ads

Isnin, 10 Oktober 2011

03 di kok lanas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di kok lanas - Google Blog Search


DUNIAKU - Rashidah Ibrahim: Gambar Raya Aidilfitri 2011 <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2011 07:15 AM PDT

Assalamualaikum buat kawan-kawan maya yang tersinggah di blog saya ni..

Setelah sebulan berlalu, saya baru ada masa untuk memasukkan gambar kenangan raya. Gambar-gambar ini dirakam sewaktu menyambut raya di kampung suami di Kelantan. Mula-mula ingin beraya di kampung orang tua saya sahaja di Pahang, tetapi di saat akhir kami ubah fikiran untuk balik ke Kelantan. Kedua-dua ibu dan bapa mertua saya sudah meninggal. Arwah emak mertua yg saya panggil Mok, sempat membina rumah batu ini untuk ditinggalkan kepada anak bongsunya, Mok Su Nab. Dengan terbinanya ia, lenyaplah daripada pandangan rumah asal daripada kayu.

Pakaian raya tahun ini bertemakan oren.. saja tak pilih warna 'sebiji' sama, agar tidak kelihatan seperti kumpulan boria. Warna baju Melayu Si Dia dan Izat lari sikit, tetapi tak apalah asalkan tonanya seakan...

Full content generated by Get Full RSS.

03 di bachok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di bachok - Google Blog Search


: NIGHT STORY :::: :: Godam LEmak <b>di BaChok</b> , RumAh RakAn <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2011 04:04 AM PDT

ASSALAMUALAIKUM...!!`~
DAH LAMA TAK TULIS ENTRY TERUS DARIPADA BELOGGER..
ok.... hye diucapkan kepada semua beloggers kat luar sana tu,dan tidak lupa juga kepad all of my kipas susah mati sekalian.. semoga kalian berada dalm keadaan baik hendaknya...
erm..sekarang ini aku tengok,dah ramai dah beloggers kat APIUM NP ni...huhu..seronok-seronok.. ramai la geng beloggers... and once dah jadi belogger ni kene la merajinkan diri itu untuk mengupdate k.. jangan duk biar bersawang je belog itu.. sian dia..
kadang-kadang itu ada yang berhabis masa satu hari sunutk ank bagi belog dia cantik tak ingat...erm.. tpi mula-mula semangat bila dah lama, xupdate langsung..jangan camtu k.. dalam apa jua kerja yang kita buat pastikan kita komited.. kalau nak tau lebih lanjut how to belogger,and benda ni pon dapat nasihat dari seorang abang senior ni..boleh la KLIK SINI...


erm... dan bukan lah niat aku nak mencerita kan tentang pengalaman berbelogging o apa sahaja... tapi untuk entry kali ini,aku nak cerita tentang entry GODAM-GODAM LEMAK kat rumah member majmuah aku..
jika sebelum ni,kami ahli majmuah 7 dah bergerak ke tanah merah.. now kitorang round the kelantan lagi ..this tyme pegi bachok pulak... pergi rumah..ehem-ehem..*(kene sebut nama ke).. actually dia ni..untuk tahun pertama dia belaja kat APIUM NP ni.. tapi bila masuk tahun kedua,means now.. dia dah berpindah ke maktab...
tak tahu kenapa mungkin family kowt suruh...huhuhu.. tak nak komen...
so kitorang gerak lepas solat jumaat,dalam pukul 2.30 petang then sampai dalam 3.30 kat rumah ehem-ehem tu... sampai-sampai je,dah ada orang makan-makan kat rumah dia.ingat kan sedara mara ke apa ke..rupa-rupanya kawan-kawan ehem-ehem dari maktab...
so kitorang buat la muka selamba badak+buaya+kucing sume coz ini adalah kali kedua kitorang datang rumah ehem-ehem ni.. hari tu datang masa semester 2...huhuhu...
then kitorang datang ni bukan semua ahli majmuah pegi,6 lelaki dan 6 perempuan... al mklumlah,minggu pekse kan.. so pakat-pakat study la kowt..(sangka baik)
erm.... mula-mula datang memang tak makan dulu la... sembang-sembang ngan ayah ehem-ehem... snap sana-snap sini.. seronok..... pastu ala-ala dah tak tahan,perut menendang-nendang,lagu sudirman telah berkumandang,aku dengan tanpa segan terus la grab makanan..yang dak-dak lain duk tersipu-sipu malu la konon..
padahal masing-masing dah naik gastrik tunggu nak makan..hahaha.... dan mak dia masak memang superb habis nok.... macam-macam mak dia masak..antaranya ..
PIZZA-NASI ARAB-CHICKEN CHOP-PUDING-TRAFFLE.. semua makanan ni semua nya sedap-sedap wwwooooo...... 
firstly ak g bantai nasi arab..memang terbaik..jrang ar aku nak makan nasi arab ni.. macam kali ke dua makan... mkan nasi arab memang rakus.. banyak la kowt amik... pastu tak cukup ngan itu,pegi makan chicken cop + pizza.... meletopp wwooo.. terduduk seketika..
then mak dia boleh pulak keluar traffle,memang sedap la bnda ni..jgn ckp.. so makan lagi.. even perut dah meronta-ronta tak nak terima makanan....huhu... kekenyangan sekali lagi..... pastu makan puding..... puding dia the best ever la kowt...... sedap la.. semua rasa..manis nya..memang nak tambah lagi..*sambil telan air liur...
erm..pastu masing-masing dah kenyang..tetap ada seorang yang masih meneruskan makan... nama tak nak sebut...huhuh... smpai kitorang balik.. dia duk menyuap pizza lagi... huhu...n pizza tu made in by her mom k.. tak main la beli-beli ni... n dy pnya toopppiinnggg kat atas pizza tu..mmg penuh sarat barat..smpi nak msuk mulut pun,menceceh-ceceh..
klu beli kat pizza hut,belum tentu macam tu...huhu..... ayah n mak dia very the sporting.. siap leh dudk bersembang lagi.. sonok2...nak jadi anak angkat leh..???..hahah
then dah dekat sejam duk menggodam lemak kat umah dia..kitorang decide la nak balik... then bila nak balik tu.. bukan  pulang dengan tangah kosong,but siap bagi traffle lagi.. ko hado..??? memang terbaik la abah n mak ehem-ehem....(tetiba)..
kepada yang berkenaan..sila lah baca ya... terima aksih banyak-banyak kerana menjemput kami,even hang dah tak belajar kat NILAM PURI lagi..tapi still ingt kat sahabat-sahabat.. mohon doa anda unutk kami yang tengah FINAL ni..
and makanan masakan mom kamu,,memang terbaik dari ladang.. rasa nak pegi makan sana tiap-tiap minggu..!!!~~~.. agak-agak boleh..???
rumah pon lawa.... nanti kalau-kalau nak kahwin leh la jemput kami makan ya... nak jugak rasa nasi minyak buatan mak anda...*boleh..????
heheh..gurau je...korang layan la gambar-gambr yang ada k...
jaga diri,hiasi peribadi...
nota mulut : esok exam,tapi macam tak exam....
Full content generated by Get Full RSS.

03 di chiku - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di chiku - Google Blog Search


GEGEGURL: Hari mggu <b>di chiku</b>...

Posted: 11 Feb 2011 11:54 PM PST

          Hujung minggu ni aku xblk umh family aku...biasa nya klu datang je ari kamis msti aku nk blk...tp mggu ni xde pl rase nk blk...hehehe..
oppss...lupa nk bgtau aku ni kerja kt Felda Chiku 1, Gua Musang...emm..kira jauh la jg ngn umh family aku...klu naik bas henti-henti (bas mini) kne tukar 4 kali bas tau...adui...penat n leceh tukar2 bas ni...yang paling aku tension bila bas xikut masa...haru jd nye..pasti aku smp mlm kt kg aku....
         Aku cuti jumaat n sabtu...smlm aku ngan housemate bgn pagi2 lagi...kitorng plan nk pegi joging...hehehe..pas smyg subuh terus kitorng kuar umh...yg xtahan nye joging pakai selipar jepun...ahahaha..dh lame xjoging ni..bila dh joging huiii...pnt nye yg amat..abis skt 1 badan...tp xpe la kami enjoy....joging kn baik utk kesihatan so kawan2 yg lain ptt amalkan joging ni...blk dr joging kami mkn nasi abis sebungkus..mcm xpecaya plk...mcmne nk kurus ni....:))
         Tghari pl kami masak2...member aku beria nk buat gulai ayam..so kami pn buat la..aku tulun sediakan bahan utk msak je...yg lain tu member aku la yg buat...aku plk goreng ikan je...bkn aku xpndai tp al mklum la xbiasa buat...kihkihkih....
        ni aku share kt sni gmbr gulai ayam ni....sedap beb..xcaye cuba rase.....:)

                                                  




kira menjadi jg la gulai ayam ni....hehehe
      Petang pl kami lepak2 je kt umh smbil tgk tv smp la ke mlm...byk nye aku taip kt sni...xsangka pl aku yg menulis..hehehe Full content generated by Get Full RSS.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Dikir Barat Lucah @ <b>Wakaf</b> Che Yeh | Detik Detik Indah Dalam <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2011 04:55 PM PDT

Malam pertama di kelantan
saya mengajak anak saudara ke Wakaf Che Yeh
walaupun berasal dari Kelantan
saya tak pernah menjejakkan kaki kesana
selama ni hanya mengetahui
'keistimewaan' WCY melalui pembacaan
Saya difahamkan WCY beroperasi sepanjang hari
sebelah paginya ia adalah pasar borong
cuma sempat menjeling aksi gedik dan jelik
ARKIB : 25/09/2011

Dikir barat kena hawar

Siti Jarum
BARU-BARU ini Siti pergi ke Kota Bharu,

sebelah malam jalan-jalan di Wakaf Che Yeh.
Punyalah bingit dengan lagu-lagu irama dikir barat,
tapi bukan dikir barat.

Ada yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita

tapi ada lirik yang lucah. Siti belek tengok albumnya,
rupa lawa tapi tak sangka menyanyi lagu lucah.

Siti tanya kawan Siti, kenapa dengan dikir barat Kelantan,

dah kena hawarkah? Dia menggeleng kepada.
Katanya, "Dah lama dikir barat Kelantan kena penyakit hawar.
Semua lagu-lagu tu merosakkan dikir barat.
Saya malu nak mengaku dikir barat asal Kelantan."

Siti diberitahu, memang ada kumpulan

dikir barat tradisional di Kelantan.
Tapi penyanyi solo wanita dan lelaki yang
menyanyi irama dikir barat ini yang merosakkan yang asli.
Penyanyi pula bukan main gedik lagi.
Kalau pelancong luar negara dengar dan tengok
gelagat penyanyi ini dalam VCD, malulah orang Kelantan.

Tapi nak salahkan penyanyi itu pun tak boleh juga.

Siti pernah terlibat menganjurkan persembahan
dikir barat tradisional Kelantan di Kuala Lumpur.
Siti terkejut beruk bila selepas pukul 12 malam,
semua lagu-lagu berunsur lucah dinyanyi secara duet lelaki dan wanita.
Kalau yang asli pun dah begitu, apa lagi yang dikir barat moden.

Kata kawan Siti, "Dikir barat kena dipulihkan,

tidak kira yang asli atau moden.
Unsur lucah mesti dibasuh habis-habisan,
kalau tidak dikir barat akan setaraf dengan lagu-lagu
Barat yang lucah, seks dan ganas.
" Tok dalang atau tukang karut tua banyak yang sudah tiada,
muncul yang muda terpukau dengan populariti nak jadi selebriti.
Mereka ini peduli apa asalkan setiap malam
atau setiap minggu ada jemputan buat persembahan.
Jadi, kalau orang Kelantan sayang dikir barat,
demo pakat-pakatlah berubat.
Full content generated by Get Full RSS.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di rantau panjang - Google Blog Search


GUA - <b>Rantau Panjang</b>, Syurga Beli-Belah <b>di</b> Kelantan

Posted: 20 Aug 2011 09:01 AM PDT

Saat Kementerian Pelancongan rancak dengan kempen melancong di lokasi tempatan, apa kata kamu memilih Pantai Timur sebagai destinasi percutian seterusnya. Seorang teman sentiasa mengikut rombongan ibunya menaiki bas ke Pantai Timur. Katanya bercuti di sana sangat menyeronokkan terutama bab membeli-belah. Selain itu keunikan negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga sangat menakjubkan. Katanya seperti berada di sebuah Negara lain.

Pusat tumpuan kala berkunjung ke Kelantan semestinya Rantau Panjang. Tak sah kalau siapa-siapa tak singgah. Pekan bersempadan Malaysia dan Thailand itu berada 39 kilometer di barat daya Kota Bharu iaitu kira-kira 25 kilometer dari Pasir Mas. Sebelah sahaja dengan Sungai Golok, Thailand. Ia merupakan syurga membeli-belah kerana variasi barangan terdapat di sini disamping harganya boleh tahan murah.

Pekan Rantau Panjang terletak di utara Kelantan iaitu di bahagian barat jajahan Pasir Mas. Tiada masalah bagi kamu hendak ke Rantau Panjang dari Kota Bharu kerana banyak pengangkutan disediakan. Rantau Panjang telah diisytiharkan sebagai zon bebas cukai pada 2002 dan kerap dikunjungi pelancong sepanjang tahun. Rantau Panjang juga merupakan pintu masuk ke selatan Thailand.

Tumpuan utama di sini pastinya untuk membeli keperluan keluaga. Ada peralatan dapur, kain ela, aneka tudung, pakaian dewasa dan kanak-kanak, aksesori, tas tangan, kerepek, buah-buahan dan bermacam lagi. Barangan kering atau basah pendek kata boleh didapati dengan harga berpatutan. Boleh dikatakan lebih murah didapati daripada harga ditempat lain. Barangan jualan pula tampak kelainannya kerana kebanyakan produk dipengaruhi dua budaya dari Kelantan dan Siam.

Bagi peminat baju kurung dan tudung boleh menempah sulaman batu dan manik sebagai penambah seri pakaian. Pelbagai corak boleh dipilih tetapi ada juga pakaian dan tudung sudah siap hanya perlu pilih sahaja. Terutama bagi kamu yang tidak lama bercuti di Kelantan kerana tempahan mengambil masa lama.

Terdapat beberapa kedai boleh ditinjau seperti Pasar Besar Rantau Panjang, Pusat Perkedaian Baru dan Kompleks Bazar Abdul Rahman Auf. Sekiranya anda mengidamkan makanan ringan seperti serunding, dodol, keropok, kerepek, sos botol, buah-buahan dan sebagainya bolehlah singgah di Pasar Besar Rantau Panjang. Gerai makanan pula menjual makanan tempatan seperti bihun atau mi sup hidangan cara Siam. Malah sajian Thailand juga boleh didapati di sini seperti somtham, pulut mangga dan pulut ayam.

Pusat Perkedaian baru pula menempatkan kedai komersial termasuk menjual barangan cenderahati. Pelbagai bank boleh didapati di sini memudahkan kamu mengeluarkan wang.  Di sini juga banyak jualan barangan dari Thailand. Berhampiran pasaraya Mydin pula terletak bangunan Bazaar Abdul Rahman Auf yang dipenuhi dengan butik pakaian, kasut, kedai hasil kraftangan, kedai flora dan keperluan perkahwinan.

Seandainya tidak puas sehari berkunjung, kamu boleh memilih untuk tinggal di hotel berdekatan Rantau Panjang. Kamu boleh memilih beberapa pusat penginapan seperti Zainun Palace, Ani Hotel, Yamy Inn atau Nur Inn. Memang ada rombongan yang datang semata-mata mahu ke Rantau Panjang malah mereka bukan pengunjung kali pertama datang.

Apa yang menarik di sekitar Rantau Panjang ialah Masjid Beijing. Bolehlah singgah di Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra ini yang seni binanya bercirikan masjid di Beijing. Masjid ini terletak 2 kilometer dari pekan Rantau Panjang di antara lebuh raya Pasir Mas dan Rantau Panjang. Masjid ini dirasmikan pada Ogos 2009 mampu memuatkan seramai 1000 orang jemaah.

Kiranya kamu sudah mengetahui di mana tempat mahu dituju sekiranya merancang melancong ke Kelantan. Pastikan kamu mengumpul wang secukupnya kerana banyak kamu akan tergoda dengan barangan di sini. Apa yang pasti, kamu akan merancang untuk kembali ke Rantau Panjang pada lain waktu.

Penginapan di Rantau Panjang

ZAINUN PALACE
175, Jalan Lubok Setol, Rantau Panjang, 17200 Pasir Mas, Kelantan.
Tel : 09 – 795 1113              09 – 795 1113       Fax : 09 – 795 1114
Room : 15
Rates : RM 40 – RM 85

ANI HOTEL
273B, Jln Lubok Stol, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

TeL: 09-795 0725/09-795 0725/019-960 7513/019-960 7513

YAMY  INN,
1st Floor,Lot 2185,Taman Sri Bayu,
17200 Rantau panjang,Kelantan.
Tel: 017-456 3004              017-456 3004

NUR INN,
1023, Kg. Dangar, 17200 Pasir Mas, Kelantan.
Tel : 09 – 795 0411              09 – 795 0411       / 012 – 962 0072              012 – 962 0072       / 012 – 966 0566              012 – 966 0566     
Room : 18
Rates : RM 20 – RM 65

Full content generated by Get Full RSS.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Hadi, Ashaari, Ismail Faruqi, Manaf <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2011 05:54 PM PDT

Pertemuan dua jaguh pantai Timur, Terengganu dan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada suku akhir pertama Piala Malaysia hari ini bakal menarik ribuan penyokong kedua-dua pasukan.

Ada yang menganggapnya seperti final Piala Malaysia 2011.

Pertemuan kedua-dua pasukan memang menarik perhatian ramai kerana perlawanan itu tersebut juga akan menguji siapa lebih hebat di antara dua pengendali Datuk M. Karathu atau Irfan Bakti Abu Salim, yang pernah menjadi penolong Karathu ketika membimbing Kelantan pada 1993.

"Ia boleh diibaratkan seperti final pertama Piala Malaysia 2011." Demikian rumusan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menjelang pertemuan itu hari ini.

Irfan berharap semua pemain diharapkan dapat fokus sepanjang 90 minit permainan dan menggunakan segala kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

"Pastinya saya akan turunkan barisan terbaik termasuk Joseph Kalang yang baru sahaja pulang dari beraksi di Australia tempoh hari.

"Kehadiran Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat di bahagian serangan juga diharap mampu menghadirkan jaringan buat pasukan dalam misi mendapatkan bekalan selesa sebelum aksi di Kota Bharu," katanya.

Tambah Irfan lagi, pengalaman beraksi menentang Kelantan dalam kempen Liga Super dan final Piala FA lalu memberi lebih banyak idea kepadanya untuk mengekang asakan juara bertahan itu.

Namun, katanya, kelibat Norshahrul Idlan Talaha perlu sentiasa diawasi selain menyekat Badri Radzi daripada menguasai sepenuhnya barisan tengah.

"Kelantan memiliki barisan pemain seimbang dan mereka cukup pantas apabila melakukan serangan.

"Namun, saya tidak perlu risau kerana pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk menyekat kemaraan Kelantan. Kami telah bekerja keras sepanjang musim ini dan kami tidak akan berhenti untuk mara lebih jauh," katanya.

Katanya, pertemuan antara dua negeri jiran itu sentiasa dinantikan penyokong kedua-dua pasukan kerana perlawanan antara juara Liga Super dan Piala FA 2011 itu pasti menyajikan persembahan yang menarik.

"Dua pasukan pilihan (Terengganu dan Kelantan) sudah ditakdirkan bertemu pada suku akhir walaupun rata-rata peminat bola sepak tempatan mahu menyaksikan pertembungan kami pada final nanti.

"Ini kerana kedua-dua pasukan ini merupakan antara pasukan elit dalam liga tempatan ketika ini dan saya pasti perlawanan menentang Kelantan bukan satu tugasan yang mudah," katanya kelmarin.

Berdepan skuad Penyu, Red Warriors tidak mempunyai banyak pilihan selain mendapatkan sebanyak mungkin jaringan untuk dijadikan kelebihan menjelang pertemuan suku akhir kedua di Kota Bharu pada Jumaat ini.

Meskipun pernah menumbangkan Terengganu dalam Liga Super, saingan Piala Malaysia pasti menjanjikan laluan berbeza buat Kelantan dalam usaha mempertahankan Piala Malaysia.

Terengganu, yang beraksi di gelanggang sendiri pasti tidak akan memberikan laluan mudah buat Red Warriors, selain cuba mengecewakan juara bertahan itu.

Ketua pasukan Red Warriors, Mohd. Badri Razdhi mengakui Terengganu merupakan pasukan yang tidak boleh di pandang rendah.

"Terengganu sebuah pasukan yang kuat, beraksi di tempat sendiri mereka pasti akan bermain mati-matian untuk mendapatkan seberapa banyak gol sebagai bekalan sebelum pertemuan kedua nanti.

"Saya dan rakan-rakan tidak akan memberikan laluan mudah buat mereka.

"Jika mereka mahu mendapatkan jaringan, kami pun sama. Apa yang penting kita tidak boleh terburu-buru untuk mendapatkan jaringan, sebaliknya perlu fokus dan memanfaatkan peluang yang terhidang sebaik mungkin dengan menghasilkan gol sebagai bekalan pada perlawanan kedua nanti," katanya kepada pemberita di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu semalam, selepas sesi latihan terakhir sebelum berangkat ke Kuala Terengganu.

Meskipun pernah menumbangkan Terengganu dalam aksi liga lalu, saingan malam ini pasti menjanjikan laluan berbeza buat skuad bimbangan Karathu dalam misi mempertahankan Piala Malaysia yang dimenanginya pada musim lalu.

Dengan nada merendah diri, jurulatih kelahiran Perak itu lebih selesa turun dengan status underdog ketika rakan sejawatanya lebih berminat membakar semangat anak buahnya.

Mengulas mengenai kekuatan Terengganu, jurulatih yang kaya dengan pengalaman itu mengakui kelibat pemain seperti Mohamad Ashaari Samsudin, Ismail Faruqi Asha'ri, Abdul Manaf Mamat dan penjaring terbanyak pasukan mereka, Abdul Hadi Yahaya antara yang perlu diberi perhatian oleh anak buahnya dalam pertemuan malam ini.

Utusan/Kosmo

Full content generated by Get Full RSS.

03 di machang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di machang - Google Blog Search


TRAGEDI RAGUT 4 NYAWA <b>DI MACHANG</b> | Pakdoe Allan

Posted: 07 Oct 2011 02:18 AM PDT

BEGINILAH keadaan kereta Perodua Kenari yang terperosok di bawah perut treler dalam kemalangan di Kilometer 4.2, Jalan Machang, Pasir Puteh, semalam.
MACHANG – Kegembiraan lima pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang keluar makan malam dan bersiar-siar di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu tidak berpanjangan apabila empat daripadanya maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis Perodua Kenari yang dinaiki terlibat dalam kemalangan semalam.
Kejadian pukul 5.30 pagi di Kilometer 4.2, Jalan Machang Pasir Puteh dekat sini itu mengakibatkan Mohd. Shamil Malik, 19, serta Mohd. Rizal Mohd. Zain, 19, dari Kampung Parit Jurak, Batu Pahat dan Kluang, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh badan.
Dua lagi rakan mereka, Mohd. Sazwan Rosli, 19, dari Pekan, Pahang dan Mohd. Faizuddin Jamil, 19, dari Seksyen 24, Shah Alam, Selangor, mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian petang semalam.
Seorang lagi mangsa, Mohd. Haziq Zailani, 19, pula cedera ringan. Ketika kejadian, kereta yang dipandu Mohd. Shamil itu dalam perjalanan ke UiTM Machang dari Kota Bharu.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang mereka naiki melanggar bahagian tengah treler yang datang dari arah bertentangan sebelum terperosok ke bawah kenderaan tersebut.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Che Malek Bedot berkata, ekoran itu, pemandu dan tiga penumpang Kenari maut manakala seorang lagi cedera.
"Pemandu dan kelindan treler tidak cedera dan mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1947," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Fauzi Che Omar berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati empat mangsa tersepit manakala seorang lagi sudah dikeluarkan oleh orang ramai.
"Kami mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Haziq memberitahu, ketika kejadian dia sedang tidur di tempat duduk belakang sebelum terkejut mendengar bunyi dentuman kuat.
"Saya kemudian melihat rakan-rakan berlumuran darah dan tidak bergerak. Sebelum kejadian, kami dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke UiTM selepas keluar makan di Wakaf Che Yeh serta bersiar-siar di Pantai Cahaya Bulan," ceritanya.
Bapa Mohd. Rizal, Mohd. Zain Yaacob, 50, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak sulungnya itu dua hari lalu ketika mengambil barangan milik arwah di kampus.
"Tiada apa yang pelik cuma barang yang diberikan untuk dibawa pulang kali ini lebih banyak daripada sebelumnya," kata Mohd. Zain.
Tambahnya, dia mengetahui kejadian tersebut selepas mendapat panggilan daripada isterinya yang berada di Johor Bahru. Ketika itu, dia berada di rumah bapanya di Ladang Kerala, Tanah Merah.
Full content generated by Get Full RSS.

03 di dabong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di dabong - Google Blog Search


Janggeltrekker&#39;s Life: Eksplorasi Stong Part 2 : Dari KL ke <b>Dabong</b> <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 06:34 AM PDT

Assalamualaikum!!!

Tatkala aku buat entry ni, ada pulak kengkawan yang sedang bergumbira merancang pengembaraan dengan promo AA. Haish diriku sangat jeles, tapi apakan daya aku hanya mampu mendengar cerita-cerita indah mereka.

OK back to the Stong. Sambungan dari SINI.

Perjalanan melebihi 11 jam menaiki keretapi Senandung Wau sedikit pon tidak melemahkan semangat aku. Walaupun lama, tapi sebab perjalanan waktu malam, tak terasa pon jarak masa yang panjang tu. Lagipon aku lebih banyak tidur dari berjaga. Cuma sesekali terkejut jugak bila keretapi tiba-tiba bergoyang ala-ala gempa bumi.Pasrah.

Akhirnya keretapi berhenti jugak di destinasi yang di tuju, iaitu Dabong, Kelantan. Ini merupakan kali pertama aku ke Dabong. Sebenarnya aku tak tau pun kat mana letaknya Dabong dalam peta negeri Kelantan tu. Yang aku tau Gua Musang, dekat dah dengan rumah aku kat Perak tu cuma Banjaran Titiwangsa saja yang memisahkannya.

Tepat jam 7.55 pagi kami tiba di Stesen Keretapi Dabong. Difahamkan terdapat beberapa gerabak tambahan untuk perjalanan kali ini memandangkan ada permintaan daripada satu group pelajar Universiti yang ditaja sepenuhnya oleh seorang ahli perniagaan...hmmm bertuah korang dik...zaman aku dulu takde sape nak sponsor aku.

Sebaik sahaja keretapi berhenti, kami semua mengangkat bagasi masing-masing keluar dari gerabak dan berjalan menyelusuri landasan ke arah bangunan Stesen Keretapi Dabong. Jauh jugak jarak di antara gerabak kami dengan bangunan tu, lebih kurang dalam 200 meter. Setelah selesai semua penumpang yang nak ke Dabong keluar dari keretapi, maka keretapi Senandung Wau meneruskan perjalanannya ke Kota Bharu. Masa ni aku rasa macam dalam filem dulu-dulu pulak, lalu tepi landasan, bawak beg....dendang perantau sangat.

Seterusnya kami ke sebuah gerai makan yang terletak di seberang landasan. Di situ terdapat juga sebuah kedai menjual peralatan untuk hiking! Fuh nampak gayanya memang dah selalu sangat orang datang hiking kat Stong ni, cuma masa aku je yang baru nak datang. Setelah selesai membeli bekalan makanan untuk bersarapan pagi dan makan tengahari (sebungkus nasi dagang dan sebungkus nasi putih berlauk) kami semua menaiki van bersama seorang jurupandu yang akan membawa kami ke Hutan Simpan Gunung Stong. Perjalanan dari Stesen Keretapi Dabong ke Hutan Simpan Gunung Stong mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja, tak jauh pon.

Tiba di Hutan Simpan Gunung Stong, kami dikehendaki mendaftar kan nama di pondok pelawat. Perkara ini penting bagi mengetahui jumlah pendaki yang keluar masuk ke dalam Hutan Simpan Gunung Stong ini. Ia juga bagi tujuan keselamatan. Di pondok pelawat juga kami mengemaskini semula beg pakaian masing-masing...terdapat tambahan muatan bagi setiap beg ya, memandangkan banyak bekalan makanan yang kami bawa. Dalam beg aku kena tambah 2 tin sardin, sebijik sayur kobis, 1 kg beras, 2 kg minyak masak dan daging salai! Mak datok berat dia bukan main! Hanya tuhan je yang tahu. Dalam kepala jenuh pikir, larat ke aku nak menagngkat semua tu panjat gunung??? Takpelah aku cuba sedaya upaya.

Kami juga mengambil masa untuk membuang air apa yang patut dan menukar pakaian kepada yang lebih sesuai untuk mendaki. Ada juga barang-barang yang boleh ditinggalkan di pondok pelawat (kalau taknak bawak naik ke atas la). Tapi pastikan yang tinggal tu bukan barang-barang yang sangat berharga sebab keselamatannya tidak terjamin ya.

Setelah semua bersiap sedia, kami memulakan pendakian. Rasa teruja tu tak payah nak cakap la. Masing-masing laju je melangkah. Kami mula mendaki pada jam 9.00 pagi. Menelusuri Sungai Jelawang, air kelihatan sangat tenang dan jernih. Batu-batu besar bertaburan di sekitar sungai. Kami berjalan menuju ke destinasi pertama iaitu di kaki air terjun Jelawang.

Sedikit info: Air Terjun Jelawang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Ketinggian air terjun ini mencecah 303 meter atau lebihkurang bangunan setinggi 30 tingkat. Ia boleh dilihat dari Pekan Dabong dan air terjun ini mempunyai tujuh tingkat air terjung yang merupakan gabungan dua buah air terjun iaitu air Terjung Gunung Stong dan Air Terjun Gunung Ayam.

 Lebih kurang 20 minit pendakian, akhirnya kami tiba di tingkat pertama Air Terjun Jelawang. Di situ kami terpaksa menyeberangi sungai untuk ke sebuah batu hampar yang luas untuk bersarapan pagi. Memang serok dapat sarapan pagi di atas bukit. Waktu tu belum ada pendaki-pendaki lain yang kelihatan terutamanya daripada sekumpulan orang pelajar universiti yang ditaja tadi. Masa kat situ memang aku tak lepaskan peluang untuk menembak apa yang patut! Gigih tau aku heret Che Melatie aku tu (kemera aku) yang berat dekat nak 2 kg mendaki bukit.

Selepas selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan menyelusuri batuan air terjun menuju ke tingkat seterusnya. Jarak di antara tempat kami bersarapan pagi dengan tingkat seterusnya hanya beberapa puluh meter sahaja tetapi perjalanan agak mencabar sebab kami terpaksa melompat-lompat di atas batu untuk sampai ke destinasi. Dalam 15 minit perjalanan akhirnya kami tiba di kaki air terjun Jelawang. Bagi yang tak tahu, selepas daripada tingkat ini, tidak ada lagi tingkat air terjun untuk disinggah sehinggalah di ketinggian 303 meter baru kami tiba di puncak air terjun Jelawang tu. Jadi bila dah sampai di kaki air terjun Jelawang ni, kami pon berhenti untuk mandi. Air terjun ni memang sejuk tahap gaban dan yang peliknya, air dia bewarna kuning keperangan. Menurut sumber, warna kuning keperangan itu berpunca daripada sejenis tumbuhan yang tumbuh di puncank bukit. Entahle, aku pon tak berapa nak paham.


Satu lagi perkara yang menarik mengenai Air Terjun Jelawang ni, terdapat tulisan kalimah Allah (Alif Lam Lam Ha) di tengah- tengah batu air terjun tersebut. Subhanallah, teruja.

Ok, nanti aku sambung ke pendakian yang paling mencabar! Bahu dan pinggang yang rasa nak tercabut serta cabaran fizikal dan mental.

PEACE!

 Menulis untuk:

Full content generated by Get Full RSS.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di galas kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - BN Buktikan, Janji Kempen <b>Di Galas</b> Telah <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 05:32 AM PDT

Kategori Sana Sini

BN Buktikan, Janji Kempen Di Galas Telah Ditunaikan Kepada Rakyat

GUA MUSANG, 3 Okt – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menunaikan janjinya untuk membawa projek pembangunan demi faedah seluruh rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ketika menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu November lepas, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Galas,  Ab Aziz Yusoff.

Beliau berkata pembangunan yang diberi tumpuan untuk faedah rakyat termasuk Projek Bantuan Rumah (PBR) bagi rakyat miskin, jalan raya berturap dan Projek Perumahan Rakyat membabitkan 1,500 unit.

"BN memberi fokus kepada pembangunan itu supaya rakyat tidak mudah keliru dengan tohmahan pembangkang yang mendakwa BN membuat janji-janji kosong," katanya ketika berucap pada majlis Juara Rakyat Bersama Penduduk Orang Asli di Pos Brooke, di sini, hari ini.

Ab Aziz, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, berkata pembangkang memang suka memutarbelitkan isu semasa kerana mereka kecewa setelah gagal mempertahankan kerusi DUN Galas.

"Cukuplah separuh penggal DUN Galas dimenangi Pas pada pilihan raya umum lepas sebelum BN menang semula kerana bekas wakil rakyat mereka tidak pernah cakna kepada rakyat," katanya dan mengingatkan penduduk agar tidak mudah terpengaruh dengan janji pembangkang.

Ab Aziz berkata kerajaan BN akan melakukan apa sahaja untuk membela nasib kaum Orang Asli yang tetap setia menyokong BN pada setiap kali pilihan raya.

Beliau berkata kini hanya terdapat 30 peratus sahaja lagi penduduk Orang Asli yang belum memiliki rumah PBR terutama mereka yang tinggal di jauh pedalaman hulu Kelantan yang sedang dalam perhatian kerajaan.

"Banyak lagi rumah-rumah PBR yang dalam pembinaan akan siap dalam masa terdekat ini dan menunggu masa untuk diserahkan kepada penduduk," katanya.

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 3 October 2011 Pada 8:32 PM

Full content generated by Get Full RSS.

Negara Berkebajikan,! BN Sudah Tunai Janji Kempen PRK <b>Galas</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 10:32 AM PDT

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menunaikan janjinya untuk membawa projek pembangunan demi faedah seluruh rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ketika menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu November lepas, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusoff.

Beliau berkata pembangunan yang diberi tumpuan untuk faedah rakyat termasuk Projek Bantuan Rumah (PBR) bagi rakyat miskin, jalan raya berturap dan Projek Perumahan Rakyat membabitkan 1,500 unit.

"BN memberi fokus kepada pembangunan itu supaya rakyat tidak mudah keliru dengan tohmahan pembangkang yang mendakwa BN membuat janji-janji kosong," katanya ketika berucap pada majlis Juara Rakyat Bersama Penduduk Orang Asli di Pos Brooke, di sini, hari Isnin.

Ab Aziz, yang juga Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, berkata pembangkang memang suka memutarbelitkan isu semasa kerana mereka kecewa setelah gagal mempertahankan kerusi DUN Galas.

"Cukuplah separuh penggal DUN Galas dimenangi PAS pada pilihan raya umum lepas sebelum BN menang semula kerana bekas wakil rakyat mereka tidak pernah cakna kepada rakyat," katanya dan mengingatkan penduduk agar tidak mudah terpengaruh dengan janji pembangkang.

Ab Aziz berkata kerajaan BN akan melakukan apa sahaja untuk membela nasib kaum Orang Asli yang tetap setia menyokong BN pada setiap kali pilihan raya.

Beliau berkata kini hanya terdapat 30 peratus sahaja lagi penduduk Orang Asli yang belum memiliki rumah PBR terutama mereka yang tinggal di jauh pedalaman hulu Kelantan yang sedang dalam perhatian kerajaan.

o"Banyak lagi rumah-rumah PBR yang dalam pembinaan akan siap dalam masa terdekat ini dan menunggu masa untuk diserahkan kepada penduduk," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

03 di perupok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di perupok - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Penagih dadah mati dalam lokap mahkamah

Posted: 09 Oct 2011 04:11 PM PDT

KOTA BHARU 9 Okt. Seorang penganggur disyaki penagih dadah dan dikatakan menghidap HIV, meninggal dunia secara mengejut di lokap mahkamah di sini hari ini selepas dua jam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan mengambil dadah.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang, ketika tertuduh, Rosli Yaacob, 43, yang ditahan reman sejak empat hari lalu, menunggu dalam lokap mahkamah bersama kira-kira 20 tahanan lain untuk dibawa ke Penjara Pengkalan Chepa dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi mengesahkan penganggur itu meninggal dunia di lokap berkenaan.

Kejadian tersebut disedari ketika anggota bertugas memanggil namanya untuk menaiki trak penjara, tertuduh yang dalam keadaan terbaring didapati sudah tidak sedarkan diri dan mereka menghubungi ambulans.

Selepas disahkan meninggal dunia, jenazahnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, ujarnya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditangkap pada Rabu lalu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Perupok, Badang Jalan Pengkalan Chepa dan hasil ujian air kencing mendapati, dia positif mengambil dadah.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

03 di tanah merah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di tanah merah - Google Blog Search


Sebelas Bintang Matahari: Mimpi bas <b>merah di tanah</b> suci Mekah Al <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2011 10:20 AM PDT

Masjid Putra Putrajaya pagi hari kedua Kursus Haji Perdana

4 Oktober 2011 pagi Selasa

BANDAR BARU BANGI. Hujan malam sampai dinihari.

Saya berada di tanah suci Mekah. Saya di dalam bas berwarna merah. Malah di dalam bas ini pun berdinding warna merah ceria.

Semua di dalam bas merah ini jemaah wanita. Turut berada di dalam bas ini. Seorang pembaca blog ini bulan Jun lalu hadir kenduri Suraya. Wajah pembaca ini mirip wanita Jepun atau Korea dengan dua puteri perempuan mirip wajah ibu.

Bas merah meluncur perlahan di tanah suci. Kerusi di dalam bas seperti kerusi-kerusi di dalam Komuter KTM atau LRT. Kerusi panjang membelakangkan tingkap. Tiang-tiang besi di hadapan deretan kerusi. Sebagaimana dengan tiang-tiang besi tempat penumpang berdiri memaut pegang di dalam komuter dan LRT.

Saya duduk paling hadapan di sebelah kiri belakang pemandu bas. Kerusi pemandu bas di sebelah kanan di dalam bas sebagaimana dengan kerusi pemandu kenderaan di Malaysia. Bukan memandu di sebelah kiri sebagaimana di Saudi Arabia.

Saya boleh lihat jelas pemandangan di hadapan bas dengan ramai jemaah lelaki pakai jubah putih di tepi jalan di sebelah kanan dari bas. Jubah kerap dipakai ramai jemaah lelaki di tanah suci.

Ada bas lain mahu menembusi lalu bas kami dari hadapan. Kepala bas boleh dibuka tengahnya buat kenderaan lain lalu. Bagaimanapun pintu kepala bas ini tidak dibuka kerana di tengah-tengah bas penuh dengan bagasi kami. Juga peti-peti kayu seperti peti harta karun. Juga kotak-kotak besar sebagaimana kotak-kotak kami pos barang dari tanah suci.

Cerita berpindah kepada satu ruang di dalam masjid atau satu ruang pejabat di dalam masjid. Rata-rata di dalam kamar ini jemaah wanita berjubah hitam bertudung hitam sebagaimana busana ramai wanita Arab di tanah suci. Bagaimanapun jemaah-jemaah di dalam masjid ini wanita-wanita Melayu.

Salah seorang daripada jemaah wanita ini berkulit cerah mirip Cina atau Arab? Bukan pembaca blog di dalam bas. Jemaah ini lebih berusia dari saya. Tokohnya seperti ibu ataupun ketua grup jemaah kami. Seperti saya pernah terlihat wanita anggun kelihatan berkarisma ini di mana-mana tetapi lupa siapa dan di mana.

Jemaah wanita ini menjual kuih-muih dan biskut. Meja-meja di dalam ruang masjid ini bersusun biskut ataupun sebenarnya cookies. Biskut mirip Gingerbread Man tetapi bukan merupa Gingerbread Man. Sebaliknya merupa bunga-bungaan berwarna kuning dan coklat berselang-seli seperti Biskut Badam.

Kata hati saya. Kat Mekah pun ada orang jual biskut ni.

Tiba-tiba terdengar jeritan bingit di sebelah kiri dari ruang di dalam masjid ini. Sebelah ruang ini ada pagar mengelilingi ruang lompong kosong nun di bawah sana kita boleh meninjau ruang solat utama di tingkat bawah. Bayangkan pagar sempadan ruang solat jemaah wanita di tingkat atas masjid.

Pagar di seberang sana. Berdiri sekumpulan wanita. Kumpulan wanita ini berpakaian seperti mahu pergi shopping. Bukan seperti jemaah di masjid. Malah pagar di hadapan mereka seperti pagar di tingkat atas mall. Bukan pagar di dalam masjid. Seolah-olah kami di belakang pagar di sebelah sini berada di dalam masjid. Sebaliknya mereka di belakang pagar di sebelah sana berada di dalam mall. Sebagaimana pagar memagari tingkat atas Alamanda dan The Gardens.

Gambar Masjid Putrajaya tertera. Ruang solat wanita di tingkat atas. Mimpi ini. Saya dan jemaah wanita di tanah suci di sebelah sini dari pagar. Grup wanita shopping itu di belakang pagar di seberang sana tetapi dalam mimpi itu seberang sana itu mall bukan dalam masjid. Seolah-olah masjid dan mall di dalam satu bangunan.

Seorang daripada wanita-wanita ini. Menjerit-jerit marah kenapa biskut-biskut itu tidak dijual pada mereka. Panjanglah lagi jeritan bebel wanita itu.

Wanita menjerit marah-marah itu seorang blogger popular sedari zaman saya rajin menulis di blog lagi satu itu. Blogger ini tidaklah rapat dengan saya tetapi kami pernah bertemu mata beberapa tahun lepas di dalam sebuah mall. Bertembung tidak sengaja dan saya menegur sapa blogger ini.

Kata saya di dalam hati. Apahal pula dia tu nak marah-marah?

Selepas blogger wanita pakai baju labuh warna putih dengan seluar berwarna biru itu menjerit-jerit marah, saya terjaga dari mimpi.

Pagi ini kebetulanlah pula status blogger itu pada FB dia bernada merungut-rungut. Ironi kerana status wanita ini antara status update paling teratas di dalam senarai news feed sejurus saya singgah laman FB saya pagi ini.

Full content generated by Get Full RSS.

03 di gua musang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di gua musang - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Gua Musang</b> | My Berita

Posted: 05 Oct 2011 01:20 AM PDT

KOTA BHARU – Kira-kira 7,000 pengguna di jajahan Gua Musang menghadapi masalah bekalan air bersih selama seminggu mulai semalam hingga Isnin ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) Hazwan Hassan berkata, gangguan itu berikutan kerosakan pam air mentah di loji rawatan air di Sungai Ketil dekat situ sejak dua hari lepas.

Beliau berkata, kerosakan itu juga menyebabkan kapasiti pengeluaran bekalan air bersih menurun secara mendadak.

"Antara kawasan terlibat ialah Bandar Gua Musang sendiri dan sekitarnya yang membabitkan kira-kira 7,000 pemegang akaun di kawasan berkenaan," katanya.

Hazwan berkata, kerja-kerja membaik pulih loji tersebut sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya Isnin depan.

Beliau berkata, pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan melalui nombor 1300-88-2572 untuk maklumat lanjut berhubung perkara itu. – Bernama

sumber

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Homestay Suasana Desa <b>Wakaf Che Yeh</b> |

Posted: 23 Mar 2011 06:40 PM PDT

Artikel kali ini penulis ingin memberi sedikit review berkenaan dengan homestay yang paling murah serta selesa yang berada di sekitar Kota Bharu, Kelantan iaitu di Wakaf Che Yeh. Nama homestay tersebut adalah Homestay Suasana Desa. Jika anda datang dengan jumlah yang ramai (sampai 20 orang!!) pun boleh muat tinggal di homestay ini. Sangat luas, sangat selesa dan pelbagai kemudahan lengkap. Harganya hanyalah RM150 untuk satu malam. Bayangkan jika anda berkongsi seramai 5 orang? Berapa je kena bayar untuk seorang? Sangat murah bukan? Dan sudah tentulah ia sesuai dengan ahli keluarga atau rakan-rakan dengan jumlah yang ramai.

Homestay Suasana Desa Kota Bharu

Homestay ini berdekatan dengan Pasar Wakaf Che Yeh(1km ). Suasananya pula amat menenangkan. Serta kawasan parking kereta yang tersangat lah luas. Nak masuk 5 kereta pun tiada masalah.

Tempat Parking

Ruang dalaman.. tilam juga disediakan, hampar kat ruang tamu ni boleh tidur 10 orang.

Ruang tamu

Sumber gambar dari http://homestayindah.blogspot.com/

Jika berminat, hubungi nombor di bawah untuk tempahan, jangan lupa cuba tawarkan harganya, mana tahu boleh kurang lagi.

• 013-9207364 (Cikgu Aminuddin)
• 018-9009104 (Cikgu Ashida)
• 09-7431542 (Rumah)

Atau layari http://homestayindah.blogspot.com/ untuk maklumat lebih lanjut. Cepat buat tempahan hari ini juga kerana homestay ini memang sentiasa penuh terutamanya pada musim cuti sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved