Sabtu, 7 Disember 2013

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di mengkebang</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Nov 2013 11:47 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Adiza saidi: BALIK BERAYA <b>DI MENGKEBANG</b>

Posted: 25 Oct 2012 12:00 AM PDT

macam biasa hari raya haji aka hari raya korban aku misti balik beraya di kampong.
tapi tahun ni lain sikit, kebiasaannya aku balik beraya sekeluarga,isteri anak anak dan
cucu. tapi kali ini aku hanya balik bersama anak menantu dan cucu sahaja, isteri  tak
ikut bersama kerana kurang sihat. untuk mengelak dari kesesakan jalan aku telah bertolak
awal pagi sehari sebelum raya.Sedia maalum hari raya HAJI tahun ini  telah jatuh pada 
jumaat,jadi aku pun mengambil keputusan balik pada hari khamis (hari kemuncak bagi rakyat 
malaysia berketurunan anak kelantan balik kampong). aku mula bergerak atau pun bertolak
dari rumah kira kira pukul 4.30 pagi ia itu  lebih kurang sejam setengah sebelum subuh.
alhamdullillah .....perjalanan bergerak lancar.
seperti yang di rancang......singgah sembahyang subuh di masjid abu bakar raub.
solat subuh telah pun selesai.
bergerak menerus kan perjalanan.
alahai.................nak lari  dari jem, kena jugak jem di merapuh
al hamdulillah.........sampai di rumah selepas zohor
melawat kebun salak di belakang rumah
pokok salak yang baru tanam
singgah sembahyang di masjid sungai pas
melintasi depan rumah untuk ke guchil
bandar kuala krai waktu malam
teman auni (cucu ku) makan kenturki
menunggu kenturki.......tak sabar menunggu dah tepuk tepuk meja.
aaaaaaaaaa...... baru ceria.......order dah sampai
alamak.................geram giler kerana tersalah order
dah tak sabar nak makan.......
pekan guchil waktu malam (malam raya)

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 11:43 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sungai Tangok, <b>Jelawat Kelantan</b> - Blogger

Posted: 07 Oct 2013 01:03 AM PDT

Sungai Tangok adalah nama popular bagi penduduk Bachok, Bakelan dan Jelawat. Bagi penghuni luar sungai ini dipanggil dengan berbagai nama . Hasil tinjauan minggu lepas pada  29 Sept - 4 Okt 2013. Sungai Tangok memang dalam dan banyak lubuk - lubuk yang boleh diduga oleh otai-otai pancing. Sungai ini didiami oleh berbagai spesis ikan terutama ikan Patin, ikan Toman dan Ikan Haruan. Boleh dikatakan sepanjang sungai Tangok adalah lubuk ikan.

Hasil daripada pemerhatian sepanjang meninjaun lubuk sungai ini. Ikan Patin di sungai ini akan meragut umpan pada musin air surut / kering / kemarau. Saya jangkakan pada bulan Jan- April, iaitu selepas air banjir di Pantai Timur mula surut dan musim kemarau mula tiba. Ikan Patin disini boleh mencecah 8 - 18kg/ seekor kalau berjaya didaratkan. Jangkaan dari libasan dan olakan air semasa ikan-ikan patin timbul di permukaan.  
Begitu juga bagi ikan-ikan Toman dan Haruan disini. Kalau berjaya didaratkan boleh mencecah 4 - 5kg/seekor. Besar tuuuu. Buat masa kini, ikan-ikan Toman /Haruan sesuai ditangkap secara casting atau menggunakan umpan hidup seperti anak ikan keli, anak udang galah dan anak ikan kap. Ikan-ikan disini akan mudah di daratkan pada musin kemarau. Pada masa sekarang Pantai Timur mula menerima hujan disebelah petang dan ribut petir. Air sungai sejuk dan tidak sesuai untuk menduga Ikan Patin dan Toman / Haruan. Kalau nak casting juga, hanya mencari toman/haruan yang aktif bertelur dan menjaga anak yang sudah menetas.

Bagi otai-otai yang tak terbiasa di lokasi lubuk-lubuk sungai Tangok, harus berhati-hati. Sebab, sungai ini didiami oleh Sang Bedal.
    
Kawan akan cuba daratkan Ikan Patin di sungai Tangok pada awal Januar1 - April 2014. Siapa rasa berani cuba laaaa yeaaaa.

wasallam.

Kursus Bahasa Inggeris Cuti Sekolah - <b>Kelantan</b> | "WargaCeria" <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2013 04:02 PM PST

23/11/2013 8:01 am

Program KHEMAH Kefasihan Perbualan Bahasa Inggeris CUTI SEKOLAH akan diadakan di Jelawat/Bachok/Gunung dan Kota Bharu selama dua minggu menurut jadual berikut:

Kumpulan Tarikh  Waktu: Tempat 
Bachok (BA) 23 Nov - 11 Dis 10 pg - 12.00 tghri  BiiT Bachok 
Kota Bharu (KB1)  24 Nov - 12 Dis 2.30 ptg - 4.30 ptg BiiT - KB 
Bachok BB 14 Dis - 31 Dis 10 pg - 12.00 tghri  BiiT Bachok  
Kota Bharu (KB2)  15 Dis- 31 Dis  2.30 ptg - 4.30 ptg BiiT - KB  

Yuran Program KHEMAH Bahasa Inggeris KHAS CUTI SEKOLAH (10 hari) ialah RM150 sahaja atau RM120 seorang untuk setiap kumpulan 4 orang. Kelas diadakan 3x seminggu selama 3 minggu.

Hanya untuk remaja berumur 12 tahun keatas sahaja. Daftar di bawah ini atau hubungi 018 915 6521 (Sir)

Untuk terus berdaftar, sila tulis berapa orang yang akan hadir pada kotak Quantity dan klik butang "Pilih Ini" di bawah ini:

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Nov 2013 11:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2013 11:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2013 11:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2013 11:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2013 11:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

majlis penyampaian sijil penghargaan bai&#39;ah / new <b>...</b> - sk <b>jelawat</b> 2

Posted: 19 Mar 2013 08:09 AM PDT

SK Jelawat 2 sekali lagi dianugerahkan Sijil Penghargaan Tawaran Baru Guru Besar ( Bai'ah / New Deal ) bagi tahun 2012, selepas berjaya meraih kejayaan sulungnya pada tahun 2011. Majlis ringkas yang diadakan di Dewan Munawarrah SK Jelawat 2 ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah  Bachok, Tuan Hj Saupi bin Majid pada 18 Mac 2013.


Encik C.M. Sabri bin Ibrahim selaku Guru Besar SK Jelawat 2 menerima Sijil Penghargaan Bai'ah / New Deal tersebut daripada Tuan Hj Saupi bin Majid disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid SK Jelawat 2.  
Tahniah kepada semua warga SK Jelawat 2 di atas kejayaan mencipta nama sebagai salah sebuah sekolah yang cemerlang di PPD Bachok.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Feb 2013 11:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tentera Maya: KOLEKSI FOTO DAN VIDEO HOT #JDAB2013 <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 03:43 PM PST

Sebentar tadi baru sahaja selesai Program Jelajah Destini Anak Bangsa peringkat negeri Kelantan Darul Naim. Kali ini programnya agak unik dari sebelum ini kerana ianya turut disertai oleh barisan artis yang popular seperti Saiful Apek, Emma Maembong, Adira AF, Danny X-Factor dan Syed Aiman. Meh aku bagi sedikit ringkasan tentang program hari ini :

Program dimulakan dengan 'Flag-Off' oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Ir.Dr. Sahol Abdul Hamid di perkarangan UiTM Kota Bharu pada jam 8.00 pagi untuk menuju ke checkpoint pertama iaitu Pasar Jelawat, Bachok. Alhamdulillah, di Kedai Kopi Poo seramai 32 orang pelajar berjaya diterima masuk ke UiTM. Untuk pengetahuan anda, 10 orang daripada mereka ialah pelajar yang pernah gagal di peringkat Ijazah dan atas dasar simpati, mereka telah diberikan peluang kedua oleh pihak JDAB agar dapat membuktikan kebolehan mereka supaya dapat menebus kesilapan lampau.

Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan JDAB 2012 ialah pada kali ini pihak UiTM turut sertakan 2 buah bas khas yang diubah suai menjadi klinik bergerak Optometri dan Klinik Pergigian yang memberi perkhidmatan pemeriksaan mata dan gigi percuma.
Alhamdulillah, kali ini JDAB diterima terbuka oleh rakyat Kelantan kerana mereka sebelum ini diracun olh parti politik tertentu dan mereka sekarang semakin terbuka dan untuk menerima perubahan yang dibawakan oleh PM Najib Razak. BO LA WEI!! :)

LAGI FOTO DIBAWAH :

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 11:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

cahaya kejayaan pemimpin: Pembinaan Rumah <b>di Jelawat</b>, <b>Kelantan</b>.

Posted: 09 Sep 2012 08:23 PM PDT

assalamualaikum. Lawatan ke tapak pembinaan rumah di Jelawat, rumah ini telah mempunai pemilik dan pembinaan rumah hampir 90% siap. kepada sesiapa y berminat untuk memiliki rumah sendiri, kami mempunyai lot tanah y belum dimiliki di TOK BALI. untuk sebarang pertanyaan, boleh layari facebook kami     iaitu NFA Massa Resources ataupun hubungi kami ditalian 0193673161. Disini kami sertakan beberapa keping gambar rumah di sedang dibina di Jelawat. :)

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 11:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2013 11:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

#JDAB2013 berjaya bantu 35 orang anak <b>Kelantan</b> melanjutkan <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 06:39 AM PST

Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2013) memulakan siri penjelajahan mereka di Kelantan hari ini bagi membantu lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Mereka tiba di Kota Bharu pada jam 6.00 petang semalam. Misi di Kelantan bermula seawal jam 7.00 pagi di mana konvoi JDAB2013 dilepaskan oleh Datuk Prof. Ir. Sahol Abdul Hamid di kampus Kota Bharu. Skuad JDAB2013 juga disertai oleh artis-artis terkenal seperti Saiful Apek, Adira AF, Danny X-Factor,Syed Aiman dan Fiza.








Sebaik sahaja dilepaskan pada jam 9.00 pagi, skuad JDAB2013 menuju ke Pasar Jelawat, Bachok. Kehadiran mereka di sana disambut meriah oleh masyarakat sekitar Bachok yang menunggu ketibaan mereka di Kedai Kopi Poo berdekatan Pasar Jelawat.
Di sana, seramai 35 orang pelajar berjaya dibantu untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.
Skuad JDAB2013 kemudiannya bergerak ke Jeli pada jam 12.00 tengahari. Di sana, Dato Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengunjungi pasar di Pekan Jeli.
Di Jeli, sukarelawan JDAB2013 memeriksa mata masyarakat tempatan di atas Klinik Optometrik Bergerak. Cermin mata percuma diberikan kepada orang ramai yang memerlukan.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 09:11 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

&#39;Perubahan bermula <b>di Manek Urai</b>&#39; - Utusan Online

Posted: 12 Jul 2009 04:38 PM PDT

'Perubahan bermula di Manek Urai'

PUTRAJAYA 12 Julai - Sokongan dan kesedaran pengundi di Manek Urai terhadap Barisan Nasional (BN) merupakan langkah permulaan ke arah usaha membela nasib rakyat Kelantan pada masa depan.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, BN dan UMNO akan bersama-sama dengan seluruh rakyat Kelantan untuk memulakan langkah pembaharuan itu.

''Ini adalah masa yang tepat untuk membuat perubahan kerana di tangan penduduk Manek Urai, kesemua pembaharuan ini akan bermula.

''Manek Urai boleh menjadi tempat bermulanya perubahan itu kerana rata-rata pengundi sedar dengan politik sempit kepimpinan Pas yang tidak mungkin dapat membawa mereka ke mana-mana," ujarnya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut beliau, jentera kempen UMNO menerima pelbagai keluhan rakyat Manek Urai yang tidak melihat sebarang peningkatan hidup sepanjang diperintah Pas.

''Apabila saya bertemu sendiri dengan pengundi, ramai menyatakan keadaan ini perlu berubah dan rakyat tidak boleh lagi digula-gulakan.

''Jauh di sudut hati mereka tertanya-tanya apakah kerajaan Kelantan sedar bahawa ramai rakyat di pedalaman masih hidup dalam keadaan yang jauh tertinggal dan semakin hari peluang mereka semakin tertutup," ujarnya.

Beliau berkata, saban hari penduduk Manek Urai dan sekitarnya melihat kekayaan hasil bumi dari Kelantan khususnya kayu balak dibawa keluar.

Jelasnya, hasil bumi bernilai jutaan ringgit itu adalah milik negeri dan rakyat Kelantan berhak menikmati pulangan daripadanya.

''Mereka tertanya-tanya apakah tidak mungkin kerajaan negeri dapat membuat perubahan dan berkongsi kekayaan dengan rakyat secara lebih telus," ujarnya.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2013 09:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DATUK NIK SAPEIA: PRU 13 PPP mendapat DUN <b>Manek Urai</b>

Posted: 28 Mar 2013 09:44 PM PDT

PPP diberi kepercayaan kepimpinan Barisan Nasional untuk meletak calon di DUN Manek Urai untuk mewakili Barisan Nasional dalam PRU 13. Penghargaan ini diberi berdasar segala usaha yang telah dilakukan oleh peminpin dan ahli PPP khususnya di Parlimen Kuala Krai untuk menambat sokongan rakyat tempatan. Berkat kerja dan program2 yang dilaksanakan oleh PPP Kelantan mendapat sambutan yang hangat oleh rakyat Kuala Krai terutama di DUN Manek Krai. Oleh itu PPP Kelantan diberi kepercayaan untuk mengetengahkan calon untuk DUN Manek Urai dan PPP telah menyerah tugas itu kepada Ketua Wanita PPP Kelantan , Datin Dr Suriani Yahya.

Datin Dr Suriani binti Yahya atau dikenali dikalangan penduduk Manek Urai sebagai Datin Su atau Dr Su, tidak asing bagi penduduk Manek Urai. beliau sentiasa bersama sama mengendali program 2 PPP yang di adakan di Kuala Krai khususnya di Manek Urai bersama Datuk Nik Sapeia Nik Yusof , Naib Presiden PPP Malaysia merangkap Ketua perhubungan PPP Kelantan.

Buat julung kali PPP kelantan mendapat sebuah kerusi untuk bertanding di Negri Kelantan. Memadangkan Dr Su merupakan calon boleh menang atau winnable candidate maka dengan semangat juang yang tinggi dan doa kehadrat Illahi agar mendapat restu PPP Kelantan melancar kempen pilihan raya dengan merasmi Pusat Bantuan PPP/BN DUN Manek Urai di Kg Laloh  pada 3/3/13 dibanjiri oleh sekitar 4000 penduduk DUN Manek Urai.

Beberapa program susulan telah diadakan di beberapa kampung termasuk Kg Peria Baru Kg Manek Urai Lama, Kg Peria. Kehadiran disetiap majlis perjumpaan amat memuaskan dengan kehadiran melebihi 500orang , dan mereka memberi sokongan padu pada Datuk Nik Sapeia dan Datin Su. Insya Allah PPP kelantan akan berusaha hingga berjaya menawan DUN Manek Urai sebagai usaha untuk Barisan Nasional memerintah Negri Kelantan Negri Tuanku Cik Siti Wan Kembang.

Siemens MelayuMaju: Gambar Jambatan <b>Manek Urai</b> tetap <b>di</b> bina <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2013 07:30 AM PDT

Penduduk <b>Manek Urai</b> ingat jasa Tuan Aziz | The Malaysian Times

Posted: 24 Apr 2013 01:05 AM PDT

KUALA KRAI, 24 April: Ketika pilihan raya kecil Manek Urai pada 2009, nama Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat tidak asing lagi kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Walaupun tewas kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dengan majority hanya 65 undi, ia tidak menyekat Tuan Aziz daripada berusaha menunaikan janji untuk membawa pembangunan ke DUN berkenaan.

Ini antara lain dizahirkan melalui projek yang keseluruhannya bernilai jutaan ringgit seperti pembinaan jambatan baharu di Kampung Manek Urai Lama berharga kira-kira RM15 juta, pembesaran Masjid Temalir (RM600,000) dan pusat sukan dan rekreasi di Kampung Manjor (RM300,000).

Ketiga-tiga projek yang dilihat besar ertinya kepada penduduk itu kini hampir siap.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini, Tuan Aziz merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Krai yang akan menentang penyandang daripada PAS, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli.

Merangkumi empat DUN iaitu Mengkebang, Guchil, Manek Urai dan Dabong, Parlimen Kuala Krai mempunyai 63,101 pengundi dengan Melayu 93.9 peratus, diikuti Cina (4.4 peratus), India (1.33 peratus) dan lain-lain (0.22 peratus).

Penduduk Kampung Manek Urai Lama, Mohd Zamzuri Alias, 45, melahirkan rasa syukur kerana Tuan Aziz terpilih sebagai calon BN untuk Parlimen itu.

"Kami masih ingat jasanya yang telah mengubah keadaan di Manek Urai. Kami tidak mahu lagi tersilap pilih kerana kami mahukan pemimpin yang boleh membawa perubahan," katanya.

Warga emas dari Kampung Temalir, Yusof Abu, 70, berkata pemilihan Tuan Aziz untuk bertanding di Manek Urai dulu dianggapnya sebagai 'rahmat' yang telah membawa kepada pembesaran Masjid Temalir.

"Kalau dulu hanya berapa puluh jemaah sahaja boleh bersembahyang, kini beratus orang boleh sembahyang sekali. Kami akan pilih Tuan Aziz dan percaya melaluinya banyak lagi perubahan akan dibawa," katanya.

Bernama melaporkan, Tuan Aziz, 43, ketika ditemui berkata beliau percaya lebih 63,000 pengundi di Parlimen itu akan membuat pilihan bijak dengan memilih parti yang benar-benar mampu membawa pembangunan buat mereka.

"Ini amanah besar buat rakyat di sini. Saya berjanji akan berkhidmat dengan cemerlang untuk membawa perubahan lebih besar jika BN dipilih mewakili Parlimen ini," katanya.

Tuan Aziz berkata yang lebih penting ialah memastikan peluang pekerjaan bagi golongan muda dan menjadikan Kuala Krai yang terkenal dengan industry perladangan lebih berdaya saing.

Beliau membayangkan lebih banyak kilang akan diwujudkan bagi memastikan golongan muda mendapat pekerjaan tanpa perlu lagi berhijrah ke kawasan atau negeri lain.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan Persekutuan yang diterajui BN telah membawa pelbagai projek pembangunan bernilai lebih RM620 juta ke Parlimen ini termasuk pembinaan jambatan Sungai Galas berharga RM45 juta, kuarters polis di Sungai Durian (RM25 juta) dan Klinik Kesihatan (RM16 juta), di samping pembinaan beberapa sekolah baharu bernilai RM73 juta.

Di bawah RMK10 pula, lebih RM400 juta diperuntukkan sehingga kini bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk hospital baharu berharga RM300 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Projek itu kini dalam proses penyediaan tapak di bandar Kuala Krai. Pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Parlimen itu juga dibuat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Dinner <b>Di</b> Mustaqim Seafood 2 <b>Kota Bharu</b> | Syira

Posted: 11 Nov 2013 11:34 PM PST

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Bila sudah penat seharian berjalan, pukul 9 malam barulah kami betolak balik ke Jerteh dari Kota Bharu. Sampai separuh jalan, masing-masing lapar, cari punya cari kedai makan akhirnya kami memilih untuk Dinner Di Mustaqim Seafood 2 Kota Bharu
Maknanya hari ini memang seharian kami berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Memang seronok, sebab bukannya selalu pun. hehe.


Selamat Datang Ke Mustaqim Seafood 2 .. Nama sahaja seafood tapi tak ada seafood pun. Hehe, kebetulan tak ada kot, syira pun tak tanya, cuma bila syira order kerang bakar, dia cakap tak ada lah, hehe, syira senyum je lah, suami cakap kena buang nama seafood tu. haha.

Banner kedai yang besar. Dari jauh sudah nampak cerah dan ceria. Sebenarnya suasana di dalam kedai agak malap. Tapi susunan meja kemas dan order pun cepat di ambil dan dihantar. hehe


Pelanggan yang sabar menanti. Memang ramai, tapi mereka memang masak dengan cepat. Tidak lama sangatlah tunggu. Rasanya kejap je kot.
Suami order coffee ais, syira snap gambar gelas ni sebab setiap gelas di hidangkan mempunyai bentuk yang berbeza. Ini gelas air ais, untuk gelas air panas, dia guna gelas biasa je, memang menarik.

Untuk air buah, inilah gelasnya. Syira zoom dari jauh ni, sebab nampak special sungguh. Belum jumpa lagilah kedai yang macam ni. hehe.
Order kami dah sampai, makan dengan lahapnya sebab lapar. Kelemahannya cuma satu sahaja, iaitu nasi putih kami sejuk dan syira memang tidak makan nasi sejuk. Tapi sebab tomyam suam maka bolehlah masuk juga.

Tak ada api pun kat bawah bekas tomyam ni, kalau ada lilin mesti besh, barulah panas selalu tomyam ni, memang kenalah kalau di makan dengan nasi sejuk.

Yeahah, habis licin lepas tu sandar badan dan sendawa.. Lega. Memang lapar sungguh di tambah dengan penat jalan-jalan sekali. Alhamdulillah, di atas kurniaan rezeki ini Ya Allah. 

Dah dah jom balik, eh sebelum balik kita jangan lupa bayar yea, nanti tak halal pula hasil pemakanan kita tu. huhu..
Hidangan yang kami makan di Mustaqim Seafood 2 Kota Bharu ialah, dua nasi putih, satu orang makan tomyam ayam, satu orang makan daging masak merah, satu orang makan telur dadar, satu coffee ais dan satu air suam hanya RM16.20 dan tuan kedai bagi RM16.00 sahaja.
Murah ke mahal? entahla... yang penting perut sudah kenyang. haha.

ads