi kebenarannya.

Menurut laporan dari blog tersebut, mayat mangsa di temui dengan keadaan telah berbau di dipercayai telah meninggal dunia lebih pada 3 hari.

Perkara ini disedari oleh pelajar-pelajar di asrama tersebut yang meghidu bau busuk. Setelah pemeriksaan di jalankan oleh petugas di situ dan mereka menemui mayat mangsa tergantung dengan menggunakan kain pelikat didalam bilik air asrama tersebut.

Blogger MSO juga menulis mengenai laporan tersebut. Beliau berpendapat kejadian itu bagaimana pun akan memberi kesan kepada sekolah berkenaan.

Beliau juga berharap pihak pengelola sekolah (Yayasan Islam Kelantan) akan memberi jawaban tuntas mengenai kejadian itu agar tidak timbul sebarang keraguan mengenai kredibiliti dari aspek keselamatan yang ada di sekolah berkenaan.

Penjelasan ini seeloknya tidak ditangguh begitu lama kerana ia boleh memburukkan keadaan serta menyebabkan akan timbul pelbagai spekulasi.

UPDATE! 

Atas dasar kemanusiaan, kami telah membuang gambar tersebut. Maklumat terbaru yang kami terima dari komen-komen di ruang maya, satu laporan polis telah pun dibuat dan lporan tersebut telah pun tersebar di kalangan pengguna Wassap


Laporan dari Sinar HarianKOTA BHARU - Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.

Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.

"Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.

"Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya.

Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau busuk.

"Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

"Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu," katanya.

Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

"Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. 


Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads