Jumaat, 15 Mac 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b> 2013 | JAWATAN <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 06:47 AM PST

Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara. 

1.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Bahasa Inggeris) 

Syarat-syarat: 

a) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang TESL atau mempunyai kelayakan yang setara dengannya.

Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas; di alamat 

Kolej Komuniti Kok Lanas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
16450 Ketereh, Kelantan.
(UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim)
Tel:09-7880400 Fax:09-7880401 

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga. 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim ( shuhaila@kkklk.edu.my) di talian 09-7880400.

Sumber : http://www.kkklk.edu.my

Jawatan Kosong Kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b> - Mac 2013 | JAWATAN <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 10:14 PM PDT

Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara. 

1.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Bahasa Inggeris) 

Syarat-syarat: 

a) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang TESL atau mempunyai kelayakan yang setara dengannya.

Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas; di alamat 

Kolej Komuniti Kok Lanas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
16450 Ketereh, Kelantan.
(UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim)

Tel:09-7880400 Fax:09-7880401 

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga. 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim ( shuhaila@kkklk.edu.my) di talian 09-7880400.

Sumber : http://www.kkklk.edu.my 




03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


#JDAB2013 berjaya bantu 35 orang anak <b>Kelantan</b> melanjutkan <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 06:39 AM PST

Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2013) memulakan siri penjelajahan mereka di Kelantan hari ini bagi membantu lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Mereka tiba di Kota Bharu pada jam 6.00 petang semalam. Misi di Kelantan bermula seawal jam 7.00 pagi di mana konvoi JDAB2013 dilepaskan oleh Datuk Prof. Ir. Sahol Abdul Hamid di kampus Kota Bharu. Skuad JDAB2013 juga disertai oleh artis-artis terkenal seperti Saiful Apek, Adira AF, Danny X-Factor,Syed Aiman dan Fiza.








Sebaik sahaja dilepaskan pada jam 9.00 pagi, skuad JDAB2013 menuju ke Pasar Jelawat, Bachok. Kehadiran mereka di sana disambut meriah oleh masyarakat sekitar Bachok yang menunggu ketibaan mereka di Kedai Kopi Poo berdekatan Pasar Jelawat.
Di sana, seramai 35 orang pelajar berjaya dibantu untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.
Skuad JDAB2013 kemudiannya bergerak ke Jeli pada jam 12.00 tengahari. Di sana, Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengunjungi pasar di Pekan Jeli.
Di Jeli, sukarelawan JDAB2013 memeriksa mata masyarakat tempatan di atas Klinik Optometrik Bergerak. Cermin mata percuma diberikan kepada orang ramai yang memerlukan.
Pelajar-pelajar UiTM bergambar bersama Dato Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan artis-artis
Setelah selesai program di Tanah Merah, skuad JDAB2013 meneruskan perjalanan ke Dungun. Tahniah kepada 35 orang anak Kelantan yang berjaya mendapat tempat di UiTM. 

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


RONALDINHO KE <b>KOTA BHARU</b> – TEKAD CALAR REKOD <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 10:09 PM PST

Ronaldinho

Patrick Ronaldinho Wleh tekad untuk mencalarkan maruah juara bertahan, pasukan Kelantan dalam misi hidup dan mati peringkat kedua Piala FA di Kota Bharu Selasa ini.

Misi kalah mati peringkat kedua Piala FA di Kota Bharu Selasa ini menjadi pentas buat Patrick Ronaldinho Wleh untuk mencalarkan reputasi Kelantan sebagai juara bertahan.

Menurut penyerang kebangsaan Liberia itu, PKNS FC mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan Kelantan yang mendapat bye pusingan pertama.

Pada pertemuan pembukaan Liga Super 2013, PKNS FC tewas 2-1 menerusi jaringan minit-minit akhir sekali gus membakar semangat Patrick Ronaldinho dan rakan-rakan untuk memusnahkan harapan Kelantan di hadapan penyokong sendiri.

Malah Patrick Ronaldinho mendakwa dia dinafikan penalti di penghujung perlawanan.

"Kami mampu menang di sana (Kota Bharu).

"Sebelum ini kami pernah beraksi hebat menentang mereka," katanya yang pernah membantu Sime Darby muncul kelab pertama yang mara ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tumpas kepada Kelantan.

Sumber : StadiumAstro.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


TUKAR KELATE!: #SKT2013 : 3000 buah motosikal serang Pasir <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 12:35 AM PST


Selepas 7 hari menjelajah seluruh Kelantan, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) akhirnya tiba ke penghujungnya. Parlimen terakhir yang dijelajahi SKT2013 adalah Parlimen Tumpat dan Pasir Mas.

Kembara sebelum ini telah ditangguhkan seketika akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan seperti yang dirancang.

Pasir Mas dan Tumpat menjadi parlimen terakhir yang dijelajahi oleh SKT2013 selepas Parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian dijelajah pada hari pertama, Pengkalan Chepa dan Bachok pada hari kedua, Ketereh dan Pasir Puteh pada hari ketiga, Machang dan Kuala Krai pada hari keempat, Gua Musang dan Jeli pada hari kelima,  dan Tanah Merah dan Rantau Panjang pada hari keenam.

Di sebelah pagi, SKT2013 bermula di Chetok. 300 pemuda bermotor DUN Chetok berarak ke Pengkalan Pasir. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa telah melepaskan konvoi.

Selepas tiba di Pengkalan Pasir, konvoi Pemuda Chetok bergabung dengan Pemuda Pengkalan Pasir dan membuat satu laporan polis terhadap kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua.

SKT2013 kemudian berarak ke Tendong dan kembara sesi pagi tamat di sebuah sekolah menengah teknik. Di sana, SKT2013 bersama rakyat dalam sukan futsal.

SKT2013 menyambung sesi kembara sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat. SKT2013 bermula di Wakaf Bharu di mana 500 pemuda bermotor DUN Wakaf Bharu dan kepimpinan berarak bersama. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi dan Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut hadir memberikan sokongan.

SKT2013 kemudiannya bergerak ke Pengkalan Kubor, Kelaboran dan Pasir Pekan sebelum kembara berakhir di Pasar Wakaf Bharu.

Antara jalan-jalan yang dilalui adalah jalan Pasir Mas - Kota Bharu, Bunut Susu, Gelang Mas, Jalan Pengkalan Kubor - Bunohan, Jalan pantai ke Tumpat, Pekan Tumpat, Kg. Sedar, Sg. Pinang, Kg. Laut, Kepulau, Wakaf Bharu dan Jambatan Sultan Yahya Petra.

Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan untuk sesi pidato dan mengagihkan barangan-barangan seperti pamphlet, stiker, belon, bendera, VCD dan sebagainya.

Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk mendekati SKT2013 untuk mendapatkan barangan-barangan eksklusif TUKAR.

Stiker T nampaknya semakin hari semakin mendapat sambutan hebat. Rakyat Kelantan kini tidak lagi segan dan takut untuk menampal stiker T di kenderaan masing-masing.

Lihat gambar-gambar sekitar hari terakhir SKT2013 yang pastinya buat Nik Aziz pening!


Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. 

TUKAR!!

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


TUKAR KELATE!: #TukarKelantan : 20 ribu rakyat <b>Kelantan</b> naik <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 06:28 AM PST


Satu perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Kelantan yang diberi nama Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin telah diadakan petang tadi bertempat di padang SMK. Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

Tema perhimpunan tersebut adalah "Rakyat tertekan, bertimbun masalah". Tetamu istimewa pada perhimpunan tersebut adalah negarawan terulung negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isterinya Tun Dr. Siti Hasmah.

Turut hadir ke perhimpunan tersebut adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Dato Ibrahim Ali, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, YB Dato Zulkifli Noordin dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Seri Mustapa Mohamed.

Perhimpunan tersebut dihadiri lebih 20,000 rakyat Kelantan yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu Tun Dr. Mahathir secara lebih dekat. Sesungguhnya sudah lama rakyat Kelantan menantikan kehadiran Tun Dr. Mahathir ke bumi Kelantan.

Tun Dr. Mahathir disambut meriah dengan penuh tradisi melayu Kelantan. Beliau telah disambut dengan 88 pulut semangat, 88 sireh junjung, 88 bunga dan 500 orang pendikir. Angka 88 memberi simbol kepada umur Tun yang sudah mencecah 88 tahun.


Walaupun umur beliau sudahpun 88 tahun, namun beliau masih lagi sihat dan bersemangat untuk berjuang demi negara. Sehingga sekarang, beliau masih lagi digeruni oleh pembangkang walaupun beliau sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Sambutan hebat rakyat Kelantan terhadap kunjungan Tun Dr. Mahathir ke Kelantan menunjukkan bahawa rakyat Kelantan sangat menghargai jasa Tun Dr. Mahathir terhadap negara.

Lihat gambar-gambar sekitar perhimpunan tersebut di bawah.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


11 Setakat Ini Sahajakah Yang Datang Mendengar Ceramah Anwar <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 05:00 PM PST


Sadis! Cukup sadis! Ini sahajalah sambutan yang diberikan oleh Rakyat Machang dan Ketereh di Kelantan dalam ceramah Ketua Umum PGayR semperna Siri Ceramah Jelajah Kelantan semalam. Sekecil-kecil dewan tempat ceramah diadakan tidak penuh. Hadirin dan hadirat yang datang terpaksa duduk bersila di atas lantai untuk menampakkan kehadiran yang penuh. Sudahlah kehadiran Anwar Ibrahim di Kelantan disulami dengan banjir yang tidak diduga sejak tengah hari, sambutan Rakyat pula dingin di malam hari.
Tetamu penceramah seperti Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution dan Jeneral Bersara yang rakus hendak bertanding di dalam PRU13, iaitu Dato Jeneral (B) Abdul Ghafir senang enak duduk di sofa empuk. Sedangkan hadirin penonton yang hadir hanya duduk di lantai. Nampak seperti antara dua darjat. Mungkin inilah ciri-ciri pemimpin berjiwa Rakyat? Agaknya kalau begini sambutan Rakyat Kelantan kepada Pemimpin Pakatan Haram nombor 1, dapatkan Kelantan dipertahankan di dalam PRU-13?

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Dokumentari TV9 #JDAB2013 <b>Di Negeri Kelantan</b>. - jelajah destini <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 11:38 AM PST

Berikut adalah dokumentari singkat yang telah dirakam oleh TV9 sepanjang perjalanan Jelajah Destini Anak Bangsa di Kelantan pada 21 Februari 2013 lepas. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan pihak Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya melanjutkan ke UiTM.

Rakyat <b>Kelantan</b> Ingin Lihat <b>Negeri</b> Sendiri Maju – Mustapa <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 05:23 AM PST

pmanakkelate

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Kemakmuran ekonomi yang dibawa Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuka peluang kepada rakyat Kelantan menikmati kehidupan lebih baik walaupun berada di perantauan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ini tidak mampu diberi kerajaan PAS Kelantan, menyebabkan ramai rakyat Kelantan berhijrah untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

"Rakyat Kelantan yang berhijrah kini berjaya menjadi pegawaitertinggi kerajaan, tokoh korporat ternama, peniaga yang berjaya dan rakyat biasa mempunyai kehidupan lebih baik hasil peluang yang diberi kerajaan BN dan Umno," katanya.

Mustapa berkata demikian ketika berucap pada 'Perhimpunan Perdana Anok-Anok Kelantan di Perantauan 2013′ di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, Ahad. Majlis dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mustapa, kira-kira 500,000 rakyat Kelantan yang berada di luar negeri itu kini mahu kemakmuran ekonomi yang dikecapi mereka dikekalkan selain mahu nikmat itu dirasai di negeri itu sendiri.

"Warga Kelantan amat berterima kasih dengan peluang yang diberikan kerajaan (pusat) dan telah bersedia melakukan perubahan untuk menukar kerajaan PAS di Kelantan kepada kerajaan BN yang mampu menjadikan Kelantan turut maju, sebaris dengan negeri-negeri naungan BN dan Umno yang lain," kata Mustapa.

Beliau menarik perhatian bahawa rakyat Kelantan tidak mahu lagi dibelenggu dengan janji-janji kerajaan negeri yang tidak ditepati serta tidak membawa sebarang manfaat untuk mereka.

Rakyat Kelantan mahu tanah di negeri Kelantan diurus dengan cekap dan diberi kepada yang berhak, bukan digadai sewenang-wenang, kata Mustapa, sambil menambah hanya BN dan Umno mampu membawa perubahan ini.

"Kehadiran warga Kelantan pada program ini menunjukkan kebangkitan dan komitmen mahu terus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan usaha meningkatkan kemakmuran di negara ini dan negeri Kelantan," tambahnya.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Kini Anda boleh memberi komen melalui akaun FaceBook..

Komen..

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Jawatan Kosong Sebagai Guru <b>di</b> MRSM <b>Pengkalan Chepa</b> - 11 <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 12:00 AM PDT

Jawatan Kosong Sebagai Guru di MRSM Pengkalan Chepa - 11 Mac 2013 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2013
MRSM Pengkalan Chepa mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai GURU.

Majikan :          MRSM Pengkalan Chepa
Alamat :           Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu
Telefon :          09-7738252 (Wan Suhaila Bt Wan Yaacob)
Email :             mrsmdc@mara.gov.my

Jawatan :         Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 3
Kelayakan :       Ijazah English/ Pengajian Islam
Gaji :               RM 1600.00

Keterangan :
•      Dua Jawatan Kosong Sebagai Guru (Sambilan) Bahasa Inggeris & Pengajian Agama Islam Di MRSM Pengkalan Chepa.
•      Bergaji Hari (RM74.82- RM82.69).

Tarikh Tutup permohonan : 11 Mac 2013

Hantarkan Surat Permohonan Dan Resume Dengan Salinan Sijil Dan Kad Pengenalan Yang Disahkan Serta Sekeping Gambar Terbaru Ukuran Paspot Kepada:

Pengetua,
MRSM Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu
Kelantan.

Permohonan juga boleh dibuat di jobsmalaysia.

Cara-cara untuk memohon di jobsmalaysia

1.Sila ke jobsmalaysia : SILA KLIK DISINI
2.Dicarian segera sila plih Cari Majikan
3.Masukkan keyword (sila copy dan paste) : MRSM Pengkalan Chepa
4. Cari majikan MRSM Pengkalan Chepa

Selamat maju jaya..



Ribuan Rakyat <b>Pengkalan Chepa</b> Menyambut Gelombang Merah <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2013 07:39 PM PST




Ini adalah Pengkalan Chepa, Parlimen di mana yang berjawatan MB Kelantan dan dua EXCO tinggal dan bertanding. Malam tadi malam bersejarah buat penduduk di Pengkalan Chepa. Tidak pernah berlaku sebelum ini ribuan Rakyat membanjiri himpunan Gelombang Merah. Disaat PAS membuat replika patung Datuk Mustafa Mohamed dan memukul replika patung berkenaan dengan rotan di sebelah petangnya, di sebalah malam pula ribuan Rakyat Pengkalan Chepa berhimpun menyatakan sokongan pada Tok Pa dan Tok Dali serta angkatan pemimpin seluruh Pengkalan Chepa.
Walaupun CTS lahir di Kedah dan menetap di Shah Alam, Selangor, CTS mengakui gelombang Rakyat untuk menukar Kerajaan Pakatan Haram di Kelantan jauh lebih besar daripada Kedah dan Selangor. Ramai yang mengakui gelombang untuk menukar Kerajaan kali ini sangat kuat. Ini didorong oleh tokoh Bakal Menteri Besar Kelantan yang diketengahkan iaitu Tok Pa sendiri, yang mampu membawa Kelantan ke satu arah kemajuan dan kemodenan tanpa meninggalkan nilai-nilai keIslaman dan cara hidup Rakyat Kelantan selama ini. Ini kalilah!

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Plan untuk Pakatan menang <b>di Jeli</b>

Posted: 15 Mar 2013 01:28 AM PDT

15 MAC — Dua kawasan parlimen di Kelantan semacam sudah dianggap sebagai telaga buruk oleh PAS di mana harapan untuk memenanginya tipis. Dua kawasan itu ialah Gua Musang dan Jeli. Kedua-dua kawasan ini ditakhtai oleh tokoh Umno yang sudah terbilang akan kehebatan dan budinya kepada rakyat. Umno sendiri menandakan kawasan ini sebagai "super white".
Dalam catatan ini saya hendak menyorot kawasan parlimen Jeli saja tidak bawa sama Gua Musang. Apakah kawasan ini benar-benar sebagai sebuah "telaga buruk" di mana PAS tidak ada harapan untuk menang? Apakah Mustapa Mohamed seorang yang kebal dan mempunyai pelbagai tangkal dan azimat untuk mempertahankan dirinya?
Kata orang kalau hendak seribu daya dan tidak hendak seribu dalih. PAS boleh membaiki nasib malang di Jeli itu kalau mereka mahukan demikian. Tuhan menyuruh kita berusaha kemudian berserah kepadanya. Jalan untuk menang tidak pernah tertutup. Sebenarnya Jeli bukan telaga buruk bagi PAS, begitu juga Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian bukan telaga buruk bagi UBN.
Masih ada formula bagi PAS untuk tidak begitu kecewa di Jeli. Ada alternatif dan usaha ikhtiar lain. Semisalnya jikalau PAS merasakan lemah siku tulang untuk berhadapan dengan Mustapa dan merampas kerusi parlimen Jeli, tetapi PAS dan juga PKR boleh berbuat cara lain untuk mengurangkan pengaruh dan keagungan Mustapa di situ. Caranya ialah tukar strategi.
Kalau untuk merampas kerusi Jeli terlalu penat dan letih sangat, PAS tidak perlu membuang masa untuk berbuat demikian. Biarlah kerusi itu dimiliki Mustapa, sekurang-kurangnya dengan adanya beliau ia boleh memberi faedah kepada rakyat Jeli. Dengan prihatin dan kerajinan serta kedudukan sebagai menteri, Mustapa berjaya merubah Jeli menjadi sebuah bandar dari sebuah lembah "halimunan" sebeluman ini.
Jadi tenaga digunakan untuk melumpuhkan Mustapa boleh digunakan untuk kawasan lain atau menentang orang lain. Itu baru dikatakan berstrategi.
Maka PAS perlu tumpukan kepada kerusi state. PAS boleh mengubah pendekatan dan matlamatnya dengan merampas kerusi state. Potensinya ada, memandangkan kepada pola pengundi di Jeli berubah dan tidak sekata. Ertinya undi untuk parlimen tidak sama undi untuk state. Ini bermakna pengundi di Jeli sudah selesa dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri, tetapi mereka ralat dengan wakil rakyat statenya.
Contohnya dalam pilihan raya ke-12, 2008 yang lalu, ternyata undi state dan parlimen tidak sekata. Undi diterima Apandi berbeza dengan undi-undi yang diperolehi calon PAS dan PKR di Air Lanas, Bukit Bunga dan Kuala Balah. Kalau dicampur undi PAS (Pakatan) dari ketiga DUN ini Apandi sepatutnya menerima sebanyak 14,812 undi. Tetapi undi hakikat diterima Apandi sebanyak 12,732. Ini bermakna sebanyak 2,074 tidak mengundi Apandi?

Dalam pilihan raya lalu calon PAS di DUN Air Lanas, Abdullah Yaacob mendapat 5,690 undi, calon PAS di Bukit Bunga, Sufely Abd Razak mendapat 5,383 undi manakala calon PKR di Kuala Balah Mat Sulaiman Mat Daud memperolehi 3,391 undi.
Ertinya kalau kesemua undi yang diberikan kepada calon state itu juga diberikan kepada Apandi ini bermakna Apandi kalah dengan Mustapa sebanyak 2,356 undi bukannya 4,436 undi. Kekalahan dengan majoriti sebanyak itu bukan boleh disifatkan kekalahan teruk kerana lawannya seorang menteri dan mempunyai "undi ternak" yang banyak. Undi ternak tu gak, undi askarlah.
Apakah kefahaman yang boleh diambil dari statistik ini. Iya menunjukkan bahawa pola pengundi di Jeli tidak "menurut" dan selari diantara undi untuk calon Parlimen dengan undi untuk calon state. Di sini kemungkinan ada berlaku penolakan kepada Apandi disebabkan pengundi Jeli sudah menerima dan larut dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri atau pun kerana masalah peribadi. Tetapi kalau Apandi bertanding di state situasi ini boleh berubah.
Justeru berdasarkan hakikat dan matemetik siasah itu, maka PAS perlu berbuat sesuatu. Apa yang boleh dibuat ialah dengan memindahkan Apandi turun ke DUN agar tidak bertempur dengan Mustapa Mohamed. Apandi merupakan seorang berkelulusan dalam bidang kejurukuraan dan profesional sepatutnya diselamatkan untuk menggunakan ilmu dan kebolehan yang ada kepadanya.
Dua kerusi DUN yang boleh diberikan laluan kepada beliau, iaitu Air Lanas yang kini disandang oleh Abdullah Yaacob (PAS) ataupun Kuala Balah yang kini disandang oleh Abdul Aziz Derashid (BN). Satu lagi kerusi Bukit Bunga tidak sesuai dan relevan untuk Apandi walaupun beliau YDP PAS Jeli.
Kedua-dua kerusi ini ada ruang untuk Apandi menang. Sekiranya Air Lanas menjadi harapan, Abdullah boleh dipindah ke parlimen untuk menentang Mustapa Mohamed. Perpindahan itu juga sebagai kenaikan pangkat untuk Abdullah, dan sekiranya Pakatan Rakyat menang beliau boleh dilantik menjadi Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri. Abdullah sudah dua penggal menang dikerusi berkenaan dan kalah sekali.
Sekiranya alternatif ini diambil, kerusi Air Lanas menjadi pilihan, ia tidak menjejaskan hubungan atau status quo yang persetujui di antara PAS dengan Pakatan Rakyat. Kerusi Kuala Balah telah diperuntukan kepada PKR. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Mat Sulaiman Mat Yassin kalah kepada Aziz Derashid dengan kekurangan undi sebanyak 1,381 undi. Jumlah itu agak besar juga berbanding dengan kemenangan Aziz sebelum ini yang kecil.
Apandi juga sesuai diletak di kerusi ini kerana Kuala Balah merupakan kampung halamannya. Apa lagi Aziz Derashid sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat di mana sudah banyak dosa-dosa politik yang ditompoknya. Lagipun Aziz merupakan anak beranak Apandi juga mungkin pernah sama-sama mandi sungai di Pergau. Tetapi soalnya apakah PKR bersetuju?
Kalau kerusi Kuala Balah diberikan kepada PAS, maka kerusi gantian untuk PKR juga perlu diadakan sekiranya parti itu masih "gatal" dan "gelenyer" untuk bertanding. Kerusi gantian ialah parlimen Jeli. Pertukaran begini tidak akan menjejaskan kedudukan Abdullah di Air Lanas. Soalnya apakah PKR mempunyai calon berwibawa? Ketua Wanita PKR yang diura-urakan untuk diletakkan di Kuala Balah sudah tentu tidak layak dan sepadan untuk berhadapan dengan Mustapa di kerusi parlimen.
Jangan apa, sekali Mustapa batuk saja, calon PKR itu boleh melayang. Kalau pertukaran hendak dilakukan, PKR terpaksa mengorbankan ketua wanita mereka. Lupa soal kouta untuk wanita dan sesorang berwibawa perlu dicari bagi menentang Mustapa Mohamed. Buat apa letak calon kalau kekalahan sudah tergenggam dalam kedua belah tangan. Sesiapa boleh diletakan di Jeli dan kalau kalah pun tidak mengapa, kerana lawannya menteri.
Untuk ini PKR mungkin boleh import pimpinan atau tokoh dari luar kawasan. Dalam konteks ini saya nampak ada dua pemimpon PKR yang boleh dibawa ke Jeli sekaligus untuk melatih mereka berpilihan raya. Seorang dari Kelantan, Dr Wan Suhaimi Wan Daud, Ketua Cabang PKR Pasir Mas dan seorang lagi Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau CikguBard yang aktif mengerakan massa menerusi NGO itu.
Saya percaya plan pertukaran untuk menyelamat kerusi ini tidak menjadi masalah. Kedua pemimpin PKR dan PAS hanya perlu berbincang dan kemukakan cadangan itu kepada pemimpin atasan masing-masing. Atau cukup kalau perbincangan mengenai plan ini dilakukan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Husam Musa sahaja. Mereka konsensuskan perkara ini kemudian sampaikan kepada pengetahuna Tokguru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim. Selesai khulu.
Berani saya bertegas, sekiranya status quo yang ada hari ini dikekalkan di Jeli, harapan PAS untuk merampas sekurang-kurang dua kerusi state tidak akan berjaya manakala untuk menumbangkan Mustapa ibarat langguk panggang dari api. Dan sekiranya plan ini menjadi kenyataan kemungkinan ketiga-tiga kerusi state disapu Pakatan Rakyat dan yang UBN hanya menang menerusi Mustapa sahaja untuk kerusi parlimen.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Majlis ikrar Wanita Pakatan ke Putrajaya <b>di Tanah Merah</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 02:47 AM PST

Sempena program Ikrar Pakatan ke Putrajaya yang dianjurkan Wanita Pakatan diadakan di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Padang Siam, Tanah Merah Kelantan, baru-baru ini, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin (tiga dari kiri) dan Ketua Wanita Muslimat, Siti Zailah Yusof (dua dari kiri) hadir sebagai tetamu khas.Wanita pkr i

Program yang dihadiri 500 wanita Pakatan itu dimeriahkan lagi dengan pelancaran Agenda Wanita Malaysia antaranya Caruman Wanita Malaysia. Hadir sama memerihkan majlis itu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani (berbaju Melayu) dan Exco kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45369

NGO <b>di Tanah Merah</b> desak k&#39;jaan Kelantan selesai isu tanah <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2013 01:33 PM PST

Posted on February 3, 2013, Sunday

TUMPAT: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di jajahan Tanah Merah meminta kerajaan negeri pimpinan PAS supaya prihatin terhadap desakan rakyat dalam menyelesaikan isu tanah di negeri ini.

Penaung NGO berkenaan, Datuk Shaari Hassan berkata isu itu telah membelenggu hidup rakyat terutama peneroka tanah kerajaan yang sebelum ini dijanjikan diberi hak milik selepas meneroka kawasan masing-masing sebelum 1990.

"Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut kini terhimpit dan kecewa apabila permohonan mereka untuk mendapatkan hak milik tanah tidak diluluskan kerajaan negeri kerana didakwa telah diserahkan kepada syarikat asing untuk tujuan pembangunan," katanya kepada pemberita pada perhimpunan 'Selamatkan Bumi Kelantan' di Pasir Pekan, di sini semalam.

Antara NGO terlibat ialah Aktivis Kebajikan Tanah Merah, Kelab 4×4 Tanah Merah, Persatuan Pemandu Kereta Sewa Tanah Merah, Majlis Belia Jajahan Tanah Merah (MBJTM), Membawa Inspirasi Rakyat Tanah Merah (Membara) dan Persatuan Bekas Polis dan Tentera Tanah Merah.

Shaari mendakwa rakyat kini sudah bosan dengan kerenah kerajaan PAS dan sudah sampai masanya mereka membuat perubahan dengan menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. — Bernama

Shaari yang juga bekas Anggota Parlimen Tanah Merah dan bekas Ketua UMNO bahagian itu, turut kesal dengan tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) yang didakwa mengambil alih tapak Padang Merdeka di bandar itu yang sebelum ini menjadi pusat kegiatan sosial dan rekreasi untuk dibina bangunan komersil oleh syarikat asing tahun lalu.

Katanya, projek itu mendapat bantahan kebanyakan NGO di bawah naungannya yang mengadakan tunjuk perasaan secara aman pada 4 Dis lepas.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri mengkaji semula syarat-syarat perjanjian termasuk tempoh pajakan dengan syarikat asing terbabit bagi mengelak tanah itu terlepas daripada dimiliki rakyat negeri ini. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

program jelajah anak malaysia <b>di tanah merah</b> <b>...</b> - Portal Berita iKDN

Posted: 13 Feb 2013 08:28 AM PST

Tanah Merah, 6 Febuari 2013 – Tanah Merah menjadi destinasi seterusnya Program Jelajah Anak Malaysia. Program hari ini ini dimulakan dengan aktiviti riadah bersama penduduk kampung bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 (SMKTM 1) dan diteruskan dengan Sesi Dialog Mahasiswa bersama pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun ini.  Program ini diharapkan dapat membantu para pelajar meningkatkan mutu pembelajaran untuk mencapai matlamat ke menara gading dan membincangkan tentang arah hala tuju selepas SPM.

Dalam program Kam1 Prihatin, peserta Konvoi Jelajah Anak Malaysia singgah sebentar di wad kanak-kanak Hospital Besar Tanah Merah. Para peserta berpeluang melawat kanak-kanak bersama Tuan Hj Ahmad Ismail, Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah dan memberi sedikit sumbangan. Dan di sebelah petangnya tabung kecemasan GAZA turut dilancarkan bagi membantu mangsa peperangan di Palestin.

Selain itu hamper 1,000 orang penduduk Tanah Merah telah berkunjung ke gerai pameran Rakyat Service Centre (RSC) yang diadakan bersempena dengan jelajah tersebut.  Dan di sebelah malamnya para pengunjung telah dimeriahkan dengan program Muzikal Rakyat yang mempersembahkan tarian dan nyanyian lagu-lagu rakyat.

ads