Khamis, 18 April 2013

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 03:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 04:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

pkr akan pastikan adun pas <b>gaal</b> diterajang keluar <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 01 Feb 2013 04:30 AM PST

Memang cari fasal sungguh ADUN Gaal nih!

Nik Azian Nik Mohamad yang merupakan ADUN PAS di Gaal, Kelantan mencadangkan agar para pengundi memilih calon UMNO sekiranya PKR mencalonkan bukan Islam untuk kerusi yang dipertandingkan. Alasannya, calon beragama Islam dari UMNO itu akan memastikan Islam di negara ini terjaga dan dimartabatkan berbanding calon PKR.

Cakap-cakap retoriknya selepas itu, sekadar menjadi alasan semata-mata untuk melindungi 'keterlanjurannya' yang mencadangkan agar calon UMNO diutamakan dan dipilih berbanding PKR.

Tidak dapat dipastikan sama adalah ADUN Gaal itu sebenarnya penyokong kuat Nasharuddin Mat Isa atau sebaliknya. Atau dia sebenarnya memberikan isyarat kepada Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan, bahawa dia semakin nyanyuk dan pendapat-pendapat serta kenyataan-kenyataannya lebih banyak merapu berbanding berpijak ke bumi nyata.

ADUN PAS itu seharusnya sedar, sebarang kenyataan yang mengguriskan hati dan perasaan para pemimpin PKR, akan turut sama mengundang kemarahan Nik Abdul Aziz. Dia pasti akan ditimpa musibah dan natijah yang cukup besar kerana kemarahan Nik Abdul Aziz. Silap-silap, namanya mungkin akan tercicir daripada senarai calon PAS Kelantan.

Dalam keadaan sekarang, PAS tidak boleh menerima mana-mana pemimpin serta ahli-ahlinya yang berani memperkatakan tentang kebenaran dan menolak kebatilan. PAS hanya memerlukan para pemimpin dan ahli-ahli yang boleh mengangguk atau menadah kepala untuk diludah dan dikahak oleh PKR dan DAP sahaja. Selain daripada itu, tidak diperlukan.

Kita nantikan sahaja apa bala yang akan diterima oleh ADUN Gaal itu. Kalau dia tidak dipecat daripada menjadi ahli PAS pun, dah dikira mujur kerana kenyataan terbarunya itu.

ADUN PAS menggesa pengundi Islam agar memberi undi kepada calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon mereka dikalangan bukan muslim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gaal daripada PAS, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dipetik portal Mole.my sebagai berkata bahawa adalah lebih baik mengundi calon beragama Islam bagi memastikan prinsip Islam dipertahankan.
"Dalam memilih antara calon Umno beragama Islam dan calon PKR, pengundi mesti menilai calon mana adalah lebih baik.
"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya.
Selain itu katanya umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan kepimpinan iaitu tadbir urus secara Islam dan bukan Islam.

BLOG <b>KELANTAN</b>: 03 <b>di</b> pasir puteh - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DIALOG RAKYAT: 20 penduduk <b>Pasir Puteh</b> dipindahkan akibat banjir

Posted: 25 Feb 2013 10:05 PM PST

Bernama
Sebanyak 20 penduduk Kampung Daram Buaya, Gaal di Pasir Puteh, terpaksa dipindahkan malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami banjir.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata mangsa meliputi enam keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changgai di Pasir Puteh.

"Pihak kami menjangka lebih ramai lagi akan dipindah berikutan hujan lebat sejak semalam masih berterusan sehingga pagi ini," katanya ketika dihubungi di Pasir Puteh, hari ini.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan rendah di Pasir Puteh mendapati penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Semerak sedang bersedia untuk berpindah berikutan paras air di sungai itu semakin meningkat.

Sementara itu di Kota Bharu, penduduk terutama yang tinggal di tebing sungai utama di Kelantan diingatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang telah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, bacaan paras air sungai itu pada 9 pagi ini ialah 9.02 meter iaitu melepasi paras bahaya 9 meter.

Bacaan di sungai yang sama di Jenob, Tanah Merah kini pada paras 21.6 meter (paras berjaga-jaga 21.50 meter).

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Sungai Lebir di Tualang juga dilaporkan meningkat yang kini berada di paras berjaga-jaga.

Keadaan cuaca di seluruh Kelantan pagi ini dilaporkan mendung dengan sesekali hujan lebat terutama di pedalaman.- Bernama

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2013 04:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2012 03:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

.: Masa Depan Pas <b>Kelantan</b> 20 Tahun Akan Datang

Posted: 23 Dec 2012 08:36 PM PST

RENCANA KHAS                                                                                               

Pengenalan:

Selalu orang bertanya siapa akan memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa nama disebut-sebut tetapi tiada siapa pula berani menegaskan nama disebut itu akan jadi MB. Ironisnya pula Timbalan Menteri Besar Kelantan, selalunya akan ternafi ditengah jalan. Keadaan ini menjadi kenan dan menyebabkan persoalan siapa MB selepas Nik Aziz menjadi tanda tanya. Catatan kecil ini akan cuba merungkaikan permasalahan. "

Walaupun Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad untuk berjuang sampai ke akhir hayatnya dalam PAS, dan sanggup mati di atas kerusi pemerintah atas alasan kerana Umno berdegil mempertahankan doktrin sekularismenya, tetapi hakikatnya beliau akan berhenti juga bila sudah sampai masanya nanti. Masa untuk itu sebenarnya sudah terlalu hampir dan rapat. Mengenai semangat dan nekadnya tidak siapa boleh menafikan. Saya sendiri yakin dia akan meneruskan nekad murni itu. Mungkin cita-citanya 'syahid' dalam perjuangan adalah rahsia yang tidak terucap kepada umum dan menjadi rahsia peribadinya.

Walaupun selepas pilihan raya ke- 13 nanti beliau dikatakan tidak akan meneruskan tugasnya, sebagai MB, tetapi saya percaya selagi Nik Aziz mampu mengangkat tangannya ke atas untuk angkat sumpah, beliau akan terus menjadi MB. Alasannya mudah, PAS masih memerlukan dia.

Apakah selepas ini, kalau tertakdir PAS menang besar, alasan ataupun keperluan itu masih berlaku; PAS mahukan Tokguru? Firasat saya mengatakan ia tetap akan berlaku.

Sebabnya tidak akan ada sesiapa tergamak untuk mengatakan; Tokguru, silalah berhenti locing sudah berbunyi. Tidak akan ada walaupun beliau sangat letih dan berhajat begitu untuk menyudahi game seterusnya dan menamatkan permainan. Bukankah ini satu penganiayaan dan zalim? Ketaksuban dan rasa sayang kepadanya begitu tinggi. Kerana itu bila ada yang tersalah cakap, atau ikhlas cakap memberi nasihat orang itu akan menjadi mangsa kritikan dan dicemuh.

Adun Gaal Nik Mazian Nik Mohamad telah memberi pandangan secara umum mengenai keadaan wakil-wakil rakyat yang tidak sihat atau sering uzur agar berundur secara terhormat. Maksud beliau jauh sekali untuk dituju kepada tokguru, namun apa yang terpaksa diterima dicemuh dan disalah anggap kononnya beliau menasihati tokguru. Begitulah tangkasnya persepsi umum sesetengah orang PAS dalam menjaga dan menghormati tokguru.

Sama-sama kita menanti dan menyusuri perjalanan ini yang tidak begitu berliku sangat. Sebenar tidak menjadi masalah apakah selepas pilihan raya umum ke -13 nanti tokguru hendak terus memegang jawatan MB atau tidak, itu bukan perkara pokok. Apa yang hendak disuluh menerusi tulisan kecil ini ialah bagaimanakah PAS dalam tempoh 20 tahun lagi sesudah mahaguru itu tiada? Saya akan cuba menyuluh perkara ini sebagai persiapan melihat futuristik jemaah bernama PAS.

Untuk... membuat perhitungan kewujudan sesuatu empayar dan pengaruh peribadi kita ambil atau meletakan tempoh itu selama 20 tahun. Dalam tempoh ini boleh dijadikan periode jaya atau gagal seseorang pemimpin itu. Masa selama ini cukup munasabah. Allahyarham Mohd Asri Muda merupakan orang pertama mencipta empayar dan menguasai Kelantan menerusi PAS. Walaupun PAS di zamannya memerintah Kelantan selama 18 tahun tetapi Asri terus memimpin PAS selepas itu hinggalah tahun 1982. Asri meninggalkan 'cekandi' perjuangan PAS kepada Nik Aziz selepas tahun 1982.

Tokguru pula sudah melangkah ke tahun 28 sebagai ketua PAS Kelantan dan berjaya membentuk kerajaan selama 22 tahun. Dari segi jangka masa ternyata Nik Aziz lebih cemerlang dan gemilang berbanding Asri. Apalah rekod kedua-dua pemimpin itu akan terpecah di masa akan datang?

Dalam tempoh lebih 20 tahun Asri menguasai PAS beliau berjaya melahirkan beberapa nama yang menjadi pemuka PAS. Antara nama-nama itu ialah Wan Ismail Wan Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, (kedua-dua bekas MB Kelantan), Muhammad Nasir (MB), Omar Muhammad, Allahyarham Wan Mohamad Jamil, Zahari Awang dan lain-lain.

Malahan kalau hendak diambil kira Nik Abdul Aziz sendiri lahir dizamannya. Asrilah yang melahirkan Nik Aziz dalam persada politik. Asrilah yang memperkenalkan Nik Aziz pertama kali dalam arina politik dengan menjadikan beliau sebagai calon pada pilihan raya kecil Pengkalan Chepa tahun 1967. Tetapi disebabkan pengakhiran Asri bukan bersama PAS menyebabkan jasa dan budi Asri terhadap Nik Aziz ini jarang dikenang orang. Kemarahan dan kebencian kerana sentimen mengambuskan segala-galanya.

Sejarah telah mencatat Asri sudah meninggalkan legasi dalam hidupnya dengan terzahirnya Nik Aziz sebagai MB sama dia suka atau tidak atau pun sama ada orang ikhtiraf (mengenang) jasa Asri ini waima pun tidak. Walaupun mereka berbeza politik dan Asri tidak pun pernah berjabat tangan secara rasmi dengan Nik Aziz mengucap tahniah kerana menjadi MB, tetapi hakikat mereka ada kaitan tidak boleh dinafikan. Bukti itu sejarah saja boleh mendedahkan dan sejarah juga tidak boleh direka kerena kalau direka ia akan merosakkan sendi dan saraf sejarah. Tokguru sendiri tidak boleh menafikan realiti ini.

Kerja dan amanah perjuangan sudah diberesi oleh Asri apabila Tokguru muncul menjadi wira baru di Kelantan dan penyambung kepada perjuangan PAS. Lebih memberangsangkan lagi wira baru ini berjaya meletakkan nama Kelantan dan PAS di persada alam, ia merupakan kehebatan PAS dan peribadi Nik Aziz sendiri yang juga tentunya terbenih dari Asri. Atas kehebatan itulah menyebabkan orang semacam menjadi gila dengan tokguru ada kalanya terkeluar dari lunas-lunas sepatutnya kalau pun tidak sampai syirik.

Persoalan kini, bagaimana pula dengan Nik Aziz? Orang tidak perlu persoal dalam tempoh 22 tahun dia menjadi MB, tetapi orang akan menilai ke depan bagaiman 20 tahun akan datang. Siapakah yang akan memimpin PAS Kelanhtan dan menjadi hero 20 tahun akan datang? Yang akan menjadi legasi kepada tokguru seperti legasi Asri melahir beliau sehingga memimpin Kelantan dan menjadi MB lebih lama darinya.

Bersambung ke siri (2). [wm.kl. 12:17 t/hari 24/12/12]

Masa Depan Pas <b>Kelantan</b> 20 Tahun Akan Datang - Rakyat Marhaen

Posted: 23 Dec 2012 08:48 PM PST

Bersambung ke siri (2).

MSO.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search

headbomb: beza ceramah "ubah" <b>di negeri kelantan</b>, negeri <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 06:48 PM PDT

situasi di negeri-negeri negeri 9 dan johor, ceramah-ceramah anjuran pakatan rakyat sangat popular sehingga boleh mengumpul sampai 6-7 ribu orang.. untuk pengatahuan korang.. ceramah-ceramah yang di anjurkan, hanya di bandar-bandar besar di negeri tersebut... dan siapa paling ramai??? dah tentu orang cina.. dan nampaknya dap memang dah berjaya mengahasut kaw-kaw minded orang cina dalam perubahan menukar kerajaan sekarang ke pakatan rakyat... kenapa cina yang ramai??? sebab senang sahaja... mereka mainkan sentimen kebencian termaksimum...

betullah pru 13 ini adalah pru antara kaum... sebab sekarang orang cina nakkan kuasa... yang bodoh siapa???

 ada juga sebahagian melayu bodoh.. 

semua gambar di atas adalah ceramah anjuran dap di johor dan negeri 9.. yup ramai giler.. tetapi yang ramai siapa.. memang ada totok-totok pas, tak ramai sebenarnya orang melayu di ceramah pakatan rakyat.. yang ramai adalah orang cina... apakah tiada kesedaran orang melayu yang cina-cina ini nakkan kuasa multlak.. apa kebodohnya menjadi keldai seumur hidup.. itulah pas... kesian...

DAN PERBEZAAN "UBAH" DI NEGERI KELANTAN... 

ini ceramah pendita yang berlangsung di sana, rakyat kelantan berpusu-pusu datang... gema tukar semakin popular di sana...

dan ini terjadi di negeri selangor
himpunan anak muda yang gagal menarik pekakas pr.. 
ITU BEZA DI SELANGOR, KELANTAN, RAKYAT YANG DAH TERKENA, DAH TAU SIAPA DIA PAKATAN RAKYAT.. DAH TAU JANJI-JANJI MEREKA.. DAH TAU SIAPA DOMINAN DALAM PAKATAN... MELAYU KEMANA? MELAYU YANYA SECOND CLASS... APAKAH DI NEGERI JOHOR DAN NEGERI 9 TIDAK ADA KESEDARAN??? erm biarkan.. kita nak buat macamana... dah kena sok, padan lah muka kamu... ptuih!!!!

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

Opd Daulat:Jenazah Dua Anggota Tentera Gugur Tiba <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 10:00 PM PDT

jenazah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaminkan bacaan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, Rabu. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (tiga, kanan) dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (dua, kiri)

KOTA BHARU: Lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara yang gugur dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah pada Isnin.

Jenazah Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan tiba dengan pesawat Charlie C-130 di lapangan terbang itu pada pukul 9.55 pagi.

Turut menyambut ketibaan jenazah ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Sejurus tiba, kedua-dua jenazah dibawa ke hangar untuk diberikan penghormatan sebelum dibawa dengan van jenazah ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.Jenazah Ahmad Hurairah akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang yang terletak berdekatan.

Jenazah Ahmad Farhan pula dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh.-BERNAMA

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 12:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:54 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Kelantan</b> rintis negara berkebajikan PAS | PAS DUN <b>Demit</b>

Posted: 29 Jan 2008 01:09 AM PST

Cara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa menyerang Negara Berkebajikan PAS menunjukkan BN menentang konsep menjadikan Malaysia lebih berkebajikan.
Cabaran beliau supaya PAS menunjukkan teladan sebagai negeri berkebajikan telah lama bersambut. Namun Kerajaan Negeri Kelantan tidak harus sama sekali disamakan dengan Kerajaan Persekutuan.

Membandingkan Kelantan sebagai Kerajaan Negeri berbanding Malaysia yang mempunyai kuasa Persekutuan seperti menerima cukai petroleum dan hasil cukai langsung dan tidak langsung yang lain, samalah membanding anak masih bersekolah dengan bapa yang kaya raya dengan harta pesaka di  samping pendapatan sendiri. Kerajaan Persekutuan juga menerima faedah dari khazanah minyak negara yang tidak dimiliki Kerajaan Negeri seperti Kelantan.

Kos hidup di Kelantan juga masih dikekalkan rendah di atas kejayaan pengurusan Kerajaan Negeri atau agensinya. Tarif air misalnya. Tarif  AKSB adalah yang keempat terendah di Malaysia iaitu 0.55 sen per meter padu. Bandingkan apa yang perlu di bayar penduduk Perak (73 sen), Selangor (0.77 sen), Johor (90 sen) per meter padu domestik.

BThe image agi kakitangan Kerajaan Kelantan pula mereka beryukur kerana mendapat Skim Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer tanpa dikenakan interest. Ini menunjukkan Kelantan, negeri yang berkebajikan sekiranya dibandingkan dengan pinjaman PPTN yang dikenakan kos perkhidmatan  4 peratus.

Orang awam yang terdesak kewangannya juga merasai tempias nikmat Negeri Berkebajikan di mana Kerajaan Kelantan memperkenalkan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn. Sistem yang dipelopori Kerajaan PAS ini berkebajikan berbanding pajak gadai berkonsepkan 'bunga' dan lesap barang  gadaian yang diamalkan sebelum ini atau masih diamalkan negeri-negeri lain.

Ini semua adalah plus faktor kepada kesejahteraan pelbagai lapisan penduduk Kelantan. Berikut adalah skim yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyatnya:

• Skim Armalah dan Anak Yatim: Anak wanita yang kematian atau berpisah dengan suami diberikan bantuan sosio ekonomi dan bantuan kewangan.

• Skim Kesihatan Sakit Kronik: Skim ini membiayai kos kewangan bagi mereka yang menderita penyakit yang serius termasuk menampung kos pembedahan dan ubatan.

• Skim bantuan Orang Kurang Upaya: Khusus untuk OKU membeli peralatan, anggota palsu dan bantuan kewangan. Tahun 2007 seramai 1,610 OKU  seluruh Kelantan diberikan bantuan merangkumi anggota palsu, kerusi roda, motor roda tiga, alat pendengaran, komputer, mesin jahit dan kewangan.

• Skim Takaful Armalah: Skim perlindungan insuran yang pertama di Malaysia khusus untuk armalah. Untuk menjaga kebajikan golongan armalah ini, Kerajaan  Kelantan melantik Pegawai Pembangunan Armalah bagi melicinkan usaha menyampaikan bantuan. Skim khusus ini adalah  yang pertama di Malaysia.

• Skim Kifaalah: Skim khairat kematian untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Seramai 92, 803 wargaemas telah di daftarkan. Pada 2007 seramai 4,170 kes kematian dilaporkan dan keluarga menerima manfaat. Program ini kini ditiru beberapa pemerintah negeri lain termasuk Selangor.

• Skim Ladang Rakyat: Sehingga Januari 2008, seramai 3,693 peserta miskin pelbagai kaum termasuk 200 orang Asli didaftarkan di bawah skim ini. Mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.  

• Bantuan Segera Bencana: Mangsa bencana seperti kebakaran, banjir dan
ribut  menerima bantuan sehingga RM5000 bagi membina kehidupan mereka.

Skim bakal  dilancarkan

Skim Rumah Rakyat: Percuma untuk golongan armalah, miskin dan orang tua manakala diskaun akan diberikan untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan setahun bermula 2008.

Jelas, Kelantan dan Malaysia berbeza di bawah Perlembagaan. Kelantan tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk kutipan cukai bagi menjana sumber pendapatan. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mengutip royalti minyak dan mengagihkan seperti kepada kepada Kerajaan Terengganu. (walaupun ditarik ketika PAS memerintah). Dalam masa singkat itupun, Kerajaan PAS Terengganu menghapuskan  cukai pintu di seluruh Terengganu dan kutipan tol di Kuala Terengganu.

Dengan track record itu kita yakin dapat membawakan konsep  Negara Berkebajikan di peringkat nasional jika rakyat  memberi peluang PAS memimpin Malaysia. Bandingkan pula dengan apa yang berlaku di bawah pemerintahan ala 'profit sharing' di bawah BN. Dengan hasil yang begitu besar sekalipun, Kerajaan BN mengenakan pelbagai caj untuk perkhidmatan kesihatan seperti ubatan, rawatan bersalin atau pembedahan yang dulunya percuma atau dikenakan bayaran minimum.

Tol dan tarif eletrik dinaikkan. Bayaran persekolahan membebankan dan kos hidup meningkat kerana kenaikan harga minyak hasil falsafah BN, 'tak naik harga minyak, Kerajaan BN bangkrap'.

Tidak ada salahnya rakyat Malaysia meneroka satu peluang hidup yang lebih berkebajikan dengan segala kekayaan yang dikurniakan Allah kepada negara kita.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 11:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jengka 19: Harian Metro: Hati

Posted: 18 Mar 2013 08:12 PM PDT

Uji ketangkasan peserta berkumpulan

Posted:

Bunyinya seperti aktiviti mencari harta karun yang biasa dilakukan pada hujung minggu. Bergerak dari satu stesen ke stesen lain selepas me­nyelesaikan cabaran atau misi yang disediakan.

Satu demi satu misi dilakukan hingga akhir­nya peserta yang tiba dulu di lokasi terakhir diangkat selaku juara.

Namun bagi peserta acara Running Hunt Malaysia yang diadakan sekitar ibu kota minggu lalu, bukan siapa yang tiba dulu jadi sasaran, tetapi tertumpu kepada siapa yang terakhir kekal di gelanggang permainan dengan tanda nama masih terlekat di belakang badan.

Bagi peminat program variasi Korea Selatan, Running Man, konsep pemainan 'mencabut tag nama' menjadi tarikan dan amat dinantikan peserta kerana itulah cabaran utamanya.

Foto

MEMBALING syiling dalam kuali leper menjadi misi pertama yang perlu diselesaikan peserta sebelum ke stesen berikutnya.

Foto

BEBERAPA kumpulan berlari menaiki tren LRT agar tidak diekori pasukan lain sejurus melakukan misi mereka.

Foto

ANTARA peserta Running Hunt Malaysia yang berjaya melaksanakan semua misi sebelum bergerak ke lokasi terakhir.

Biarpun sesebuah kumpulan atau individu berjaya mendahului misi sebelum itu, ia sekadar memberi kelebihan untuk bersembunyi dan menyusun strategi sebelum mencabut tag nama peserta yang tiba seterusnya.

Misi pertama dimulakan di stesen KL Sentral, di mana setiap pasukan seramai enam peserta diberikan kad klu untuk misi seterusnya. Semuanya menerima klu yang sama iaitu perlu membeli tiket tren LRT dari lokasi permulaan sehingga ke stesen KLCC.

Bagaimanapun, setiap pasukan perlu turun di setiap stesen sebelum lokasi terakhir bagi menyempurnakan misi. Di stesen Pasar Seni, peserta perlu membaling duit syiling dalam kuali leper ­dengan diberikan peluang sehingga tiga kali cubaan setiap seorang.

Jika gagal dalam cabaran ini atau mana-mana misi berikutnya, penalti dua tren dikenakan pada pasukan terbabit. Bermakna, kumpulan berkenaan perlu melepaskan dua perjalanan tren LRT sebelum boleh meloncat masuk ke tren ketiga untuk menyambung misi.

Misi diteruskan ke stesen berikutnya dan misi Cham Cham Cham ini memerlukan peserta berpaling ke arah bertentangan daripada ­'tangan kuning' yang diletakkan di depan, contohnya jika tangan menuding ke kanan, muka perlu berpaling ke kiri dan sebaliknya.

Misi ini menjurus kepada daya tumpuan penglihatan peserta, selain fokus kepada bunyi Cham Cham Cham yang dilakukan kru.

Meneka 10 perkataan atau ayat seperti yang dilakonkan (Riddles for Seconds) ­dalam tempoh dua minit pula menjadi cabaran di hentian seterusnya. Apa yang diperlukan ialah kemahiran ­salah seorang ahli kumpulan ­dalam menyampaikan ayat kepada rakannya, sama ada dalam cara lakonan, gerak tubuh atau memberikan klu berkaitan secara lisan.

Misi Twist or Twisted kemudiannya membuatkan pergerakan beberapa pasukan tergendala kerana peserta diminta menyebut sepotong ayat yang bunyinya hampir sama dalam tempoh 30 saat.

Kemuncaknya di stesen akhir apabila setiap pasukan perlu mencari kru berdasarkan klu yang diberi sebelum bergerak ke taman berhampiran Jalan Ampang untuk misi kelangsungan tag nama.

Seperti apa yang berlaku dalam program popular dibarisi nama besar Korea antaranya Yu Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Ha-ha, Lee Kwang-su, Gary dan Song Ji-hyo itu, adegan terakhir iaitu mencabut tag nama sememangnya menakutkan.

Kala setiap peserta Running Hunt Malaysia menerima kemeja-T velcro yang mempunyai tanda nama Running Man dalam tulisan Korea di belakangnya selepas pendaftaran, masing-masing asyik cuba mengoyakkannya sesama sendiri.

Menjadi peserta pertama yang dicabut tag namanya juga amat menggerunkan dan ia sememangnya saat paling diingati penulis ­sehingga ke hari ini.

Kisahnya, peserta diminta mencari seberapa banyak bola bertanda 'R' dalam tempoh ditetapkan dan pasukan penulis (Harian Metro) me­ngambil keputusan berpecah kepada tiga bagi memudahkan carian.

Kurang lima minit kami bergerak, penulis bersama seorang ahli pasukan berjaya menjumpai sebiji bola tapi disebabkan kami ralit mencari bola lain di sekitar pokok berhampiran, sekumpulan gadis bertudung mula menghampiri kami.

Semuanya menuju ke arah penulis dan seperti apa yang dilakukan dalam Running Man, penulis sedaya upaya mengelak daripada menjadi mangsa tag nama.

Beberapa kali cuba membolosi mereka, tetapi tidak berjaya hingga penulis mengambil keputusan berbaring di lantai bagi melindungi tag nama.

Dengan rakus dua gadis terus memegang kaki, dua lagi di kedua belah tangan sementara seorang gadis gempal (yang mungkin ketuanya) terus menolak tubuh penulis supaya tangannya berjaya mencangkuk leher penulis. Dengan pantas dia mencabut tag nama ­sehingga koyak kemeja-T yang dipakai lalu menampakkan sebahagian besar belakang tubuh penulis.

Mujur ia berlaku berhampiran pusat beli-belah dan kru penganjur banyak membantu kala penulis bergegas membeli kemeja-T baru.

Misi mencari bola 'R' itu bagaimanapun diubah pada saat akhir atas beberapa masalah, lalu penganjur terus membawa peserta ke tanah lapang untuk acara paling dinantikan tag nama.

Setiap pasukan boleh menurunkan seberapa ramai ahli tapi mengikut jumlah bola yang berjaya dikumpul pasukan terbabit. Seorang demi seorang tersingkir ­hinggalah berakhir dengan pertarungan sengit antara wanita dan lelaki.

Sememangnya ia pengalaman baru bagi kami. Selalunya, insiden menakutkan ini cuma dapat ditonton dalam Running Man tanpa ada perasaan takut atau bimbang kerana penonton terhibur dengan aksi serta gelagat lucu mereka.

Erik Sim Ziheng, 17, yang mewakili pasukan Race In muncul juara selepas berjaya menarik tag nama Teh Shuyi, 21, daripada pasukan Powerpuff Girl, sekali gus membolehkan kumpulannya membawa pulang hadiah utama wang RM300.

Menurut penganjur ­Running Hunt Malaysia, Cheong Wei Ling, aktiviti ini diada­kan sebagai tanda sokongan peminat Running Man di Malaysia serta memberi peluang peminat merasai pengalaman menyelesaikan misi seperti dalam program televisyen popular itu.

"Kami menganjurkannya kerana ia belum pernah diada­kan lagi meskipun Running Man mempunyai ribuan peminat di Malaysia. Penyertaan yang kami terima amat menggalakkan ­hingga perlu dipecahkan kepada dua sesi, tujuh di sebelah pagi manakala lapan pasukan pada sesi petang.

"Dengan adanya Running Hunt Malaysia ini diharap­kan peserta dapat menimba pengalaman baru dan saling menjalin hubungan baik ­sesama peminat Running Man.

"Pada masa sama, kami juga harap ia dapat menarik perhatian produksi Running Man untuk mengadakan rakaman program mereka di Malaysia selepas Thailand, China, Hong Kong, Macau dan Vietnam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

Berkorban demi cintakan al-Quran

Posted:

Melahirkan golongan hafiz profesional yang komited menerajui kepentingan agama, bangsa dan negara bukanlah satu tugas mudah kerana ia memerlukan sokongan dan perhatian semua pihak.

Bersandarkan kepada pepatah Melayu yang berbunyi 'jika tidak dipecah­kan ruyung, manakan dapat sagunya', sekumpulan guru yang bertugas di kelas pengajian pondok moden Darul Halim di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang wajar dipuji kerana mengadakan pelbagai usaha untuk menambah golo­ngan cerdik pandai dalam bidang agama.

Walaupun pelajar di sekolah pondok berkenaan tidak mengharungi sesi persekolahan biasa, mereka tetap diasuh mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari bermula waktu Subuh sehinggalah waktu tidur pada jam 11 malam.

Acuan hidup mereka sudah ditetapkan dan mereka melakukannya dengan penuh kerelaan termasuk membersihkan kawasan rumah, memasak dan mengemas serta melakukan kerja khidmat ma­syarakat di komuniti setempat di samping tugas hakiki mereka menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama.

Peluang bersua muka dengan beberapa penghuni yang berusia antara 13 hingga 21 tahun itu membuktikan keazaman dan kesunggu­han pengurusan sekolah pondok moden itu dalam melahirkan 'pewaris' zaman kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dulu.

Pelajar paling dewasa, Ahmad Husaini Ibrahim, 21, berkata, kepentingan ilmu akhirat membuatkannya nekad berpisah sementara dengan keluarga di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Menurutnya, walaupun mengalami kesukaran untuk bergerak kerana tergolong dalam orang kelainan upaya (OKU), dia tetap berusaha untuk berdikari dan melakukan yang terbaik mencapai cita-citanya menjadi seorang hafiz satu hari nanti.

Ahmad Husaini tidak menafikan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar 'pondok' yang menjurus kepada usaha menghafal al-Quran sepanjang masa.

"Rutin kami bermula selepas Subuh, mengemas bilik, bersarapan dan melakukan aktiviti bebas seperti membersihkan kawasan rumah dan membasuh pakaian.

"Kelas hafazan bermula selepas Zuhur hingga Asar. Di sini, kami menghafaz secara berkumpulan dan teguran dibuat jika berlaku kesilapan ketika menghafaz," katanya.

Bekas pelajar Maahad Tok Kenali, Kota Bharu itu berkata, walaupun menghadapi kesukaran turun naik tangga kerana bilik tidurnya terletak di tingkat atas manakala kelas al-Quran di tingkat bawah, faktor itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya bersama rakan lain dalam setiap aktiviti yang diadakan.

"Memang susah sikit tetapi saya tidak kisah selagi dapat beriadah, makan minum dan membaca al-Quran di tingkat bawah rumah dua tingkat ini," kata anak ketujuh daripada sembilan beradik itu.

Ahmad Hafizuddin Abdul Mubin, 16, berkata, walaupun pernah belajar di dua sekolah aliran agama yang turut menyediakan akademik bagi menyeimbangkan pendidikan dunia dan akhirat, anak bongsu daripada lapan beradik itu mengambil keputusan untuk berhenti dan sambung belajar di Darul Halim.

"Saya tahu tanpa kelulusan dalam bidang akademik, penghuni di sini agak sukar mendapatkan pekerjaan tetapi saya percaya rezeki di tangan Tuhan dan Dia sudah menetapkan segala-galanya untuk kita," katanya yang berasal dari FELDA Jengka 2.

Bekas pelajar Maahad Tahfiz Darul Hijrah, Jengka itu berkata, kejayaan dua abangnya, Ahmad Kamri, 28, dan Ahmad Fariduddin, 24, yang menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar, Mesir dan Universiti Islam Medan, Indonesia mendorong­nya belajar di Darul Halim.

"Saya bukan menolak ilmu akademik tetapi amat menyayangi bidang hafazan ini kerana mahu mendalami ilmu agama. Kami bukan saja menghafaz tetapi juga cuba memahami isi kandungan al-Quran itu sendiri.

"Tinggal sepenuh masa di sini juga mengajar kami erti kehidupan berkeluarga. Kami menguruskan keperluan sendiri, memasak, bermain dan bersukan malah turut membantu membersih­kan kawasan persekitaran rumah jiran secara sukarela," katanya yang ditugaskan menyediakan makanan kepada penghuni di situ.

Menurutnya, naskhah al-Quran mempunyai nilai yang sangat tinggi malah diabadikan sebagai khazanah terulung dalam dunia Islam dan menjadi tinggalan Nabi Muhammad SAW yang paling agung.

"Apabila kita cinta kepada al-Quran, ia akan memberi kekuatan untuk menghafalnya. Seronok belajar di sini kerana dunia kami di sini dikelilingi kitab suci al-Quran dan jiwa sentiasa dibasuhi ayat al-Quran dan menjadi pendinding dan penenang jiwa," katanya.

Bagi dua penghuni berasal dari Kemboja, Zakaria Abdullah, 17, dan Mohd Razali Zakaria, 16, kehadiran mereka di Darul Halim secara tidak langsung membantu mereka mendalami ilmu agama.

Bagi Zakaria, peluang belajar al-Quran saat paling indah dalam hidupnya kerana dapat mengetahui kandu­ngan kitab suci itu dengan lebih terperinci.

"Kami bukan setakat menghafal tetapi juga mencari maksudnya dan saya dapat membayangkan betapa indahnya menjalani kehidupan sebagai seorang Islam jika kita mengetahui isi kandungan al-Quran itu sepenuhnya.

"Walaupun baru empat bulan di sini, saya gembira dapat belajar dan melakukan aktiviti secara bersama. Secara tidak langsung dapat melupakan kerinduan kepada keluarga buat sementara waktu," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Walaupun berasal dari Phnom Penh, keluarga Zakaria sudah lama menetap di Ulu Tiram, Johor dan kehadirannya di Darul Halim secara sukarela kerana mahu menjadi seorang hafiz dan berhasrat kembali ke Kemboja untuk mengajar al-Quran satu hari nanti.

"Saya gembira di sini kerana mempunyai rakan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dan saling membantu jika berhadapan masalah dalam apa juga perkara," katanya.

Mohd Razali pula berkata, kehadirannya di Darul Halim berlaku secara tidak langsung apabila seorang guru agama di kampungnya, Kampung Cham mempelawanya ke Malaysia dan belajar agama.

"Saya terus bersetuju kerana tidak mahu menyusahkan keluarga yang sememangnya hidup dalam kemiskinan di sana. Saya masih belajar menyesuaikan diri dengan rakan di sini kerana kurang fasih berbahasa Melayu tetapi ia sama sekali tidak menjejaskan saya untuk menghafal al-Quran," katanya yang dibantu Zakaria menterjemahkan apa yang dikatakan.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu bernasib baik kerana tidak dipinggirkan rakan lain kerana kesukarannya bertutur dalam bahasa Melayu dan kini giat melatih diri untuk berbuat demikian.

"Walaupun kadangkala terbit rasa rindu dan ingin kembali ke pangkuan keluarga, saya terpaksa kuatkan semangat demi membela nasib keluarga dan berhasrat untuk bekerja sebagai guru agama apabila pulang ke kampung," kata­nya.

Pegawai Darul Halim, Mohd Farid Othman, 44, berkata, seramai 16 pelajar sedang mengikuti kelas hafazan di bawah pengawasan Ustaz Abdul Halim Mahmud, 43, yang juga seorang penghafaz al-Quran berpe­ngalaman bermula September lalu.

"Kami hanya menerima pelajar lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun. Di sinilah tempat tinggal mereka dan belajar setiap hari mendalami ilmu al-Quran dan menghafaz sehingga bersedia bergelar seorang hafiz.

"Kejujuran, keikhlasan dan ketekunan mereka menghafal al-Quran setiap hari secara tidak langsung dapat mendidik dan membersihkan hati nurani mereka, sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terbabit dengan gejala salah laku yang semakin menular dalam kalangan remaja mutakhir ini," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk menarik minat golongan remaja mencintai kitab suci al-Quran dan menjadikannya sebagai 'teman setia' sepanjang hari.

"Justeru, saya hormati dan menghargai semangat juang mereka datang ke sini untuk belajar al-Quran, sekali gus membasahi bibir mereka dengan ayat al-Quran setiap hari demi merealisasikan impian menjadi penghafaz al-Quran," katanya.

Menurutnya, pihak­nya tidak meletakkan syarat tertentu tetapi pelajar yang datang ke Darul Halim mestilah benar-benar ikhlas dan mahu belajar menjadi seorang hafiz al-Quran.

"Walaupun kami me­ngenakan yuran pendaftaran dan pengajian, bagi keluarga yang tidak mampu, kami tidak memaksa mereka menjelaskannya, sebaliknya menyumbang sekadar termampu saja," katanya.

Mohd Farid berkata, Darul Halim yang membawa maksud 'Yang Maha Lemah Lembut' ditubuhkan bagi memenuhi hasrat arwah bapanya, Othman Ibrahim iaitu pengasas Yayasan Othman Ibrahim yang ditubuhkan pada 1985 dengan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan Islam.

"Semoga hasrat arwah bapa untuk melahirkan ramai penghafaz al-Quran akan terlaksana dengan kewujudan Darul Halim ini dan mewarnai dunia cendekiawan Islam Pahang satu hari nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:54 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Kelantan</b> rintis negara berkebajikan PAS | PAS DUN <b>Demit</b>

Posted: 29 Jan 2008 01:09 AM PST

Cara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa menyerang Negara Berkebajikan PAS menunjukkan BN menentang konsep menjadikan Malaysia lebih berkebajikan.
Cabaran beliau supaya PAS menunjukkan teladan sebagai negeri berkebajikan telah lama bersambut. Namun Kerajaan Negeri Kelantan tidak harus sama sekali disamakan dengan Kerajaan Persekutuan.

Membandingkan Kelantan sebagai Kerajaan Negeri berbanding Malaysia yang mempunyai kuasa Persekutuan seperti menerima cukai petroleum dan hasil cukai langsung dan tidak langsung yang lain, samalah membanding anak masih bersekolah dengan bapa yang kaya raya dengan harta pesaka di  samping pendapatan sendiri. Kerajaan Persekutuan juga menerima faedah dari khazanah minyak negara yang tidak dimiliki Kerajaan Negeri seperti Kelantan.

Kos hidup di Kelantan juga masih dikekalkan rendah di atas kejayaan pengurusan Kerajaan Negeri atau agensinya. Tarif air misalnya. Tarif  AKSB adalah yang keempat terendah di Malaysia iaitu 0.55 sen per meter padu. Bandingkan apa yang perlu di bayar penduduk Perak (73 sen), Selangor (0.77 sen), Johor (90 sen) per meter padu domestik.

BThe image agi kakitangan Kerajaan Kelantan pula mereka beryukur kerana mendapat Skim Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer tanpa dikenakan interest. Ini menunjukkan Kelantan, negeri yang berkebajikan sekiranya dibandingkan dengan pinjaman PPTN yang dikenakan kos perkhidmatan  4 peratus.

Orang awam yang terdesak kewangannya juga merasai tempias nikmat Negeri Berkebajikan di mana Kerajaan Kelantan memperkenalkan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn. Sistem yang dipelopori Kerajaan PAS ini berkebajikan berbanding pajak gadai berkonsepkan 'bunga' dan lesap barang  gadaian yang diamalkan sebelum ini atau masih diamalkan negeri-negeri lain.

Ini semua adalah plus faktor kepada kesejahteraan pelbagai lapisan penduduk Kelantan. Berikut adalah skim yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyatnya:

• Skim Armalah dan Anak Yatim: Anak wanita yang kematian atau berpisah dengan suami diberikan bantuan sosio ekonomi dan bantuan kewangan.

• Skim Kesihatan Sakit Kronik: Skim ini membiayai kos kewangan bagi mereka yang menderita penyakit yang serius termasuk menampung kos pembedahan dan ubatan.

• Skim bantuan Orang Kurang Upaya: Khusus untuk OKU membeli peralatan, anggota palsu dan bantuan kewangan. Tahun 2007 seramai 1,610 OKU  seluruh Kelantan diberikan bantuan merangkumi anggota palsu, kerusi roda, motor roda tiga, alat pendengaran, komputer, mesin jahit dan kewangan.

• Skim Takaful Armalah: Skim perlindungan insuran yang pertama di Malaysia khusus untuk armalah. Untuk menjaga kebajikan golongan armalah ini, Kerajaan  Kelantan melantik Pegawai Pembangunan Armalah bagi melicinkan usaha menyampaikan bantuan. Skim khusus ini adalah  yang pertama di Malaysia.

• Skim Kifaalah: Skim khairat kematian untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Seramai 92, 803 wargaemas telah di daftarkan. Pada 2007 seramai 4,170 kes kematian dilaporkan dan keluarga menerima manfaat. Program ini kini ditiru beberapa pemerintah negeri lain termasuk Selangor.

• Skim Ladang Rakyat: Sehingga Januari 2008, seramai 3,693 peserta miskin pelbagai kaum termasuk 200 orang Asli didaftarkan di bawah skim ini. Mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.  

• Bantuan Segera Bencana: Mangsa bencana seperti kebakaran, banjir dan
ribut  menerima bantuan sehingga RM5000 bagi membina kehidupan mereka.

Skim bakal  dilancarkan

Skim Rumah Rakyat: Percuma untuk golongan armalah, miskin dan orang tua manakala diskaun akan diberikan untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan setahun bermula 2008.

Jelas, Kelantan dan Malaysia berbeza di bawah Perlembagaan. Kelantan tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk kutipan cukai bagi menjana sumber pendapatan. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mengutip royalti minyak dan mengagihkan seperti kepada kepada Kerajaan Terengganu. (walaupun ditarik ketika PAS memerintah). Dalam masa singkat itupun, Kerajaan PAS Terengganu menghapuskan  cukai pintu di seluruh Terengganu dan kutipan tol di Kuala Terengganu.

Dengan track record itu kita yakin dapat membawakan konsep  Negara Berkebajikan di peringkat nasional jika rakyat  memberi peluang PAS memimpin Malaysia. Bandingkan pula dengan apa yang berlaku di bawah pemerintahan ala 'profit sharing' di bawah BN. Dengan hasil yang begitu besar sekalipun, Kerajaan BN mengenakan pelbagai caj untuk perkhidmatan kesihatan seperti ubatan, rawatan bersalin atau pembedahan yang dulunya percuma atau dikenakan bayaran minimum.

Tol dan tarif eletrik dinaikkan. Bayaran persekolahan membebankan dan kos hidup meningkat kerana kenaikan harga minyak hasil falsafah BN, 'tak naik harga minyak, Kerajaan BN bangkrap'.

Tidak ada salahnya rakyat Malaysia meneroka satu peluang hidup yang lebih berkebajikan dengan segala kekayaan yang dikurniakan Allah kepada negara kita.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search

kanak-kanak 5 tahun maut didera ibu tiri <b>di tumpat</b> <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 25 Mar 2013 02:00 AM PDT

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Didera Ibu Tiri Di Tumpat, Kelantan | Al-Fatihah untuk mangsa. Tak sangka dalam zaman serba moden ni masih ada sikap ibu dan bapa tiri yang kejam. Menurut laporan Utusan Malaysia, seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dipercayai setelah didera oleh ibu tirinya dalam kejadian di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat semalam.

Kanak-kanak malang itu, Ummi Amilia Azman meninggal dunia kira-kira pukul 8.56 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), selepas tidak sedarkan diri.

murder bunuh

Sehingga kini tidak pasti status ibu tirinya itu samada sudah ditahan atau belum. Namun amat diharapkan suspek dikenakan hukuman yang setimpal dengan perilaku kejamnya itu jika disabitkan bersalah.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • ummi amilia azman (9)
  • tumpat kanak (5)
  • GAMBAR UMMI AMILIA AZMAN (5)
  • gambar kanak-kanak ummi amilia (4)
  • berita mengenai kecederaan elektrik (4)

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search

PRU13: Saingan Sengit <b>Di</b> Kerusi <b>Gua Musang</b> - MyNewsHub

Posted: 07 Apr 2013 07:13 PM PDT

GUA MUSANG – Persaingan bagi merebut kerusi Parlimen Gua Musang bakal berlangsung sengit apabila PAS dikatakan akan menurunkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk berhadapan dengan penyandang kerusi berkenaan yang juga veteran Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.

Difahamkan ahli politik veteran berusia 61 tahun itu telah menangguhkan seketika hasrat untuk bersara dan telah bersetuju untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Sekiranya pertembungan itu benar-benar berlaku, ia bukannya kali pertama, Razaleigh,74, yang merupakan wakil rakyat paling lama di negara ini menentang Wan Abdul Rahim di Gua Musang.

Ahli Parlimen Kota Baru itu pernah tewas kepada Tengku Mahkota Kelantan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 1986.

wan Abdul Rahim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, berkata beliau yakin dapat menewaskan Tengku Razaleigh kali ini.

Beliau turut menolak spekulasi yang mengatakan Tengku Razaleigh akan digugurkan bagi memberi peluang kepada Ketua Umno Gua Musang, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor untuk bertanding di kerusi berkenaan.

"Saya fikir Umno cuba untuk memperdayakan PAS. Saya berkempen berdasarkan kenyakinan saya akan menentang Ku Li," katanya.

Wan Abdul Rahim dikenali sebagai salah seorang daripada 'Tiga Abdul' di Kelantan dengan dua yang lain adalah, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, 74 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunku, Datuk Abdul Fatah Mahmood, 65.

Trio berkenaan merupakan veteran PAS yang mempunyai pengaruh mereka tersendiri dalam bidang politik di negeri itu sejak tiga dekad lalu.

Mereka dilaporkan dipanggil Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding di Kelantan pada 1970-an dan telah memainkan peranan penting serta menyakinkan untuk menjadi Menteri Besar selepas PAS berjaya menawan negeri itu pada 1990.

Sementara itu, Abdul Halim berkata beliau tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk bersara sementara Abdul Fatah berkata beliau menyerahkan sebarang keputusan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya. – mStar Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2013 03:32 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 03:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dun <b>Kelaboran</b>: IHTIFAL PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2011 08:19 PM PST

DUN Kelaboran meneruskan tradisi menyemarakkan pendidikan pra persekolahan anak-anak berusia lima dan enam tahun bagi penanaman asas Islam yang kukuh sebelum menapak ke alam persekolahan.  PASTI, selaras dengan kebangkitannya selaku pemangkin pendidikan Islam telah mengadakan Ihtifal di mukim masing-masing bagi penyampaian sijil, hadiah pelajar terbaik dan persembahan menarik dari graduan-graduannya.
Setakat ini kesemua PASTI di dalam DUN Kelaboran telah pun mengadakan Majlis Ihtifal dengan jayanya dan telah disempurnakan penyampaiannya oleh YB ADUN Kelaboran, Saudara Mohd Zaki Hj Ibrahim.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2012 03:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Older Post - Chegu Zubir

Posted: 01 Aug 2012 01:26 AM PDT

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2012 03:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Adun <b>Kelaboran</b> Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan | info

Posted: 02 Aug 2012 04:53 PM PDT

Adun Kelaboran Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau bernikah dengan Abby Abadi dan beri amaran untuk ambil tindakan kepada orang yang memfitnah beliau.

Abby yang menyertai PAS pada bulan lalu dengan keanggotaan seumur hidup telah digosipkan bernikah dengan seorang Adun parti PAS.

Adun Kelaboran Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan

Bagaimanapun, wakil rakyat Pas itu menegaskan segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

"Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana  isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

"Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

"Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil  langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby yang telah menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan laman sosial twitter menafikan beliau mempunyai sebarang hubungan dengan  Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Adun Kelaboran Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan | Politik @ Forblogger

Connect Facebook

5.0

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search

.: Liang Lahad Politik <b>di Pasir Mas</b> Perlu Diperluaskan - MSO

Posted: 15 Apr 2013 10:28 PM PDT

ULASAN AWAL                                                                                                                  

Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam memberi peluang kepada bukan ahli Umno untuk bertanding bagi memastikan partinya terus berkuasa dan dia sendiri akan menjadi perdana menteri. Apabila Najib memberi laluan kepada 'si laba-laba hutan' Zulkefli Nordin bertanding di Shah Alam tetapi menafikan si Salentia alias Inchek Ibrahim Ali untuk mendapat by di Pasir Mas, ia boleh dianggap sebagai 'istidraj' buat Umno.

Zulkefli adalah naib presiden Perkasa(m), manakala Salentia atau Ibrahim adalah presiden. Sepatutnya presiden diberikan keutamaan tetapi tidak timbalan presiden. Zulkefli yang dikenali sebagai Zul 9/10 akan berdepan dengan Khalid Samad di parlimen Shah Alam. Jelas apabila Umno mengirimkan bukan ahlinya untuk berdepan dengan calon PAS, parti berkenaan kehabisan modal.

Pencalonan Zul 9/10 ini juga membuktikan Umno tidak menghormati calon atau tokoh tempatan Shah Alam. Tahun 2004 dan 2008 Umno meletakkan si konspirator menjahamkan Anwar Ibrahim, Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam. Ini bermakna sudah tiga kali pilihan raya umum Umno Selangor gagal menurunkan tokoh tempatan dan sekaligus menunjukkan Umno Selangor kekeringan tokoh.

Bekas kawan Anwar, Ezam Mohd Noor yang sebelum ini disebut-sebut bakal mengepalai Umno untuk mengambil alih kekuasaan dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat senyap sendu tanpa diletak bertanding di mana-mana. Rupa-rupanya Umno tidak begitu bodoh sangat dan teruja dengan kepahlawanan pulut kuning Ezam Mohd Noor.

Perletakkan Zul 9/10 itu adalah dipercayai untuk menjadi ulam muda kepada Pakatan Rakyat. Ia sungguh memalukan Umno khasnya Noh Omar yang sebelum ini cakap besar UBN akan tawan Selangor dan kononnya parti itu mempunyai banyak tokoh berkalibar. Apakah Umno sudah kehabisan tokoh di Selangor sehingga terpaksa membeli si laba-laba hutan yang kuat mengarut?  Zulkefli Nordin dianggap sebagai si anjing oleh orang PKR dan rakyat Kulim Bandar Baru sepatutnya tidak layak lagi dibawa masuk ke dalam gelanggang kerana ia mencemarkan medan politik.

Manusia yang kuat berbohong begitu patut dinyahkan bukan saja dari alam politik tetapi apa-apa gelanggang sosial juga apa lagi agama kerana cakapnya lebih teruk dari Abdulah Ubay.  Sebelum ini dia ini menang atas tikit PKR di Kulim Bandar Baru kemudian melacurkan dirinya untuk hidup dengan Umno. Proses beliau hendak menjadi pelacur semuanya di dalam pengetahuan saya.

Keputusan mengambil ahli parlimen melindungi kepala botak dengan kopiah ini, dan mengenepikan Ibrahim itu juga secara tidak langsung menempek Ibrahim yang merasakan dia begitu gagah dan pasti akan diberi laluan oleh Umno di Pasir Mas. Pengenepian Ibrahim itu menunjukkan beliau tidak lagi ada apa-apa nilai kepada Umno dan Najib Razak. Salakan hebat Ibrahim sebelum ini kononnya dia mampu menumbangkan Nik Aziz dan PAS hanya sebagai salakan kumbang lilin semata-mata. Apa yang berlaku ke atas Ibrahim itu adalah kifarah Tuhan atas dosanya kepada Nik Aziz.

Keputusan yang dibuat itu pastilah mengecewakan Ibrahim Ali. Tidak dapat tidak si Salentia itu akan membuat tindakan susulan mengejutkan. Yang tentunya dia tidak ada pilihan lain lagi melainkan bertanding atas tikit Bebas di dalam pilihan raya 5 Mei nanti yang akan melibatkan pertandingan tiga penjuru. Umno telah mengumumkan nama Timbalan Ketua Bahagian Johan Che Pa untuk calon parlimen. Pengumuman itu mengunci segala pintu helah dan muslihat Ibrahim.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia memberi kepenatan kepada Ibrahim. Apa yang berlaku di Pasir Mas mulai semalam ialah pelebaran liang lahad untuk mengambuskan jasab politik Ibrahim Ali. sudah ada rakyat yang benci dan muak dengan politik Inchek Ibrahim sudah membawa cangkul dan sikul untuk menggali kubnur dan liang lahad untuk mengembumikan jasad politiknya.

Tidak mustahil sekiranya tidak ada pengkhiatan oleh Johan Che Pa, Ibrahim akan hilang wang pertaruhan. Peristiwa semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tahun 2005 akan berulang kembali di mana Ibrahim akan dipolot dengan selut kekalahan sampai hilang pertaruhan. Kecualilah Johan Che Pa yang dikenali sebagai anak didik dan anak buah Ibrahim akan berkorban dengan melakukan pengkhianatan memberi laluan kepada Ibrahim dalam pilihan raya berkenaan. Mengambil iktibar atas kelicitan politik Ibrahim tidak mustahil Johan akan berbuat sesuatu sebagai membalas budi Ibrahim.

Apa pun usaha Johan atau sesiapa selepas ini untuk memenangkan Ibrahim ia akan dicop sebagai bajingan dan syaitan segala syaitan. Satu segi tindakan UBN tidak memberi laluan kepada Ibrahim seperti mana dilakukan kepada Zul 9.10 itu bagus. Ia memberi cabaran besar buat Mahathir Mohamad yang akan berkhemah di Pasir Mas untuk memenangkan Ibrahim Ali.

Kita ucap selamat datang kepada Mahathir ke Pasir Mas yang berhajat untuk membantu Ibrahim Ali. Pasir Mas akan menguji kekuatan dan pengaruh sebenar Mahathir dan juga Ibrahim Ali. Apa yang dapat dikatakan kalau Ibrahim tewas apa lagi sampai hilang wang pertaruhan malunya akan turut ditanggung oleh Mahathir Mohamad. Rasanya elok kalau lubang lahad politik di Pasir Mas diluaskan untuk memuatkan satu jasad lagi iaitu jasad politik Mahathir. Kekalahan Ibrahim bermakna kekalahan Mahathir.

Kematian Ibrahim akan mengheret kepada kematian Mahathir juga. Dan kematian Mahathir di Pasir Mas dalam membantu Ibrahim akan memberi kesan kepada nasib anaknya Mukhriz di Kedah yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB. Apakah pilihan raya ke-13 ini akan hampak dan kohong dengan bangkai dua orang politik ini?

Manakala kepada Zul 9/10 yang telah bebohong dengan saya di dalam dua masjid suci, selamat menjadi kacang panjang buat Khalid Samad di Shah Alam. InsyaAllah saya juga akan naik pentas kali ini. [wm.kl.1:26 pm 16/04/13]

AIDC » Ibrahim Ali Bertanding Bebas <b>di Pasir Mas</b> & DUN

Posted: 16 Apr 2013 07:26 AM PDT

KOTA BARU: Penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membuat kejutan apabila mengumumkan kemungkinan beliau akan bertanding sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) selain mempertahankan kerusi Parlimennya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ibrahim berkata, beliau mungkin akan bertanding di peringkat DUN di bawah Parlimen Pasir Mas, sama ada Tendong, Pengkalan Pasir atau Chetok.

"Di mana saya akan turut bertanding di kerusi DUN dan Parlimen atas tiket bebas, kita tunggu (pengumuman) pada 20 haribulan ini (penamaan calon).

"Saya tidak boleh beritahu sekarang sebab saya calon bebas, simbol akan ditunjukkan oleh pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan akan pilih salah satu daripada simbol yang ada," katanya kepada pemberita di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dekat sini, Selasa.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, beliau menyeru kepada semua ahli badan bukan kerajaan (NGO) itu agar menyokong BN dan tidak membuat perkara yang tidak baik ekoran beliau tidak terpilih sebagai calon parti itu.

"Saya konsisten, saya tidak mahu menjadi manusia yang berpura-pura. Saya menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan sekarang untuk kepentingan, keselamatan dan keamanan negara.

"Maka saya menyeru semua ahli-ahli perkasa di seluruh negara (agar) beri sokongan kepada Barisan Nasional. Jangan buat yang tidak baik, saya merayu sangat.

"Kalau untuk kerjasama itu, saya perlu mengundurkan diri sebagai Presiden Perkasa, saya rela berbuat demikian. Sebab saya dah wujudkan Perkasa, sudah empat tahun saya memimpin, sudah menjadi pertubuhan yang berstruktur, ahlinya ramai dan ada pimpinannya," katanya.

Ditanya mengenai jika menjadi calon bebas mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk merampas Kelantan daripada PAS, Ibrahim berkata:

"Saya tidak mahu cakap apa-apa sebab saya minta rakyat Kelantan untuk beri sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional kecuali di Pasir Mas.

"Di Pasir Mas pun, saya tidak mahu bersaing atau berlawan dengan pihak Barisan Nasional. Cuma saya hendak masuk Dewan Rakyat, dan kalau boleh saya hendak masuk Dewan Undangan Negeri."

Ibrahim pasrah apabila beliau tidak terpilih sebagai calon BN seperti yang dihajatinya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas berikutan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Selasa mengumumkan Che Johan Che Pa yang akan menjadi calon parti bagi kerusi parlimen itu.

Bagaimanapun, beliau nekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya dengan bertanding sebagai calon bebas pada PRU-13.

Menurut Ibrahim, kemungkinan sebab beliau 'dihalang' daripada bertanding atas tiket BN kerana kedudukannya sebagai Presiden Perkasa yang dilihat sebagai NGO Melayu yang rasis – Mstar

ads