Selasa, 6 Ogos 2013

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


.: Kegiatan Membeli Undi Sudah Bermula <b>di Pasir Mas</b>? - MSO

Posted: 21 Apr 2013 05:49 AM PDT

BERITA                                                                                                                              

Awas kegiatan membeli pengundi di Pasir Mas sudah pun bermula. Maklumat risikan bebas memberi tahu ada orang tertentu telah berjumpa dengan individu atau pun pemimpin masyarakat yang tidak tegar kepada parti kerajaan menawarkan wang dengan jumlah tertentu.

Sasaran utama kumpulan 'pengandal dacing' ialah tok penghulu dan tok imam atau pun kumpulan-kumpulan samseng kampung. Mereka ditawar dengan wang sebanyak RM500 hingga RM1000 agar mengundi calon tertentu. Mereka yang sedia menerima tawaran berkenaan diminta bersumpah dengan menyebut; walahi, wabillah dan watalahi.

Menurut risikan 'pengandar dacing' ini akan memasuki ke kampung dan berjmpa dengan sasaran mereka. Mereka bergerak secara senyap dan mendekati pengundi secara halus dan normal.

Semua pihak di Pasir Mas harus berwaspada dengan fenomena ini. Pasir Mas sejak dulu lagi dikenali dengan kawasan yang mengamalkan politik dajal. Politik dajal hebat berlaki di dalam Umno Pasir Mas. Bekas ketua bahagian Pasir Mas pernah mndedahkan nilai jawatan-jawatan yang dipertandingkan di Pasir Mas dengan jumlah tertentu.

Misalnya untuk menjadi ketua bahagian saja memerlukan RM500 ribu, untuk jadi timbalan RM300 ribu atau naib ketua RM150 ribu. Untuk menjadi kumpulan G7 perwakilan ke Umno sahaja memerlukan sekurang-kurang RM50 ribu.

Adalah dipercayai politik wang berkenaan menular ke luar Umno dan turut menjadi amalan dalam pilihan raya.

Politik dajal hendak dibersihkan dari bumi Pasir Mas waima di kalangan Umno sendiri harus menolaknya. Selagi ia dibiarkan maka selama itulah bumi Pasir Mas tidak akan suci dan bersih dengan politik dajal. [wm.kl.8:48 pm 21/04/13]

.: Liang Lahad Politik <b>di Pasir Mas</b> Perlu Diperluaskan - MSO

Posted: 15 Apr 2013 10:28 PM PDT

ULASAN AWAL                                                                                                                  

Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam memberi peluang kepada bukan ahli Umno untuk bertanding bagi memastikan partinya terus berkuasa dan dia sendiri akan menjadi perdana menteri. Apabila Najib memberi laluan kepada 'si laba-laba hutan' Zulkefli Nordin bertanding di Shah Alam tetapi menafikan si Salentia alias Inchek Ibrahim Ali untuk mendapat by di Pasir Mas, ia boleh dianggap sebagai 'istidraj' buat Umno.

Zulkefli adalah naib presiden Perkasa(m), manakala Salentia atau Ibrahim adalah presiden. Sepatutnya presiden diberikan keutamaan tetapi tidak timbalan presiden. Zulkefli yang dikenali sebagai Zul 9/10 akan berdepan dengan Khalid Samad di parlimen Shah Alam. Jelas apabila Umno mengirimkan bukan ahlinya untuk berdepan dengan calon PAS, parti berkenaan kehabisan modal.

Pencalonan Zul 9/10 ini juga membuktikan Umno tidak menghormati calon atau tokoh tempatan Shah Alam. Tahun 2004 dan 2008 Umno meletakkan si konspirator menjahamkan Anwar Ibrahim, Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam. Ini bermakna sudah tiga kali pilihan raya umum Umno Selangor gagal menurunkan tokoh tempatan dan sekaligus menunjukkan Umno Selangor kekeringan tokoh.

Bekas kawan Anwar, Ezam Mohd Noor yang sebelum ini disebut-sebut bakal mengepalai Umno untuk mengambil alih kekuasaan dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat senyap sendu tanpa diletak bertanding di mana-mana. Rupa-rupanya Umno tidak begitu bodoh sangat dan teruja dengan kepahlawanan pulut kuning Ezam Mohd Noor.

Perletakkan Zul 9/10 itu adalah dipercayai untuk menjadi ulam muda kepada Pakatan Rakyat. Ia sungguh memalukan Umno khasnya Noh Omar yang sebelum ini cakap besar UBN akan tawan Selangor dan kononnya parti itu mempunyai banyak tokoh berkalibar. Apakah Umno sudah kehabisan tokoh di Selangor sehingga terpaksa membeli si laba-laba hutan yang kuat mengarut?  Zulkefli Nordin dianggap sebagai si anjing oleh orang PKR dan rakyat Kulim Bandar Baru sepatutnya tidak layak lagi dibawa masuk ke dalam gelanggang kerana ia mencemarkan medan politik.

Manusia yang kuat berbohong begitu patut dinyahkan bukan saja dari alam politik tetapi apa-apa gelanggang sosial juga apa lagi agama kerana cakapnya lebih teruk dari Abdulah Ubay.  Sebelum ini dia ini menang atas tikit PKR di Kulim Bandar Baru kemudian melacurkan dirinya untuk hidup dengan Umno. Proses beliau hendak menjadi pelacur semuanya di dalam pengetahuan saya.

Keputusan mengambil ahli parlimen melindungi kepala botak dengan kopiah ini, dan mengenepikan Ibrahim itu juga secara tidak langsung menempek Ibrahim yang merasakan dia begitu gagah dan pasti akan diberi laluan oleh Umno di Pasir Mas. Pengenepian Ibrahim itu menunjukkan beliau tidak lagi ada apa-apa nilai kepada Umno dan Najib Razak. Salakan hebat Ibrahim sebelum ini kononnya dia mampu menumbangkan Nik Aziz dan PAS hanya sebagai salakan kumbang lilin semata-mata. Apa yang berlaku ke atas Ibrahim itu adalah kifarah Tuhan atas dosanya kepada Nik Aziz.

Keputusan yang dibuat itu pastilah mengecewakan Ibrahim Ali. Tidak dapat tidak si Salentia itu akan membuat tindakan susulan mengejutkan. Yang tentunya dia tidak ada pilihan lain lagi melainkan bertanding atas tikit Bebas di dalam pilihan raya 5 Mei nanti yang akan melibatkan pertandingan tiga penjuru. Umno telah mengumumkan nama Timbalan Ketua Bahagian Johan Che Pa untuk calon parlimen. Pengumuman itu mengunci segala pintu helah dan muslihat Ibrahim.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia memberi kepenatan kepada Ibrahim. Apa yang berlaku di Pasir Mas mulai semalam ialah pelebaran liang lahad untuk mengambuskan jasab politik Ibrahim Ali. sudah ada rakyat yang benci dan muak dengan politik Inchek Ibrahim sudah membawa cangkul dan sikul untuk menggali kubnur dan liang lahad untuk mengembumikan jasad politiknya.

Tidak mustahil sekiranya tidak ada pengkhiatan oleh Johan Che Pa, Ibrahim akan hilang wang pertaruhan. Peristiwa semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tahun 2005 akan berulang kembali di mana Ibrahim akan dipolot dengan selut kekalahan sampai hilang pertaruhan. Kecualilah Johan Che Pa yang dikenali sebagai anak didik dan anak buah Ibrahim akan berkorban dengan melakukan pengkhianatan memberi laluan kepada Ibrahim dalam pilihan raya berkenaan. Mengambil iktibar atas kelicitan politik Ibrahim tidak mustahil Johan akan berbuat sesuatu sebagai membalas budi Ibrahim.

Apa pun usaha Johan atau sesiapa selepas ini untuk memenangkan Ibrahim ia akan dicop sebagai bajingan dan syaitan segala syaitan. Satu segi tindakan UBN tidak memberi laluan kepada Ibrahim seperti mana dilakukan kepada Zul 9.10 itu bagus. Ia memberi cabaran besar buat Mahathir Mohamad yang akan berkhemah di Pasir Mas untuk memenangkan Ibrahim Ali.

Kita ucap selamat datang kepada Mahathir ke Pasir Mas yang berhajat untuk membantu Ibrahim Ali. Pasir Mas akan menguji kekuatan dan pengaruh sebenar Mahathir dan juga Ibrahim Ali. Apa yang dapat dikatakan kalau Ibrahim tewas apa lagi sampai hilang wang pertaruhan malunya akan turut ditanggung oleh Mahathir Mohamad. Rasanya elok kalau lubang lahad politik di Pasir Mas diluaskan untuk memuatkan satu jasad lagi iaitu jasad politik Mahathir. Kekalahan Ibrahim bermakna kekalahan Mahathir.

Kematian Ibrahim akan mengheret kepada kematian Mahathir juga. Dan kematian Mahathir di Pasir Mas dalam membantu Ibrahim akan memberi kesan kepada nasib anaknya Mukhriz di Kedah yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB. Apakah pilihan raya ke-13 ini akan hampak dan kohong dengan bangkai dua orang politik ini?

Manakala kepada Zul 9/10 yang telah bebohong dengan saya di dalam dua masjid suci, selamat menjadi kacang panjang buat Khalid Samad di Shah Alam. InsyaAllah saya juga akan naik pentas kali ini. [wm.kl.1:26 pm 16/04/13]

.: Akhirnya Nik Abduh Jatuh <b>di Pasir Mas</b> - MSO

Posted: 16 Apr 2013 06:19 AM PDT

BERITA MUTAKHIR                                                                                                           

Perjalanan jauh dan berliku putra politik Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh dalam mencari pengkalan perjuangan akhirnya ternokhtah di di Pasir Mas.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu yang sebelum ini diarak ke beberapa kawasan akhir muktamad hari ini beliau akan beradu nasib di Pasir Mas.

Agak malang sedikit hasrat orang ramai untuk melihat Nik Abduh berdepan satu lawan satu dengan Inchek Ibrahim Ali tidak menjadi kenyataan apabial Ibrahim 'dikehak' pula oleh Umno dengan 'gereok' dan tidak mengambilnya menjadi calon.

Sebelum ini ramai pemerhati mahu melihat perlawanan di antara kedua mereka. Abduh dihantar ke Pasir Mas dengan harapan akan merampas kerusi PAS yang 'terpajak tanpa cagar'  kepada Ibrahim itu. Sebelum ini Abduh diarak ke beberapa kawasan kerana bimbang tidak mampu untuk berlaga dengan Ibrahim.

Antara kawasan yang disebut-sebut untuk diletakkan Abduh ialah Pasir Puteh, Bachok dan Rantau Panjang. Khabarnya Kubang Kerian juga membuat tawaran untuk Abduh pada saat-saat akhir. Tawaran di Kubang Kerian itu lebih bersifat politik.

Undangan untuk Abduh bertanding di Rantau Panjang sempat menjadi 'geger gegak' apabila Siti Zailah Yusuf yang menyandang di kerusi berkenaan keberatan untuk melepaskan kerusi berkenaan, Bahkan Siti Zailah sempat mengancam untuk rela tidak bertanding jikalau beliau dipindah dari Rantau Panjang. Katanya ada juga kata-kata terkeluar haram baginya memijak tanah Pasir Mas. Tidak sangka si hawa ini pandai juga mengugut.

Sikap Zailah itu menimbulkan tanda tanya kerana beliau dilihat seorang lemah lembut, wanita setia dan akur kepada kehendak pimpinan namun bila saat diuji beliau gagal juga. Namun kini Zailah boleh senyum panjang kerana beliau dikekalkan di Rantau Panjang. Diharap beliau akan menang dengan majoriti lebih 6,000 dan menjadi calon yang mencatat majoriti terrtinggi. 

Peluang untuk Abduh menang di Pasir Mas cerah apabila berlaku pertandingan tiga penjuru. Umno meletakkan Che Johan Che Pa. Johan juga merupakan anak buah Ibrahim Ali. Justeru timbul juga pertanyaan apakah Johan akan 'mengkhianati' amanah parti dengan memberi laluan kepada Ibrahim secara tektikal?

Dalam pada itu seorang lagi pemimpin muda PAS, Marzub Shaari diberi amanat untuk mempertahankan kerusi parlimen Bachok. Cabaran besar untuk Marzub di sini kerana beliau akan berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Sebelum ini nama bekas Ketua Pemuda Umno Zayadi Awang Nuh meniti dari bibir ke bibir akan dicalon untuk berhadapan dengan Awang Adek. Awang Adek katanya sudah gementar mendengar nama Zayadi.

Kini Awang Adek boleh menarik nafas lega. Marzub bukan lawannya sebenar sebaliknya boleh dianggap sebagai sentri politiknya di Bachok. Namun kalau sentri ini mendapat sokongan padu khasnya dari puak Zayadi yang kebanyakanya orang Umno Marzub boleh menang.

PAS akan mengumumkan calon-calonnya untuk semua kerusi DUN dan Parlimen malam besok bertempat di Machang. [wm.kl.8:57 pm 16/04/13]

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads