Miera Liyana, mungkin sekali lagi "tak sangka" ber-bareback ketika malam ABPBH 2010 berlangsung. Agaknya, pelakon muda ini buat endah tak endah dengan teguran ramai ketika kontroversi bajunya di malam Rafflesia yang lepas. Culture shock mungkin, Miera Liyana yang baru sahaja menerima keputusan SPM & mencecah umur 18 tahun ingin kelihatan gorgeous & sexy di mata masyarakat.
Mungkin juga, Miera Liyana sekali lagi terlupa nak beli cermin. Terlampau banyak kemungkinan. Ada yang berkata, hari tu dekat depan, hari ini dekat belakang pula. Hai, macam-macam'lah.
Kontroversi demi kontroversi, adakah Miera Liyana ingin merampas title Ratu Kontroversi yang sehingga kini masih dipegang oleh pelakon wanita itu?
Kilafairy, seorang pelakon yang lebih dikenali sebagai anak Rohana Jalil muncul di blue carpet ABPBH 2010 memukau mata-mata yang memandangnya. Tidak perlu terdedah sana-sini, kami fikir Kilafairy sudah cukup cantik, seksi. Jurufoto kami bijak mengayakan lensa kamera untuk mendapatkan pemandangan 360-degree aktres ini. All the curvy-curvy in the right place, awesome!
SINGAPORE, 7 April 2011- AirAsia X, the Malaysian based long-haul, low fare affiliate of AirAsia today announces its partnership with 47 year old adventurer, Khoo Swee Chow by launching Altitude X; a climbing expedition, taking Khoo on an X-hilarating, and X-treme adventure and experience around the world.
Altitude X will take Khoo on an X-citing journey on his quest of scaling eight of the highest peaks within the AirAsia X's network namely China, London, Paris, Iran, Japan, Korea, Taiwan and New Zealand.
Azran Osman-Rani, CEO of AirAsia X said, "Altitude X is the perfect project that embodies our pioneering adventurous spirit at AirAsia X. From my recent trip to Antarctica, and now this Everest expedition, we show that we will go to the ends of the earth and to the top of the world, to promote exciting travel journeys, low fares and fair competition. No mountain is too high to be conquered. No obstacle is too insurmountable. We believe the unbelievable, dream the impossible, and never take no for an answer".
Sports sponsorship has always been essential to AirAsia X as it brings communities together, allows people to recognize their dreams, and above all establishes AirAsia X as a globally recognized brand and organization.
Khoo's adventurous climb will start off at Mt Everest in China which he has conquered twice through Nepal. This time around, he will climb the North Ridge from Tibet, accessible via AirAsia X's flight to Chengdu. If he succeeds, he will be the 1st South East Asian to have reached the summit of Everest 3 times.
When asked the reason for climbing Mt Everest for the 3rd time, Khoo says, "I am very grateful to be given the opportunity to travel and to climb numerous peaks around the world. If possible, I would love to climb Mt Everest again when I am 50, 60 or even 70 if health permits. When you live life with passion, you do not know the meaning of retirement."
Khoo added: "I am thankful to AirAsia X and the other sponsors for supporting me in living my dream and making this adventure possible. I hope this will serve as an inspiration to everyone who has a dream, may it be in sports, or any dream at all. My hope is to be an exemplary model for those who want to live their dreams as I did with mine."
Azran further adds that, "We would like to dedicate Altitude X to the indomitable spirit of Japan".
"AirAsia X will be launching a solidarity campaign to support Japan's recovery and invite those interested in an opportunity to hike up Mount Fuji in August with Khoo Swee Chiow so follow us on facebook.com/AirAsia and twitter.com/AirAsia for upcoming details," he concluded.
Other sponsors of Altitude X include Seagate, Canon, Shangri-La Hotels & Resorts, Iridium, HP, Interactive@OOM, Changi Sports Medicine Centre, Oakley, Adventure 21, TK Foto Technic, Energizer, Touch & Print and Banana Boat.
For further updates and photos Of Altitude X, kindly log on to www.altitude-x.com.
SCHEDULE OF KHOO'S ALTITUDE X EXPEDITION: 1. China, Mt Everest, 8848m Feature: Highest peak in the world Location: Tibet/Nepal Duration: 2 months Schedule: April – May 2011
2. London, Ben Navis, 1344m Feature: Highest peak in UK Location: Glasgow Duration: 1 week Schedule: August 2011
3. Paris, Mont Blanc, 4807m Feature: Highest peak in France & Italy Location: Chamonix Duration: 1 week Schedule: August 2011
4. Mt Damavand, 5671m Feature: Highest peak in Iran Location: Tehran Duration: 1 week Schedule: September 2011
5. Japan, Mt Fuji, 3776m Feature: Highest peak in Japan Location: Tokyo Duration: 3 days Schedule: October 2011
6. Korea, Hallasan, 1950m Feature: Highest peak in South Korea Location: Jeju Island Duration: 5 days Schedule: October 2011
7. Taiwan, Yushan, 3997m Feature: Highest peak in Taiwan Location: Tainan Duration: 1 week Schedule: October 2011
8. New Zealand, Mt Cook, 3754m Feature: Highest peak in New Zealand Location: Southern Alps Duration: 1 week Schedule: November/December 2011
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Thursday, April 7th, 2011 pada 1:45 pm dan dibawah kategori AirAsia.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Selepas mengecapi kejayaan besar melalui filem epik/aksi "Hikayat Merong Mahawangsa", KRU Studios sekali lagi bakal mengegarkan pawagam dengan keluaran filem ke-9 mereka yang berkonsepkan hardcore horror iaitu "KARAK". "Karak" merupakan filem bergenre seram pertama terbitan KRU Studios dan juga menerima sentuhan emas daripada pengarah tersohor, Yusry Abdul Halim. Bagi Yusry, "Karak" adalah filem ke-4 arahan beliau dan buat pertama kalinya mengarah filem seram.
Ramai pasti sudah biasa mendengar dan mengetahui tentang kejadian-kejadian paranormal yang diperkatakan berlaku di lebuhraya Karak melalui pelbagai versi. Berlandaskan kisah misteri seram dan urban legend ini, terhasillah filem "Karak" yang diterajui oleh Shahir AF8 (Nik), Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack), KilaFairy (Ida) dan Sidek Hussin (Tok Malam).
Tonton Trailer Filem Karak:
Ianya mengisahkan empat pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan yang luar biasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.
Menurut Yusry, pemilihan pelakon yang rata-ratanya adalah terdiri daripada barisan pelakon baru seperti Shahir, Shera Ayob dan KilaFairy adalah berdasarkan keperluan jalan cerita yang memerlukan keaaslian serta kementahan bagi menimbulkan perasaan seolah-olah kejadian di dalam filem ini benar-benar berlaku.
"Karak" juga menampilkan 10 imej entiti makhluk halus dengan gabungan special effects make-up serta CGI dengan mengambil penterjemahan bahawa jin atau syaitan boleh menyerupai pelbagai rupa.
Perlbagai inisiatif promosi akan dijalankan selain daripada kempen promosi melalui media elektronik serta media cetak. Sebelum ini, KRU Studios telah menyiarkan treler filem "Karak" di pawagam mulai Mac 2011 serta di youtube yang kini sudah melebihi 110,00 penonton. Angka ini sungguh menakjubkan memandangkan filem ini hanya akan ditayangkan lebih 7 minggu dari sekarang sekaligus membuktikan keterujaan penonton menyaksikan filem seram ekstrem ini. "Karak" bakal merasuk di pawagam berdekatan mulai 26hb May 2011 nanti.
KRU Studios juga meneruskan tradisi mempromosikan filem ini melalui lagu tema nyanyian Bandi AMUK yang berjudul "KEREK" ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. KRU Studios juga turut menerbitkan video muzik bagi lagu ini di bawah arahan Wa'an.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau facebook serta youtube "Karak".
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Thursday, April 7th, 2011 pada 12:13 am dan dibawah kategori Filem.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Pening sudah kami dibuatnya kerana sebelum ini filem … Dalam Botol dilaporkan sudah mengutip RM1 juta selepas seminggu filem penuh kontroversi itu ditayangkan. Tapi kini lain pula ceritanya bila David Teo yang juga pengedar filem tersebut mengesahkan yang filem itu hanya mengutip RM600,000 selepas dua minggu ditayangkan.
"Kutipan filem DB sehingga semalam (Isnin) adalah RM600,000. Ia belum mencapai RM1 juta sebagaimana yang diuarkan," – David Teo
Dengan kutipan serendah itu, berkemungkinan besar isteri kepada Jalani Sidek iaitu Raja Azmi yang merupakan penerbit filem … Dalam Botol itu akan bersara sebagai penerbit filem sepertimana yang dinyatakan olehnya dalam wawancara bersama program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio 24 pada 30 Mac lalu. Sama-sama kita lihat.
TEMPO Interaktif, London – Seorang pekerja bank di Inggris dipecat lantaran membandingkan gaji dirinya dengan sang bos. Stephanie Bon, 37 tahun, membuat perbandingan gaji itu ke laman Facebook miliknya.
Stephanie yang bekerja di bahagian sumber daya manusia Llyods Banking Group (LBG) menulis, "direktur utama LBG baru memperoleh 4.000 pund sterling per jam, saya cuma 7 pound. Itu adil."
Sang bos, Antonio Horta-Osorio, langsung memecat wanita asal Kota Essex ini setelah mengetahui komentar bawahannya itu. Horta sendiri saban tahun memperoleh 13,5 juta pound sterling dari gaji, bonus, dan pelbagai tunjangan. Lelaki berdarah Portugis ini sebelumnya memimpin sebuah bank di Kota Santander, Sepanyol.
Kejadiannya bermula ketika Bon menulis soal perbandingan antara gajinya dan gaji bosnya. Informasi itu ia peroleh beberapa jam sebelumnya saat berbincang dengan temannya di kantin pejabat.
Stephanie mengaku tidak percaya dengan pemecatan dirinya itu. "Saya tidak percaya diperlakukan begitu menakutkan atas gaji (bos saya) yang saya bicarakan dengan teman di luar jam kerja," katanya geram. Ia beralasan apa yang ditulis bukan sesuatu bersifat rahsia.
Seorang juru bicara LBG yang tidak ditulis identitinya mengatakan keluarnya pemberhentianStephanie tidak ada kaitannya dengan status Facebooknya. "Stephanie dipekerjakan melalui sebuah agen dengan kontrak jangka pendek." katanya.
MADRID - Seorang pelukis amatur dari Sepanyol, Juan Osborne menunjukkan kepakarannya dengan melukis gambar pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles dan tunangnya, Kate Middleton dengan menggunakan ratusan ribu perkataan pelbagai warna, lapor sebuah akhbar semalam.
Jika diperhatikan dari jarak dekat lukisan tersebut yang dihasilkan oleh lelaki berusia 40 tahun berasal dari Madrid itu mempamerkan perkataan seperti William, holiday, Kenya, Wales, Prince, Middleton, royal, family, queen dan Catherine.
Dia yang telah menghasilkan lebih 500 lukisan mendapat idea untuk melukis gambar dengan menggunakan perkataan selepas bekerja di sebuah syarikat arkitek pada tahun 2009. - Agensi
AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.
Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.
Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.
"Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.
"Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.
"Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia," katanya.
BPA
Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.
"Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.
"Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada," ujarnya.
Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.
Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.
Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.
"Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.
"Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.
"Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.
"Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter," katanya.
Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.
AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.
"Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.
"Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.
"Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.
"Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser," kata Pauzi.
Klorin
Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.
Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.
Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.
Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.
"Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang," katanya kepada Jurnal.
Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.
Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.
Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.
Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
DISAHKAN menghidap leukemia tahap kritikal pada usia 14 tahun dianggap takdir yang paling memilukan buat Noorliameera Johar.
Lantaran penyakit kanser darah yang biasa menjangkiti kanak-kanak itu, kehidupan anak kelahiran Labis, Segamat, Johor ini berubah sama sekali.
Dia yang kini berumur 20 tahun masih dapat merasai kesakitan menjalani pelbagai prosedur rawatan apabila mengingati semula fasa sukar dalam hidupnya itu.
"Ia bermula apabila saya sering sakit di bahagian kiri kepala manakala hidung saya sering berdarah terutama jika berada lama di tempat panas.
"Ayah hanya membawa ke klinik biasa, namun apabila saya kerap sakit, doktor menasihatkan ayah membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana ada kemungkinan saya menghidap ketumbuhan otak.
"Tidak mahu berlengah, ayah membawa saya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Batu Pahat. Pakar yang memeriksa mengatakan saya menghidap penyakit hati dan perlu dibedah segera.
"Namun, atas nasihat seorang pakar tulang yang pernah merawat saya, Datuk Dr. Zahir Hussein Kamari, saya enggan dibedah sebaliknya pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk diperiksa dengan lebih lanjut di sana.
Jarum besar
"Pada 25 April 2005, saya jalani pemeriksaan darah di HSA. Selepas lima hari, saya diberitahu hasil daripada ujian tersebut menunjukkan saya menghidap leukemia jenis limfoblastik akut (LLA) iaitu leukemia yang dicirikan oleh limfoblas berlebihan.
"Ketika itu, tahap leukemia saya di tahap kritikal dan doktor menjangkakan saya mampu hidup di antara tiga hingga enam bulan sahaja," katanya.
Lantaran itu, impiannya untuk kembali ke sekolah terpaksa ditangguhkan. Sebaliknya, HSA menjadi rumah kedua bagi mereka tiga beranak.
Setiap hari, selain berehat, bermacam-macam ujian dan pemeriksaan yang perlu dijalani.
Kesakitan yang ditanggung semasa penyedutan tisu sum-sum tulang (BMA), kemoterapi dan radioterapi pernah melenyapkan semangat Lia.
Bersyukur kerana memiliki keluarga yang sangat memahami keadaan dirinya, anak bongsu dari tiga adik-beradik perempuan ini mengaku mereka adalah sumber kekuatannya.
Mana tidaknya, sudahlah seluruh tubuhnya sakit, rawatan yang diberikan juga sangat menyakitkan. Menurut Lia, untuk proses penyedutan tisu tulang sum-sum, jarum yang besar dan panjang digunakan.
"Sakitnya memang tidak tertanggung. Walaupun dibius, saya boleh rasa jarum mencucuk tulang belakang dan menyedut sum-sum tulang.
Muntah hijau
"Kesan daripada itu, hampir dua minggu saya tidak mampu berdiri. Saya hanya mampu berbaring, itu pun secara mengiring di atas katil.
"Prosedur ini saya jalani dua kali sebulan manakala sebulan sekali saya menjalani rawatan kemoterapi di HSA," katanya.
Waktu itu, katanya, badannya sentiasa rasa panas dan kepalanya sangat sakit.
"Sakitnya sampai saya rasa kepala saya mahu tercabut. Setiap kali jalani rawatan, saya akan menangis sampai tak keluar suara.
"Di samping menjalani rawatan kemoterapi, saya juga menjalani rawatan radioterapi di Hospital Pantai di Jasin, Melaka, memandangkan HSA belum memiliki mesin tersebut," kata penuntut semester empat dalam bidang Pengurusan Pejabat di Kolej Unikop, Kuala Lumpur ini.
Beberapa kali menjalani rutin rawatan yang sama, tubuh Lia mula menerima kesan sampingan. Badannya terasa panas, cepat letih dan lembik.
Dia juga hilang selera makan sehingga berat badannya turun mendadak daripada 43 kilogram (kg) kepada 20 kg saja. Ada masanya tekak saya membengkak hingga menyebabkan leher membesar melebihi dagu.
"Walaupun tidak mampu menjamah makanan, saya kerap muntahkan cairan hijau yang rasanya sangat pahit.
"Bayangkan kalau saya terpaksa menjalani prosedur yang sama untuk tempoh dua tahun," katanya yang kini masih mendapatkan rawatan susulan enam bulan sekali di HSA.
Pernah putus asa dan lebih rela mati daripada terus hidup, semangat dan sokongan daripada keluarganya mengembalikan kekuatan untuk dia terus hidup.
"Mereka juga percaya saya mampu melalui semua rawatan ini.
"Lama-kelamaan, timbul kesedaran dalam diri saya. Mengapa saya perlu menyerah kalah sedangkan ayah dan ibu telah berkorban segala-galanya demi memastikan saya mendapat rawatan terbaik.
"Sejak itu, saya kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini dan sangat berharap untuk kembali sihat seperti manusia lain," ujarnya yang menolak untuk menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang kerana tidak mahu kakaknya mendapat risiko sakit seperti dirinya.
Bercerita mengenai penyakit leukemia yang Lia hadapi sama seperti menceritakan putaran roda kehidupan keluarganya.
Bukan sahaja leukemia, Lia juga tergolong sebagai orang kelainan upaya (OKU) selepas tiga jarinya terpaksa dipotong akibat tersepit dalam mesin tebu.
"Semasa berumur lapan tahun, saya menolong ayah yang berniaga air tebu. Secara tidak sengaja, saya tergelincir dan berpaut pada mesin tebu tersebut.
Mesin tebu
"Tanpa saya sedari, jari telunjuk, hantu dan manis tersepit dan turut dimesin. Akibatnya, tulang ketiga-tiga jari itu hancur dan perlu dipotong untuk mengelak daripada terus membusuk.
"Selepas saya mendapat leukemia, ayah berhenti berniaga dan sama-sama menjaga saya di hospital bersama ibu.
"Pengorbanan ayah bukan setakat itu. Memandangkan kos rawatan leukemia yang sangat tinggi, ayah sanggup jual tanah dan kebun.
"Sekarang ayah menyara kami sekeluarga dengan mengambil upah sebagai buruh kasar manakala ibu pula tidak bekerja," katanya yang pernah mengemukakan permohonan untuk meminta bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak pernah dilayan.
Melihat kesusahan yang terpaksa dilalui keluarganya, Lia tekad untuk terus sihat dan maju dalam pelajarannya.
"Saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk saya berjaya dan membalas pengorbanan ayah dan ibu," azamnya yang ingin menjadi seorang kaunselor satu hari nanti.
Sebuah lukisan koleksi Adolf Hitler akan dijual seharga 150 ribu pounds pada lelong bulan ini. Lukisan ini dilukis pada 1908.
Lukisan itu menggambarkan pemandangan ladang dan desa, gereja di pinggir jalan, serta barisan pabrik.
Lukisan ditemukan di dalam sebuah rumah yang dibeli oleh seorang pengacara yang tidak mahu disebutkan namanya di utara Austria.
Richard Westwood-Brookes dari lelang Mullocks mengatakan "kegiatan sehari-hari Hitler adalah jalan-jalan dan melukis".
"Dia cuba masuk akademi di Vienna untuk mengejar kariernya sebagai artis profesional, namun gagal."
"Jika dia masuk akademi, kita hanya akan mendengar cerita rutinitas melukisnya saja. Peneliti meyakini karena dia gagal masuk akademi kemudian dia menyimpan dendam dan mengubahnya menjadi monster seperti di sejarah."
Lelong ini akan diselenggarakan di Ludlow Racecourse, Shrops.
TEMPO Interaktif, Ohio – Seorang lelaki asal Ohio, Amerika Syarikat, dituntut atas kejahatan jenayah ringan kerana menirukan suara gonggongan anjing kepada seekor anjing polisi.
Menurut laporan polis, lelaki bernama Ryan James Stephens dituduh mengganggu anjing polis di pinggiran Cincinnati.
Polisi Bradley Walker dalam laporannya menulis dia mendengar anjing polis menggonggong tidak terkendali di dalam kereta perondanya. Ketika itu, Walker sedang menyiasat kes pelanggaran keretadi sebuah pub pada Ahad (3/4) pagi.
Walker mengatakan Stephens menirukan suara anjing menggonggong dan berdesis. Hal itu dilakukan Stephens ke arah anjing polis.
Menurut Walker, ketika ditanya mengapa mengganggu anjing polis, Stephens mengaku "anjing itu yang memulakan". Walker mengatakan Stephens nampak mabuk.
Pihak Stephens belum boleh dimintai keterangan mengenai kes ini. Telefon di rumahnya di Mason tidak diangkat. Stephens akan diadili pada 21 April berkait kes tersebut.
MUNICH - Seekor kucing bernama Tinka, menyebabkan pemiliknya mengeluarkan wang sebanyak 5 ribu poundsterling untuk menyelamatkan nyawanya.
Tinka terpelosok ke dalam saluran corong paip ketika sedang mengejar burung di atap rumah pemiliknya.
"Awalnya kami memang sudah merasa seperti mendengar suara-suara aneh namun kami belum dapat memastikan darimana asal suara itu sampai kami merasa ada yang aneh di balik dinding corong dapur kami," ungkap Katja Bach, pemilik Tinka.
Katja pun curiga kalau yang ada di balik dinding corong dapurnya adalah Tinka, kucing kesayangannya.
Akhirnya, Katja memutuskan memanggil petugas pemadam kebakaran untuk membantunya mencari Tinka.
Para petugas pun langsung memecah dinding corong dapur, namun Tinka tak juga ditemukan, setelah ditelusuri, Tinka berada di balik dinding corong bilikr mandi, sehingga dinding bilik mandi Katja pun harus dipecahkan.
Dan akhirnya Tinka pun ditemukan terperangkap di dalamnya, demikian lapor Orange, Selasa (6/4/2011).
Hal ini pun membuat Katja harus mmbaiki dinding dapur dan bilik mandinya yang diperkirakan akan memakan biaya hingga 5 ribu poundsterling.
"Saya memang harus merenovasi dinding-dinding rumah, walau harus mengeluarkan banyak wang, tapi menurut saya ini setimpal, demi keselamatan Tinka," ujar Katja. (rhs)
SEOUL - Sebuah program TV di Seoul menghadirkan seorang wanita cantik yang memiliki kebiasaan yang sama sekali tidak sesuai dengan parasnya. Ji Hyun Ji (20), mengaku sudah 10 tahun tidak mengosok giginya, sebagaimana dilapor Strait Times, Rabu (6/4/2011).
Ji berkata bahawa kali terakhir dia gosok gigi sekitar satu dekad lalu, ketika ibunya memaksa Ji mengosok gigi, pada ketika itu pun ibunya yang tolong mengosokkan gigi Ji.
Bahkan ia merasa heran mengapa orang-orang mengosok gigi.
"Saya tidak mengerti kenapa orang-orang rajin mengosok giginya, seperti orang lain perduli terhadap apa yang ada di dalam mulutnya," ujar Ji.
"Bagi saya, makanan-makanan yang menempel pada gigi dapat melindungi gigi saya,"
Ia pun hanya sesekali membersihkan giginya menggunakan tisu ketika ada acara yang menurutnya spesial.
Program TV itu pun turut mengundang satu pasukan ahli gigi untuk memeriksa keadaan gigi Ji.
Para ahli doktor gigi itu pun menganggap memeriksa gigi Ji adalah suatu hal yang luar biasa sepanjang perjalanan kariernya.
Walaupun Ji lupa bagaimana caranya mengosokt gigi yang benar, namun program tersebut berhasil memujuk Ji untuk mengosok giginya.(rhs)
China merupakan Negara yang sangat terkenal dengan kepadatan penduduknya. Bahkan, China merupakan negara terpadat No. 1 di dunia. Semakin ramai penduduk, secara automatik semakin banyak juga penggunaaan kendaraan bermotor, terutama kereta.
Untungnya pemerintah China telah menjangka jumlah penduduk dan kendaraan semakin bertambah. Kerana itu, dibangunlah sebuah kawasan khusus parking yang mampu menampung ratusan, bahkan ribuan kereta dalam satu tempat.
Tapi, jangan berpikir lahan parkir tersebut seperti tanah lapang yang luas, melainkan bangunan yang dibangun menjulang ke atas dengan konsep melingkar, yang memungkinkan boleh menampung semua kendaraan yang ingin parking.Tapi kalau tempat parkingnya setinggi ini, ngeri juga tak ada tembok penghadang.
Dalton Stevens, dari Bishopville, South Carolina, telah disebut sebagai Button King (Raja Butang) setelah dia menghabiskan 15 tahun untuk menjahit dan menampalkan ribuan butang pada segala macam benda.
Cerita Button King berawal pada suatu malam di tahun 1983, ketika insomnia Dalton bermula Saat itu, waktu menunjukkan masih pukul 2 pagi. Untuk menghabiskan waktu, Dalton mencari benda2 kuno atau bekas yang dia miliki. Dia menemukan sebuah Jaket Denim tua, dan mulai menjahitkan butang di jaket itu. Sekitar dua tahun sepuluh bulan kemudian, Dalton masih sering mengalami insomnia yang kronik, tapi Jaket Denimnya telah dipenuhi 16.333 kancing dan mencapai berat 16kg. Ini adalah awal suatu cerita yang luar biasa mengenai butang.
Bahkan setelah menyelesaikannya, Dalton tetap berusaha menampalkan ribuan kancing pada berbagai hal. Dia menampalkan 3.005 kancing di gitar dan 517 tombol di kasutya. Dia juga menampalkan butang pada banjo, piano dan Chevette 1983-nya. dan tak lama setelah itu, pekerjaannya yang unik membuat banyak media tertarik. Dia tampil di acara televisyen tempatan ,di CNN, dan dengan segera seluruh dunia tahu cerita tentang Button King yang luar biasa. Dia juga diundang pada acara televisyen popular dan seakan menjadi bintang seperti Johnny Carson, David Letterman, Geraldo, Regis & Kathy Lee, di mana dia akan memakai pakaiaannya yang penuh dengan butang dan memainkan banjonya.
Pada tahun 2008, Dalton Stevens membuka Muzium Butang miliknya, di mana semua karyanya dipamerkan agar dapat dilihat semua orang. Di sini Anda akan melihat kereta Chavette milik Dalton yang dipenuhi 150.000 kancing, sebuah kereta enazah yang diberikan oleh rumah duka local dan dipenuhi 600.000 kancing, dua keranda butang, sebuah toilet umum butang, dan banyak lagi. Dalton telah menciptakan karya seninya ini selama bertahun-tahun. Muzium ini terletak dekat dengan rumahnya, di pinggiran Bishopville, dan si-Button King ini tidak mengenakan bayaran masuk bagi orang yang mahu mengunjungi muziumnya.
Jakarta - Tidak ada baju tahanan yang sesuai untuk tersangka penyelewengan wang Citibank Malinda Dee. Apakah pihak polis akan membuat baju tahanan khusus untuk Malinda? Dipastikan langkah itu tidak akan dilakukan. Yang jelas, Kabareskrim Komjen Pol Ito Sumardi menegaskan sudah ada baju yang sesuai untuk Malinda.
"Ini begini ya, jadi kelmarin sudah saya tanyakan, dan sudah ada baju yang pas. Pokoknya ukuran besar ," kata Ito ktika ditanyakan detikcom, Rabu (6/4/2011).
Namun, Ito buru-buru menegaskan, baju itu bukan baju tahanan khusus. Hanya baju biasa saja. "Ya bukan baju khusus, baju yang sesuai," terangnya.
Ito meminta agar soal baju ini tidak jadi polemik dan diributkan. Pastinya polis tetap fokus pada penyelidikan dan penyiasatan untuk mengungkap kes ini.
Sebelumnya tertuduh Malinda Dee tidak mengenakan baju tahanan ketika hendak menuju Citibank dikritik hebat. Wanita seksi ini malah mengenakan tudung hitam dan baju merah. Benarkah ada keistimewaan? Ito Sumardi sudah membantahnya. Dia menyebut ada alasan khusus kenapa Malida tidak memakai baju tahanan.
"Aduh, engga ada yang sesuai," kata Ito, dengan gerak tangan menunjuk dada dengan mimik serius ketika ditemui wartawan di Gedung DPR, Senayan, Jakarta, Selasa (5/4). (ndr/asy)
Seorang penduduk San Diego, terbangun pada pagi hari dan terkejut bukan kepalang. Dia menemukan seorang lelaki telanjang tertidur berdengkur di sofanya. Si pemilik rumah langsung mengambil senjata dan meminta isterinya menelefon 911.
Leftnan Jim Filley polis San Diego, California, AS, mengatakan, setelah dibangunkan, lelaki "penyusup" yang mabuk itu mengatakan bahawa dia mengira sedang berada di rumahnya di Mission Valley, sekitar 32 km dari rumah yang dia masuki.
Nama lelaki mabuk yang tersalah masuk rumah itu tidak disebutkan. Dia membuka baju di luar rumah dan berjalan memasuki rumah melalui pintu yang tidak dikunci. Si pemilik rumah tidak menudakwa si pemabuk n itu. Setelah sedar, si pemabuk pulang ke rumahnya.
Insiden langgarl ari oleh Li Qiming terjadi pada malam 16 Oktober 2010, di dalam Hebei Universiti, Baoding di daerah Hebei, ketika sebuah kereta Volkswagen hitam Magotan yang laju di sebuah jalan sempit menghentam dua mahasiswa yang sedang bermain roller-skating.
Salah seorang dari mereka mereka, Chen Xiaofeng 20 tahun, seorang mahasiswa dari Shijiazhuang di Informasi Elektronik Teknik College meninggal kemudian di hospital. Korban lainnya, Zhang Jingjing, usia 19, dalam keadaan stabil, meskipun menderita patah kaki kiri. Pemandui dalam keadaan mabuk, 22 tahun Li Qiming, cuba untuk melarikan diri dan terus memandu kereta ke asrama wanita untuk menurunkan kekasihnya. Ketika ditangkap oleh penjaga keamanan, dia yakin kedudukan ayahnya akan memberinya imuniti, dia berteriak "Silakan jika anda berani menuntut saya, ayah saya adalah Li Gang !!! "
Setelah kemarahan meletus di forum internet China dan menyatakan bahawa Li Gang adalah wakil direktur biro keamanan umum setempat. Empat hari setelah kejadian itu, sebuah lomba puisi online mengundang pendatang untuk menggabungkan kalimat "Ayahku adalah Li Gang" ke dalam puisi China klasik. Pertandingan ini dibuat oleh seorang blogger perempuan di China utara dijuluki Piggy Feet Beta pada MOP orang Cina yang populer Bulletin Board System dan menerima lebih dari 6.000 penyertaan.
Dalam sebuah wawancara dengan China Central Television pada 21 Oktober, Li Gang menangis dalam permintaan maaf pada 22 Oktober 2010, sebuah video yang menunjukkan maaf Li Qiming ditayangkan. Permintaan maaf ditolak oleh keluarga mangsa, kakak Chen Xiaofeng percaya permintaan maaf menjadi sebuah aksi politik. The People's Daily, dalam sebuah editorial yang diterbitkan pada tanggal 26 Oktober 2010, mendesak pihak berwajib untuk mengambil utindakan dan menjelaskan kebenaran melalui hukum.
DUBAI – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan atas tuduhan perzinaan di United Emirat Arab (UEA). Remaja tersebut bahkan harus menjalani ujian keperawanan, selain menjalani penahanan yang sudah berjalan dua minggu. Polis di wilayah Ajman, UEA menyatakan, remaja itu ditahan setelah ditemukan sedang berduaan dengan kekasihnya di atap rumah gadis tersebut. Sejak kedapatan sedang berkasihan dengan kekasihnya, gadis remaja tersebut terpaksa menjalani pemeriksaan ginekologis. "Dapat dikonfirmasi bahawa dirinya masih perawan (selepas pemeriksaan berlangsung)," ungkap ayah dari gadis tersebut seperti dikutip Gulf News, Rabu (6/4/2011). "Polisi sudah menghancurkan masa depan anak perempuan saya, ketika dirinya tidak dapat mengikuti ujian sekolah. Dia ditahan oleh polis sejak 22 March lalu," protes ayah gadis tersebut. Sang ayah juga menceritakan bahawa pihak polis menolak wang jaminan dan anaknya saat ini ditahan dengan tahanan dewasa, bukan di penjara khusus remaja. Sementara kekasih remaja itu, dikhabarkan juga ditangkap setelah sebelumnya melarikan diri. Sumber :http://www.okezone.com/
"Aku bosan dengan foto-foto pernikahan biasa dengan pantai, sambil bermain air, dan hal-hal seperti itu. Jadi bagaimana bila dengan lumpur dan darah?" Sang fotografer asal Manila, Jevy Santiago memberikan ideanya yang terinspirasi dari pasangan Ingle dan Aimee kerana keduanya sangat menyukai sebuah game zombie yang sangat terkenal, Left 4 Dead.
SUMENEP- Warga Dusun Barat Sungai, Desa Kapedi, Kecamatan Bluto Kabupaten Sumenep, Madura, Jawa Timur, digegarkan dengan adanya seekor ayam ajaib.
Ajaibnya, meski disembelih ayam tersebut tidak mati dan keadaannya terlihat sihat. Ayam ini bertahan hidup dengan tenggorokan putus, hingga hampir satu minggu.
Adanya ayam ajaib tersebut, menarik perhatian warga setempat. Mereka datang untuk melihat dari dekat.
Ayam tersebut milik Wakid Hobsi, pengasuh Perguruan Ilmu Batin, Desa setempat. Dia menceritakan, awalnya ayam tersebut akan dijadikan perangkat ritual atau selamatan untuk murid-muridnya yang akan menjalani ritual khusus menjelang kenaikan tingkat. Ketika itu, tambahnya, ada sekira 42 ekor ayam yang akan digunakan dalam ritual atau selamatan muridnya. Ketika disembelih, ayam jantan yang satu ini tidak mati.
"Ayam tersebut kami sembelih untuk keperluan ritual, sebagai rentetan dari kenaikan tingkat bagi semua murid di sini " Kata Hobsi kepada wartawan, Selasa (5/4/2011).
"Namun ayam itu tidak mati meski sudah disembelih, bahkan lehernya sudah hampir putus," tambahnya.
Hendra, seorang salah-seorang murid yang ditugakan menyembelih 42 ekor ayam, mengaku terkejut melihat ayam yang tidak sama seperti lainnya saat disembelih.
"Saya terkejut, kerana ayam yang lain begitu disembelih mati beberapa detik kemudian. Tapi ayam yang satu ini tidak, malah langsung lari," katanya.
Warga kini masih terus berdatangan untuk melihat ayam ajaib itu. Rencananya ayam ajaib tersebut akan dirawat meski sulit memberinya makan dan minum, kerana tenggorokannya putus, dan lehernya nyaris putus pula.
BANYAK perempuan yang beranggapan bahawa tubuh ramping akan membuat mereka nampak lebih muda. Namun, hasil kajian terbaru malah bertentangan dengan itu. Disebutkan, perempuan berusia di atas 40 tahun akan terlihat lebih muda apabila memiliki wajah yang chubby.
Kesimpulan itu didapati setelah para peneliti membandingkan 186 pasang orang kembar identiti. Ditemukan, penambahan berat badan pada perempuan boleh membuat mereka terlihat lebih muda empat tahun.
Ketua kajian ini Dr Bahaman Guyuron berkata, "Penampilan seseorang boleh dipengaruhi genetik dan faktor lingkungan." Kerana orang kembar identiti memiliki penampilan serupa, maka untuk memperkirakan usia mereka boleh dilihat dari faktor eksternal seperti gaya hidup. Untuk itu, peneliti lalu mengalkulasikan indeks massa tubuh setiap pasangan kembar.
"Mereka yang memiliki indeks massa tubuh yang lebih malah terlihat lebih muda dua-tiga tahun. Ini ditemukan pada perempuan berusia 40 tahun ke atas," kata Guyuron seperti dikutip The Telegraph.
"Semakin banyak lemak di wajah, terutama di pipi, Anda akan semakin mendapatakan wajah lebih muda," kata Rajiv Grover, konsultan bedah plastik di Secretary of the British Association of Aesthetic Plastic Surgery. "Sebaliknya, diet berlebihan yang menyebabkan wajah menjadi cengkung akan membuat penampilan nampak lebih tua."
Terlebih, jelasnya, bagi mereka yang menjalani diet secara tidak konsisten hingga tercipta efek yo-yo. Tak hanya akan membuat lemak di wajah hilang, tapi juga membuat kulit yang tadinya meregang menjadi mengendur kemudian meregang kembali sehingga garis wajah di hidung dan mulut serta rahang akan terlihat lebih jelas dan tampak seperti kedutan. Maka itu, bersyukurlah mereka yang berwajah chubby! (Pri/OL-06)
VIVAnews - Upaya Mrilyn Leisz mempercantik kelopak matanya gagal. Bahkan, pilihan operasi bedah estetika itu membuat kelopak matanya tak bisa menutup. Wanita asal New Jersey, Amerika Syarikat, itu terus membukakan mata sepanjang hari.
Leisz yang begitu memuja kecantikan keliru. Ia melayangkan gtuntutan terhadap doktor yang menanganinya, Paul Parker, ahli bedah plastik di Paramus, New Jersey, akhir March lalu.
Namun, doktor hanya sanggup membayar US$115 ribu . Hanya dua puluh peratus dari nilai tuntutannya. "Mereka tidak mempertimbangkan apa yang saya hadapi setiap hari. Saya mengharap US$500ribu," kata Leisz seperti dilansir ABC News.
Dalam sebuah pernyataan tertulis, Parker menyatakan telah melakukan lebih 10 ribu prosedur bedah estetika selama 25 tahun terakhir. Dan, tak pernah ada masalah sebelumnya.
Parker mengatakan, Leisz memiliki riwayat dua kali menjalani perawatan bedah kelopak mata di masa lalu. Yang pertama, bedah untuk memperbaiki kondisi bawaan yang dikenal ptosis, di mana otot tidak cukup kuat untuk menahan kelopak mata.
Yang kedua, bedah estetika dengan metode blepharoplasty, sebuah operasi kelopak mata untuk memberi efek peremajaan di daerah sekitar mata. Namun, ini menjadi awal bencana. Matanya tak lagi boleh berkedip. Kelopaknya tak boleh mengatup, walaupun ketika tidur.
Penguam Parker mengatakan, sebelum menjalani operasi, Leisz telah menandatangani peringatan dan risiko terburuk yang mungkin terjadi. Namun, menurutnya, Leisz tidak memperhatikan risiko dan peringatan doktor.
Leisz telah berkonsultasi sebanyak 45 kali dan menjalani 30 kali tindakan medis dalam lima tahun terakhir, untuk memulihkan cacat matanya. Namun, tidak memperolehi hasil memuaskan. Malah, ia berisiko tinggi terkena glaukoma dan berpotensi buta kerana overexposure matanya.
"Setiap minit aku bangun, aku harus khuaatir dengan mataku. Merah dan kering. Seperti dicubit," kata Leisz." Saya akan mengeluarkan tulisan di media massa atas perlakukan Parker terhadap saya. Saya akan terus menuntut ganti rugi yang besar."
Dr Gary S Brody, profesor di Divisi Bedah Plastik Keck School of Medicine University of Southern California, mengatakan, kesalahan operasi Leisz masih boleh diperbaiki. "Mungkin yang terjadi adalah kulit terlalu banyak diambil dalam prosedur terakhir. Boleh diperbaiki dengan cangkok kulit dari belakang telinga." kata Brody.
Dr John Millard, Presiden Millard Plastic Surgery Center, Denver, merujuk Leisz ke doktor bedah ocuplastic yang mengkhususkan diri pada pembedahan rongga mata, saluran air mata, kelopak mata, dan wajah.
Namun, semua itu tak membuat Leisz tenang. Trauma menghadap meja bedah mengganggunya. Ia tidak memiliki mental dan fizik cukup kuat untuk kembali menjalani pembedahan. "Saya seperti tidak ada pilihan lain atau mata saya akan kering seperti kismis," ucap Leisz.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
IPad 2 Price in Malaysia atau dalam bahasa melayu iaitu Harga iPad 2 di Malaysia…Berikut ialah maklumat penting bagi peminat-peminat tegar Apple…Ni dia harga iPad 2 :
ZoOM : Nak beli tapi disebabkan performance cukup-cukup je bulan ni terpaksalah tunggu sampai harga turun, nak harapkan saham yang ZoOm dapat entahlah boleh cover ke tak...Apa pula Kata Anda Mengenai Ipad 2. Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
Satu lagi konterversi yang berlaku di bangunan SPRM !!!
Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.
Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.
Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.
Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.
Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.
Inilah gambar perkahwinan Usop Wilcha yang ZoOm jumpa, dan menurut info gambar ini diambil pada 2008. Namun lensa menunjukkan bertapa cantiknya bini abang Usop Wilcha kita ini ( Pendapat ZoOm la ).
Wife goes to Mall, sees men's underwear on sale. She buys a dozen of the same colour. Goes home and gives hubby. Hubby protests, "Why buy me the same colour? People will think I do not change underwear!!
Inilah gambar keluarga Syed Mohamad Asri atau nama glamour Shy8, namun peminat diluar sana lebih suka memanggil beliau Usop Wilcha kerana penangan Filem Hantuk Kak Limah Balilk Rumah yang mengemparkan pawagam dan peminat seni tanah air.
Siapa sangka populariti beliau hanya muncul ketika beliau berumur 46 tahun sehinggakan setiap langkah beliau menjadi perhatian masyarakat sekeliling yang sebelum ini tidak menghiraukan kehadiran beliau.
Untuk pengetahuan anda diluar sana Usop Wilca hanya berlakon secara sembilan dan jawatan beliau bukan calang-calang iaitu sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad. Namun kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan walaupun suatu ketika beliau pernah nekad menjadikan filem Zombi Kampung Pisang yang terakhir dalam karier sebagai anak seni.
Anak Ucop ( Syed Caliph Umar )
Apa-apa pun peminat Usop patut berterima kasih kepada abang Mamat Khalid kita yang banyak memberi peluang dan memahami situasi Ucop Wilcha yang mempunyai kerjaya.
Watak Usop di atas Wilcha :)
ZoOm : Apa-Apa pun Apa Pendapat Anda Mengenai Ucop Wilcha @ Shy8 ni ? Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
SEBUT saja karakter kartun Mickey, Minnie, Donald Duck, Goofy dan Pinocchio pasti ramai yang teringat pada zaman kanak-kanak.
Ini kerana sejak dulu sehingga sekarang, karakter kartun yang dicipta oleh Walt Disney sentiasa menjadi bualan ramai.
Sejak 100 tahun lalu, orang ramai baik yang muda atau tua telah didedahkan dengan siri kartun yang menghiburkan hati itu.
Bagi merealisasikan impian peminat-peminat Disney, Feld Entertainment dengan kerja sama PR Worldwide mempersembahkan Disney On Ice Worlds Of Fantasy.
Selama tiga malam berturut-turut, bermula 1 April lalu di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, orang ramai berpeluang melihat secara langsung karakter popular ciptaan Walt Disney seperti The Little Mermaid, The Lion King, Cars dan Tinker Bell.
Mungkin cerita-cerita itu pernah muncul di layar perak tapi ia bukanlah sesuatu yang membosankan apabila ia dipersembahkan dengan gaya lain.
Kepakaran para peluncur profesional meluncur laju, berputar ligat sambil beraksi sudah mampu membuat penonton yang terdiri daripada kalangan dewasa dan kanak-kanak itu terpegun.
Selain jalan cerita menarik dan diserikan dengan lagu-lagu merdu, penonton juga terpegun melihat keindahan kostum para peluncur yang disesuaikan mengikut karakter.
Malah ketika persembahan penutup tirai, Tinker Bell, penonton seolah-olah berada di taman yang dipenuhi dengan pelbagai bunga warna warni yang mekar di kiri kanan pentas.
Kepakaran teknikal pihak Feld Entertainment menampilkan set pementasan mengikut jalan cerita dengan penataan cahaya yang menarik membuatkan persembahan itu tampak fantastik.
Sebaik sahaja persembahan selesai, penonton berasak di luar stadium untuk membeli barangan cenderamata karakter Walt Disney yang dijual pada harga termurah RM15.
Persembahan yang sudah menjelajah beberapa buah negara itu bermula pada pukul 8.30 malam dengan tiket-tiket berharga antara RM61.50 sehingga RM223.50
Oleh ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my Gambar SYEFRY MONIZ
KAMPUNG Baru yang telah wujud sejak 111 tahun lalu di Kuala Lumpur merupakan kawasan penempatan Melayu yang belum dibangunkan sepenuhnya sehingga kini.
Biarpun negara telah merdeka sejak 54 tahun lalu tetapi isu pembangunan kampung yang terletak di tengah ibu kota itu terus diperkatakan banyak pihak termasuklah menerusi persembahan teater.
Teater Muzikal Kampung Baru (MKB) yang akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 dan 10 April ini tidak terkecuali memperkatakan isu itu.
Pementasan anjuran para pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor itu misalnya, cuba mengetengahkan isu yang mungkin banyak berlaku di situ.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri FACT, Dr. Mahadi J. Murat berkata, pementasan itu tepat pada masanya kerana ia secara tidak langsung boleh menarik para penghuni Kampung Baru berfikir tentang masa depan mereka.
"Kebetulan tahun ini Kampung Baru meraikan ulang tahunnya yang ke-111. Pementasan ini tepat pada masanya kerana ia boleh dianggap transisi penting masyarakat Melayu di situ sama ada mahu berubah ataupun tidak.
"Kedudukan orang Melayu itu digambarkan secara kreatif. Kita mahu sampaikan apakah yang mungkin akan berlaku di Kampung Baru 100 tahun akan datang.
"Cuma pementasan ini akan menjadi lebih bermakna kalau ia dipentaskan di Kampung Baru," katanya sewaktu merasmikan pementasan MKB di Kompleks Rakan Muda, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pementasan dengan kerjasama Fakulti Muzik UiTM itu merupakan projek sembilan pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Pengurusan Industri Kreatif dan Teater yang keseluruhannya membabitkan 76 tenaga kerja termasuklah pelakon teater tersebut.
Skrip pementasan itu yang diambil daripada karya Prof. Dr. Hatta Azad Khan yang memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang Skrip Drama Pentas sempena Perayaan Juli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka beberapa tahun lalu sarat dengan pelbagai kritikan.
Sebagai pengarah MKB, Madzlan Abet berkata, pementasan itu bukan mahu memihak kepada mana-mana pihak.
Sebaliknya, ia bertujuan memberi ruang berfikir dan mencetuskan idea bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kampung yang majoritinya orang Melayu itu.
"Ia bergantung kepada penerimaan para penonton sama ada mereka menyokong atau tidak pembangunan di Kampung Baru. Apabila membaca naskhah ini, saya lihat isu utamanya ialah soal pembangunan ditakuk lama.
"Naskhah ini cuba menggambarkan wujudnya golongan generasi baru yang cuba membawa perubahan di situ. Kekuatan skrip ini ialah, ia cuba melontarkan idea-idea generasi baru. Saya hanya mengambil skrip asal tanpa mengubah atau menokok tambahnya," ujarnya.
MKB yang mengenakan tiket berharga RM10 dengan pembelian buku program pementasan itu jelas Madzlan, turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement Kampung Baru.
Selain itu, pementasan tersebut juga tidak berniat mencetuskan isu-isu sensitif membabitkan para penduduk Kampung Baru seperti soal keengganan segelintir penduduknya berpindah atau terbabit dalam usaha membangunkannya.
"Saya tidak melihat daripada aspek isu-isu yang hangat diperkatakan itu. Ini kerana, sewaktu kami membuat keputusan untuk mengetengahkan karya ini, isu itu belum hangat diperkatakan. Saya cuma mahu memberi tahu akan kewujudan generasi baru dalam karya ini," jelasnya.
Sesuai dengan konsep teater muzikal, tambah Madzlan, MKB akan menampilkan 14 lagu baru yang dihasilkan dengan kerjasama Fakulti Muzik UiTM.
Para pelakon yang akan membintangi teater muzikal itu antaranya Mohd. Azim Sharim yang akan melakonkan watak Haji Pahlawan, M. Shafik Ridzuan Jailani (Gulam Russel), Nina Nadira Naharudin (Ratnasari), Mohd. Shazrin Ghazali (Tulus), Nurul Hakkim Abd. Halim (Joshua Ong) dan Shahrul Anwar (Nathan).
Untuk merayakan 3 tahun penubuhan komuniti, Says.my memberikan hadiah kepada rakyat Malaysia di media sosial! Macbook Air, Samsung Plasma TV, iPhone 4, Canon SLR, iPad 2, Lomokit, percutian ke Korea Selatan, IKEA room Makeover, tiket baris depan konsert Justin Bieber, voucher belanja untuk Topshop, Forever21, MNG dan lain-lain .. Korang harus tengok senarai lengkap HADIAH yang lain..
Benda yang baik mesti dihebohkan! LIKE berita sensasi ni untuk bagitau kawan-kawan yang lain.. Rezeki kena la dikongsi bersama kan.. Baru la kita pon senang nak dapat rezeki tu.. huhu
Kamal Adli nafi dakwaan tinggal serumah dengan Intan Ladyana
SEBELUM ini, nama pasangan pelakon popular, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah menjadi panas apabila kedua-duanya dikatakan tinggal serumah selepas kelibat mereka sering kelihatan di sebuah kawasan perumahan. Namun perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya pasangan pelakon yang cukup popular menerusi drama rantaian Nur Kasih itu.
Belum reda kontroversi itu, timbul pula cerita lebih kurang sama. Namun kali ini membabitkan pasangan pelakon yang juga pasangan kekasih iaitu Kamal Adli dan Intan Ladyana. Mereka didakwa bersekedudukan apabila Kamal sering kelihatan berada di rumah buah hatinya. Khabarnya, perkara ini dibangkitkan sendiri oleh jiran sekeliling yang sudah tidak tahan menyaksikan perlakuan berkenaan. Bagi berlaku adil dan tidak mahu terus menjatuhkan hukum, Hip mendapatkan penjelasan daripada Kamal yang ditemui sewaktu acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Berita Harian (ABPBH 2010) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam Ahad lalu. Sambil mengakui terkejut apabila dituduh melakukan perkara yang tidak bermoral itu, Kamal berkata mereka masih mempunyai pertimbangan diri untuk mengenal yang buruk dan salah, sekali gus menegaskan supaya tuduhan yang berunsur fitnah itu dihentikan segera.
HIP: Bagaimana boleh timbul cerita Kamal dan Intan tinggal serumah?
Kamal: Itulah, saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu adanya gosip mengatakan kami bersekedudukan. Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main-main kerana ia membabitkan soal imej dan reputasi. Kami masih tahu menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Kami tidak tinggal serumah seperti yang dihebohkan. Buat apa saya nak duduk bersama Intan sedangkan saya ada rumah sendiri di Bangi. Malah, saya tinggal bersama keluarga saya di sana. HIP: Jika perkara itu tidak benar, takkan orang bercakap mengenainya.
Kamal: Pada saya mereka membuat tanggapan sedemikian kerana sering melihat wajah saya di rumah Intan. Memang benar saya ada ke rumahnya, tapi itupun sekadar tunggu di bawah. Saya ke rumah Intan pun kerana mahu menjemputnya keluar. Dia tak ada pengangkutan jadi kalau kami mahu keluar, sayalah yang akan mengambilnya. Tapi tak adalah sampai naik ke dalam rumah. Mungkin disebabkan itu mereka (jiran) ingat kami tinggal serumah.
HIP: Keluarga tak risau bila gosip seperti ini tersebar?
Kamal: Sudah tentu mereka risau terutama emak saya. Walaupun dia tahu saya tak buat perkara itu kerana dia sendiri tahu yang anaknya ini tinggal bersamanya, tapi sebagai ibu sudah tentu dia tidak selesa apabila perkara seperti ini digembar-gemburkan. Dia ada juga menelefon saya bertanyakan hal itu dan saya memberi penjelasan padanya perkara itu tidak benar sama sekali.
HIP: Kamal juga tak bimbang apabila akan ada pihak menunggu masa untuk mencekup anda berdua gara-gara dakwaan itu?
Kamal: Tiada apa yang perlu saya takutkan kerana saya tahu saya tak buat perkara seperti itu. Jika kami keluar pun, jarang kami keluar berdua. Biasanya ada teman bersama-sama kami ketika keluar makan dan tengok wayang. Kalau hendak diikutkan, kami memang jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Mujurlah sebelum ini kami ada terbabit dalam filem sama iaitu Kembar Siang, jadi di lokasi sajalah kami boleh berjumpa. Tidak ada apa yang perlu kami risaukan atau sembunyikan. Biarlah orang nak kata apapun, saya malas nak fikir. Buat bodoh sudah. Berani kerana benar.
HIP: Kalau begitu mungkin sudah tiba masanya untuk kamu berdua menghalalkan hubungan itu supaya tak timbul masalah lagi selepas ini?
Kamal: Buat masa ini, soal perkahwinan masih belum difikirkan lagi. Tunggulah dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, masa itu barulah kami bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Bagilah kami tempoh untuk membuat persediaan serta mengukuhkan ekonomi. Lagipun, Intan sendiri tidak pernah memaksa saya untuk melamarnya. Takkan kami hendak berkahwin semata-mata kerana tekanan cerita seperti ini?
Gimik, persembahan artis gegarkan malam kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars
ACARA kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu memang gamat dengan pelbagai segmen menghiburkan. Bukan saja gandingan mantap Raja Azura, Sharifah Shahira dan Zizan Razak berjaya menghidupkan suasana, malah kemunculan barisan artis popular mempersembahkan lagu baru dan lama menghangatkan lagi acara.
Namun, puncak kegamatan cukup dirasa apabila keputusan Bintang Paling Popular hendak diumumkan. Tiba-tiba tumpuan peminat terarah kepada Johan Raja Lawak yang menolak kerusi roda dinaiki Shy8, di bawah pentas. Bersama mereka ialah sampul keputusan pemenang yang sememangnya dinanti-nantikan seluruh penonton di arena, peminat di rumah dan tentunya finalis ABPBH. Kemunculan dua pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid terbabit sebagai gimik pengumuman trofi utama itu memang memecahkan perut mereka yang berada dalam dewan. Lawak selamba kedua-duanya, dibantu tiga pengacara terbabit, nyata memeriahkan majlis. Malah pada satu ketika, seluruh penonton mengangkat tangan dan menggerakkannya seperti mana dilakukan Usop Wilcha.
Kehangatan juga dirasa apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, muncul di pentas sebagai artis penutup tirai persembahan.
Menampilkan konsep K-Pop dan stomping, penyanyi ini nyata bijak menarik perhatian peminat. Gubahan baru untuk lagu Bukan Cinta Biasa dan Nirmala memang menjadi. Oh ya, Siti juga menyedari peminat masa kini cukup menggemari irama rancak Nobody, justeru dia turut menyelitkan lagu terbabit dalam persembahannya.
Gandingan ratu rock, Ella, bersama Alyah dan juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) tahun lalu, Shima, tidak syak antara segmen tumpuan pada malam berkenaan. Menyanyikan lagu Dua Insan Bercinta, Kesal, Permata Biru dan Gemilang, mereka berjaya mengajak penonton untuk sama-sama berdendang.
Pujian juga buat Shima, walaupun masih begitu baru, namun artis kelahiran pertandingan anjuran akhbar ini memang tidak kekok beraksi di samping dua penyanyi lebih senior.
Sebelum itu, penonton terhibur dengan persembahan ala Broadway dijayakan Azlan & The Typewriter, Ning Baizura, Farhan dan Adira. Persembahan pembuka tirai acara itu menyaksikan gandingan berkenaan mengalunkan lagu Jeritan Batinku, Asmara dan Bunyi Gitar dengan muzik iringan di bawah pimpinan Datuk Ramli MS. Berlatarkan skrin memaparkan visual tirai merah, suasana Moden Klasik memang dirasa.
Tidak ketinggalan memikat penonton ialah kemunculan tiga hos yang mendendangkan lagu Dengar Ini Cerita yang diubah liriknya bagi memperkenalkan barisan penaja anugerah penuh berprestij itu. Telatah mereka membuatkan penonton tidak kering gusi, sehinggakan tetamu kehormat seperti Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin; dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid, turut sama ketawa besar.
Suasana dalam arena juga bergema dengan sorakan penonton sebaik saja mereka melihat Anuar Zain berjalan menuju ke tengah pentas. Belum sempat diumumkan kemunculannya untuk menyanyikan lagu Sedetik Lebih, lagu tema Hikayat Merong Mahawangsa, peminat (dan juga artis) terlebih dulu bertepuk girang. Penyanyi ini memang kuat pengaruhnya.
Persembahan Ana Raffali, Altimet dan penyanyi gantian kepada Sohaimi Mior Hassan juga tidak kurang hebatnya. Mereka mampu mengajak penonton menyanyikan sama lagu yang cukup popular, Kalau Berpacaran. Manakala finalis Artis Komedi Lelaki Popular, Nabil, Along, Angah, Johan dan Zizan meriuhkan suasana dengan dendangan lagu Hore Hore dan Pak Itam, mengikut gaya lawak mereka.
Malah, persembahan bersahaja daripada Yuna pada malam itu turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh hadirin ketika mendendangkan lagu Gadis Semasa dan Sebenarnya sambil duduk di atas kerusi dan memainkan instrumen muzik. Begitu juga dengan kumpulan Hujan yang menyampaikan lagu Muda.
Corat-coret ABPBH 2010
ELLA bukan hanya dikerumuni peminat. Sebelum perarakan permaidani biru, artis yang berkumpul di bilik menunggu bergilir menanti untuk bergambar dengan ratu rock negara itu.
AURA Anuar Zain masih kuat apabila kemunculan di pentas utama membawakan lagu Sedetik Lebih mendapat sorakan padu penonton. Kelihatan ramai artis wanita termasuk Linda Onn dan Kenchana Dewi berdiri sambil menyanyi.
SHAHEIZY Sam terpinga-pinga apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular kerana ketika itu dia berada di belakang pentas ditemuramah wartawan TV.
AKSI bersahaja Sam yang meluru ke arah ibunya, Mummy Khaty membuatkan segelintir peminat dilihat mengesat air mata kerana terharu namun situasi berubah apabila dua beranak itu naik ke pentas bersama 'wilcha' membuatkan dewan gamat dengan tawa penonton.
IBU Sam, Mummy Khaty juga wajar dicalonkan sebagai 'Bintang Popular' malam kelmarin apabila tidak putus-putus didatangi rakan artis, wartawan dan peminat untuk memberikan ucapan tahniah.
SUASANA di belakang dewan juga cukup padat apabila lokasi untuk temu ramah menjadi medan untuk tetamu berhimpun membuatkan keadaan agak sesak.
KELIBAT pasangan yang kini hangat digosipkan juga dapat dilihat di belakang dewan. Siapa lagi kalau bukan Maya Karin dan Yusry Abdul Halim yang sempat berbual mesra.
TIZ Zaqyah dilihat masih setia melayani peminatnya minum di kafe selepas acara selesai walaupun ketika itu jam sudah mencecah angka 3 pagi.
JULIANA Evans hampir terjatuh ketika cuba menuruni tangga ke Arena of Stars, namun mujur ada yang cepat-cepat memegangnya.
SHARIFAH Shahira hampir terjatuh di atas pentas ketika bergegas untuk mengendalikan majlis selepas mewakili Noorkhiriah mengambil trofi Artis Komedi Wanita Popular.
KETIKA majlis berhenti rehat seketika, peluang diambil artis untuk berpusu-pusu ke tandas dan keluar merokok di luar dewan.
MUNGKIN terkejut dengan kemenangan Ana Raffali sebagai Artis Baru Wanita Popular, penonton di arena tidak bertepuk tangan. Apa-apa pun, tahniah buat Ana.
TIDAK disengajakan, sepit rambut yang dipakai Sharifah Shahira tersangkut di lengan baju Ratu Rock, Ella, selepas penyanyi itu membuat persembahan di atas pentas bersama Shima dan Alyah.
SEORANG artis wanita yang turut memeriahkan acara tiba-tiba menjadi angkuh dan enggan bergambar dengan peminatnya.
PEMINAT Fara Fauzana terdengar kata-kata Pengacara Wanita Popular itu yang mengatakan dirinya mungkin tidak akan tercalon lagi untuk kategori sama tahun depan.
FAIZAL Tahir yang memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular mahu menghadiahkan trofi itu kepada anak keempatnya yang dilahirkan dua minggu sebelum acara kemuncak ABPBH 2010.
BINTANG cilik, Mia Sara menangis apabila 'mamanya', Lisa Surihani, tidak diumumkan sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular namun kemudian terus memeluk Lisa apabila meraih trofi bagi kategori filem.
RAMAI menegur bibir Shahir yang disangka mengenakan gincu, namun sebenarnya dia mengalami alahan.
ISMAN Hijjaz sempat meminta Mia Sara beraksi untuk dirakamkan gambarnya di telefon kerana anaknya cukup meminati bintang kecil itu.
RITA Rudaini yang diundang sebagai penyampai trofi dihantar menaiki kereta hingga ke tepi Arena of Star disebabkan sarat hamil lapan bulan.
WALAUPUN filem bersaing di pawagam dalam tempoh hampir sama, tiga produser - Latif Mohaideen, Ahmad Idham dan Yusry KRU sempat minum teh semeja di parti selepas ABPBH 2010.
Kecoh seanterio alam apabila Isteri Harith Iskandar dikatakan bergambar seksi. Malah kaki gosip dan kaki kutuk di internet turut tersenyum lebar apabila mendapat bahan bicara yang mampu membuat blog dan laman sembang mereka panas...
Malah ayat Jezamine Lim isteri Harith: "i follow my heart to happiness" yang terpampang di muka depan majalah terbabit seolah-olah menjadi bahan ejekan segelintir pihak. Kata mereka, mengapalah Harith tidak membimbing isterinya ke jalan yang lurus hingga sanggup membiarkannya beraksi begitu.
Bagaimanapun, sebagai seorang muslim... kita harus beri peluang pada Harith untuk mengubah isterinya secara slow and steady. Mungkin beliau mempunyai cara tersendiri untuk mendidik isterinya itu yang baru sahaja memeluk Islam (ketika berkahwin) secara berhemah.
Dalam hal ini, moga Allah membuka hati Jezamine untuk mendalami ajaran Islam dan sekaligus mengubah gaya hidupnya. Amin...!!
Berikut adalah petikan daripada Majalah Shape keluaran April 2011:
Bubbly and playful, Dr. Jezamine Lim Iskander exudes a lovable, Malaysian girl-nextdoor charm. Not just a pretty face, this doctor, model, wife to comedian Harith Iskander, and now entrepreneur, is the face behind Samsaraa— one of the newest restaurants in Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. This multi-tasking wonder woman of Chindian heritage, and hubby Harith took time out from their busy schedules for Jezamine's Shape cover shoot, and to spill all on how they survived their eventful journey to the altar.
Ini adalah nasihat dari lelaki single, amalkan atas risiko sendiri.
1.) Jangan sesekali cakap die dah naik berat badan, gemuk, berisi, montel atau yang sama waktu dengannya.
2.) Jangan sesekali tengok atau renung atau jeling atau yang sama waktu denganya kat prempuan yang lagi cantik (tarik balik, semua prempuan termasuk nenek tua).
3.) Jika anda keluar bersama, jangan sesekali pegang tangan, pegang bahu, duduk kat tempat sunyi dan lain-lain perkara maksiat lagi, ni bukan gf korang marah, Tuhan marah.
4.) Sentiasa sensitif dengan perubahan dirinya, die potong rambut ke (ni kes malas pakai tudung ni), die pakai baju baru ke, die pasang inai ke (dah kawin ke?) atau lain-lain, puji atau anda akan mula melihat itik sebelah anda.
5.) Kalo korang dah lama keluar, tak kan nak stay haram camtu kot, kang tak pasal-pasal org lain masuk meminang, tak pon korang terlanjur nanti, baik kawin lelekas.
6.) Kalo sesusah sangat try je cari kat internet. Tapi peluang berjaya korang dah jadi 15% je.
7) salu tunjuk yg ko syg dia... caring ngan dia.. (tiap2 ari mesti tnya dia sehat x.. kalo xsehat pandai2 la nk setel kan)
8) salu la bg sumtin kt dia.. adiah kecik2 pn xpe.. pompuan suka adiah maa..
9) jual ah diri sket depan dia.. tp jgn bg nmpak sgt.. biar dia tau kelebihan ko and ko SE (spesel edition)
10) last but not least.. ko kena salu ada untuk dia.. hehe. baru dia tau dia bleh harapkan ko..
ade yg korng patot buat ade yg korng x patut....hehe...
ROM 30 Mac – Penari Maghribi, Karima El Mahroug atau Ruby yang dikaitkan dengan skandal seks Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mendakwa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.
Ruby mendakwa dia menerima sejumlah bayaran untuk melakukan hubungan seks dengan bintang bola sepak daripada Kelab Real Madrid itu.
Karima dilapor memberitahu hakim, dia pernah dibayar sebanyak 4,000 euro (RM17,078) untuk mengadakan hubungan intim dengan Ronaldo selepas bertemu pemain bola sepak itu di sebuah kelab malam di Milan pada Januari tahun lalu.
Semasa kejadian, gadis itu baru berusia 17 tahun, usia sama dia dikatakan melakukan hubungan seks dengan Berlusconi.
Sehubungan itu, pihak peguam bela Perdana Menteri itu akan memanggil Ronaldo sebagai saksi semasa perbicaraan Perdana Menteri Itali itu yang dijadual diadakan pada 6 April ini berhubung dakwaan mendapatkan khidmat seks semasa gadis itu di bawah umur dan menyalahgunakan kuasanya.
Menurut peguam bela dari firma Ghedini-Longo itu, Ronaldo merupakan seorang daripada 78 individu termasuk seorang lagi selebriti Hollywood George Clooney dan dua menteri yang sedang berkhidmat dalam kerajaan Berlusconi yang akan dipanggil sebagai saksi.
Peguam bela berkata, Clooney dan teman wanitanya, Elisabetta Canalis dilaporkan telah hadir ke parti makan malam di vila Perdana Menteri tersebut di Arcore.
Menurut pendakwa raya, majlis-majlis makan malam yang diadakan di kediaman Berlusconi itu turut menyaksikan penganjuran parti liar dan persembahan tarian bogel oleh pelacur.
Ronaldo juga sering dikaitkan dengan beberapa skandal seks sebelum ini termasuk melibatkan pelacur serta selebriti terkenal, Paris Hilton.
Dia pernah muncul sebagai pemain bola sepak yang menerima bayaran tertinggi selepas berhijrah dari Manchester United ke Real Madrid dalam satu urus niaga bernilai 80 juta pound (RM396 juta). – Agensi
Tahniah MyGosip ucapkan buat Lisa Surihani kerana telah berjaya merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2010 hari ahad yang lalu.. Lisa Surihani yang mengayakan dress rekaan Nurita Harith nampak sangat cantik pada malam tu kan.. Jadi buat peminat Lisa Surihani, Jom kita layan gambar Lisa Surihani bersiap-sedia untuk ke ABPBH2010 di Arena Of Stars Genting Highland ni…
[unable to retrieve full-text content]SEKALIPUN belum berumah tangga, pelakon Lisa Surihani Mohamed begitu bijak melayan keletah kanak-kanak. Keserasian Lisa bersama anak kecil cukup terserlah menerusi gandingannya di sisi bintang cilik, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 5.
[unable to retrieve full-text content]ANUGERAH Pencapaian Sepanjang Hayat yang diterima Datuk Rosnani Jamil, 75, di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), Ahad lalu, menjadi kenangan paling manis dalam hidupnya sejak menceburi dunia seni selama lebih 50 tahun.
PEMILIK nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun.
Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
"Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya.
"Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8.
"Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.
Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.
"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.
Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.
SHY8 bersama isteri, Noorafiza dan anak mereka, Syed Caliph Umar.
"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga.
"Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.
Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid.
Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.
"Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.
"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.
"Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.
Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
HANYA duduk di atas kerusi roda sambil melambaikan tangan seperti sedang menari, populariti Shy8 meledak dan dia kini dikenali sebagai Ucop Wilcha.
"Saya harap peminat filem tempatan akan terus menyokong industri perfileman tempatan dan juga menyokong filem terbaru Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
"Bagaimana jalan cerita filem itu, peminat kena nantikan sendiri. Ia masih ada sentuhan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, cuma kali ini subjeknya berubah," ucapnya.
Sejarah seni Shy8
Ramai yang tidak tahu, sebelum Shy8 terjun ke bidang lakonan, dia terlebih dahulu bergelar penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996.
Menyifatkan album yang mendapat sentuhannya sendiri secara keseluruhan sebagai album syok sendiri, hayat Shy8 sebagai penyanyi tidak bertahan lebih daripada setahun.
Selepas kecundang dengan album itu, dia mula bekerja secara bebas di sebuah syarikat pengiklanan demi kesinambungan hidup.
Sambil itu, dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, bermula dengan pelakon tambahan kepada pelakon yang mempunyai dialog. Tetapi dia tidak pernah diberi watak yang besar.
"Macam-macam kerja saya buat selepas saya tidak berjaya jadi penyanyi (ketawa). Saya buat album syok sendiri, siapa yang nak dengar.
"Tetapi saya tidak minat sangat untuk serius dalam lakonan, bagaimanapun semua itu berubah apabila saya membintangi filem Zombi Kampung Pisang, sejak itu saya kembali aktif berlakon.
"Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun," jelasnya.
SUDAH banyak selebriti Hollywood yang menunjukkan rasa simpati terhadap bencana tsunami yang melanda Jepun bulan lalu.
Terbaru, grup Paramore juga tidak mahu ketinggalan membantu mangsa musibah yang telah menyebabkan berpuluh ribu rakyat Jepun mati dan negara matahari terbit itu mengalami kerugian mega akibat bencana tersebut.
Paramore bercadang untuk membuat lelongan barang-barang milik mereka di portal jual beli eBay dan hasil kutipan dana akan disalurkan kepada pasukan palang merah Jepun. Dianggarkan sekitar 60 barang akan dilelong termasuk alat muzik, baju serta aksesori.
Hal itu diumumkan sendiri oleh vokalis grup tersebut, Hayley Williams melalui Twitter miliknya.
"Kami sedang merangka dana untuk mangsa tsunami di Jepun dengan melelong beberapa pakaian lama serta harta benda milik kami. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Kami sayang Jepun!"
Sementara itu, di laman sesawang rasmi Paramore, mereka menulis: "Semak Paramore Yard Sale dan dapatkan pelbagai baju, seluar, aksesori, gitar serta banyak lagi barangan daripada Haley, Jeremy dan Taylor.
"Semua dana terkumpul akan disalurkan kepada unit Palang Merah Jepun untuk membantu teman-teman kita di sana. Atau kalian boleh terus langsung menyumbang ke RedCross.org."
KELUARGA bahagia. Linda Jasmin, Que Haidar, dan anak mereka, Ratu Haidar. Linda juga menafikan dia sedang hamil anak kedua.
SUDAH dua minggu berturut-turut pasangan Linda Jasmine dan Que Haidar berasa terganggu dengan rantaian gosip kurang enak tentang syarikat milik mereka, Linda Jasmine Performing Arts Studio yang terletak di Ampang, Selangor dikatakan bangkrap.
Hal 'kain dalam' syarikat itu pun mula terlondeh satu-persatu. Malah paling terbaru, Linda dikatakan hamil tiga bulan.
Sedikit sesak nafas dengan berita-berita yang dianggap satu fitnah oleh mereka, Linda menjelaskan pergeseran fakta tentang gosip yang dianggap Linda tidak seharusnya terjadi.
Ada yang mendakwa Linda Jasmine Performing Arts Studio sudah mahu bangkrap. Tak bayar pekerja dan sebagainya. Mungkin anda boleh jelaskan tentang perkara itu?
Saya menafikan dakwaan bisnes saya bangkrap. Sepanjang tujuh tahun ia ditubuhkan, saya rasa bisnes saya berjalan lancar. Memang benar, sudah nama pun bisnes, jadi memang ada turun naik. Itu saya mengaku.
Tentang tak bayar gaji pekerja, saya mahu orang melihat isu ini dengan minda yang terbuka. Syarikat yang mengikat kontrak kepada kontrak macam syarikat saya, selalunya dibayar lambat oleh klien. Malah ada bayaran yang tidak saya terima sehingga setahun.
Namun, saya adalah orang yang profesional dan berpegang kepada polisi saya untuk tidak menghebohkan hal dalaman syarikat.
Justeru apabila keluar gosip mengatakan saya tidak membayar gaji pekerja dan hanya membayar selepas satu mesyuarat tergempar diadakan, saya rasa ia adalah gosip yang keterlaluan bagi saya. Ia adalah hal syarikat saya dan apabila ia tersebar, saya rasa kami macam duduk dalam mikroskop dan sering diperhatikan.
Benda yang kecil, jangan dibesar-besarkan. Mana ada syarikat yang sempurna tanpa ada waktu gawat misalnya. Saya juga kecewa apabila media tidak bertanya kebenaran kepada saya, tetapi terus menulis.
Saya rasa itu tidak adil bagi syarikat saya. Ia umpama menabur pasir di periuk nasi kami kerana impak jangka panjang yang diterima adalah syarikat kami, bukannya media atau si pengadu.
Bagaimana dengan dakwaan anda memberi tenaga pengajar berusia 19 tahun kepada murid-murid yang baharu mengikuti kelas tarian anda?
LINDA mengaku urusan syarikatnya ada turun naik dan itu adalah hal yang normal.
Benar. Saya tidak menafikan saya memberi seorang tenaga pengajar berusia 19 tahun untuk mengajar sekumpulan murid-murid baharu. Saya tahu ada yang suka, ada yang tidak suka apabila tenaga pengajar mungkin terlalu muda bagi mereka.
Namun secara jujur, saya tidak faham mengapa faktor usia menjadi satu masalah jika dia mempunyai kredibiliti untuk mengajar? Saya sendiri mula mengajar tarian pada usia 14 tahun dan saya berpendapat usia 19 tahun bukan terlalu muda untuk menjadi tenaga pengajar jika seseorang itu berkemampuan.
Agaknya yang jadi sumber media ini adalah orang dalam syarikat anda?
Saya rasa tak profesional untuk saya bercakap tentang pekerja saya. Saya juga tak mahu tuduh sesiapa. Cuma saya minta, kalau dapat gosip yang belum tentu sahih, apa kata terus tanya saya sendiri.
Saya juga minta tolong jangan buat fitnah lagi. Jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami. Kami jalankan bisnes halal, apa salahnya kita saling menyokong satu sama lain.
Lagi satu, dengar cerita anda hamil anak kedua? Khabarnya sudah tiga bulan ya?
Ini satu lagi hal tidak benar. Saya terkejut apabila cerita ini keluar tanpa ada sesiapa yang bertanya tentang kebenarannya. Saya tidak hamil. Belum hamil lagi.
Memang saudara-mara yang telefon dan tanya malah ucap tahniah. Ini salah. Mungkin ada orang nampak saya pakai baju yang longgar, jadi mereka terus anggap saya hamil.
Bayangkan kalau saya tak beritahu saya tak hamil, bila saya tak bersalin, nanti keluar pula cerita kononnya saya keguguran atau sebagainya.
Kalau saya hamil, saya tak akan sembunyi dan saya akan umumkan kepada media. Tapi buat masa ini saya memang belum hamil anak kedua. - MALIAH SURIP
Peminat Justin Bieber pasti butthurt apabila seorang gadis bernama Dani Shay, mempunyai wajah & potongan rambut yang seiras dengan Justin Bieber. Kiranya, mana-mana peminat Justin Bieber yang berjantina lelaki mempunyai pilihan untuk memilih Dani Shay. Tiada lagi stigma "Saya gay, saya okay!".
Video terbaru ini memaparkan Dani Shay membuat cover untuk lagu Just The Way You Lie – Eminem & Rihanna, setakat ini sekadar menerima 79 ribu views. Eh, this video deserve more than that, okay.
Next time, if I ever meet Justin Bieber I'm going to be like, "…Dani Shay?". Sudah ready untuk konsert Justin Bieber 21 April ini? Layankan video Dani Shay, enjoice!
Pernah tengok kehebatan tukang masak di Iron Chef, Top Chef? Atau cerita Hong Kong yang memaparkan skil teknikal seorang chef berbakat? Kini, sebuah program realiti masakan popular dunia, MasterChef telah tiba di Malaysia untuk memanggil bakat-bakat chef untuk turut serta bertanding.
MasterChef Malaysia merupakan sebuah program realiti masakan yang memberikan inspirasi dan peluang kepada chef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Rancangan ini akan membuka ruang kepada para chef ini untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan. MasterChef adalah sebuah pertandingan apabila seorang daripada peserta akan dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia yang pertama.
Masterchef Malaysia dijangka akan bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) pada bulan Oktober ini. Kepada yang berminat, anda boleh memuat turun borang secara online di MasterChef.com.my. Sesi uji bakat akan diadakan tidak lama lagi di beberapa buah lokasi yang akan diberitahu kelak.
Peserta mestilah seorang lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin dan mestilah seorang warganegara Malaysia dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia. Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18 tahun ke atas (pada 25 Mac 2011) dan warganegara Malaysia yang sah. Peserta juga mestilah sihat secara fizikal dan mental untuk menyertai pertandingan ini.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
KEBAHAGIAN TERCIPTA DI MUTIARA HATI TV9 BERSAMA NIKITA
Sinetron Cinta dan Anugerah yang disiarkan menerusi slot Mutiara Hati TV9, bakal berakhir pada 6 April ini dan bakal digantikan sebuah lagi drama dari seberang dengan cerita yang lebih menarik iaitu Nikita. Bermula 7 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, Nikita akan menemui penonton setia TV9 pada jam 5.30 petang.
Nikita menceritakan tentang perjalanan hidup seorang gadis yatim piatu yang terpaksa mengharungi kehidupan harian yang sukar. Nikita lakonan Nikita Willy yang pernah meraih Pelakon Terbaik Anugerah Global Panasonic ini tidak tahu bahawa sebenarnya dia terpisah daripada ibu bapanya ketika dia masih kecil akibat dibawa arus deras sungai. Dari saat itulah Nikita menyangkakan dia yatim piatu begitu juga ibu dan bapanya iaitu Diana (Lydia Kandau) dan Tegar (Anwar Fuadi) menyangkakan anak kesayangan mereka, Nikita sudah tiada.
Masa berlalu dan Nikita menjalani kehidupan tanpa keluarga kandungnya dan menjadi bertambah sedih apabila Nikita kini telah kehilangan penglihatan (buta) akibat kemalangan jalanraya yang menimpanya tujuh tahun lalu. Setiap hari Nikita berharap mendapat penderma dan akhirnya berasa amat gembira apabila pihak hospital memaklumkan dia mempunyai penderma. Tanpa diketahui, penderma kornea yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya itu ialah Dr Prita, lakonan Cathy Sharon, yang sebenarnya merupakan kakak kepada Nikita.
Keluarga Prita terutama ibunya, Diana, tidak dapat menghadapi dugaan ini. Cukuplah dengan kehilangan Nikita yang disangka sudah meninggal dunia. Baginya kini, hanya Vano (Jonas Revanno) sahaja satu-satunya anak mereka yang tinggal. Pada masa yang sama, Donny (Dude Harlino) telah pulang dari Amerika setelah selesai pengajian dan terus bergegas ingin berjumpa dengan Dr Prita untuk menyatakan cintanya tanpa mengetahui Prita telah meninggal dunia.
Nikita akhirnya berjaya menjalani pembedahan mata dan berusaha untuk mencari penderma kornea. Apabila mendapat tahu pendermanya, Nikita telah ke rumah tersebut dan kebetulan pula tepat pada hari ke 40 Prita meninggal dunia.
Tetapi sesampainya di sana, Arven (Dirly Idol) teman lelaki Prita yang turut tercedera ketika kemalangan bersama Prita terus memberitahu Nikita adalah orang yang menyebabkan Prita meninggal dunia. Nikita dimarahi oleh seluruh keluarga Prita, dan membuatkan Nikita terkejut kerana dia punca kemalangan tersebut.
Suatu hari Nikita terpaksa untuk menggantikan Belinda untuk menebus kesalahannya berjumpa dengan Donny. Donny tidak tahu itu bukan Belinda tetapi Nikita adalah adik Prita yang hilang. Hubungan Nikita dan Donny mejadi erat dan membuat Nikita berasa amat bersalah kerana menipu Donny bahawa dia bukanlah Belinda. Namun, belum sempat Nikita memberitahu perkara sebenar, Belinda telah memberitahu Donny dan ini membuatkan Donny kecewa dan meninggalkannya.
Kemudian Nikita menjadi rapat dengan Vano pula. Pada awalnya Vano amat membenci Nikita kerana menyangkakan Nikita penyebab kakaknya Prita meninggal dunia. Tetapi lama-kelamaan perasaan benci itu bertukar kepada cinta tanpa mengetahui bahawa Nikita itu adalah adik kandungnya. Adakah hubungan mereka akan berterusan tanpa mengetahui mereka adalah adik-beradik kandung? Bagaimana pula perasaan Donny terhadap Nikita setelah mengetahui Nikita adalah adik kepada Prita? Adakah Diana dan Tegar percaya yang Nikita itu adalah anak kandungnya yang telah lama terpisah?
Untuk merungkai segala persoalan ini, jangan lupa saksikan Mutiara Hati TV9 dengan judul terbarunya Nikita pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.30 petang bermula 7 April ini.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Wednesday, April 6th, 2011 pada 1:23 pm dan dibawah kategori Drama, TV9.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Surabaya – Entah setan apa yang menghasut fikiran Hariono (39), warga Gunung Anyar, Surabaya. Kerana kemiskinan dan beban hidup yang begitu sulit, Hariono sanggup menjual keperawanan anaknya, yang berusia 16 tahun.
Mahkota Wulan dijual hanya seharga Rp 8 juta kepada seorang lelaki hidung belang di sebuah hotel di Jalan Dinoyo.
Hariono sama sekali tidak memikirkan nasib dan masa depan Wulan dengan perbuatannya itu. Nasib baik perbuatan bapak tiga anak itu dapat digagalkan polis. Wulan dapat diselamatkan dan Hariono dibawa ke balai polis.
"Selain ayah mangsa, kami juga menangkap dua orang yang bertugas sebagai makelar dan penjaga ," kata Plt kanit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Polrestabes Surabaya, Iptu Yenny Qomariyah, kepada wartawan di mapolrestabes, Jalan Taman Sikatan, Selasa (5/4/2011).
Dua orang itu, kata Yenny, adalah Santoso (23), warga Gunung Anyar dan Erwin (26), warga Jalan Menur. Ironisnya, Santoso adalah pak cik Wulan sendiri. Jadi, Wulan yang tbersekolah setakat SMP itu dijual oleh dua orang yang masih ada hubungan keluarga dengannya.
"Kami menrampaswang sebanyak RP 900 ribu dari tangan tersangka. Wang itu merupakan wang muka untuk boleh meggunakan mangsa," tambah Yenny.
Kes ini, kata Yenny, berawal saat Erwin yang dikenal sebagai germo, mendapat pesanan dari pelangganannya untuk mencarikan seorang gadis remajayang masih perawan. Pesanan itu kemudian diteruskan kepada Santoso. Baik Erwin dan Santoso terus mencari yang diinginkan pelanggan, tetapi tak juga ketemu.
Pada suatu hari, kedua tersangka berkunjung ke rumah Hariono. Saat berbincang-bincang, Santoso mengungkapkan bahwa dirinya sedang mencari seorang gadis remaja tetapi mereka bingung kerana permintaan itu tidak boleh dipenuhi.
"Saat bertamu itulah, kedua tersangka melihat mangsa. Kedua tersangka kemudian menawari ayah mangsa bagaimana jika anaknya saja yang ditawarkan ke pelanggan," ujar Yenny.
Kerana akal fikirannya sudah dipengaruhi setan, Hariono setuju saja saat ditawari. Rupanya Hariono tergiur dengan jumlah wang yang disebutkan Santoso jika bersedia menjual anaknya. Dari harga Rp 8 juta yang dijanjikan, Hariono akan mendapatkan Rp 6 juta sedangkan Rp 2 juta masing-masing akan dibahagi antara Erwin dan Santoso.
Setelah terjadi kesepakatan, Wulan pun dengan dihantar ketiga tersangka menuju ke hotel yang sudah disepakati. Untunglah niat busuk itu terhidu polis, Wulan pun dapat diselamatkan sebelum menjadi pelampiasan lelaki hidung belang.
Polis pun menjerat ketiga tersangka dengan pasal 2 jo 17 UU RI No.23 tahun 2007 tentang pemberantasan Tindak Pidana Perdagangan Manusia dan pasal 88 UU RI No.23 tahun 2002 tetang perlindungan anak.
Rupanya anggota palsu itu boleh digunakan menewaskan perompak..
saya petik dari Berita Harian
Middleton (Massachusetts): Seorang lelaki bertindak nekad menanggalkan kaki palsunya untuk memukul perompak yang memecah masuk kedai piza di bandar raya ini.
Stephen Cornell, 55, dan pemilik kedai, Edson Andrade, berjaya menangkap perompak itu dan mengikatnya sebelum memanggil polis. Selepas diperiksa, mereka mendapati perompak itu menggunakan senjata palsu iaitu senapang mainan.
"Saya tiada masa untuk berfikir ketika itu hanya terfikirkan kaki palsu saya sebagai senjata," katanya yang kehilangan sebelah kaki ketika berusia 12 tahun. – AP
REDHILL, Britain - Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Sirus Walsh didapati bermain dengan hantu budak oleh keluarganya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Menurut akhbar itu, gambar hantu budak itu berjaya dirakamkan menerusi sebuah telefon bimbit berkamera di sini.
"Anak perempuan saya merakamkan gambar anak lelakinya dengan sebuah telefon bimbit baru.
"Apabila dia melihat gambar tersebut, terdapat dua budak lelaki dengan salah satunya ialah bayang budak," kata nenek Sirus, Julie Smith, 52.
Menurut Smith, anak perempuannya itu kemudian memadamkan gambar tersebut.
Namun, katanya, selepas satu gambar lagi dirakamkan, mereka mendapati terdapat bayang budak dekat dengan Sirus.
Julie menafikan bahawa gambar itu adalah palsu dengan menegaskan tiada anggota keluarganya yang mahir dengan teknik untuk memalsukan gambar.
Gambar tersebut turut disiarkan di Facebook dan dalam tempoh sejam, terdapat 20 komen sebelum ia didapati hilang daripada laman rangkaian sosial itu. - Agensi
KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.
Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.
Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.
"Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan," katanya.
Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. "Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.
"Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka," katanya.
Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).
"Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.
"Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.
"Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan," katanya.
Syed Ismail berkata, siasatan sepasukan anggota Bahagian Operasi JSJK Bukit Aman setakat ini menahan dua wanita tempatan berusia 23 dan 31 tahun di Taman Muda, Cheras, di sini, pada 30 Mac lalu.
"Tangkapan dilakukan di sebuah rumah teres berhampiran beberapa bank yang dipercayai menjadi tempat melakukan transaksi," katanya.
Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.
Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja. "Selain itu, siasatan polis mendapati modus operandi yang mereka lakukan ini taktik baru. Sebelum ini sindiket sama skim penipuan dengan menawarkan mangsa percutian ke Macau, kononnya sebagai hadiah istimewa dimenangi mereka.
"Namun, mangsa terlebih dulu perlu memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank diberikan dan selepas mangsa memasukkan wang, anggota sindiket terbabit menghilangkan diri," katanya. Berikutan itu, Syed Ismail menasihatkan orang ramai berhati-hati dan segera melaporkan pada polis jika dihubungi individu yang mendakwa mereka pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara serta dan meminta segera memindahkan wang di dalam akaun peribadi masing-masing ke akaun pihak ketiga.
PATI- Ayam lazimnya memiliki dua kaki, namun tidak demikian dengan di Pati, Jawa Tengah, yang memiliki empat kaki. Meski berkaki empat, anak ayam tetap beraktiviti seperti anak ayam lainnya, yang menetas bersamaan.
Anak ayam milik Karti (48), warga Desa Batursari, RT 02/02, Kecamatan Batangan, ini mengundang kekaguman bagi pemiliknya.
Wiwin, saudara Karti, menceritakan ayam berkaki empat itu baru diketahui kali pertama pada 3 April atau sehari setelah menetas. Ayam ditetaskan pada Sabtu malam.
Lima telur yang diperam ibunya menetas, namun ada kejanggalan dengan seekor anaknya. Pada Minggu pagi satu di antaranya berjalan aneh, setelah didekati ternyata ada tambahan dua kaki.
"Tahunya beberapa saat setelah menetas, anak ayam itu sudah ada kakinya empat. Semua telurnya keadaannya normal seperti biasa. Kelmarin ada lima menetasnya lima, salah satunya ada yang kakinya empat itu," jelas Wiwin, Selasa (5/4/2011).
Sepintas dari depan, anak ayam itu memiliki dua kaki seperti ayam-ayam normal. Tapi saat melihat di bahagian ekornya, nampak dua kaki lainnya yang tidak banyak berfungsi, meski sesekali digunakan untuk membantu berjalan.
Menurut Wiwin, baru kali ini selama beternak, ayam Karti menetaskan anak ayam berkaki empat. Berbeza dengan ayam lainnya, ayam kaki empat itu tida akan dijual.
"Ayam ini akan dirawat dibesarkan, tidak akan dijual," ucapnya.
Khabar adanya ayam berkaki empat ini beredar dari mulut ke mulut di Desa Batusari. Sejak 2 hari belakangan, warga datang ke rumah Karti untuk melihat anak ayam itu dari dekat.
TRIBUNNEWS.COM – Bra untuk payudara superbesar dan terbesar di dunia dilancarkan untuk memenuhi keperluan payudara perempuan yang terus bertambah ukurannya dari tahun ke tahun. Demikian dilansir Daily Mail, Selasa (5/4/2011).
Ukurannya? Sekitar 48 N dan ini tentu saja mengejutkan kerana Pamela Anderson yang memiliki payudara implan hanya berukuran DD sebelum mengurangi ukurannya.
Tetapi, hasil penelitian menunjukkan, jika payudara perempuan di Inggris mengalami pertambahan ukuran yang luar biasa dari tahun ke tahun yaitu dulunya rata-rata 32B di tahun 1960 dan menjadi 34D pada saat sekarang.
Sebelumnya Rigby dan Peller sudah melancarkan bra ukuran KK berapa tahun lalun dancup L pada Januari. Namun, ternyata belum bioleh memenuhi keperluan perempuan di Inggris.Kerana itu mereka melancarkan ukuran 48 N dan harganya sekitar 55.96 poundsterling.
Setiap kemunculan peristiwa yang aneh, masyarakat kerap menghubungkannya dengan hal mistik atau ghaib. Dan tidak dnafikan masyarakat masih mempercayai sesuatu yang berbau supranatural itu.
Seperti kemunculan bunga bangkai bermata dajal di Kampung Sawo RT 12 RW 04 Desa Cariu, Kecamatan Cariu, Kabupaten Bogor, Jawa Barat. Warga sekitar percaya bunga tersebut mengandungi mistik.
Salah satu warga, Ratna Juwita mengatakan awalnya tidak percaya akan aroma mistik namun setelah orang pintar di kampungnya mengatakan bunga tersebut bermanafaat, Juwita baru mempercayainya. "Saat ini sudah ada baldi yang berisi air buat minum para pengunjung," katanya kepada Okezone
Menurut Ratna, dirinya percaya akan keanehan bunga tersebut. Pasalnya, baru pertama kali melihat bunga bangkai yang memiliki keanehan dengan muncul dua mata. Sementara itu keadaan di rumah Maijah, di mana bunga bangkai berada setiap harinya ramai dikunjungi warga. Agar bunga bangkai tersebut tidak dicuri, lokasinya dialiri aliran listrik dan dijaga setiap malamnya.
Sekadar diketahui, bunga bangkai dajal pertama kalinya diketahui Maijah (55), ketika itu Maijah sedang membersihkan halaman rumahnya. Namun saat bersih-bersih tiba-tiba Maijah melihat bunga aneh yang tumbuh di samping rumahnya.
Melihat keanehan bunga bangkai tersebut, Maijah melaporkan penemuan ini kepada tetangganya serta Ketua RT setempat. Spontan, selang beberapa minit kemudian banyak warga sekitar yang datang untuk menyaksikan secara langsung bunga aneh tersebut.
West Palm Beach - Seoranglelaki pakar pencuri kereta mewah dari dealer kereta di Palm Beach Country ditangkap setelah kereta curian yang dipandunya kehabisan minyak ketika cuba melarikan diri.
Don Carr, sang pencuri, ditangkap atas lebih dari 12 tuduhan pencurian kereta mewah seperti dikutip msnbc.msn.com.
Polisi setempat mengatakan target kereta curian Carr berasal dari dealer-dealer mobil mulai dari Delray Beach ke West Palm Beach.
"Carr masuk ke dealer kereta berlagak membeli kereta dan kemudian menyatakan kepada pegawai dealer untuk melakukan test drive dulu sebelum membeli kereta," kata Detektif Adam Konesey.
Selain mencuri kereta, Carr juga dituduh atas tuduhan pencurian barang elektronik di Target, Walmart dan beberapa kedai lainnya.
Konesey menuturkan, Carr berhasil ditangkap ketika cuba membawa lari kereta Mercedez-Benz dari dealer di Delray Beach dan memandunya menuju Palm Beach Lakes Boulevard di West Palm Beach.
"Dia berhenti di interstate 95 kerana kehabisan minyak. Carr tetap mencuba lari tapi akhirnya tertangkap," ungkap Konesey.
TEMPO Interaktif, London – Seorang ibu yang mempunyai empat anak asal Mexico mengubah penampilannya dengan merajah seluruh tubuhnya dan memasang titanium di bawah kulit muka dan dahinya untuk membuat kesan seperti tanduk. Wanita bernama Maria Jose Cristerna pun digelar "Wanita Vampire".
Cristerna adalah seorang artis tato dan pengacara. Dia menunjukkan ssusuknya yang menakutkan di eksebisi tato di sebelah timur laut Kota Monterrey.
Cristerna mengaku mulai terobsesi dengan tato setelah jadi korban kekerasan domestik. "Tato merupakan bentuk pembebasan bagi saya," ujar Cristerna.
"Keluarga saya adalah keluarga Katholik. Saya belajar di sekolah katholik. Saya jatuh cinta dan menikah pada usia 17 lalu melanjutkan karier," aku Cristerna.
Menurut dia, pemukulan dan penganiayaan yang ia terima secara berterusan di rumah membuatnya merajah hampir 100 peratus dari seluruh tubuhnya.
Cristerna juga menambah piercing di muka dan menanam titanium di bawah kulit wajah dan dahinya untuk menciptakan kesan seperti tanduk.
Wanita berusia 35 tahun tersebut juga mengubah giginya untuk menciptakan taring panjang guna melengkapi penampilannya. Walaupun penampilannya menyeramkan, Cristerna mengaku memiliki kehidupan normal.
"Tanduk yang saya miliki adalah simbol kekuatan dan ditanam tanpa obat bius. Saya juga memiliki taring kerana saya menyukai vampire ketika kecil. Saya juga mengubah warna mata saya agar sesuai dengan keinginan saya," tambah Cristerna.
Perubahan penampilan Cristerna belum selesai. Cristerna berniat menanam dua titanium di belakang kepalanya.
TEMPO Interaktif, Hongkong – Sebuah lukisan minyak triptych oleh artis Cina Zhang Xiaogang terjual seharga US$ 10,1 juta di Hong Kong pada hari Minggu.
Menurut Sotheby's, harga lelong itu merupakan rekod untuk karya seni kontemporeri dari China.
Dalam penjualan seni kontemporeri China koleksi kolektor Belgia Guy Baron Ullens senilai US$ 54,8 juta itu, ruang lelong dikemas untuk 106 karya yang diperoleh selama puluhan tahun oleh konglomerat yang sekarang sudah pencen itu.
Bintang lelong adalah karya Zhang di awal 1988, "Forever Lasting Love", gambar setengah telanjang di lanskap yang kering yang diliputi dengan simbol mistik. Karya terjual dua kaliganda dari perkiraan pra-penjualan.
Harga ini lebih tinggi dari US$ 9,5 juta yang dibayar untuk sebuah lukisan kanvas Zeng Fanzhi pada tahun 2008 dan serangkaian karya Cai Guoqiang yang terjual dengan harga sama pada tahun 2007.
Hasil lelong hari Minggu itu tiga kali ganda dari perkiraan pra-penjualan dan semua hasil karya seni itu terjual. "Ini merupakan seluruh spektrum seni kontemporer Cina," kata Kevin Ching, chief executive Sotheby's Asia.
"Saya fikir semua orang akan bangga untuk boleh memiliki bahagian dari sejarah itu, proses itu dan bagian dari visi itu."
Zeng, Cai dan Zhang adalah beberapa pelopor seniman kontemporeri China yang karyanya banyak dikoleksi para kolektor Barat, memicu penggelembungan harga di pasar yang meledak saat krisis keuangan global pada tahun 2008.
Hendarto (27) atau biasa dipanggil Bogang warga Jl Jemur Gayungan I merengkok di penjara kerana dilaporkan orangtuanya ke polis. Pemuda yang mengganggur ini yang sering menyiksa orangtuanya itu dilaporkan ke polis ketika dia membawa lari tabung gas 10 kg dari rumah.
Selama ini pemuda yang kurus itu dikenal oleh warga sekitar selalu berbuat onar dan berani melawan orangtuanya. Anak bungsu itu bahkan tega membentak dan memukul ayah dan ibunya jika kemahuannya tidak dituruti.
Ketua polis Gayungan Kompol Husein Abu Bakar menyatakan, anggotanya memburu Bogang setelah mendapat laporan. "Dia sudah sering membuat onar, terakhir kali ia mencuri tabung gas dari rumahnya dan mengancam ibunya dengan menggunakan pedang samurai, kerana itu anggota langsung menangkapnya," ujar Husein.
Bogang ditangkap ketika bersembunyi di dalam almari di sebuah bilik sewa milik keluarganya. Di hadapan polis ia mengakui semua perbuatannya. "Sejak lulus STM dulu saya sudah berani sama orangtua," akunya.
Dari aksi terakhirnya Bogang membawa lari tabung gas dari rumahnya. Ia melawan orangtua yang mencuba menghalanginya. Tabung gas itu dijual dengan Rp 140.000. "Wangnya saya gunakan untuk bayar hutang dan beli minuman keras," tambah Bogang.
Apa yang ada di fikiran kitaketika mendengar kata batu nisan di tanah pekuburan. Kesan seram, takut, dan bayangan hantu pasti menyelimuti otak kecil kita. Apalagi bagi sebahagian orang, kalimat batu nisan dinilai menakutkan untuk dibicarakan di malam hari.
Namun di Surabaya, Jawa Timur, tidak demikian. Justru kawasan pekuburan ini digunakan untuk transaksi seks. Tidak hanya itu, mereka juga menggunakan kawasan itu sebagai tempat melakukan hubungan seks bagi lelaki hidung belang yang ingin menyalurkan hasrat birahinya.
Mungkin Anda akan tercengang mengetahui hal tersebut. Namun memang itulah kenyataan yang ada di sana. Tertarik dengan fenomena tersebut, penulis pun mencuba untuk memerhatikannya.
Posisi Makam Kembang Kuning memang tidak asing bagi warga Jalan Diponegoro, Surabaya. Jejak penulis pun menyusuri jalan setapak sejauh 500 meter dari jalan besar.
Sebelum mencapai jalan tersebut, penulis "dihadang" gapura yang berbunyi "Anda memasuki kawasan makam kembang kuning". Menurut warga setempat, nama kembang kuning diambil dari banyaknya tumbuh-tumbuhan di tempat itu yang berbunga berwarna kuning.
Bahkan ada yang menyebut nama daerah kembang kuning cemoro sewu kerana banyaknya pohon cemara di tempat tersebut. Konon areal pemakaman ini sudah ada sejak tahun 1918. Hal itu tertulis di salah satu makam warga berkebangsaan Belanda.
Entah kebetulan atau tidak, lokasi makam kembang kuning ini memang berdekatan dengan lokasi terbesar se-Asia Tenggara, kawasan Dolly. Tidak ada yang istimewa saat siang hari.
Hanya jajaran makam bernisan lama terlihat indah. Sejumlah makam bahkan terlihat membangun sebuah bangunan menyerupai rumah untuk melindungi makam sang empunya.
Namun pemandangan iu berubah saat matahari menyingsing. Kawasan makam itunampak ramai oleh perempuan berbaju seksi dan kerumunan orang. Tentu saja mereka bukan untuk berziarah, kerana keadaan sudah malam dan gelap gulita.
Mereka merupakan pekerja seks komersil yang menjajahkan "dagangannya" untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari. Memang polemik memenuhi kebutuhan ekonomi menjadi salah satu alasan mereka nekat "begadang".
Apakah ini merupakan "buangan" dari lokalisasi Dolly, namun memang rata-rata di areal ini wanitanya sudah terbilang berusia lanjut. Pantauan penulis usia mereka di atas 35 tahun. Demi memenuhi keperluan ekonomi, kadang memang manusia bertindak diluar nalar.
Subhanalah, suatu kejadian yang sangat janggal dan hanya merupakan misteri Illahi. Warga Dusun Krajan, Desa Mlandingan Kulon, Kecamatan Mlandingan, Situbondo digegarkan dengan munculnya tompokkan tanah di dalam sebuah surau. Tompokkan tanah yang muncul di atas seramik ini menyerupai bentuk manusia.
Tidak diketahui secara pasti, dari mana asal tanah yang jika diperhatikan sekilas, mirip manusia sedang terlentang tersebut.
Dari informasi yang dihimpun, pertama kali yang mengetahui keanehan itu adalah Ibu Sulaksana, anak pengelola Surau. Awalnya, Sulaksana sempat mengira gundukan itu tanah rayap.
Ibu Sulaksana sendiri menerangkan, munculnya tanah itu diperkirakan pada malam Jumaat lalu. Ketika itu paginya saya mahu menyapu di dalam mushola, saya fikir ada orang tidur setelah saya amati ternyata hanya gundukan tanah," tuturnya, , Selasa (16 februari 2010).
Namun, meski sudah 5 hari, tanah tersebut hingga saat ini masih terlihat basah.
Khabar munculnya tanah mirip manusia itu dengan cepat beredar di masyarakat. Kini Mushola itu tidak pernah sepi dari warga hanya untuk melihat keanehan tersebut. Bahkan sejumlah warga menganggap kalau tanah itu memiliki kesaktian.
Pengamatan detiksurabaya.com, warga yang berkunjung ke Mushola itu sebagian besar menabur bunga di gundukan tanah itu. Ini merupakan kebesaran dan keagungan Allah, jadi perlu untuk kita hormati, tutur A Nawi, salah satu warga dari Kecamatan Besuki.
Dulu pernah ada kejadian juga, tiba-tiba muncul cahaya mirip lampu petromak, tapi kemuadian cahaya itu hilang,terang Razak, salah satu warga setempat
Ratusan ribu dokumen rahsia Amerika Syarikat yang terdiri dari catatan diplomatik dan rahsia perang hilang. Siapa sangka bahawa semua dokumen ini dicuri dengan mudah.Dokumen itu dicuri oleh seorang tentara berpangkat rendah dengan hanya menggunakan CD dan memory stick.
Bradley Manning, 23, seorang analis intelligent AS, ketika ini tengah menjalani pembicaraan di Amerika Syarikat atas pencurian ratusan ribu dokumen yang dilakukannya dan menyebarkannya ke WikiLeaks.
Di antara dokumen yang dicurinya adalah rakaman video insiden di Afghanistan dan Iraq dimana kru helikopter Apache menembakkan roket ke arah segerombolan orang, salah satu diantaranya adalah wartawan Reuters.
Jika terbukti bersalah, Manning dapat dikenakan hukuman penjara hingga 52 tahun lamanya.
Lalu bagaimana cara Manning memperoleh informasi rahasia tersebut dan mengirimkannya tanpa diketahui siapapun?
Manning mengatakan bahawa hal itu sangat mudah sekali, sampai tidak ada seorang pun yang menyedarinya. Dia menjelaskan bahawa dia telah menyalin dokumen-dokumen rahasia tersebut dari sebuah komputer di sebuah markas AS di Iraq tempatnya bertugas.
Pemuda yang mengaku kesepian di tempatnya bertugas ini mengatakan bahawa dia hanya menggunakan CD berlabel Lady Gaga, menghapus isinya dan menyalin semua dokumen yang telah di perkecil ukurannya ke dalam CD tersebut. Lalu dia menyalinnya lagi ke sebuah memory stick dan mengirimkannya ke laman WikiLeaks.
"Tidak ada yang mencurigainya. Saya pura-pura mendengarkan dan berlagak menyanyikan lagu Lady Gaga 'Telephone' ketika saya memasuki data bocor terbesar dalam sejarah. Hillary Clinton dan ribuan diplomat di seluruh dunia akan terkena serangan jantung ketika mereka mendapati pada pagi hari rahasia kebijakan internasionalnya tersedia untuk publik," ujar Manning seperti dilapor dari laman The Guardian
Dia mengatakan bahwa dia memiliki akses ke dokumen rahsia 14 jam sehari dan tujuh hari seminggu selama lapan bulan. Belakangan, diketahui Manning mencuri semua dokumen tersebut dari Siprnet (secret internet protocol router network distribution), iaitu jejaring database yang dibuat untuk menghubungkan personil militer AS di seluruh dunia.
Pengakuan Manning diperoleh dari percakapan onlinenya dengan seorang bekashacker, Adrian Lamo. Transkrip percakapan itu oleh Lamo kemudian diunggah ke laman wired.com dan diberikan kepada FBI.
"Setiap kali ada pos AS di suatu negara, pasti ada skandal diplomatik yang akan terungkap. Anarki tingkat dunia dalam format CSV, sangat indah sekaligus menakutkan," ujarnya.
"Saya ingin agar semua orang memperoleh kebenaran. Informasi harusnya gratis, karena termasuk dalam ranah publik, " lanjutnya lagi.
Kebocoran ini menunjukkan bahwa Pentagon gagal dalam melindungi informasi sensitif yang dimilikinya, sepertti mendeteksi dan mencegah pencurian data dan mengunduh data dari database militer.
"Kenyataannya, seseorang dapat duduk dan mengakses data dan menyalinnya ke dalam memory stick, ini adalah praktek keamanan yang sangat buruk," ujar Steven Aftergood, intelijen di American Federation of Scientist.
TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan meminta cerai dari suaminya membuat heboh di sebuah kota di Taiwan.Kerana, dia mengungkapkan di depan sidang dia hanya berhubungan seks dengan suaminya tiga kali dalam 10 tahun. Demikian dilaporkan Nanyang Siang Pau dan dikutip The Star, Isnin (4/4/2011).
Si perempuan yang membawa anak perempuannya yang berusia 10 tahun di depan pengadilan mengatakan aia harus membayar suaminya agar boleh berhubungan seks dengan suaminya yang ketiga kalinya agar boleh mendapatkan anak laki-laki.
Dalam laporan itu, si perempuan yang menjual sayur buncis untuk biaya keluarga, memiliki anak perempuan dari suaminya.
"Ia bukan hanya melalaikan tugasnya sebagai suami namun tidak memberikan perbelanjaan bulanan. saya harus bekerja," katanya.
Si perempuan yang namanya dirahsiakan itu mengaku tak boleh lagi hidup bersama suaminya meski diminta menunggu agar anak perempuan mereka berusia 18 tahun. "Jadi saya harus memaksanya bercerai dari saya," jelasnya
MELBOURNE, RIMANEWS —– Sungguh Ajaib! Seorang perempuan boleh selamat, Senin, setelah keretaya jatuh dari tingkat enam, iaitu bhaagian paling atas tempat parkng di Melbourne, dan tersepit di antara dua gedung.
Pemandu tersebut, yang berusia 40-an tahun, dikeluarkan dari kendaraannya setengah jam setelah keretanya jatuh dari ketinggian sekitar 30 meter sebelum kendaraan itu tersepit ditingkat bawah antara dua tembok gedung parkng kereta dan bangunan lain.
"Tempat itu mengerikan. Cuba lihat sekarang, saya tidak yakin bagaimana perempuan tersebut boleh keluar dari kendaraannya," kata saksi Michael Rockefeller kepada wartawan di tempat kejadian.
"Bunyinya seperti trak jatuh. Bergema sampai lima atau enam detik. Suara itu akhirnya diikuti oleh dentuman," kata saksi tersebut. Juru cakap Ambulance Victoria Paul Bentley mengatakan perempuan itu menderita luka serius di kepalanya dan dibawa ke Royal Melbourne Hospital dalam keadaan stabil.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Makin kecoh dan makin menjadi perhatian masyarakat diluar sana terutama sekali selepas video pemimpin pembangkang yang tersebar di Youtube dan Laman Blog. Tetapi jika anda perasaan setiap kali pilihanraya mesti ada je isu-isu besar yang timbul. Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak tetapi inilah lumrah politik yang ada di Malaysia.
Jika nak tengok sedikit sedutan yang sempat ZoOM jumpa daripada laman youtube ni...CLick je baca lagi @ Read More..
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menyarankan supaya dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harusberhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang".
Setelahtiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada dikolam renang. Selepas itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu bersukan untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya.
Doktor langsung bergegas menujuke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya dikolam renang? Salimberada di dalam air melatih kambing berenang!!!
Setiap kali kita melihat wajah seseorang, bibir merupakan salah satu dari bahagian yang tidak terlepas pandang. sebenarnya penampilan bibir amat penting sekali terutamanya bagi wanita. Bibir yang mengelupas dan kering akan membuatkan seseorang itu nampak selekeh atau tidak sihat.
Tahukah anda bahawa bibir sebenarnya sangat sensitif dan pelukan penjagaan yang sempurna? Lapisan bibir sangat nipis dan sensitif kepada cahaya matahari, bahan kimia, dan juga bahan-bahan lain yang mungkin terdapat dalam makanan atau minuman. Oleh itu elakkanlah dari memakai kosmetik yang mengandungi telalu banyak plumbum atau merokok yang boleh memberi kesan yang tidak baik untuk bibir anda.
Untuk memastikan bibir anda sentiasa sihat dan menarik, lakukanlah penjagaan seperti berikut :
Mengunakan lips balm/vaseline pada malam hari dapat memberikan nutrasi serta memperbaiki kulit bibir.
Bersihkan bibir anda setiap kali hendak mandi. Pastikan sisa-sisa kosmetik dibesrsihkan dengan sempurna dari bibir anda setiap kali sebelum mandi.
Gunakan pelindung pelindung UV untuk bibir anda setiap kali keluar dari rumah.
Gunakan moisturizer untuk mengekal kelembapan kulit bibir anda.
Semoga bibir anda sentisa sihat dan nampak menarik.
Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?"
Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".
Kehilangan beliau sudah pasti akan dirasai oleh insan-insan yang mengenali beliau, berikut beberapa "Statement" yang sempat ZoOm kongsi bersama anda di ZoOm artis mengenai kisah Abang Bayu kita yang sudah kembali kepadanya.
PORT DICKSON: "Sebelum Aku Pergi" merupakan lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira 8.30 malam tadi akibat penyakit saraf.
Lirik itu dihasilkannya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, khusus untuk anak angkatnya Nazira Abdul Ghani, 16, yang baru mahu bertapak di bidang seni. "Dia menyiapkan lagu ini dengan bahasa isyarat dengan dibantu oleh Nazira. Lagu dan lirik ini ditulis dalam dua minggu terakhir hidup Allahyarham.
"Lirik yang ditulis untuk lagu berkonsepkan balada ini banyak menyentuh kesedihan Allahyarham terutama mengenai masalah penceraian dengan isteri keduanya." kata abang angkat Allahyarham, Abdul Ghani Pandak Sidi, 50-an.
Menurut Abdul Ghani, Seri Bayu dimasukkan ke Hospital Port Dickson pada Jumaat lalu apabila tiba-tiba dia iserang sakit kuat akibat jangkitan kuman dalam paru-parunya. Penulis lirik kelahiran Singapura yang juga bekas wartawan ini menderita sakit lumpuh selama enam tahun akibat masalah saraf.
Sepanjang tempoh itu, Allahyarham dijaga oleh adik-beradik angkatnya yang tinggal di Shah Alam, Serdang dan kali terakhir di rumah Abdul Ghani. Antara bait lirik lagu Sebelum Aku Pergi ialah:-
"Lukaku simpan dalam senyuman. Menangis hatiku siapa yang tahu".
Nazira hanya termenung melihat helaian lirik lagu itu yang ditunjukkan oleh Abdul Ghani dan tidak dapat menjawab semua pertanyaan wartawan kerana terlalu sedih dengan pemergian ayah angkatnya itu. Dia berkata dia sukar untuk memahami pergerakan mulut serta tangan Allahyarham ketika menulis lirik serta lagu itu.
Seorang sahabat lama Allahyarham, Azmi Zahari memberitahu bahawa Allahyarham berkahwin dua kali tetapi kedua-duanya tidak bertahan lama.
"Saya tidak pernah berjumpa dengan anak-anak Allahyarham tetapi beliau ternyata amat sayangkan mereka. Potret lima anaknya dengan isteri pertama menjadi pengisi Allahyarham ketika rindu," katanya. Azmi berkata beliau telah merancang untuk mengadakan konset kebajikan untuk Seri Bayu pada tahun lepas bersama dengan beberapa orang artis tempatan, tetapi konset itu tidak dapat diteruskan akibat masalah tertentu.
"Saya rasa sepanjang hayat Allahyarham, beliau telah menulis sebanyak lebih dari 2,000 lirik lagu. Artis yang mendapat khidmat penulis ini ialah Jamal Abdillah dan Anita Sarawak," katanya. Artis tempatan yang dikatakan mendapat khidmat terakhir Allahyarham tahun lepas ialah penyanyi Sheeda melalui lagu "Muah Muah Sayang".
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telok selepas solat Zuhur, Ahad.-BERNAMA
Dalam diam-diam pasangan ini telah mendirikan mahligai indah bersama tanpa menghebahkan kepada media dan public. Mungkin kerana ingin menjaga privacy mereka, berdiam diri lebih sesuai daripada menghebahkan kepada masyarakat umum.
Menurut info pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada awal tahun 2011 ini, dan untuk pengetahuan anda sebelum ini Sabrina Ali pernah berkahwin dengan Shahrin Mohd Abdul Halim pada mei 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ariyana.
ZoOM : Semoga Bahagia sehingga ke akhir hayat...Apa pula kata anda di ZoOmartis @ Facebook
Nampaknya ada akhbar yang sudah menghebahkan abang AR Badul kita yang terpaksa menjawap soal siasat polis kerana laporan seorang remaja yang mendakwa beliau dicabul. Kesahihannya belum dapat dipastikan dan sama-samalah kita tunggu dan lihat adakah artis veteran kita ini bersalah ataupun tidak.
Tetapi seperti anda semua sedia maklum hukuman yang bakal diterima memang sangat berat kepada si pelaku jika didapati bersalah.
Harian Metro semalam melaporkan pelawak terbabit menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dia mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my
APABILA 8TV mengambil keputusan untuk menongkah arus dengan menerbitkan program realiti tarian jalanan, Showdown, ramai yang bersikap skeptikal.
Bagi segelintir pihak, program seumpama itu tidak mungkin mampu diterima baik memandangkan konsep tarian jalanan dilihat masih baru di negara ini.
Namun, 8TV sentiasa mengambil sikap optimis dan berpandangan jauh dengan keputusan mereka untuk menerbitkan Showdown.
Buktinya, sepanjang musim pertama bersiaran, ia telah mencatatkan kejayaan yang cukup membanggakan dengan rating yang mencecah hampir satu juta merangkumi siaran televisyen dan di laman web.
Juara sulung Showdown 2010, Wakaka Crew membuktikan kehebatan mereka apabila sehingga kini, terus menjadi pilihan penganjur dan artis popular untuk mengiringi persembahan.
Dengan kejayaan itu, 8TV berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian jalanan di negara ini dan sekali gus mengangkat tarian itu ke peringkat lebih tinggi.
Showdown ternyata mencetuskan fenomena luar biasa dan walaupun baru bersiaran untuk satu musim namun penerimaan terhadap rancangan itu ternyata begitu membanggakan.
Berkat kesungguhan 8TV dalam memberikan variasi kepada santapan rancangan di negara ini membuahkan hasil apabila berjaya memenangi tiga anugerah berprestij baik dari segi populariti mahupun kualiti.
Tahun lalu, Showdown 2010 berjaya merangkul dua anugerah di Shout! Awards 2010 apabila peminat dan pengundi sebulat suara menobatkannya dengan gelaran Favourite TV Programme.
Showdown juga mencipta sejarah apabila turut menjadi pilihan juri profesional yang mengangkat program itu sebagai Program Realiti TV Terbaik pada Anugerah Skrin 2011 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 dengan menewaskan program-program realiti popular lain.
Menyedari Showdown semakin kuat pengaruhnya, 8TV kini bersedia untuk menggegarkan industri hiburan tanah air dengan musim kedua, Showdown 2011 yang akan memulakan siarannya malam ini ( 6 April).
Dengan sasaran untuk membawa tarian jalanan ke pentas yang lebih berprestij, Showdown 2011 pastinya memberi kepuasan maksimum kepada peminat dan pengikut setia rancangan itu.
Ditambah dengan aksi penari yang dilihat lebih energetik dan kreatif dalam mempersembahkan tarian mereka, tanpa ragu lagi, Showdown 2011 mampu menjadi tontonan wajib setiap malam Rabu.
Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul melahirkan rasa gembira dan bangga apabila Showdown 2011 telah menerima respons di luar dugaan daripada peminat tarian jalan yang menghadiri uji bakat pada Januari lalu.
"Bayangkan, lebih daripada 100 krew tarian jalanan hadir untuk sesi uji bakat yang telah diadakan di beberapa lokasi. Malah, ia juga mencatatkan peningkatan daripada musim pertama.
"Ternyata, kesan Showdown musim pertama telah membuka mata ramai pihak akan kehebatan tarian jalanan yang juga mempunyai keunikan tersendiri.
"Mungkin ramai yang bertanya objektif penerbitan Showdown ini. Jawapan kami mudah iaitu mahu membawa tarian jalanan ini ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan tarian lain seperti tradisional serta ballroom dancing," katanya dalam nada optimis.
Daripada jumlah itu, hanya 23 krew sahaja yang terpilih untuk mara ke peringkat Meltdown yang telah pun diadakan pada Februari lalu.
Ternyata, pada sesi itu memperlihatkan pertarungan sengit antara 23 kumpulan untuk menempatkan diri mereka dalam kelompok 12 kumpulan terbaik.
Kemudian, mereka akan bertarung di peringkat Dance Off untuk membuat persembahan secara langsung setiap minggu di hadapan penonton dan juri.
Setiap minggu, empat krew yang mendapat undian terendah akan beradu sesama sendiri untuk meneruskan lagi cabaran sehingga ke peringkat akhir, Final Showdown.
Pengumuman rasmi 12 kumpulan terbaik yang terpilih ini akan diumumkan tidak lama lagi.
Showdown 2011 juga masih lagi mengekalkan pengacara yang juga penyampai radio Fly FM iaitu Hafiz Hatim.
Buat peminat Showdown, pastikan anda tidak ketinggalan menontonnya pada setiap hari Rabu pukul 9.30 malam secara eksklusif di 8TV atau layari laman web, www.8tv.com.my.
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN ifqdar.rahman@utusan.com.my Gambar FAUZI BAHARUDIN
LONGGAR... Jozan menerima kritikan pedas para juri.
JURI-juri yang mengadili pertandingan Maharaja Lawak (MRL) menegaskan, para peserta yang bersaing dalam program realiti televisyen (TV) itu agar tidak berasa begitu selesa jika ingin kekal sehingga ke peringkat akhir.
Pada episod pertama MRL yang disiarkan Jumaat lalu, barisan juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek meluahkan kekecewaan mereka apabila peserta yang mempunyai kelebihan dari aspek populariti, tidak memberikan persembahan yang maksimum.
Ini kerana penonton meletakkan harapan yang tinggi terhadap mereka memandangkan populariti menjadi penanda aras atas penglibatan mereka di pentas hiburan tempatan.
Menurut Mamat, selaku pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, persembahan peserta seperti Jozan (Johan dan Zizan), Nabil dan Sepah seharusnya bertaraf profesional kerana mereka sering tampil dalam pelbagai medium di dunia seni tanah air.
"Jujur saya katakan, lawak yang dipersembahkan Jozan tidak setanding dengan populariti mereka.
"Ia agak longgar walaupun penonton di studio terhibur dengan persembahan mereka.
"Saya percaya, audiens meletakkan harapan yang tinggi terhadap mereka kerana kredibiliti mereka sebagai pengacara Raja Lawak selama empat musim (RL2 - RL5).
"Saya tidak mahu melihat kualiti lawak Jozan sama seperti ketika mereka mengendalikan RL. Saya perlukan sesuatu yang fresh," tegasnya sejurus tamatnya MRL yang diadakan secara langsung itu di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.
ISU Hangat sedang diperkatakan di Negara Malaysia didalam kes akis sex bersama pasanganya dan dipercayai pelacur cina ataupun thailand. Persoalannya adakah video tersebut tulen atau semata mata untuk menjatuhkan maruah seseorang? Adakah benar Anwar Ibrahim terlibat sama didalam kes tersebut. Video tersebut ina ini adalah,adakah Anwar terlibat? Video tersebut beraksi selama 20 minit tetapi telah diedit selama 1 mit lebih. Penyebaran video ini adalah untuk rakyat malaysia menilai adakah pasangan tersebut benar benar Anwar Ibrahim so marilah kita sama sama melihatnya
Jika benar itu adalah Anwar Ibrahim, bahkan anwar bukan sahaja mempunyai kes meliwat malam bernafsu terharap seorang pelacur, Jom lihat rakaman video ini.
Impian Shaheizy Sam genggam trofi ABPBH jadi nyata
SELAMA ini dia hanya memerhatikan dari jauh rakan seperjuangannya menggenggam trofi yang menjadi idaman ramai itu. Malah, jauh di sudut hatinya, pernah juga timbul angan-angan untuk memiliki anugerah yang sama. Namun sedar akan kekurangan diri, membuatkan pelakon Shaheizy Sam lebih selesa menyimpan saja hasratnya itu dan menjadikannya sebagai rahsia peribadi.
Tapi, siapa sangka, dari angan-angan, bertukar menjadi kenyataan. Bermula daripada sebuah mimpi, kini ia bertukar menjadi realiti. Anugerah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang pernah diimpikannya suatu waktu dulu kini menjadi milik mutlaknya. Saat namanya diumumkan sebagai pemenang kategori itu, Sam sedang ditemubual di belakang pentas kerana sebelum itu dia juga mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Ternyata Tuhan menjawab doa jejaka ini apabila hasratnya itu dimakbulkan walaupun mengambil masa agak lama.
"Sebelum ini memang saya hanya melihat dari jauh bagaimana artis lain naik ke pentas untuk menerima anugerah Bintang Popular. Terdetik juga dalam hati untuk menjadi seperti mereka. Tapi bila saya sedar yang saya tidaklah popular mana, saya pendamkan saja hasrat itu dalam hati. Maklum saja, sewaktu awal-awal kemunculan saya dalam bidang ini, tak siapa yang sedar kewujudan saya dalam bidang ini.
"Sehinggakan pada suatu ketika kelibat saya jarang muncul di kaca televisyen, mereka menyangkakan saya sudah tidak mahu berlakon lagi," terang jejaka ini.
Pada malam kemuncak ABPBH 2010 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, malam kelmarin, Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan menerima undian sebanyak 126,168 undian sekali gus menewaskan calon kegemaran lain seperti Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir. Dengan kemenangan itu Sam membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000, hadiah iringan dan trofi.
Sambil mengakui persaingan sememangnya cukup hebat, Sam menyifatkan kemenangan itu sebagai isyarat daripada peminat yang menyukai hasil kerjanya.
"Apabila saya menang kategori ini, saya tidak melihat perkara itu sebagai kemenangan dari segi populariti saja tetapi juga satu cara untuk peminat menghargai cara kerja kita. Saya ceburi bidang lakonan kerana saya amat meminatinya dan bukan kerana mahu mengejar populariti. "Begitupun saya percaya, apabila kita buat kerja dengan ikhlas, kita akan mendapat ganjarannya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan, juga untuk media kerana menulis banyak cerita mengenai saya. Tanpa tulisan anda, saya tidak akan dikenali.
"Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada peminat yang sanggup membeli akhbar hari-hari, hantar borang undian. Bukan calang-calang orang boleh buat kerja seperti itu dan saya amat menghargainya," ujar jejaka yang berusia 29 tahun ini.
Ketika namanya diumumkan sebagai pemenang, Sam secara spontan menjemput ibunya yang lebih dikenali sebagai Mummy Khaty naik ke pentas.
Ditanya apakah rasionalnya dia berbuat demikian, tiba-tiba air mata lelakinya gugur membasahi pipi. Suasana menjadi bungkam dan selepas sedu-sedannya reda, barulah Sam kembali bersuara dan menjelaskan segala-galanya.
"Apa yang saya buat selama ini adalah semata-mata untuk ibu saya. Dialah hidup saya dan saya buat semua ini hanyalah kerananya. Sebagai seorang ibu tunggal, dialah yang bersusah payah untuk membesarkan saya dan kerana itulah saya mahu dia bersama-sama dengan saya di atas pentas untuk berkongsi kegembiraan itu.
"Masih terbayang betapa setiap pagi dia akan mengundi saya bukan saja menerusi undian pos, tetapi juga melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS). Kalau dia tak berkesempatan untuk membeli akhbar, dia sanggup cari orang lain untuk menolongnya asalkan rutin hariannya untuk mengundi saya termakbul," katanya yang akan menghadiahkan kalung kemenangannya itu kepada ibu tercinta.
Mengulas stigma yang sering diberikan kepada pelakon yang menang anugerah iaitu akan bersikap demanding dan mula naik harga, Sam menegaskan perkara itu tak mungkin akan berlaku dan penerbit tidak perlu risau kerana dia masih seperti Sam yang dulu.
Harap Sam tidak berubah
HANYA air mata gembira menitis di pipi ibu penyayang itu apabila anak bongsunya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2010.
Sebagai insan paling akrab, Mummy Khaty mengakui banyak laluan getir yang perlu ditempuhi Sam, namun segala-galanya dihadapi tanpa keluh kesah.
"Sam mula berlakon sejak 12 tahun, jadi Mummy dan semua adik-beradiknya tahu Sam memang berbakat. Cuma barangkali rezeki belum menyebelahinya, hinggalah tibanya hari ini.
"Mummy sekadar memberi galakan dan tidak henti mendoakan kejayaan serta kesejahteraan buat semua anak-anak Mummy tidak terkecuali Sam.
"Sebagai ibu, Mummy lihat dia cukup komited dengan bidang yang dicintainya dan bagi Mummy, Sam sememangnya layak dipilih sebagai Bintang Paling Popular," katanya yang turut ditemani anak-anaknya lain mengiringi Sam ke ABPBH 2010.
Katanya, hubungan kekeluargaan mereka cukup erat, malah kedatangan ke majlis terbabit bukan hanya untuk menemani pelakon terbabit malah menyokong usaha Berita Harian menganjurkan acara gah seumpama itu.
Bercerita mengenai anaknya, si ibu menegaskan kesungguhan Sam terhadap kerja ada kala membuatkan mereka jarang bertemu walau duduk sebumbung.
Cuma dia tidak pernah melupakan ibunya kerana jika ada kesempatan, sebelum pulang ke rumah Sam akan meminta ibunya menunggu untuk makan bersama-sama semata-mata mahu berbual walau pun pada lewat malam.
"Itulah perangai manjanya. Kalau soal kerja memang dia tidak main-main. Sanggup bersengkang mata dan selalunya jika sudah terikat dengan jadual penggambaran, susah untuk berjumpanya di rumah.
"Mummy faham apabila orang sudah beri kepercayaan, dia akan cuba sehabis baik kerana tidak mahu mensia-siakannya. Dia juga bukan jenis bersungut, kalau penat dia tidur. Itu saja," katanya lagi.
Cuma ketika diumumkan mara sebagai finalis ABPBH 2010, katanya Sam pernah mengatakan enggan meletak sebarang harapan kerana tidak mahu kecewa.
Justeru, sudah pasti Mummy Khaty terharu dan bangga apabila hasil usaha keras Sam selama ini mendapat penghargaan sewajarnya.
"Bukan Mummy mahu memuji Sam sebab dia anak Mummy. Dia bermula awal di bidang lakonan tetapi lambat naik. Dia bekerja keras. Dari dulu Mummy sudah nampak hala tujunya dan hari ini kesungguhannya dihargai.
"Cuma Mummy harap dia sentiasa menjadi dirinya, jangan berubah. Mummy selalu pesan pada anak-anak, biar kita kurang makan jangan kurang ajar. Itu juga pesan Mummy padanya," katanya.
Di parti selepas majlis, tidak cukup dengan pelukan sesekali kelihatan Sam mencium pipi ibunya sekali gus menggambarkan sememangnya pelakon Ngangkung itu cukup akrab dengan ibunya.
Tambah Mummy Khaty lagi, walau sudah besar panjang, sesekali Sam masih meminta ibunya menyuapkan makanan walaupun hidangan sudah di depan mata.
"Sebenarnya Sam dan kakaknya, Zizie (Ezzette) cukup manja. Tambahan pula kalau dua tiga hari tak berjumpa sebab sibuk dengan kerja, memang mahu makan bersuap.
"Jadi tidak kiralah siapa saja pilihan Sam nanti sebagai calon isteri, Mummy cuma berharap dia dapat menjaga Sam seperti Mummy menjaganya," ujarnya lagi yang menyatakan Sam amat menggemari masakan ikan keli goreng berlada dan masak lemak telur itik.
Lagi berita dan gambar-gambar menarik sekitar malam kemuncak ABPBH 2010, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini
DRAMA tempatan adalah antara medium yang mempunyai pengaruh yang agak besar dalam mendidik minda masyarakat kita. Oleh itu, penggiat seni seharusnya mempunyai daya pemikiran kreatif kerana selain daripada meraih keuntungan, setidak tidaknya hasil karya mereka dapat mendidik penonton supaya sama-sama dapat mencapai kesedaran.
Itulah yang ingin disampaikan oleh sutradara, Faisal Ishak, menerusi drama bersiri arahan terbarunya, Juvana. Ia bukan sekadar hiburan semata-mata, malah mahu mendidik penonton di samping ingin menampilkan kelainan dalam memperkenalkan sisi gelap kehidupan masyarakat kita. Faisal yang banyak bekerjasama dengan pengarah terkenal, Khabir Bhatia ini berkata drama arahannya ini mempunyai moral yang memberi inspirasi kepada sesiapa yang menontonnya.
"Drama Juvana ialah sebuah cereka berdasarkan kehidupan realiti di mana kita lihat kini gejala sosial di kalangan remaja sedang menghantui kehidupan seisi masyarakat. Namun masalah sosial ini bukannya datang daripada keturunan, tapi datangnya dari pelbagai sisi.
"Drama ini mempunyai kekuatan di dalam jalan ceritanya, di mana ia berkisarkan orang tidak bersalah menjadi mangsa tuduhan, seseorang yang ada di suatu tempat pada satu masa yang salah. Menerusi drama ini juga, penonton dapat melihat sisi kehidupan yang jarang digambarkan.
"Bukan semua remaja yang bermasalah mempunyai masa depan yang gelap, apa yang penting adalah keinginan diri sendiri untuk memperbaiki cara hidup. Kita selalu mahu gerak ke hadapan dan bukannya ke belakang, oleh itu drama ini dihasilkan bukan saja untuk penonton yang mahukan kelainan, namun untuk mencabar diri menghasilkan yang terbaik," katanya.
Faisal sebelum ini pernah mengarahkan drama Natasha, Rafflesia, Nur Kasih, Tiramisu, Tudung Ekspress, Habil Qabil, Kabir Hero Kabir Zero dan banyak lagi.
Antara pelakon yang terbabit dalam drama ini ialah Bront Palarae, Izreen Azminda, Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Beto Khusairy.
Drama bersiri sebanyak 13 episod yang akan menemui penonton mulai 25 April ini berkisarkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun, Daim Yahya, yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti, iaitu sebuah sekolah Badan Bukan Kerajaan (NGO), sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula.
Daim menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar yang terbabit dengan kes jenayah yang serius. Raja, watak yang dibawa oleh Bront Palarae, warden yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan enggan campur tangan dan hanya membiarkan kejadian itu terus berlaku.
Tidak selamanya bernasib malang, Daim mempunyai harapan apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), satu-satunya guru wanita di situ, ditugaskan ke sekolah terbabit.
Zahiril banyak bermain emosi
DAIM, watak utama yang dibawakan oleh Zahiril Adzim, 27, seorang yang pendiam, kurang keyakinan diri dan sentiasa ditindas di atas kesalahan yang bukan miliknya. Disebabkan saiz tubuh badannya yang kecil, Zahiril sering membawakan watak remaja, namun kali ini watak yang diterimanya diakui agak berat berbanding sebelum ini.
"Watak Daim satu watak yang menarik dan tanpa berfikir dua kali saya terus setuju untuk melakonkan watak itu, iaitu sebagai seorang budak juvana.
"Ia adalah satu watak yang agak berat dan tidak senang untuk menjayakannya, tapi syukur saya boleh melakukannya. Pada mulanya, saya tidak banyak berdialog, di mana mimik muka banyak memainkan peranan. Bukan senang untuk melahirkan reaksi, seperti perasaan marah melalui muka saja.
"Ini adalah suatu perkara yang saya pelajari di mana jika kita mahu penonton rasa yang ingin kita sampaikan, kita juga sebagai pelakon harus merasainya sendiri di samping mendalami sendiri perasaan terbabit," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran drama berkenaan, di Hulu Langat baru-baru ini.
Tidak ketinggalan beraksi dalam drama ini ialah Izreen Azminda. Mungkin ramai peminat kurang mengenali wanita ini, tapi Izreen sudah menjayakan hampir lebih 20 drama tempatan, antaranya ialah Gelora Di Hati Sarah, Nenek Kebaya, Isabella dan sedang ditayangkan kini, Samson dan Delaila.
"Sebelum ini saya banyak membawa watak kecil, dan sejak kebelakangan ini barulah saya mendapat watak yang menonjolkan diri saya. Begitu juga, dulu saya banyak menjayakan watak antagonis, namun drama Juvana memberikan saya peluang pertama melakonkan watak baik.
"Selain itu, ini juga adalah kali pertama saya memakai tudung dalam sesebuah drama. Saya sering menginginkan watak yang berlainan. Justeru apabila saya ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini sebagai Cikgu Zakiah, tanpa rasa ragu, saya menerimanya dengan tangan terbuka," kata bekas finalis Dewi Remaja 2007 ini.
Ingin menyaksikan cereka yang penuh dengan nilai moral ini menerusi lakonan pelakon pelapis yang tidak kurang hebatnya, jangan lupa nantikan kemunculannya mulai 25 April ini, bersiaran pada setiap Isnin, jam 9 malam, hanya di TV3.
Menurut gosip sebuah akhbar, gadis ini merupakan anak kepada seorang aktres terkenal tahun 1990-an. Difahamkan anak gadis ini mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa terkemuka, dan yang memeranjatkan umurnya baru 14 tahun ketika gambar-gambar ini diambil.
Menurut wartawan dalam ruangan gosip itu lagi, anak gadis ini merupakan anak kepada seorang aktres yang pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berstatuskan VIP pada tahun 1997.
Jika benar, nauzubillah min zalik. Moga anak gadis tersebut cepat-cepat bertaubat manakala ibunya yang bergelar aktres itu juga dapat membimbing anak gadisnya ke jalan yang lurus dan diberkati Allah. Ingatlah... hidup ini bukan selamanya...
Video ini telah mula tersebar di internet. Siapa dalang yang menyebarkannya kepada tontonan umum dan apa niatnya, Tuhan saja yang tahu. Apa yang pasti, dengan video seperti ini, siapa kita untuk mengadili.
1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
Antara sorotan aksi klip video skandal seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang telah dimuat naik ke laman web Youtube.
KUALA LUMPUR 4 April – Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.
Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran 'thepowerman'.
Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di hotel Seri Carcosa baru-baru ini.
Rakaman video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton oleh lebih 300 orang.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan dengan jelas tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita dipercayai pelacur dari China sedang mundar-mandir di dalam bilik dipercayai di sebuah hotel.
Salah seorang lelaki itu hanya bertuala sehingga ke paras lutut tanpa memakai baju manakala seorang lagi berpakaian kemas.
Pada akhir rakaman video itu, lelaki yang hanya bertuala kelihatan mendekati wanita tersebut dan memeluknya sebelum rakaman video tersebut berakhir.
Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.
Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.
Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.
Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.
Sinopsis Dilarang Masuk:- Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit.. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang masih penuh dengan peluru hidup.
Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh, kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu.
Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia, rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ? Sama-sama la kita nantikan cerita ini di pawagam..
Tajuk Filem: Dilarang Masuk
Pengarah: Jeffrey Chiang
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd dan Cineworks Sdn. Bhd
Dipawagam: 07 April 2011
Pelakon Dilarang Masuk: Asyikin Kamal Muhamad Ismaizal bin Yusoof Isma Hanum Esma Danial