03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
pkr akan pastikan adun pas <b>gaal</b> diterajang keluar <b>...</b> - The Flying Kick Posted: 01 Feb 2013 04:30 AM PST Memang cari fasal sungguh ADUN Gaal nih! Nik Azian Nik Mohamad yang merupakan ADUN PAS di Gaal, Kelantan mencadangkan agar para pengundi memilih calon UMNO sekiranya PKR mencalonkan bukan Islam untuk kerusi yang dipertandingkan. Alasannya, calon beragama Islam dari UMNO itu akan memastikan Islam di negara ini terjaga dan dimartabatkan berbanding calon PKR. Cakap-cakap retoriknya selepas itu, sekadar menjadi alasan semata-mata untuk melindungi 'keterlanjurannya' yang mencadangkan agar calon UMNO diutamakan dan dipilih berbanding PKR. Tidak dapat dipastikan sama adalah ADUN Gaal itu sebenarnya penyokong kuat Nasharuddin Mat Isa atau sebaliknya. Atau dia sebenarnya memberikan isyarat kepada Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan, bahawa dia semakin nyanyuk dan pendapat-pendapat serta kenyataan-kenyataannya lebih banyak merapu berbanding berpijak ke bumi nyata. ADUN PAS itu seharusnya sedar, sebarang kenyataan yang mengguriskan hati dan perasaan para pemimpin PKR, akan turut sama mengundang kemarahan Nik Abdul Aziz. Dia pasti akan ditimpa musibah dan natijah yang cukup besar kerana kemarahan Nik Abdul Aziz. Silap-silap, namanya mungkin akan tercicir daripada senarai calon PAS Kelantan. Dalam keadaan sekarang, PAS tidak boleh menerima mana-mana pemimpin serta ahli-ahlinya yang berani memperkatakan tentang kebenaran dan menolak kebatilan. PAS hanya memerlukan para pemimpin dan ahli-ahli yang boleh mengangguk atau menadah kepala untuk diludah dan dikahak oleh PKR dan DAP sahaja. Selain daripada itu, tidak diperlukan. Kita nantikan sahaja apa bala yang akan diterima oleh ADUN Gaal itu. Kalau dia tidak dipecat daripada menjadi ahli PAS pun, dah dikira mujur kerana kenyataan terbarunya itu. ADUN PAS menggesa pengundi Islam agar memberi undi kepada calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon mereka dikalangan bukan muslim. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan