Isnin, 13 Ogos 2012

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Machang</b>, Pasir Puteh Dan Sebahagian <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2012 06:08 AM PDT


KOTA BHARU - Kira-kira 18,500 penduduk di daerah Machang, Pasir Puteh dan Kok Lanas dinasihat menyimpan bekalan air mencukupi pada Selasa ini, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik secara berjadual di Loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang. 
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan berkata kerja pembaikan itu akan bermula dari pukul 9 malam, Selasa dan berakhir pada 5 pagi keesokannya, menyebabkan tekanan air rendah berlaku dalam tempoh berkenaan. 
Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat pada Rabu ini.    
Antara kawasan yang terlibat ialah sekitar bandar Machang, Labok, Padang Selising, Banggol Petai, Pangkal Meleret, Paloh Rawa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Merbau Chondong, Bukit Tiu, Kweng Hitam, Wakaf Bata dan Kemuning. 
Di Pasir Puteh pula sekitar Bukit Bidang, Alor Hijau, Jeram, Semerak, Tualang Tinggi, Kedai Menanti, Bukit Tanah, Bukit Abal, Taman Kobena, Kampung Berangan, Taman Sentosa, Selising, Dalam Rhu, Tok Bali, Tasik Pauh, Bukit Jawa, Kampung Jerus, Sri Aman, Kampung Lepah dan Banggol Telipot manakala Kok Lanas pula di Kampung Pak Badol dan Melor. 
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan gangguan tersebut boleh menghubungi syarikat itu di talian 1300-88-2572.

PINKY ZETTY: sedikit sebanyak kenangan sem 2 <b>di Machang</b>

Posted: 31 Jul 2012 08:43 AM PDT

baru saja habis sem 2 kat Machang ni, and insyaAllah sem 3 nanti kitorang akan berpindah ke UiTM Kota Bharu plak.. yeayyy.. hehehe. so, ni lah antara kenangan masa sem 2.. tak ada apa sangat pun. iyelah, kitorang bukannye belajar kat overseas pun sampai nak ambik gambar beriban-riban. maklumlah, bila kat luar negara, haruslah kan nak ambik gambar banyak2 bila kat tempat baru. heeee~ *jealous*
pembukaan tirai sem 2 dimulakan dengan makan mende ni. aku dah lupa da apa dia, lantaklah..heeee..
berjogging kat taman tengku anis...actually tak berjogging mana pun..
lawatan ke Langkawi.. coklat~ coklat~
dan akhirnya, tirai sem 2 kami ditutup dengan makan pizza berjemaah.. lepas habis final paper, laju2 kami pergi pizza hut Kok Lanas.. maklumlah, orang tengah kebulur sebab tak makan dari pagi + eksaited baru habis exam.. ngeh3..
kami geng hitam putihhhh..
saje nk tunjuk love2 tu..tapi tak jadi.. 

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Maaf Sebut: Buka Puasa <b>Di</b> Restoran Mawar Merah <b>Wakaf Che Yeh</b>

Posted: 04 Aug 2012 03:34 AM PDT

Bulan puasa nie kalau dapat berbuka kat luar sekali sekala bersama teman sekerja best jugak. So, kitaorang telah pun berpakat dan membuat plan secomelnya berkenaan niat murni kami semua untuk berbuka puasa kat luar.
Betullah kita hanya merancang, yang lain semua Tuhan tentukan. Plan kami untuk berbukak kat Four Season nampaknya tak kesampaian kerana meja semua sudah fully booked. Try tanya kat New Horizon dan Kengsom pun sama jugak. Rasa kecewa jugak sebab plan nak berbuka posa bersama semacam dah tak jadi. Nak dijadikan penemuan kepada penyelesaian, salah seorang rakan mencadangkan berbuka kat Mawar Merah. Eh, kat mana tu ? Tak pernah dengar pun. Rakan aman cakap makanan kat sini kira oklah dan dia pun pernah makan kat sana sebelum ini. Lokasi dia pun senang nak cari kat Wakaf Che Yeh. Masuk ikut pasar borong Wakaf Che Yeh dan selepas medan parking yang besar, akan segera nampak restaurant colour merah. Tulah Mawar Merah.
Nak dijadikan hal, kitaorang dah try cari no phone restaurant kat internet untuk buat tempahan awal tapi tak jumpa-jumpa. Nasib baiklah kawan sorang tu pegi tanya kawan dia yang lain. Akhirnya dapatlah jugak tempah meja kat sana.
Kitaorang pegi awal, dalam enam petang dah sampai. Sebabnya kami tak tahu nak order apa kerana tak familiar makan kat sini. Bila tengok kat menu dia, lebih kurang sama macam kat tempat lain. So tak jadi masalah untuk buat order. Kitaorang order ikan 3 rasa, kerabu mangga, ayam lemon, butter prawn, tomyam, sayur khailan ikan masin dan air teh o beng satu jug besar. Tak dilupakan jugak colek sebagai starter. Ceh, besar bebenar nafsu.
Bila makanan dah sampai terus tak makan dulu. Tunggu azan maghrib...
Tak sabar nak tunggu bukak posa.Sabar sabar
Azan dah berbunyi. Doa dulu pastu makan kurma sebijik tiga dan minum air teh o beng yang sejuk. Lega rasa yang tak mampu diungkap dengak kata-kata.hehehe
Tomyam dia sedap. Gambar diambil sebelum mangkuk tu licik habih
Overall apa yang kami order memang sedap ditambah dengan lapar seharian. Yang paling aman suka dia punya ikan 3 rasa dan kerabu mangga. Rasa nasik sepinggan macam tak cukup. Harganya pula boleh dikatakan berpatutan. Lupa pulak pasal tomyam. Tomyam dia pun sedap jugak. Cumanya ayam lemon tu rasa macam tak kena.
Habih dah bagi komen. Jom pakat go semayang terawih pulak !!

Azue D Series: JJCM - <b>Wakaf Che Yeh</b> - Mieng Kham

Posted: 10 Aug 2012 10:53 PM PDT

kejap jerk dah tinggal beberapa hari nak raya dah kan...
mesti ramai yg dah buat persiapan raya...
al maklum ler bonus pun dah dapat...mesti sedang
dalam mood shopping nie kannn....
Azue baru jerk balik ke Pantai Timur minggu lepas...
Sebab nak buka puasa dengan juadah2 dari sana....
mcm x lengkap plak sebab x pekena...
juadah2 alek klate & ganu nie...
Kl mana lah nak sama kannn...
So kitorg pun stay 1 hari di Wakaf Che Yeh tu...
Salah satu sebab nak gakk sopink2 raya....
senang kitorg stay kat Ridel Hotel tu...
Amek jerk family room...besar n selesa...
Nak cari juadah berbuka pun senang...turun jerk otel
dah bleh start carikk...parking pun senang...
Nak citer sambil2 jalan2 n sopink2 tu...
Azue terjumper ler... Mender Daun2 nie yg di pack kan
teruss teringat...owhhh kat sini pun ader jual ehh
Mieng Kham ( sejenis makanan dari Thailand) nie...
punya lahhh lama Azue carik...
Uolls pernah makan x?Daun Kaduk nie macam ruper
daun sireh...tapi x kelat mcm daun Sireh...
Cara makan dier senang jerk...campurkan sumer bahan tu
ngap jerk masuk mulut....hehehe..
Jomm nengok Azue tunjuk cara2 n tepekkan Resepi
yg di google...untuk mereka yg nak cuber buat sendiri...
Ader Daun Kaduk , isi Kelapa yg di Panggang halus,
Kacang tanah di goreng, halia , bawang merah, hirisan limau nipis,
Udang kering, Cili Padi dan sos manis dier..
Dah Campur sumer bahan2 tu lipat cenggini
Dah boleh Makan sama jerk macam makan Sireh tu...
Sedapp uolls...Azue suker sangat....
Bahan-bahan untuk sirih kaduk (Mieng Kham)
Daun kaduk, dibersihkan dan dilap hingga kering, 
Bahan-bahan intinya (disediakan berasingan)
Udang kering, cuci bersih dan sangai
Kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan buangkan kulitnya
Isi kelapa, dibuangkan kulit arinya dan hiris nipis, 
kemudian disangai hingga kuning. 
Boleh juga dibakar dalam oven.
Limau nipis, dihiris nipis dengan kulit-kulitnya
Halia muda, kikis kulitnya dan potong dadu kecil-kecil
Bawang merah, dipotong dadu kecil
Cili padi, dihiris halus-halus
2-3 ketul gula melaka, dicairkan dengan 1 cawan air
Sos nampla, jika suka atau boleh ganti dengan udang kering yang dikisar lumat
Masukkan tepung gandum ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga kekuningan.
 Sejukkan sebentar. Campurkan dengan gula melaka yang dicairkan tadi
, sos nampla atau udang kering. Masak kembali atas api kecil hingga pekat.
 Sejukkan sebelum diguna.
Ambil sehelai daun kaduk. 
Calitkan sedikit manisan cair dan bubuh bahan-bahan intinya 
mengikut keperluan dan citarasa masing-masing. 
Lipatkan dan terus dimakan.

ads