Sabtu, 16 Mac 2013

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> rintis negara berkebajikan PAS | PAS DUN <b>Demit</b>

Posted: 29 Jan 2008 01:09 AM PST

Cara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa menyerang Negara Berkebajikan PAS menunjukkan BN menentang konsep menjadikan Malaysia lebih berkebajikan.
Cabaran beliau supaya PAS menunjukkan teladan sebagai negeri berkebajikan telah lama bersambut. Namun Kerajaan Negeri Kelantan tidak harus sama sekali disamakan dengan Kerajaan Persekutuan.

Membandingkan Kelantan sebagai Kerajaan Negeri berbanding Malaysia yang mempunyai kuasa Persekutuan seperti menerima cukai petroleum dan hasil cukai langsung dan tidak langsung yang lain, samalah membanding anak masih bersekolah dengan bapa yang kaya raya dengan harta pesaka di  samping pendapatan sendiri. Kerajaan Persekutuan juga menerima faedah dari khazanah minyak negara yang tidak dimiliki Kerajaan Negeri seperti Kelantan.

Kos hidup di Kelantan juga masih dikekalkan rendah di atas kejayaan pengurusan Kerajaan Negeri atau agensinya. Tarif air misalnya. Tarif  AKSB adalah yang keempat terendah di Malaysia iaitu 0.55 sen per meter padu. Bandingkan apa yang perlu di bayar penduduk Perak (73 sen), Selangor (0.77 sen), Johor (90 sen) per meter padu domestik.

BThe image agi kakitangan Kerajaan Kelantan pula mereka beryukur kerana mendapat Skim Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer tanpa dikenakan interest. Ini menunjukkan Kelantan, negeri yang berkebajikan sekiranya dibandingkan dengan pinjaman PPTN yang dikenakan kos perkhidmatan  4 peratus.

Orang awam yang terdesak kewangannya juga merasai tempias nikmat Negeri Berkebajikan di mana Kerajaan Kelantan memperkenalkan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn. Sistem yang dipelopori Kerajaan PAS ini berkebajikan berbanding pajak gadai berkonsepkan 'bunga' dan lesap barang  gadaian yang diamalkan sebelum ini atau masih diamalkan negeri-negeri lain.

Ini semua adalah plus faktor kepada kesejahteraan pelbagai lapisan penduduk Kelantan. Berikut adalah skim yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyatnya:

• Skim Armalah dan Anak Yatim: Anak wanita yang kematian atau berpisah dengan suami diberikan bantuan sosio ekonomi dan bantuan kewangan.

• Skim Kesihatan Sakit Kronik: Skim ini membiayai kos kewangan bagi mereka yang menderita penyakit yang serius termasuk menampung kos pembedahan dan ubatan.

• Skim bantuan Orang Kurang Upaya: Khusus untuk OKU membeli peralatan, anggota palsu dan bantuan kewangan. Tahun 2007 seramai 1,610 OKU  seluruh Kelantan diberikan bantuan merangkumi anggota palsu, kerusi roda, motor roda tiga, alat pendengaran, komputer, mesin jahit dan kewangan.

• Skim Takaful Armalah: Skim perlindungan insuran yang pertama di Malaysia khusus untuk armalah. Untuk menjaga kebajikan golongan armalah ini, Kerajaan  Kelantan melantik Pegawai Pembangunan Armalah bagi melicinkan usaha menyampaikan bantuan. Skim khusus ini adalah  yang pertama di Malaysia.

• Skim Kifaalah: Skim khairat kematian untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Seramai 92, 803 wargaemas telah di daftarkan. Pada 2007 seramai 4,170 kes kematian dilaporkan dan keluarga menerima manfaat. Program ini kini ditiru beberapa pemerintah negeri lain termasuk Selangor.

• Skim Ladang Rakyat: Sehingga Januari 2008, seramai 3,693 peserta miskin pelbagai kaum termasuk 200 orang Asli didaftarkan di bawah skim ini. Mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.  

• Bantuan Segera Bencana: Mangsa bencana seperti kebakaran, banjir dan
ribut  menerima bantuan sehingga RM5000 bagi membina kehidupan mereka.


Skim bakal  dilancarkan

Skim Rumah Rakyat: Percuma untuk golongan armalah, miskin dan orang tua manakala diskaun akan diberikan untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan setahun bermula 2008.

Jelas, Kelantan dan Malaysia berbeza di bawah Perlembagaan. Kelantan tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk kutipan cukai bagi menjana sumber pendapatan. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mengutip royalti minyak dan mengagihkan seperti kepada kepada Kerajaan Terengganu. (walaupun ditarik ketika PAS memerintah). Dalam masa singkat itupun, Kerajaan PAS Terengganu menghapuskan  cukai pintu di seluruh Terengganu dan kutipan tol di Kuala Terengganu.

Dengan track record itu kita yakin dapat membawakan konsep  Negara Berkebajikan di peringkat nasional jika rakyat  memberi peluang PAS memimpin Malaysia. Bandingkan pula dengan apa yang berlaku di bawah pemerintahan ala 'profit sharing' di bawah BN. Dengan hasil yang begitu besar sekalipun, Kerajaan BN mengenakan pelbagai caj untuk perkhidmatan kesihatan seperti ubatan, rawatan bersalin atau pembedahan yang dulunya percuma atau dikenakan bayaran minimum.

Tol dan tarif eletrik dinaikkan. Bayaran persekolahan membebankan dan kos hidup meningkat kerana kenaikan harga minyak hasil falsafah BN, 'tak naik harga minyak, Kerajaan BN bangkrap'.

Tidak ada salahnya rakyat Malaysia meneroka satu peluang hidup yang lebih berkebajikan dengan segala kekayaan yang dikurniakan Allah kepada negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads