Selasa, 8 Januari 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


sekupangdua: NGEH TERKELUAR DARI SENARAI 20 <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 04:30 AM PST

Dah kalau anak Angkat Khir Johari masuk semula dalam senarai 20 undian tertinggi di Kongres Parti DAP di Penang baru-baru ini, nampaknya secara sedar atau tidak NGEH nampaknya bakal terkeluar dari senarai 20, Ngeh juga adalah yang mendapat undian tercorot dalam senarai 20 nama yang diundi semasa dalam pengundian Kongres DAP yang lalu, nampaknya Pengerusi DAP Perak tidak layak untuk menjadi diantara 20 Pemimpin tertinggi dalam DAP

Kalau benar tersingkir dari senari 20 ini, adakah reputasinya makin menurun, adakah sebab lain yang akibatnya dia tersingkir, macamanapun teman masih menunggu dan menjadi tanda tanya bagaimanakah kedudukannya nanti, adakah inisebagai petanda DAp mula tidak disenangi kerana pemimpinnya, kita dikejutkan dengan isu terbaru 10,526 ekar tanah di Chiku, gua musang yang nampaknya telah ditukar milik kepada Upaya Padu Plantation, semakin kecoh bila diselidiki dan didedah oleh blog Pisau.net bila pencariannya dilihat Ngeh sebagai pemiliknya.

Bertambah keliru bila rakyat mula mempersoalkan dari mana datangnya puluhan juta untuk eset tersebut? Terkejut dengan sebenarnya adakah dalam diam dia adalah jutawan yang paling banyak mendendangkan irama mengutuk rasuah konon... nampaknya kalau dikutkan pengiraan jika anak angkat Khir Johari ini layak untuk ditempatkan maka Ngeh terpaksa bye bye dalam senarai 20 tersebut

Tentunya dia sebolegnya nak diadakan semula undian kalau ditanya nanti, apakah ngeh akan berhincit atau merayu undian semula, yang peliknya Parti yang selalu mengatakan BN dan Umno dengan undi hantu sebaliknya tak sampai 2000 undi pun DAP tak boleh kira dengan betul, Tau ker atau kena buat-buat tak tau?

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


[FOTO] YB PAS DUN <b>JELAWAT</b> KECUT PERUT AHLI PAS HADIR <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 06:00 PM PST


GEMPUR PENDITA P025 N22 GEGAR KUBU PAS ALOR BAKAT,SAMBUTAN KEBANGKITAN RAKYAT CUKUP MEMBUKTIKAN RAKYAT INGINKAN TRANSFORMASI...ALLAHU AKBAR...GELOMBANG MERAH

Menurut sumber pada majlis tersebut hampir 60% penduduk yang datang adalah terdiri dari penyokong dan ahli Pas. kalau betul apa yang di nyatakan , nampaknya YB Pas DUN Jelawat iaitu Cikgu Aziz tak senang duduk memikirkan bagaimana untuk 'mengecek' penduduk di Kg Alor Bakat.

Untuk makluman, Kg Alor Bakat merupakan kubu kuat Pas sejak dari dulu lagi. Tapi jika di lihat dari sambutan penduduk terhadap program Gempur Pendita ini maka besar kemungkinan kubu kuat Pas akan hancur dan 'behe tanoh' pada PRU13 di DUN Jelawat. InsyaAllah!!! - Foto dari FB Acu Uthink

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


haji abdullah tahir <b>bunut payong</b> - syafaah dan barokah

Posted: 15 Nov 2012 05:17 PM PST


SALAH SEORANG ULAMA BESAR NEGERI KELANTAN YANG MASYHUR ALIM DALAM ILMU FIQH. PENDIRI PONDOK BUNUT PAYONG YANG TERKENAL KE SELURUH SEMENANJUNG ITU. SEANGKATAN DENGAN HAJI ALI PULAU PISANG, HAJI YAAKUB LORONG GAJAH MATI, HAJI SAAD KANGKONG, HAJI AHMAD BATU TIGA REPEK, HAJI SALEH PEDADA DLL.
DILAHIRKAN DI KG. SIREH, KOTA BHARU PADA 20 MUHARRAM 1315 BER
SAMAAN 20 JUN 1897, BAPANYA, HAJI AHMAD BIN MOHD. ZAIN YANG BERASAL DARI KG. CHEPA, KEDAI LALAT PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI IMAM TUA DI MASJID LANGGAR, KOTA BHARU (BERKHIDMAT SEHINGGA 1920).
SESUDAH BERGURU SELAMA 15 TAHUN DENGAN TOK KENALI, BELIAU BELAYAR KE TANAH SUCI MAKKAH MENDALAMI PENGAJIANNYA. ANTARA LAIN MENGIKUTI KULIAH TUAN MUKHTAR BOGOR, SYEIKH SAID AL-YAMANI, SYEIKH MOHD. ALI AL-MALIKI DAN BEBERAPA TOKOH YANG LAIN LAGI.
SEKEMBALI KE KELANTAN, BELIAU DIMINTA MENYERTAI KUMPULAN TENAGA PENGAJAR HALAQAT KITAB DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU. BAGAIMANAPUN, KHIDMATNYA TIDAK LAMA KERANA PADA 1931, BELIAU MEMULAKAN KEGIATAN KEGURUANNYA SENDIRI DI BUNUT PAYONG YANG DIBERI NAMA MADRASAH AHMADIAH. MADRASAH INI KEMUDIAN TERKENAL KE SELURUH PELOSOK SEMENANJUNG MELAYU SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN PONDOK YANG BERPRESTASI TINGGI DI KELANTAN.
DI PONDOK BUNUT PAYONG INILAH TUAN GURU HAJI ABDULLAH TAHIR MENGAJAR KITAB HINGGA KE AKHIR HAYATNYA. BELIAU TERKENAL SEBAGAI SEORANG TOK GURU YANG TEKUN MENGAJAR SERTA MENGAMALKAN DISIPLIN DIRI YANG KERAS LAGI TEGAS.
KERANA KEGIGIHANNYA YANG SEDEMIKIAN MAKA TIDAK PELIKLAH JIKA PONDOK BUNUT PAYONG BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI MURID BERILMU TINGGI SEPERTI HJ. HUSAIN RAHIMI, HJ. NIK MAN SUNGAI BUDOR, HJ. ABDUL AZIZ PASIR TUMBOH, HJ. ISMAIL PADANG LEPAI, HJ. ABDULLAH KOK LANAS, HJ. OMAR KUBANG BEMBAN, HJ. ABDUL RAHMAN SLOW MACHANG, HJ. WOOK LUBOK CHEKOK, HJ. NOOR TELIAR, HJ. SAULAIMAN SIRAM, HJ. DAUD BUKIT BUNGA, HJ. YAAKUB KELONG, HJ. GHAZALI PULAI CHONDONG, HJ. ZAKARIA SELISING, HJ. OSMAN PERLIS, HJ. AHMAD KODIANG, HJ. YAHYA JONED GURUN, HJ. IBRAHIM BONGEK, HJ. ABDUL WAHID SUNGAI UDANG, HJ. HUSAIN UMBAI, HJ. AHMAD RELAI, HJ. HASANUDDIN BERHALA GANTANG, HJ. ISMAIL PHUKET, HJ. GHAZALI MUNDOK.
KERANA KETOKOHANNYA JUGA BELIAU DILANTIK MENGANGGOTAI JEMAAH ULAMA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN BEBERAPA PENGGAL (SEAWAL 1932).
KEMATIAN FUQAHA' INI PADA PUKUL 7.20 PAGI SELASA 4 RABIULAWAL 1381 BERSAMAAN 15 OGOS 1961 MENYEBABKAN NEGERI KELANTAN KEHILANGAN SEORANG TOKOH ILMUAN YANG MENERANGI BUDAYA ILMU DAN DAKWAH ISLAMIAHNYA.

HTTP://RIJALMUHIBBIN.BLOGSPOT.COM/SEARCH/LABEL/ULAMAK%20KELANTAN
http://www.facebook.com/SYAFAAH.dan.BAROKAH
http://www.facebook.com/Para.Pecinta.Habaib.dan.Ulama

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Kerajaan Pusat Bina 10 Massjid <b>Di Machang</b> Sejak 2006 | Detik <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 07:29 AM PDT

Simbolik penyerahan kunci Masjid Al-Raudhah Kampung Banggol Judoh di sini.

Oleh ELIAS ISMAIL

MACHANG - Kerajaan Pusat mellaui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) telah memperuntukkan RM22 juta bagi imembina 10 buah masjid di Kelantan sejak 2006.

Pengarah JPP, Datuk Makhtar Mustapha berkata, tujuh dari 10 buah masjid tersebut telah siap dan beroperasi sepenuhnya untuk kemudahan orang ramai.

Beliau berkata, JPP turut akan membiayai sebahagian kos membina baru bangunan Madrasah Tahfiz Al-QURAN Al-Ismailiah Pasir Mas dan  membina Pondok An-Najmiah, Geting, Tumpat.

"Masjid Ayesha, Kok Lanas dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta juga hampir siap manakala Masjid Al-Hanan, Mukim Simpang Empat, Tendong, Pasir Mas dan Masjid Mukim Bandar Lama, Gua Musang  dengan peruntukkan masing-masing RM2.2 juta dan RM3 juta akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas majlis  penyerahan Masjid Al-Raudhah Kampung Banggol Judah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd Zin, Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub dan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah.

Katanya, selain masjid, JPP juga menaiktaraf 700 buah madrasah dan surau di kampung-kampung  dan taman  dalam tempoh yang sama  dengan melibatkan peruntukkan sebanyak RM51 juta.

Masjid Al-Raudhah yang dibina di tapak baru itu dimulakan pada akhir 2010 dengan kos pembinaan sebanyak RM2.6 juta dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang ramai termasuk ruang meletak kereta yang luas.

Masjid yang mampu memuatkan hampir 800 jemaah dalam satu masa itu juga menyediakan bilik sembahyang jenazah dan pejabat imam.

Selain penduduk tempatan, masjid ini juga menjadi persinggahan  orang ramai terutamanya pada hujung minggu memandangkan ia terletak di laluan utama, Lebuhraya Machang-Pasir Puteh.

Imam masjid tersebut,  Zulkafli Jusoh berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak  yang menjayakan pembinaan masjid tersebut  dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk dan orang ramai.

Katanya,  pelbagai program akan diadakan selain solat berjemaah bagi mengimarah masjid tersebut sesuai dengan peranannya sebagai pusat aktiviti penduduk dan tidak terhad kepada solat semata-mata.

"Kami juga menerima sambutan yang memberangsangkan terutamanya pada hujung minggu apabila ramai pengguna jalan raya yang singgah bagi mengerjakan solat di sini," katanya.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Lebih RM2 juta wang ihsan diagih <b>di Pengkalan Chepa</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 01:38 PM PST

Posted on January 6, 2013, Sunday

KOTA BAHARU: Sebanyak RM2,487,150 wang ihsan telah diagih kepada sebahagian besar penduduk di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa sepanjangtahun lepas, kata Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin.

Beliau berkata antara bantuan yang disalurkan menerusi wang ihsan adalah bantuan awal persekolahan, persediaan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta bantuan membaiki rumah.

"Wang ihsan ini disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan sebagai penghubung kepada kerajaan persekutuan untuk membantu rakyatyang memerlukan bantuan.

"Bantuan yang dihulurkan juga tidak berdasarkan fahaman politik, ia adil kepada semua pihak supaya rakyat tahu peranan yang kita mainkan di bawahpentadbiran JPP," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan kepada Pelajar IPTA kawasan Parlimen Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 115 pelajar menerima bantuan RM300 (bagi Matrikulasi dan Asasi Sains), RM500 (diploma) dan RM800 (ijazah) dengan peruntukan sebanyak RM75,000.

Dali berkata sepanjang 2012 juga, seramai 1,996 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA telah diberikan bantuan di bawah bantuan wangihsan dengan peruntukan sebanyak RM1,193,600. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


wak labu: Ini bukan <b>di negeri Kelantan</b>, Kedah atau P Pinang <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 11:17 PM PST


Poto di atas ni Wak terjumpe di laman blog Intan Hijau @ DUN Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. Poto ni menunjuk kan pemandangan se buah perkampungan melayu tradisi di pinggir bandar Teluk Intan. Nama kampung ni pun istimewa juge - Kampung Beca.

Sebab2 ianye di namakan Kampung Beca mungkin kerane penduduk2 nye terdiri dari warga pengayuh beca belake. Hari ni pengayuh2 beca ni dah pupus di telan zaman. Boleh di kate kan ianye cume tinggal dua tiga orang sahaja yang masih buat kerja ni.

Sebenar nye Wak bukan nye nak cerite tentang beca, tapi tentang Kampung Beca. Di pinggiran bandar Teluk Intan ni memang nye banyak kampun2 melayu seperti Kampung Terengganu, Kampun Durian Sebatang, Kampung Kebun Limau dan lain2 lagi.

Boleh di kate kan semua kampung melayu ini terletak di pinggiran sungai. Penduduk2 nye hampir 100% terdiri dari kaum melayu. Kampung2 melayu di Teluk Intan ini sudah ujud lame sebelum merdeka. Keadaan di kampung ini tidak pernah berubah  keadaan nye same sahaja hingge ke hari ini.

Sekarang Wak mau cerite sikit tentang kampun2 melayu di pinggir Teluk Intan. Mari kite rujuk kembali kepade poto di atas - poto ini di ambil bukan nye di musim tengkujuh, tetapi ianye di ambil pade waktu 'air pasang'. Oleh kerane hampir semua kampung2 melayu ini letak nye di pinggir sungai make ini lah akibat nye bile tibe air pasang.

Ianye sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk2 di sini dengan keadaan begini semenjak dari dahulu kale. Adakah berkemungkinan keadaan ini akan berubah jika pemerintahan BN/UMNO di tumbangkan dan di ganti kan dengan Pakatan Rakyat? Sudah terlalu lame BN/UMNO memerintah, malang nye keadaan kaum melayu di pinggiran bandar Teluk Intan ini masih tidak berubah.

Kunjungan YB Tn Hj Anwar Sudin ADUN Changkat Jong, Teluk Intan, Perak ke Kampung Beca.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


PROBASIS 2.0 <b>di Jeli</b>, <b>Kelantan</b>. - Kelab UMNO Luar Negara

Posted: 09 Aug 2012 09:23 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pada hari jumaat, 13 dan 14 Julai 2012, Kelab UMNO Moscow dengan bantuan daripada Kelab Umno Luar Negara yang lain ( Jordan, Mesir, Indonesia dan Amerika) telah menjayakan program bakti siswa 2012 ( PROBASIS ...

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


projek 30 - <b>kelaboran</b> tumpat - wisma maju resources berhad

Posted: 23 Dec 2012 06:15 PM PST

TANAH LOT KEBIT 400METER DRP JLN KE CBG 4, MUKIN KELABORAN TUMPAT

MUKIM : KELABORAN
DAERAH : TUMPAT
JAJAHAN : TUMPAT
NEGERI : KELANTAN
   
Keseluruhan Lot : 6 Lot Banglo
Size/Lot : 5511kp@512mp & Keatas
Harga Pasaran Semasa : RM45,000 - RM55,000
Market Value RM11/Kakipersegi
PROMOSI SEKARANG HANYA RM5.00 SEKAKI PERSEGI..
#SIAPA CEPAT DIA DAPAT.. LOT TERHAD MENGIKUT TAWARAN & AKAN MENINGKAT MENGIKUT PASARAN SEMASA.

STATUS: TUKAR SYARAT PERTANIAN KE BANGUNAN KEDIAMAN

50% lebih murah daripada harga pasaran!!!

Harga Promosi :  RM 27,000.00 Keatas
Tawaran istimewa untuk 3 lot terawal sahaja.
* Tambahan RM1 setiap Sekaki Persegi untuk setiap corner lot mengikut harga Promosi sekarang..TQ

TELAH DIJUAL: PETAK NO. 
BOOKING: PETAK NO. 3, 4, 5 & 6
BELUM DIJUAL: PETAK NO. 1 & 2

PETAK: 1 HARGA SEMASA RM70,300 PROMOSI RM38,000
PETAK: 2 HARGA SEMASA RM60,600 PROMOSI RM27,000
PETAK: 3 HARGA SEMASA RM60,600 PROMOSI RM27,000 -BOOKING-
PETAK: 4 HARGA SEMASA RM60,600 PROMOSI RM27,000 -BOOKING-
PETAK: 5 HARGA SEMASA RM60,600 PROMOSI RM27,000 -BOOKING-
PETAK: 6 HARGA SEMASA RM66,000 PROMOSI RM36,000 -BOOKING-

# Kemudahan asas yang cukup & berdekatan dengan rumah kg sedia ada 
( tengok google map )
# Proses tambun bagi meninggikan tanah sedang dijalankan insyallah dlm masa terdekat akan siap. (tanah bekas tanaman padi)
# Hanya 300meter drp jln luar, ke Tumpat @ ke Cabang 4 Tok Mek Ngah.
# Hanya 4km ke pekan Tumpat & Hospital Kelaboran. ( 10 minit perjalanan shj)
# Hanya 5km ke Pasir Pekan & Wakaf Bharu.
# Hanya 7km ke bandar Kota Bharu, siap jambatan hanya 15minit perjalanan ke kota bharu.
# Berdekatan dengan semua kemudahan asas spt masjid, surau, klinik, pasar, stesen minyak, balai polis, pjbt pos, sek rendah & menengah, sek agama dll.
# Kawasan sekitar banyak di bangunkan dengan tapak-tapak rumah.
# Nilai pelaburan yang berpotensi tinggi bagi jangkamasa singkat & panjang.
# Potensi peningkatan harga 100% keatas mengikut perkembangan semasa skg.

Berminat sila hubungi segera

En. Jeri  : +6019-9668718 / 01390000099(sila call sekiranya anda betul2 berminat)

ads