Selasa, 6 Ogos 2013

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


KEMBAR SIAM : Tembikai Seberat 7.2 Kg Ditemui <b>Di Tumpat</b>

Posted: 22 Jul 2013 11:22 PM PDT

TUMPAT – Seorang petani terkejut apabila pokok tembikai tanpa biji yang ditanam mengeluarkan buah kembar siam seberat 7.2 kilogram di ladang kontraknya di Kampung Kok Durian, di sini.
Mohamad Ibrahim, 48, berkata, dia menanam tembikai itu pada Mei lalu di atas tanah seluas dua hektar yang dulunya adalah tanah terbiar, diusahakan bersama empat petani.
Mohamad (kanan) bersama Penghulu Mukim Bunohan, Mohamad Yaakob menunjukkan tembikai kembar siam yang berbuah di ladang kontraknya di Kampung Kok Durian
"Ini kali pertama dalam hidup saya melihat tembikai kembar siam, ia sungguh pelik dan mengejutkan petani lain," katanya.
Menurutnya, kewujudan buah tembikai kembar Siam itu disedarinya ketika memetik ratusan buah tembikai yang baru masak di ladangnya, kelmarin.
"Pada mulanya saya sangka buah itu berdekatan antara satu sama lain, tetapi apabila ditarik, rupanya ia melekat," katanya.
Mohamad berkata, pada musim pendebungaan lagi, dia sudah menyedari kehadiran benih tembikai kembar ini tetapi tidak menyangka ia hidup subur.
"Adalah dua tiga bunga tembikai ini kembar, tetapi hanya satu hidup subur," katanya.
Menurutnya, sejak tembikai kembar siam ini dijumpai dan dipamer di bangsal tembikainya, ia menjadi tarikan orang ramai.
"Kehadiran tembikai siam ini memberi rezeki kepada saya, sejak penduduk kecoh mengetahui adanya tembikai siam di sini, ramai yang datang melihatnya, sekali gus menjadikan jualan tembikai yang lain laris," katanya.
Menurutnya, dia tidak bercadang untuk menjual tembikai tersebut kerana ia sesuatu yang unik untuk dijadikan kenangan, namun bimbang ia tidak tahan lama.
"Suatu hari pasti tembikai ini akan busuk dan akan hilang identitinya sebagai tembikai kembar siam," katanya.

Berkempen PRK Kuala Besut Gagal Berjumpa Keluarga Mertua <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 10:06 PM PDT

Sesungguhnya memang jika dah jodoh tidak akan ke mana. Jika kita lihat senario perkahwinan mengejut Abby Abadi secara positif maka ia sepatutnya seiring dengan ucapan tahniah dan syukur  kerana terbinanya masjid yang membuatkan syaitan menangis.

Namun sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan fikiran yang waras maka kita tidak mampu berhenti di situ sahaja. Ini memandangkan terlalu banyak perkara yang menjadikan perkahwinan Abby ini lebih berunsurkan politik untuk Pilihanraya Kecil Kuala Besut.

  1. Perkahwinan tergesa-gesa pasangan yang hanya berkenalan selama dua minggu.
  2. Keluarga kedua-dua belah pihak belum sempat berjumpa dengan pasangan sebelum dan selepas kahwin
  3. Jarak umur yang agak ketara perbezaannya
  4. PRK Kuala Besut yang bakal berlangsung
  5. Norman dan Memey diperkenalkan dengan suami sedangkan keluarga tidak

Menurut MSTAR, keluarga mertua pun Abby belum pernah jumpa lagi . Malahan keluarga Abby sendiri terkejut. Perancangan perkahwinan yang terlalu mengejut dan terdesak ini menunjukkan seolah-olah ianya merupakan projek segera PRK untuk membolehkan beliau berkempen untuk PAS di Kuala Besut.

"Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami merestui perkahwinan ini walaupun mereka terkejut pada mulanya. Ini pun saya baharu nak berkenalan dengan keluarga suami di Kelantan selepas PRK nanti.

Kenyataan Abby di atas menimbulkan tanda tanya akan lokasi pernikahan beliau dan motifnya.

Abby bagaimanapun enggan mendedahkan pekerjaan pemuda tersebut, lokasi pertemuan mereka dan di manakah mereka diijabkabulkan sehinggalah beberapa perkara selesai. 

Kita juga tahu bahawa kebelakangan ini hubungan antara Abby dan Memey agak rapat. Walaupun kita ada sedikit prasangka  akan motif Abby dalam hal ini namun sebagai seorang Islam maka kita terima dengan gembira.

Berita perkahwinan mengejut Abby akhirnya menjawab teka-teki kita. Rupa-rupanya Abby sememangnya juga merancang mempergunakan Memey untuk menyokong beliau supaya beliau dilihat sebagai seorang muslimah PAS yang baik setelah pembongkaran aktiviti Abby ke London yang menemankan VIP.

Dalam keadaan terdesak maka Abby bersama PAS cuba memulihkan image Abby yang tercalar. Ini bagi membolehkan Abby dipergunakan di pentas-pentas ceramah PAS untuk terus menabur fitnah terhadap Barisan Nasional.

Memey sememangnya dipergunakan oleh Abby. Memey  dan Norman mengenali suami Abby dan pernah berjumpa sebelum ini. Nampaknya Abby bertindak dalam keadaan yang cukup mencurigakan apabila mampu memperkenalkan calon suami kepada Norman dan Memey dua kali bukannya kepada ke dua ibu-bapanya.

Pertemuan pertama Abby dan Farhan berlangsung di sebuah pasar raya. Dua minggu selepas perkenalan itu, Farhan bertindak melamarnya dan mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Abby juga bakal berjumpa dengan keluarga suaminya selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu.

Mereka ada cukup masa untuk berkempen dalam PRK Kuala Besut namun tidak ada masa beberapa jam sahaja untuk berjumpa keluarga suaminya yang belum pernah Abby jumpa walaupun jarak diantara Kuala Besut dan Tumpat amat dekat. Dan mereka sudah merancang  mengadakan resepsi perkahwinan pada 31 Ogos depan dan majlis pihak lelaki akan diadakan seminggu selepas itu

Sebenarnya Abby Abadi ini telah banyak kali memperbodohkan umat islam di negara kita dengan kenyataan-kenyataan beliau yang memang amat kurang cerdik. Sekarang Abby bertindak lebih jauh dengan bertindak dan membuat kenyataan yang jelas sebagai manusia yang berakal kita tahu bahawa perkahwinan Abby ini lebih kepada perkahwinan Pilihanraya Kecil yang bermotifkan politik.

Fotografi Outdoor Ruby & Shahril <b>di Tumpat</b>, Kelantan | Kelantan <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2013 11:12 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Classic. Flipcard. Magazine. Mosaic. Sidebar. Snapshot. Timeslide. Fotografi Perkahwinan Azerine & Khairi di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Fotografi Akad & Persandingan Farah & Azim di Beris Kubur Besar, ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads