03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
.: Masa Depan Pas <b>Kelantan</b> 20 Tahun Akan Datang Posted: 23 Dec 2012 08:36 PM PST RENCANA KHAS Pengenalan: Selalu orang bertanya siapa akan memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa nama disebut-sebut tetapi tiada siapa pula berani menegaskan nama disebut itu akan jadi MB. Ironisnya pula Timbalan Menteri Besar Kelantan, selalunya akan ternafi ditengah jalan. Keadaan ini menjadi kenan dan menyebabkan persoalan siapa MB selepas Nik Aziz menjadi tanda tanya. Catatan kecil ini akan cuba merungkaikan permasalahan. " Walaupun Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad untuk berjuang sampai ke akhir hayatnya dalam PAS, dan sanggup mati di atas kerusi pemerintah atas alasan kerana Umno berdegil mempertahankan doktrin sekularismenya, tetapi hakikatnya beliau akan berhenti juga bila sudah sampai masanya nanti. Masa untuk itu sebenarnya sudah terlalu hampir dan rapat. Mengenai semangat dan nekadnya tidak siapa boleh menafikan. Saya sendiri yakin dia akan meneruskan nekad murni itu. Mungkin cita-citanya 'syahid' dalam perjuangan adalah rahsia yang tidak terucap kepada umum dan menjadi rahsia peribadinya. Walaupun selepas pilihan raya ke- 13 nanti beliau dikatakan tidak akan meneruskan tugasnya, sebagai MB, tetapi saya percaya selagi Nik Aziz mampu mengangkat tangannya ke atas untuk angkat sumpah, beliau akan terus menjadi MB. Alasannya mudah, PAS masih memerlukan dia. Apakah selepas ini, kalau tertakdir PAS menang besar, alasan ataupun keperluan itu masih berlaku; PAS mahukan Tokguru? Firasat saya mengatakan ia tetap akan berlaku. Sebabnya tidak akan ada sesiapa tergamak untuk mengatakan; Tokguru, silalah berhenti locing sudah berbunyi. Tidak akan ada walaupun beliau sangat letih dan berhajat begitu untuk menyudahi game seterusnya dan menamatkan permainan. Bukankah ini satu penganiayaan dan zalim? Ketaksuban dan rasa sayang kepadanya begitu tinggi. Kerana itu bila ada yang tersalah cakap, atau ikhlas cakap memberi nasihat orang itu akan menjadi mangsa kritikan dan dicemuh. Adun Gaal Nik Mazian Nik Mohamad telah memberi pandangan secara umum mengenai keadaan wakil-wakil rakyat yang tidak sihat atau sering uzur agar berundur secara terhormat. Maksud beliau jauh sekali untuk dituju kepada tokguru, namun apa yang terpaksa diterima dicemuh dan disalah anggap kononnya beliau menasihati tokguru. Begitulah tangkasnya persepsi umum sesetengah orang PAS dalam menjaga dan menghormati tokguru.Sama-sama kita menanti dan menyusuri perjalanan ini yang tidak begitu berliku sangat. Sebenar tidak menjadi masalah apakah selepas pilihan raya umum ke -13 nanti tokguru hendak terus memegang jawatan MB atau tidak, itu bukan perkara pokok. Apa yang hendak disuluh menerusi tulisan kecil ini ialah bagaimanakah PAS dalam tempoh 20 tahun lagi sesudah mahaguru itu tiada? Saya akan cuba menyuluh perkara ini sebagai persiapan melihat futuristik jemaah bernama PAS. Untuk... membuat perhitungan kewujudan sesuatu empayar dan pengaruh peribadi kita ambil atau meletakan tempoh itu selama 20 tahun. Dalam tempoh ini boleh dijadikan periode jaya atau gagal seseorang pemimpin itu. Masa selama ini cukup munasabah. Allahyarham Mohd Asri Muda merupakan orang pertama mencipta empayar dan menguasai Kelantan menerusi PAS. Walaupun PAS di zamannya memerintah Kelantan selama 18 tahun tetapi Asri terus memimpin PAS selepas itu hinggalah tahun 1982. Asri meninggalkan 'cekandi' perjuangan PAS kepada Nik Aziz selepas tahun 1982. Tokguru pula sudah melangkah ke tahun 28 sebagai ketua PAS Kelantan dan berjaya membentuk kerajaan selama 22 tahun. Dari segi jangka masa ternyata Nik Aziz lebih cemerlang dan gemilang berbanding Asri. Apalah rekod kedua-dua pemimpin itu akan terpecah di masa akan datang? Dalam tempoh lebih 20 tahun Asri menguasai PAS beliau berjaya melahirkan beberapa nama yang menjadi pemuka PAS. Antara nama-nama itu ialah Wan Ismail Wan Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, (kedua-dua bekas MB Kelantan), Muhammad Nasir (MB), Omar Muhammad, Allahyarham Wan Mohamad Jamil, Zahari Awang dan lain-lain. Malahan kalau hendak diambil kira Nik Abdul Aziz sendiri lahir dizamannya. Asrilah yang melahirkan Nik Aziz dalam persada politik. Asrilah yang memperkenalkan Nik Aziz pertama kali dalam arina politik dengan menjadikan beliau sebagai calon pada pilihan raya kecil Pengkalan Chepa tahun 1967. Tetapi disebabkan pengakhiran Asri bukan bersama PAS menyebabkan jasa dan budi Asri terhadap Nik Aziz ini jarang dikenang orang. Kemarahan dan kebencian kerana sentimen mengambuskan segala-galanya. Sejarah telah mencatat Asri sudah meninggalkan legasi dalam hidupnya dengan terzahirnya Nik Aziz sebagai MB sama dia suka atau tidak atau pun sama ada orang ikhtiraf (mengenang) jasa Asri ini waima pun tidak. Walaupun mereka berbeza politik dan Asri tidak pun pernah berjabat tangan secara rasmi dengan Nik Aziz mengucap tahniah kerana menjadi MB, tetapi hakikat mereka ada kaitan tidak boleh dinafikan. Bukti itu sejarah saja boleh mendedahkan dan sejarah juga tidak boleh direka kerena kalau direka ia akan merosakkan sendi dan saraf sejarah. Tokguru sendiri tidak boleh menafikan realiti ini. Kerja dan amanah perjuangan sudah diberesi oleh Asri apabila Tokguru muncul menjadi wira baru di Kelantan dan penyambung kepada perjuangan PAS. Lebih memberangsangkan lagi wira baru ini berjaya meletakkan nama Kelantan dan PAS di persada alam, ia merupakan kehebatan PAS dan peribadi Nik Aziz sendiri yang juga tentunya terbenih dari Asri. Atas kehebatan itulah menyebabkan orang semacam menjadi gila dengan tokguru ada kalanya terkeluar dari lunas-lunas sepatutnya kalau pun tidak sampai syirik. Persoalan kini, bagaimana pula dengan Nik Aziz? Orang tidak perlu persoal dalam tempoh 22 tahun dia menjadi MB, tetapi orang akan menilai ke depan bagaiman 20 tahun akan datang. Siapakah yang akan memimpin PAS Kelanhtan dan menjadi hero 20 tahun akan datang? Yang akan menjadi legasi kepada tokguru seperti legasi Asri melahir beliau sehingga memimpin Kelantan dan menjadi MB lebih lama darinya. Bersambung ke siri (2). [wm.kl. 12:17 t/hari 24/12/12] |
Masa Depan Pas <b>Kelantan</b> 20 Tahun Akan Datang - Rakyat Marhaen Posted: 23 Dec 2012 08:48 PM PST Pengenalan: Selalu orang bertanya siapa akan memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa nama disebut-sebut tetapi tiada siapa pula berani menegaskan nama disebut itu akan jadi MB. Ironisnya pula Timbalan Menteri Besar Kelantan, selalunya akan ternafi ditengah jalan. Keadaan ini menjadi kenan dan menyebabkan persoalan siapa MB selepas Nik Aziz menjadi tanda tanya. Catatan kecil ini akan cuba merungkaikan permasalahan. " Walaupun Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad untuk berjuang sampai ke akhir hayatnya dalam PAS, dan sanggup mati di atas kerusi pemerintah atas alasan kerana Umno berdegil mempertahankan doktrin sekularismenya, tetapi hakikatnya beliau akan berhenti juga bila sudah sampai masanya nanti. Masa untuk itu sebenarnya sudah terlalu hampir dan rapat. Mengenai semangat dan nekadnya tidak siapa boleh menafikan. Saya sendiri yakin dia akan meneruskan nekad murni itu. Mungkin cita-citanya 'syahid' dalam perjuangan adalah rahsia yang tidak terucap kepada umum dan menjadi rahsia peribadinya. Walaupun selepas pilihan raya ke- 13 nanti beliau dikatakan tidak akan meneruskan tugasnya, sebagai MB, tetapi saya percaya selagi Nik Aziz mampu mengangkat tangannya ke atas untuk angkat sumpah, beliau akan terus menjadi MB. Alasannya mudah, PAS masih memerlukan dia. Apakah selepas ini, kalau tertakdir PAS menang besar, alasan ataupun keperluan itu masih berlaku; PAS mahukan Tokguru? Firasat saya mengatakan ia tetap akan berlaku. Sebabnya tidak akan ada sesiapa tergamak untuk mengatakan; Tokguru, silalah berhenti locing sudah berbunyi. Tidak akan ada walaupun beliau sangat letih dan berhajat begitu untuk menyudahi game seterusnya dan menamatkan permainan. Bukankah ini satu penganiayaan dan zalim? Ketaksuban dan rasa sayang kepadanya begitu tinggi. Kerana itu bila ada yang tersalah cakap, atau ikhlas cakap memberi nasihat orang itu akan menjadi mangsa kritikan dan dicemuh. Sama-sama kita menanti dan menyusuri perjalanan ini yang tidak begitu berliku sangat. Sebenar tidak menjadi masalah apakah selepas pilihan raya umum ke -13 nanti tokguru hendak terus memegang jawatan MB atau tidak, itu bukan perkara pokok. Apa yang hendak disuluh menerusi tulisan kecil ini ialah bagaimanakah PAS dalam tempoh 20 tahun lagi sesudah mahaguru itu tiada? Saya akan cuba menyuluh perkara ini sebagai persiapan melihat futuristik jemaah bernama PAS. Untuk... membuat perhitungan kewujudan sesuatu empayar dan pengaruh peribadi kita ambil atau meletakan tempoh itu selama 20 tahun. Dalam tempoh ini boleh dijadikan periode jaya atau gagal seseorang pemimpin itu. Masa selama ini cukup munasabah. Allahyarham Mohd Asri Muda merupakan orang pertama mencipta empayar dan menguasai Kelantan menerusi PAS. Walaupun PAS di zamannya memerintah Kelantan selama 18 tahun tetapi Asri terus memimpin PAS selepas itu hinggalah tahun 1982. Asri meninggalkan 'cekandi' perjuangan PAS kepada Nik Aziz selepas tahun 1982. Tokguru pula sudah melangkah ke tahun 28 sebagai ketua PAS Kelantan dan berjaya membentuk kerajaan selama 22 tahun. Dari segi jangka masa ternyata Nik Aziz lebih cemerlang dan gemilang berbanding Asri. Apalah rekod kedua-dua pemimpin itu akan terpecah di masa akan datang? Dalam tempoh lebih 20 tahun Asri menguasai PAS beliau berjaya melahirkan beberapa nama yang menjadi pemuka PAS. Antara nama-nama itu ialah Wan Ismail Wan Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, (kedua-dua bekas MB Kelantan), Muhammad Nasir (MB), Omar Muhammad, Allahyarham Wan Mohamad Jamil, Zahari Awang dan lain-lain. Malahan kalau hendak diambil kira Nik Abdul Aziz sendiri lahir dizamannya. Asrilah yang melahirkan Nik Aziz dalam persada politik. Asrilah yang memperkenalkan Nik Aziz pertama kali dalam arina politik dengan menjadikan beliau sebagai calon pada pilihan raya kecil Pengkalan Chepa tahun 1967. Tetapi disebabkan pengakhiran Asri bukan bersama PAS menyebabkan jasa dan budi Asri terhadap Nik Aziz ini jarang dikenang orang. Kemarahan dan kebencian kerana sentimen mengambuskan segala-galanya. Sejarah telah mencatat Asri sudah meninggalkan legasi dalam hidupnya dengan terzahirnya Nik Aziz sebagai MB sama dia suka atau tidak atau pun sama ada orang ikhtiraf (mengenang) jasa Asri ini waima pun tidak. Walaupun mereka berbeza politik dan Asri tidak pun pernah berjabat tangan secara rasmi dengan Nik Aziz mengucap tahniah kerana menjadi MB, tetapi hakikat mereka ada kaitan tidak boleh dinafikan. Bukti itu sejarah saja boleh mendedahkan dan sejarah juga tidak boleh direka kerena kalau direka ia akan merosakkan sendi dan saraf sejarah. Tokguru sendiri tidak boleh menafikan realiti ini. Kerja dan amanah perjuangan sudah diberesi oleh Asri apabila Tokguru muncul menjadi wira baru di Kelantan dan penyambung kepada perjuangan PAS. Lebih memberangsangkan lagi wira baru ini berjaya meletakkan nama Kelantan dan PAS di persada alam, ia merupakan kehebatan PAS dan peribadi Nik Aziz sendiri yang juga tentunya terbenih dari Asri. Atas kehebatan itulah menyebabkan orang semacam menjadi gila dengan tokguru ada kalanya terkeluar dari lunas-lunas sepatutnya kalau pun tidak sampai syirik. Persoalan kini, bagaimana pula dengan Nik Aziz? Orang tidak perlu persoal dalam tempoh 22 tahun dia menjadi MB, tetapi orang akan menilai ke depan bagaiman 20 tahun akan datang. Siapakah yang akan memimpin PAS Kelanhtan dan menjadi hero 20 tahun akan datang? Yang akan menjadi legasi kepada tokguru seperti legasi Asri melahir beliau sehingga memimpin Kelantan dan menjadi MB lebih lama darinya. Bersambung ke siri (2). MSO. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan