Rabu, 21 November 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Lembaran Sebuah Kehidupan: Hari Raya Haji 2012

Posted: 09 Nov 2012 01:55 AM PST


Semestinya ramai yang menantikan kedatangan hari Jumaat kerana hari Jumaat adalah penghulu segala hari. (read- waktu lunch panjang, esok dah weekend). I got so much to write about, tapi tak tertulis-tulis. Kadang bila semua benda nak tulis, tetiba jadi jammed kan. Stuck terus tak tau nak tulis apa padahal hati berkobar-kobar nak hapdate. Azam konon November ini nak hapdate hari-hari. Konon je sudah.
Okeh la... Oleh kerana janji  tahun lepas untuk update pasal Raya Haji tak tertunai, maka tahun ini harus qada hajat. 
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa sunat pada  Hari Arafah 9 Zulhijjah bersamaan hari Khamis 25 October 2012. Correct me if im wrong please.. Hari tersebut juga merupakan hari perjalanan bagi kami adik-beradik untuk pulang ke kampung halaman di Sungai Petani nun. Maka saya adalah diuji sedikit pada hari itu. Sikit ajelah. Anggap macam puasa bulan Ramadhan sudahlah. huhuhu... Padahal dalam kereta tido aje. Wohooo... sekarang sudah ada driver baru. Adik bongsu dah ada lesen, maka suruh dia drive aje. Setelah kakak saya berkahwin dan punya anak, saya sudah sukar untuk mendapat kesempatan duduk di kerusi co-driver dan tidur sepanjang perjalanan. Kalau boleh bawa lebih dari 110km/j, saya suka je nak drive. Kehkehkehkeh..... but with the speedtrap AES whatsoever, homaigod 110km/j is so damn bored!
Pabila sampai di rumah ayahanda bonda, bonda pula masak tomyam dengan sambal apatah memang la saya tak amek port kerana ini adalah menguji kesabaran dengan lebih lagi! hahaha... Di kala adik-beradik sedang menjamu selera, saya terpaksa menyisihkan diri. T__T
Raya Haji kali ini, abang sulung yang berada jauh di perantauan juga turut sama pulang. Maka complete gambar adik-beradik raya kali ini. Cumanya masih belum lengkap ahli keluarga sebab abang ipar yang kerja atas laut pula tiada. 
Sesi bermaaf-maafan dilakukan. Dapat duit raya yahoooo
kakak ipar sulung mcm beria dia mintak hampun kan... hahaha
gambar abg sulung guwe tak sempat capture.

sampai senget-senget mulut ayahanda


itu dia... omma menangis ketika memeluk anak no 3 nya
dosa apakah telah mereka lakukan?

tengok anak no-4 tu. nak mintak hampun pun gaya tense je...
ni gaya anak derhaka mintak hampun.



kasih sayang adik-beradik nan abadi

abang long family with appa omma

sis family without husband di sisi

the omma daddy with the 7 siblings





Sekian kenduri gambar. Bakal bersambung to part 2.
Happy Deepavali to all my indian friends. Im going back to my hometown this weekend. To celebrate raya and mintak hampun mintak maaf lagi~~~ 

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Warga emas mati disamun, bunuh <b>di Pasir Puteh</b> | Budu Masin

Posted: 04 Sep 2012 06:31 PM PDT

ANGGOTA polis mengusung mayat Wan Kelthom yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Jeram, Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH – Tanda tanya seorang anak mengenai ibunya yang tidak kembali semula ke majlis rumah terbukanya setelah pulang mengambil senduk dan sudip di rumahnya terjawab apabila warga emas itu ditemui mati dibunuh dengan kesan kecederaan di kepala di rumahnya di Kampung Jeram di sini petang semalam.

Mayat mangsa, Wan Kelthom Wan Husin (gambar kecil), 68, ditemui cucunya, Nik Mohamad Irham Razali, 13, kira-kira pukul 1 petang selepas diarahkan oleh ibunya, Raja Zailah Raja Hussin, 40, supaya ke rumah mangsa setelah warga emas itu pulang ke rumahnya pada pukul 10 pagi. Jarak antara rumah Raja Zailah dari rumah mangsa kira-kira 100 meter.

Mangsa, guru al-Quran yang tinggal berseorangan dipercayai mati dipukul dengan objek keras di kepala dan turut disamun apabila gelang bernilai RM4,000 yang dipakai mangsa dilarikan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa sebelum itu menghadiri majlis rumah terbuka di rumah Raja Zailah sebelum pulang ke rumahnya kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, kejadian tersebut disedari keluarga mangsa setelah Raja Zailah menyuruh cucunya, Nik Mohamad Irham mencari neneknya.

"Nik Mohamad Irham bergegas ke rumah neneknya tetapi mendapati tingkap serta pintu depan rumah neneknya itu berkunci.

"Bagaimanapun, pintu belakang rumah dalam keadaan terbuka lalu dia menuju ke bilik neneknya.

"Sebaik membuka pintu bilik, Irham mendapati neneknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai dengan kepalanya berlumuran darah," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


pr desak pembinaan petrokimia <b>di bachok</b> dan <b>...</b> - Badut Rakyat

Posted: 08 Oct 2012 10:00 PM PDT

Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh Pembangkang,kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia.Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang,Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam,Selangor.Ironinya,dalam isu petrokimia di Pengerang,para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.Dalam perhimpunan di Shah Alam itu,kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan. 
Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia,mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok,Kelantan.Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003,sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok,Bachok.Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira,terutama dalam soal projek petrokimia RAPID kononnya membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah,timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan ??? 
Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya,ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS,PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar,tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.Logiknya,jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya.Bukankah begitu wahai pembaca Badut Rakyat ???

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


KARNIVAL BERTANI SATU IBADAH <b>DI KUALA KRAI</b> - 25.SEPT.2012

Posted: 25 Sep 2012 04:54 PM PDT

DOA QUNUT NAZILAH

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin…!

RENUNGAN

Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.

Tepati janji adalah kembar kepada benar.

Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.

Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu.

Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.

Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.

Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.

Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Ceraman terakhir <b>di Manek Urai</b> ~ Blog Video Politik v2.0

Posted: 13 Jul 2009 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceraman terakhir di Manek Urai · Ceramah Perdana DSAI Di Ampang 8hb Julai 2009 · ▻ June (3). ▻ May (9). ▻ April (22). ▻ March (33). ▻ February (19). ▻ January (31). ▻ 2008 (356). ▻ December (32). ▻ November (47). ▻ October (44) ...

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Ceritaku untuk mu: Masjid Cina@ Masjid Beijing <b>di Rantau Panjang</b>

Posted: 07 Sep 2012 05:00 PM PDT


Bagi pembaca yang baru membaca entry ini,anda boleh membaca mengenai Masjid Cina@Masjid Beijing di sini. Ada juga beberapa maklumat yang boleh dibaca dalam blog myadha dan beberapa kawan yang lain.Pasti pembaca ingin mengetahui berapa kos pembinaanya. Mengikut maklumat pembacaan saya kosnya menelan belanja hampir 9 juta. Lihat saja pada paparan saya yang sebelum ini. Memang cantik rekebentuknya.Dan paling saya suka keadaan persekitaran Masjid Cina@ Masjid Beijing ini bersih dan selesa. Tiada halangan bagi pelancong untuk berkunjung dan bergambar di Masjid Cina ini. Malah anak saudara saya,beriya-iya ingin mengambil gambar di ruang imam....(lihat gambar di atas).
Ini pula pembahagi ruang solat wanita dengan lelaki. Tahukah anda,bahawa cetusan idea pembinaan Masjid Bejing@Masjid Cina ini adalah dari Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Dari pembacaan saya,pada peringkat awal pembukaan masjid ini khabarnya solat terawih diimamkan oleh Imam jemputan dari China...yang kebetulan ketika pembukaan ini jatuh pula pada bulan Ramadhan.Tahniah!pihak yang bertanggungjawab satu inovasi dalam menyebarkan syiar islam.Bagi anda yang berada di luar Kelantan,dan datang berkunjung ke Rantau Panjang jangan lepaskan peluang berkunjung dan bersolat di Masjid Cina@Masjid Beijing ini. Kita akhiri kisah Masjid Cina/Beijing di sini....Kami dah melawat anda bila lagi?....(Entry baru bakal menyusul,sedang fikir)

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Tok praeh beras <b>di Wakaf Bharu</b>, Kelantan 1980&#39;an

Posted: 29 Oct 2012 01:48 AM PDT

Salam

Dulu di Pekan Wakaf Bharu, Kelantan merupakan sebuah pekan khusus untuk perniagaan beras di negeri pantai timur ini.  Berguni-guni beras bertimbun-timbun di dalam sesebuah kedai beras tersebut.  Hari ini , saya hendak menceritakan tentang sifat penjual beras ini (tok praeh beras ).

2)  Mereka menjual beras dalam unit kati, 2 kati, .. , seguni, dua guli ... gitu lah ..  sekarang baru ada sistem kilogram ini.

Dulu bila mereka menyukat beras .. katakan anda hendak membeli  8 kati beras ..  dia akan sukat 8 kati di hadapan anda hidup hidup;digunakan bekas dari kertas kuning yang tebal,   ..selepas itu dia akan menambah sedikit / segenggam dua beras untuk ditambah dalam 8 kati beras yg anda sudah belikan itu.  oleh itu 8 kati tambah segenggam atau 2 genggam lah beras yang anda akan bawa pulangke rumah.

Begitulah ..sifat .. tok praeh beras zaman dahulu.

Mereka dapat buat begitu kerana .. di tepi kedai mereka .. ada sebuah masjid besar Wakaf Bharu, Kelantan.  Di waktu malam, ramai tok praeh beras menadah telinga masing-masing mendengar ajaran agama yang disampaikan oleh ustaz/ ustazah terkenal termasuk arwah Tok Mufti Kelantan Tuan Hj Hasbullah.

Berkat ajaran agama ini, tok preah beras dapat mengamalkan sifat berderma / berlebih kurang antara mereka dengan para pembeli.  Dengan sifat sebegitu rupa, pekan Wakaf Bharu , semakin popular , terkenal ke seluruh pelusuh tanah air.  Ramai orang suka membeli belah di pekan ini.

3)  Sekarang, sifat ini .. saya nampak dah tak lagi diamalkan.  Kerana ..beras sudah dibungkus dalam sukatan tertentu 1 kilo, 5 kilo, 10 kilo , 20 kilo, 40 kilo ..

ini dibuat supaya jualan lebih cepat dan tepat.  Bekas bekas beras sudah siap tersedia ada di atas rak beras untuk dipilih oleh pembeli.  Mereka menjual
ala .. counter kat supermarket sana.  Hanya senyuman manis dari anak gadis tok praeh beras zaman moden ini  sahaja lah senjata utama untuk memikat hati pembeli untuk singgah dan beli beras mereka.

Walaupun begitu dari observation saya ,   transaksi dan interaksi sosial antara penjual dan pembeli semakin berkurangan dari hari ke hari.  Mungkin duit yang masuk ke dalam peti wang tok praeh beras semakin banyak ..  sifat memberi segenggam dua beras .. ke dalam bekas beras pembeli ..tidak lagi diamalkan.  Saya rasa payah nak amalkan ..  kerana mereka kena buka balik .. supit (bungkusan plastic)  beras yg sudah tersedia ada.

Bila sifat ini tenggelam , maka sifat kasihan belas pun semakin kurang diamalkan bukan sahaja luar kelantan tetapi negeri kelantan ini sendiri.  Hasil dari itu, hati masyarakat semakin keras ..

Dulu berkat sifat berlebih kurang , ramai anak anak tok praeh beras dapat melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, maktab perguruan, kolej jururawat  dan akhirnya  mereka dapat menjawat sebagai guru siswazah, ustaz, ustazah, pegawai majlis agama islam, pegawai daerah, pegawai polis, askar, doktor, doktor pakar, staf nurse dan lain-lain. Alhamdulilah.

Sekarang bila ..sifat memberi dan berlebih kurang semakin tenggelam diamalkan ..tidak ramailah anak anak, cucu cucit  tok praeh beras yang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi dan seterusnya berjaya menjadi ahli masyarakat yang dikagumi ramai.  Apa yang lihat , ada sebilangan anak anak tok praeh beras sudah menjadi mat atau minah rempit di kawasan tertentu Kota Bharu dan sekitarnya.  Dulu budak budak muda suka mendengar kuliah agama dari maghrib hingga isya ..  tetapi sekarang .. mereka suka menjadi peminat bola sepak Red Warriors .. Kelantan FC.  Sekarang , majoriti ahli ahli masjid bukan dari kalangan muda mudi 25 - 40 tahun.  Mereka adalah dari group orang orang pencen (warga emas).

Di dunia ini pun kita boleh lihat kesan dari ..  meninggalkan sifat baik menderma, berlebih kurang se sama kita .. anak anak keturunan kita sudah semakin jauh dari agama islam yg sebenarnya. Mak bapak tegur pun .. mereka tak dengar sangat dah.  contoh teguran ibu ialah .. mengapa mu pakai seluar ketat ketat tu Timoh (katty, fatimah) .. stail wen.  Bakpo mu chat rambut mu tu Bidin ..  stail loni weng (nenek/atuk).  Gitulah lagunya rata riti zaman lo ni.

Sekarang data statistik perceraian .. di Kelantan 2000 - 2011 .. sangat tinggi jika dibandingkan dengan negeri negeri luar seperti Pulau Pinang dan Melaka.  Adakah ..  data ini mempunyai sedikit sebanyak korelasi (perkaitan, pertalian, persamaan ) antara amalan jual beli ibu bapa dalam dunia beras sekarang dengan tingkah laku anak anak mereka dari umur 10 - 25 tahun?

Wallah hu aklam. (hanya tuhan yang lebih mengetahui).  p/s:  oleh itu saya ingin mengajak diri saya  terlebih dahulu dan para pembaca budiman,  jom kita amalkan kembali sifat bertolak ansur , memberi derma segenggam beras , .. beri lebih pengajaran matematik di sekolah kpd anak anakmurid yang memerlukan perkhidmatan kita  tanpa niat ..dapat upah tuisyen dan sebagainya.  Insya allah kebahagiaan , adalah milik kita semua satu hari nanti.  Ameen.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


.: Janji Bandar Baru <b>Dabong</b> jadi kenyataan

Posted: 09 Oct 2012 06:52 PM PDT


KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.

Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

"Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

"Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong," katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

"Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

"Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat," katanya. -Hrkh

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> : PAS sudah ada 25 kerusi dalam tangan : The Malaysian <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 08:19 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar

ANALISA POLITIK KELANTAN

Bila orang bertanya saya mengenai kedudukan dan peluang Pas di Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang saya menjawab begini; setakat hari ini Pas masih mampu membentuk kerajaan tetapi bukan dengan majoriti lebih 2/3 tetapi dengan majoriti tipis.

Kedudukan ini berdasarkan angka dan suasana semasa. Saya meletakkan Pas melebihi Umno dua atau tiga kerusi saja. Angka hampir sama gagah iaitu Pas 25,  Umno 20 kerusi. Saya tidak mahu menggunakan istilah status quo seperti tahun 2004. Kenapa?

Di atas kertas bagi Pas mereka mempunyai 15 kerusi yang betul-betul sedap duduk. Ini berdasarkan kepada jumlah majoriti yang diperolehi dalam pilihan raya lalu. Kalau pun undi wakil-wakil berkenaan merosot hingga 20 persen mereka masih dapat mengawal kerusi mereka.

Kerusi-kerusi itu ialah; Kelaboran (2,212), Pasir Pekan (4,516), Chempaka (4,249), Panchor (3,437), Tanjung Mas (6,112), Kota Lama (5,206), Bunut Payung (4,341), Pengkalan Pasir (2,348), Chetok (2,670), Meranti (3,135), Salor (3,232), Pasir Tumbuh (3,403),  Demik (4,799), Tawang (3,278) dan Bukit Panau (4,148).

Kerusi-kerusi ini boleh disifatkan sebagai kerusi paling selamat untuk Pas dan tidak mungkin dapat digugat oleh BN dengan perkembangan dan bentuk-bentuk kempen BN yang ada hari ini. Pas juga tidak perlu menukar atau menyalin calon-calon untuk kerusi ini kecuali ada sebab – sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Dengan kedudukan ini secara mudah Pas hanya memerlukan lapan kerusi saja untuk mendapat majoriti mudah, 23 kerusi. Lapan kerusi itu Pas boleh mengambilnya daripada kerusi-kerusi yang dimenangi dengan majoriti antara 1,000 hingga 2,000 undi.

Terdapat 12 kerusi yang dimenangi Pas dengan majoriti antara 1,000 hingga 2,000. Kerusi itu ialah Tendong (1,656), Jelawat (1,022), Melor (1,616), Kadok (1,802), Gual Ipoh (1,663), Kemahang (1,833), Limbongan (1,633), Pulai Chondong (1,535), Temangan, (1,239), Mengkebang (1,903), Manek Urai (1,352) dan Perupok (1,270).  Sebuah kerusi milik PKR, Guchil (1,000) boleh juga diambil kira.

Berdasarkan status itu Pas dengan mudah akan dapat mempertahankan kerajaan Kelantan. Ertinya paling busuk sehingga hari ini Pas akan memperolehi 25 kerusi ke atas. Sekiranya Pas dapat merampas sekurang-kurangnya tiga dari enam kerusi dimenangi Umno ini bermakna Pas akan berkedudukan selesa memperolehi 28 kerusi.

Terdapat tiga kerusi Umno yang menang di bawah 1,000 undi. Kerusi itu ialah Bukit Bunga (348), Pengkalan Kubur (100) dan Kok Lanas (550).

Pun begitu Pas tidak boleh bersedap hati. Pas perlu juga insaf dan sedar bahawa parti itu mempunyai 10 kerusi yang dimenangi di bawah 1,000 undi di mana kerusi-kerusi ini menjadi idaman utama Umno. Kerusi-kerusi berkenaan ialah; Wakaf Baharu (660), Gual Periok (733), Bukit Tuku (456), Galas (646), Selising (783), Semerak (831), Gaal (323), Kemuning (916), Air Lanas (795) dan Dabong (552). Kerusi-kerusi ini merupakan kerusi 'senak' buat Pas dan diletakkan dalam lingkungan warna kelabu.

Seandainya Umno dapat merampas kerusi-kerusi ini tanpa kehilangan enam kerusi dimiliki kini bermakna Umno akan memperolehi 15 kerusi. Pencapaian ini merupakan peningkatan kepada Umno di dalam pilihan raya nanti dan merupakan angka yang cukup munasabah buat masa ini.

Bagaimana pun harus diingat, politik itu serba mungkin dan tidak mustahil Umno dengan usaha bersungguh-sungguh akan berjaya merampas kerusi-kerusi dianggap kritikal ini. Sekiranya Pas selesa dengan keadaan hari ini, ia tidak mustahil bagi Umno yang mempunyai semangat juang lebih tinggi dari Pas mampu membuat up-set.

Justeru Pas perlu bertindak segera mengambil langkah bagi memperkukuhkan kerusi-kerusi berkenaan. Salah satu tindakan yang patut dilakukan Pas perlu menukar wakil rakyat yang ada kini kepada muka baru yang lebih dinamik dan komited dengan parti. Pas tidak perlu takut untuk mengorbankan mereka walaupun mereka dari latar belakang ustaz dan senantiasa berjubah dan tasbih di tangan. Dalam dunia politik tasbih tidak banyak membantu.

Wakil-wakil rakyat yang mewakil 10 kerusi 'senak' berkenaan ialah; Che Abdullah Mat Nawi (Wakaf Baharu), Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Muhammad Awang (Gual Periok), Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim (Dabong), Wan Hassan Wan Ibrahim (Semerak), Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Gaal), Drs Saiful Baharin Mohamad (Selising), Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (Kemuning) hendaklah ditukar dengan muka baru.

Kebetulan pula mereka itu semua bermasalah (kecuali Wan Ahmad Lutfi dan Che Abdullah), jadi elok kalau yang lain itu diusahakan tukar atau pun mereka sendiri mengangkat bendera putih untuk berundur dengan terhormat. Ternyata mereka gagal menunjukkan performance sebagai wakil rakyat yang sesuai dengan zaman ini. Sesetengahnya masalah dihadapi adalah masalah melibatkan moral.

Keperluan menukarkan calon-calon ini juga bukan saja terkira kerana majoriti yang dicapainya rendah, kurang 1,000 tetapi wakil rakyat yang selalu sakit, uzur, malas dan tidak memberi sumbangan besar kepada parti dan kerajaan juga perlu direhatkan.

Misalnya Adun Melor Wan Ismail Wan Jusoh dan Drs Zainuddin Awang Hamat yang sakit dan bermasalah wajar direhatkan. Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok), Rohani Ibrahim (Tanjung Mas) yang kurang berfungsi perlu difikirkan untuk direhatkan sama. Mereka ini perlu diberi kefahaman, agar berfikir meletakkan kepentingan parti melebihi dari kepentingan peribadi.

Kebetulan juga mereka ada yang sudah dua penggal atau lebih berkhidmat, seperti Wan Ismail, Abdul Halim, Drs Saiful Baharin, Rohani Ibrahim, Dr Nik Mazian dan Abdul Fatah Haron.

Tidak keterlaluan dikatakan kalau Pas sedia melakukan muhasabah dan membuat pembaikan ke atas calon dan wakil rakyat untuk menstabilkan Pas. Dan sekiranya gelombang ke Putrajaya melantun sampai ke segenap kampung dan ceruk di Kelantan, Umno tidak payah bermimpi untuk merampas Kelantan, kemungkinan juga parti itu akan ditimpa sejarah seperti tahun 1990 di mana Umno akan gagal memperolehi satu kerusi pun di Kelantan.

Sejarah dalam kehidupan dan politik juga selalu berulang. Sebaliknya kalau Pas masih merasa complacent dengan keadaan yang ada dan terus mengambil calon berdasarkan laporan dan rekomen dari kawasan (atau dipilih secara dalaman berdasarkan kroni) tidak mustahil juga Pas boleh menangis tidak berirama dan akan berlaku istidraj politik. -http://msomelayu.blogspot.com/

Category: Opinion

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


<b>Galas</b> : Tarikh sidang DUN <b>Kelantan di</b> ubah kepada 7 hingga 11 <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2010 07:00 PM PDT

Photobucket
14 Zulkaidah 1431H.

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual bermula pada 1 November ini ditangguh kepada 7 November, kata Speaker DUN Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Jumaat.

Beliau berkata penangguhan bagi membolehkan semua anggota dewan dapat memberi perhatian penuh kepada persidangan DUN memandangkan proses pilihan raya kecil DUN Galas telah selesai ketika itu.

Tarikh sidang DUN Perak seperti tidak diambil kira oleh pihak SPR bila menetapkan tarikh hari mengundi pada 4 November.

"Keputusan penangguhan itu diputuskan semalam dan keputusan ini bagi membolehkan semua dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada persidangan DUN yang akan memfokuskan kepada pembentangan bajet 2011. "Ini adil kepada semua pihak yang mungkin tidak dapat beri tumpuan kerana ketika itu pilihan raya kecil Galas sedang berlangsung," katanya.

Beliau berkata persidangan akan berlangsung sehingga 11 November.

Baru-baru ini Mohd Nassuruddin dilapor berkata persidangan itu akan berlangsung seperti yang dijadualkan dan hanya ditangguh sehari iaitu pada 4 November yang merupakan hari pengundian DUN Galas.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas diadakan selepas wakilnya Chek HashimSulaima dari PAS meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lepas.


03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Kebakaran <b>Di Pengkalan Chepa</b> - 10 anggota bomba cedera tangki <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 01:49 AM PST

BOMBA TERBAKAR PADANG TEMBAK

Kebakaran Di Pengkalan Chepa – 10 anggota bomba cedera tangki minyak diesel meletup

KOTA BHARU: Sepuluh anggota bomba cedera dalam operasi memadam kebakaran di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata kemalangan itu berlaku apabila sebuah tangki minyak diesel yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup yang menyebabkan api menyambar anggota terbabit.

"Ada empat tangki minyak diesel dengan dua daripadanya mengalami kebocoran. Semasa operasi pemadaman itu, berlaku satu letupan daripada salah sebuah tangki tersebut yang menyebabkan 10 anggota bomba mengalami kecederaan dengan empat daripadanya agak serius," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota bomba terbabit yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.

Azmi berkata anggota terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki dihantar menerima rawatan iaitu tujuh orang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tiga orang di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Empat anggota yang cedera agak serius itu ialah Wan Asri Wan Yaakob, Zulkifli Mahmod, Razak Abdullah dan Abdullah Din Mohamad, katanya dan menurutnya keadaan mereka dilaporkan stabil.

Azmi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada jam 8.30 pagi dan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung di sini, ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

"Operasi pemadaman berjalan lancar, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya tetapi tiba-tiba berlaku letupan daripada salah satu tangki minyak diesel itu. Semasa kejadian saya berada di tempat kejadian," katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata punca kebakaran tersebut sedang disiasat. – Bernama (MyMetro)

Ps : Harap Semua Mangsa Selamat.

BOMBA TERBAKAR PADANG TEMBAK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Minda Pondok Cabar Nik Aziz Berdebat | Beliafun Blogging 2010 <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 10:07 PM PST

pondok.jpg

KOTA BAHARU - Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini mencabar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad. Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok di Kelantan.

 Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan Pas tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam. "Pas terlalu banyak keluarkan fatwa... kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang Pas bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT.

 "Kami mencabar Nik Aziz untuk berdebat dengan Minda Pondok pada bila-bila masa supaya dapat menghurai serta memberi penjelasan kepada seluruh penduduk Malaysia agar mereka tidak terkeliru," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, hari ini. Kira-kira 30 anggota Minda Pondok termasuk penduduk sekitar Demit dan Pasir Tumboh turut hadir sebagai menyokong laporan polis yang dibuat NGO tersebut.  

Mohammad Zainal Abidin yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat berkata Minda Pondok berasa dukacita terhadap tuduhan Umno murtad dan bacaan doa tersebut, sekali gus menyelar tindakan Pas kerana tidak membahaskan kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini, baru-baru ini.

Mengulas isu doa itu Mohamad Zainal Abidin berkata Pas seharusnya mengambil kesempatan tersebut bagi mendoakan kehancuran Israel kerana membunuh umat Islam di Palestin, selain turut ditujukan kepada pimpinan tertinggi DAP untuk menganut agama Islam.

"Apakah Pas tidak boleh berdoa untuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak melakukan skandal-skandal seks, liwat dan berbagai-bagai lagi supaya mereka ini kembali kepada Allah SWT?" tanya beliau.

Anggota Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz pula berkata doa yang dibaca oleh adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat adalah bercanggah dengan sunah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu mendoakan keburukan ke atas sesama Islam.

"Kita sepatutnya mendoakan keselamatan, keampunan ke atas sesama Islam. Kami di Minda Pondok berasa ini satu perbuatan yang mengaibkan dan memalukan kerana bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW.

"Kami dahulu bersama dengan Pas, tetapi telah keluar daripada parti itu kerana lihat ia sudah tersasar jauh, tergelincir daripada matlamat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan sanggup mengikut telunjuk DAP yang tidak beragama Islam," katanya.

Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai sebuah parti berteraskan Islam, Pas sepatutnya berdoa untuk selamatkan rakyat Palestin dan bukan untuk kehancuran Umno dan BN.

"Doa untuk kebaikan, bukan kehancuran. Pernahkah Nabi Muhammad SAW berdoa agar orang yang menentangnya menerima pembalasan daripada Allah? Sebaliknya dia berdoa agar mereka ini insaf," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Iman di sini. - Bernama

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


PROBASIS 2.0 <b>di Jeli</b>, <b>Kelantan</b>. - Kelab UMNO Luar Negara

Posted: 09 Aug 2012 09:23 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pada hari jumaat, 13 dan 14 Julai 2012, Kelab UMNO Moscow dengan bantuan daripada Kelab Umno Luar Negara yang lain ( Jordan, Mesir, Indonesia dan Amerika) telah menjayakan program bakti siswa 2012 ( PROBASIS ...

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan

Posted: 09 Feb 2010 11:14 PM PST


Menjlis perkahwin Abg Long samurai bergambar ayahanda pak uda, ayahandaPutra,ayahanda Sedi Lipan ,Ayahanda Pak Nik askar,Ayahanda Lee Tanah MerahDan Kanda Udi

aduan rakyat - masalah nelayan parit <b>perupok di</b> dun maharani

Posted: 13 Mar 2010 09:15 AM PST

Parit Perupuk Laut, Rabu 3 Mac 2010


YB Dr. Mohammad  Taslim bersama AJK DUN Maharani telah  menemui nelayan-nelayan di Parit Perupok Laut, Jalan Jonid, Muar. Nelayan-nelayan tersebut melalui Persatuan Nelayan  telah mengadu di   Pusat Khidmat ADUN Maharani, Parit Bakar,Muar berkaitan peparitan di Jeti mereka. Parit laluan mereka ke laut terlalu sempit, cetek dan di kiri kanan parit  ditumbuhi pokok-pokok. Masalah ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab beberapa tahun yang lalu tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan. Sekiranya mereka ini berlarutan ini akan menjejaskan pendapatan para nelayan.YB Dr Mohammad telah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar untuk tindakan lanjut.

Pada hari Rabu 3 Mac 2010 jam 10.45 pagi YB Dr Mohammad telah turun padang bersama rakyat untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh nelayan tersebut.Turut hadir wakil Juruterta JPS Daerah Muar dan wartawan akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental  Daily News). Mereka mendengar permasalah nelayan serta keluhan mereka. 

YB Dr Mohammad, para tetamu  dan wartawan  telah  dibawa menaiki bot nelayan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh para nelayan di situ. Pihak JPS berjanji akan membawa masalah  kepada pihak yang berkenaan  kerana kawasan ini juga di bawah  kelolaan Majlis Perbandaran Muar.Masalah di jangka dan diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.

 Di antara permohonan nelayan tersebut ialah:
1. Mendalam dan melebarkan parit laluan mereka ke Selat Melaka,
2. Menebang pokok-pokok yang menutupi tebing parit,
3. Mendirikan pondok yang berlampu di jeti,
4. Menaiktaraf jalan di tepi parit menghala ke laut,
5. Memasang lampu jalan dan lampu isyarat supaya mudah mereka kembali ke jeti ketika keluar waktu malam atau awal pagi.

 Perahu tersadai di atas lumpur menunggu air pasang

baru nelayan dapat turun ke laut.Ini merugikan masa mereka.

Cetek...sempit...semak....inilah laluan nelayan ke laut.

Nak ke laut? Perahu pu tak boleh lalu....

Perhatikan betapa ceteknya  parit semasa air surut. 
Perahu/bot nelayan  terpaksa menunggu air penuh baru boleh ke laut. 
Ini merugikan masa dan menjejaskan tangkapan mereka.

YB Dr Mohammad bersama AJK DUN Maharani,

En.Adam Ketua Persatuan Nelayan

dan wakil Jurutera JPS Muar 

 YB Dr Mohammad dan Wakil Jurutera JPS di temuramah wartawan

YB menyerahkan salinan surat aduan  kepada  JPS .

diperhatikan oleh (kiri) En. Mohamad Husein,Ketua Kampong Sri Jong

dan (kanan) Sdr Abd Razak. 

En Adam menerima salinan surat aduan dpd YB Dr Mohammad

Serius nampaknya YB berbincang dengan wakil JPS

 Wartawan menemuramah para nelayan

Wartawan turut turun ke laut untuk membuat tinjauan

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan,ke laut bersama nelayan

YB dan AJKnya bergambar bersama Ketua  nelayan.

Dari kiri Sdr Lokman,Sdr Abu Bakar,En Adam,YB dan Sdr Rozi

Sedikit  sumbangan kepada En. Adam yang mewakili  nelayan

Berita di atas tersiar dalam semua akhbar perdana berbahasa Cina edisi Johor

keesokan harinya.


 



03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


MOHD ZAIN MAHMOOD: Isu hancur UMNO

Posted: 20 Nov 2012 06:15 AM PST

Reaksi dari media arus perdana sama ada media cetak atau letronik serta berbagai pihak berhubung bacaan doa di Majlis Himpunan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat 16/11/2012, amat menarik untuk renungan, demi mencari sebuah realiti berasaskan jaminan hak kebebasan bersuara. Sungguhpun, bahagian besar dari pandangan dan ulasan adalah lebih bersifat berpihak, sama ada komentar negatif atau positif.
Dari petikan media cetak, ianya tidaklah memberi gambaran yang jelas, kerana bahasa tulisan tidaklah seberkesan bahasa lisan. Media eletronik di negara kita belum sampai ke tahap menyiarkan secara langsung atau lintas langsung, majlis yang dihadiri puluhan ribu orang, demi memberi keadilan sebaran am, supaya semua penonton atau khalayak boleh membuat ulasan atau keluarkan pandangan secara adil, dan tidak berpihak. Sama ada majlis anjuran rasmi atau tidak, asalkan dapat menghimpunkan khalayak yang ramai, perlu bagi khalayak masyarakat mendapat maklumat segera, memerlukan lintas langsung atau secara langsung, bukan  kutipan cebisan yang diedit., sesuai keperluan kedewasaan negara kita bebas dari belenggu penjajahan, melebihi separuh abad.  Mentaliti Dunia Ketiga masih tebal dalam benak pemikiran politik pihak berkuasa, menyebabkan khalayak masyarakat gagal dapat maklumat yang tepat, telus dan terus terang. Budaya pergantungan kepada sumber yang pro-pemerintah, merencatkan erti kemerdekaan.

Berasaskan sumber cetakan, butiran doa tersebut tidak menyebut manusia atau individu tertentu, cuma ditujukan kepada organisasi. Ianya melontarkan harapan semoga organisasi lawan politiknya ditumpaskan. Secara langsung menumpaskan organisasi lawan membawa kepada maksud menghilangkan keupayaan organisasi lawan untuk berlawan di masa akan datang: melumpuh berakhir dengan menguburkan. Doa itu secara lateralnya, memohon pertolongan Allah, agar organisasi musuh dapat ditumpaskan dengan izinNya.

Melumpuhkan organisasi musuh tidaklah bermakna mendatangkan azab, sengsara dan musibah kepada manusia atau individu tertentu dalam organisasi itu. Maksudnya, lumpuhnya organisasi, individu atau kelompok yang mendokonginya akan mencari alternatif atau organisasi lain untuk meneruskan cita-cita dan idealisme politik masing-masing. Ruang terbuka, organisasi saja yang akan berubah bentuk, yang mungkin lebih baik dari organisasi asal.

Terkuburnya UMNO, dalam tahun 1988, tidaklah mendatangkan mudarat dari segi fizikal kepada anggotanya, tetapi ada sedikit kesan dari sudut roh dan semangat juang. Hancurnya UMNO, membolehkan beberapa pihak di kalangan bekas ahli untuk menubuhkan organ baru untuk menggantikannya. Satu kumpulan berusaha menubuhkan sebuah parti baru, UMNO 46. Satu lagi usaha dilakukan untuk menubuhkan UMNO Malaysia. Kedua-duanya gagal, kerana konon namanya menyerupai nama parti asal, yang diharamkan oleh mahkamah. 

Akhirnya, yang berjaya ditubuhkan ialah sebuah parti baru, UMNO (Baru). Penguburan UMNO diganti dengan UMNO (Baru) ada positifnya. Sesuatu yang baru untuk mengganti yang lama, lazimnya lebih baik dari yang asal. Menyesuaikan diri dengan realiti nasional, UMNO (Baru) memperluaskan ahlinya kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Membolehkan secara legalnya kaum peribumi seperti Orang Asli, Thai dan kaum Bumiputera di Sabah (Islam dan non-Muslim) menjadi ahli yang sah. Ini menyebarluaskan keanggotaan parti kepada segmen yang lebih luas seluruh negara, berbanding UMNO yang dikuburkan, terhap keahliannya kepada orang Melayu sahaja.

Penguburan UMNO mempertingkatkan keahlian, kerana tidak lagi terbatas kepada komuniti Melayu di Semenanjung sahaja. Ini menjadikan UMNO (Baru) sebuah parti nasional bukan parti regional dan bersifat kedaerahan, sesuai dengan kedudukannya mengepalai kerajaan Persekutuan. 

Parti Semangat 46, yang ditubuhkan pada 5 Mei 1989, oleh bekas ahli UMNO, yang disekat untuk menyertai UMNO (Baru), kemudiannya ditukar nama kepada Parti Melayu Semangat 46 , pada 10 Februari 1994, untuk menjadi alternatif kepada orang Melayu menyaingi UMNO (Baru). Dalam Pilihan Raya Umum ke 9 (PRU 1990) Parti Semangat 46 yang diketuai oleh bekas Naib Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan kerjasama pilihan raya bersama Pas, Berjasa dan Hamim di kawasan luar bandar Semenanjung, di bawah Angkatan Perpaduan Ummah, dan kerjasama di bawah Gagasan Malaysia dengan DAP, PSRM, IPF dan PBS di kawasan bandar serta Sabah. Rata-ratanya kepimpinan Semangat 46, adalah bekas Team B semasa pertandingan pemilihan UMNO tahun 1987.

Semangat 46 membarisi 3 bekas menteri Persekutuan termasuk Tengku Razaleigh, Dato' Abdul Manan Othman dan Dato' Rais Yatim, bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Harun Idris, bekas timbalan menteri Persekutuan: Datin Rahmah Othman, Dato' Zakaria Abd Rahman, Dato' Zainal Abidin Zain, Idris Abdul Rauf dan Haji Suhaimi Kamaruddin. Ini disertai beberapa wakil rakyat Parlimen dan ADUN seperti Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wan Omar Wan Majid(Pasir Puteh), Baharom Bakar(Padang Terap), Dato' Zainal Abidin Johari(Jerai), Hashim Endut(Ulu Muda), Ibrahim Azmi Hassan(Kuala Nerus), Dato' Saidin Mat Piah(Tasik Chenderoh), Dato' Sanad Said(ADUN Kapar), Hj Maon Omar (ADUN Kota Tinggi) dan Dato' Abdul Rahman Mahmud (ADUN Jorak). 

Cuma 8 orang sahaja menang di kerusi Parlimen, iaitu semua calon di Kelantan dan satu kerusi di Kuala Terengganu menerusi Dato' Manan. Di peringkat Dun, semua 12 calon Semangat 46 menang di Kelantan, dan 5 kerusi Dun di negeri lain: Terengganu 2, dan masing-masing satu kerusi dalam Dun Johor, Selangor dan Pahang.

Dalam PRU10 (PRU 1995), bilangan kerusi yang dimenangi semakin kurang, walaupun sebahagian tokoh-tokoh di atas bertanding semula. Dalam bulan Mei 1996, Semangat 46 dibubarkan, dengan kata lain menguburkan sendiri parti. Penguburan Semangat 46, tidaklah mengazabkan, ancaman fizikal dan merosakkan reputasi penyokong. Anggota di peringkat kepimpinan, bahagian besarnya menyertai UMNO (Baru), sementara di peringkat bawahan berpecah dua: masuk UMNO (Baru) dan Pas.

2 ADUN Kelantan dari Semangat 46, Nordin Yaakub (Kelaboran) dan Hussien Ahmad (Tendong) menyertai Pas. Kedua-keduanya pernah menjawat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu. Dalam PRU11 (PRU 1999), Nordin Yaakub diberi penghormatan oleh Pas untuk pertahankan kerusinya di Kelaboran. Seorang lagi pemimpin Semangat 46, Hussien Awang dipilih bertanding sebagai calon Pas di Semerak. Kedua-duanya berjaya memenangi kerusi masing-masing.

Tengku Razaleigh yang masuk UMNO (Baru) dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dan mengekalkan kerusi Parlimen Gua Musang hingga hari ini. Rais Yatim bekas Timbalan Presiden, yang kalah sebagai calon Semangat 46 dalam PRU 1990 dan PRU 1995, masuk UMNO (Baru) walaupun pernah berjanji dalam tahun 1990, beliau sudah membakar jambatan, dipilih bertanding di Jelebu bermula PRU 1999, dan kekal dalam kabinet hingga hari ini. Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad diberi peluang bertanding di Kangar, kemudiannya jadi menteri. Zainal Abidin Zain, diberi peluang jadi calon UMNO (Baru) di Bagan Serai, dan menang dalam PRU 2004.

Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, yang kalah sebagai calon Semangat 46 di Temerloh dalam PRU 1995, bertanding sebagai calon UMNO (Baru) di Jerantut, dalam PRU 2004, dan pernah dilantik timbalan menteri. Ahmad Shabery Cheek, calon Semangat 46 di Kemaman (1990) dan Kuala Lipis (1995), bekas Ketua Penerangan Semangat 46 ini, kini seorang menteri, setelah memenangi kerusi Kemaman dalam PRU 2004 dan PRU 2008.

Nikmat dari penguburan Semangat 46 dapat dikecapi oleh beberapa contoh individu di atas. Itu cuma sekadar beberapa contoh yang menunjukkan apalah masalahnya bila sesebuah organisasi itu dihancurkan atau sengaja dikuburkan. Ada hikmatnya. Semuanya adalah ketentuan dan rezeki yang telah ditetapkan dan dianugerahkan oleh Yang Maha Berkuasa.

Parti Hizbul Muslimin (Hamim), sebuah parti yang ditubuhkan oleh Dato' Asri Haji Muda, bekas Yang Dipertua Agung Pas, bersama rakan-rakannya yang keluar Pas dalam tahun 1983, pernah cuba dikuburkan oleh kepimpinan sendiri dalam tahun 1988. Cubaan ini gagal dalam muktamar tahunannya kerana tidak cukup kurom pembubaran. Kumpulan Dato' Asri bersama pasukannya; Wan Ismail Hj Ibrahim, Zahari Awang, Dato' Ishak Lotpi, Wan Sulaiman Hj Ibrahim, Mohd Zain Abdullah, Hassan Mohamad, keluar parti dan masuk UMNO (Baru).

Kumpulan pimpinan Dato' Sudin Wahab (bekas ADUN Kedah) dan Dato' Nik Man Nik Mohamad (bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan), meneruskan perjuangan parti. Hamim menyertai Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, membolehkan Timbalan Presidennya, Dato' Nik Man memenangi kerusi Dun Geting (sekarang Pengkalan Kubor).

Penguburan UMNO dalam tahun 1988, telah membuka ruang pemimpin-peminpin baru, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh tokoh-tokoh yang menyertai Semangat 46. Begitu juga, hancurnya Semangat 46 bikinan sendiri, membolehkan beberapa tokoh memegang jawatan penting dalam kerajaan. Justeru itu, kehancuran dan terkuburnya sesebuah organ politik, lebih menampakkan keuntungan, bukan setakat merit individu tetapi demi kehendak dan realiti politik semasa, yang berbentuk dinamik, sentiasa berubah ikut iklim sosio-politik.

ads