Rabu, 31 Oktober 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


7 lot Banglo <b>di Kok Lanas</b> | Azmiral.com

Posted: 23 Sep 2012 03:38 AM PDT

Harga mengikut keluasan rumah

  1. 1000kp – RM181,000
  2. 1200kp – RM203,000
  3. 1400kp – RM225,000
  4. 1600kp – RM247,000

Luas Tanah : 5400kp+++

lokasi

-Lebih krg 700m ke jln besar
-3 km ke pasar Kok lanas
-Lebih kurang 5km ke Polikteknik Kota Bharu
-lebih krg 3km ke Kolej Komuniti
-lebih krg 4km ke Kem Desa Pahlawan

Design dan plan rumah mengikut citarasa dan pilihan pembeli. KLIK DI SINI untuk melihat contoh pelan dan rekabentuk.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


SAINS: Kenapa ada Syarikat Carigali HESS <b>di</b> Lapangan Terbang <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 04:58 AM PDT

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut:
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.Jarak lokasi BlokA18 dari beberapa bandar utama.

Maka tertarik akan ucapan  YBM Ku Li pada tahun 2010 di Stadium Sultan Muhamad IV


* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla. [lihat peta di atas] walaupunj kini tempat  pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.  
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar dengan kos bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari atau bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN
* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008 S
BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN
Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI [lihat peta di bawah untuk mengetahui kawasan simpanan minyak di perairan Kelantan] ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN 
Maka ini gamaknya puak NGO ini ditubuhkan.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:29 AM PST

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
Felda Chiku 2
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia


Telefon = 6099284230
Fax = 6099284231

# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.

# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 

# Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


QUDWAH HASANAH: LADAP <b>DI</b> KOTA BHARU

Posted: 31 Oct 2012 06:01 AM PDT


Latihan Dalam Perkhidmatan sinonim bagi kami dengan sebutan LADAP. Kami mesti cukup tujuh hari LADAP dalam setahun. Kebiasaannya kami berLADAP di sekolah saja. Ada penceramah jemputan. Tentang pendidikan, kesihatan, motivasi dan sebagainya. Tapi tahun 2012 ni agak istimewa dari tahun-tahun sebelumnya. KAmi berLADAP di luar negeri. Luar negeri Selangor la. LADAP kali ni dibuat di negeri Kelantan.

Kami warga SKBTK berLADAP di sini. Di Pusat Jualan Kraf yang terletak di Bunut Payong. Nampak gayanya dua hari kami di Kelantan, dua hari jugalah aktiviti kami berpusat di Bunut Payong. Hari ni LADAP. Esok lawatan penanda aras di SK Zainab (2) dan SK Bunut Payong. Di Pusat Jualan Kraf ini, kami berpeluang mewarna batik dan mewarna pasu. Wow...lepas ni boleh buka kilang batik la kami. Ya la...dah pandai buat batik. Buat baju kelawar boleh la...hahaha


Ni dia cikgu-cikgi SKBTK. Dapat pasu mini satu seorang. Warna jangan tak warna. Kita tengok pasu siapa paling cantik. Maklum la...semuanya berseni. Aku dah tahu dah pasu siapa yang paling TAK CANTIK. Pasu aku la tu. Tak pandai melukis dan tak berseni. Cikgu Zai tu pegang berus pun dah nampak seninya.

Kita tinggalkan pelukis-pelukis pasu. Kita tengok pula orang warna batik. Tauke pusat kraf sedang menunjuk cara mewarna batik dan teknik campur warna bagi menghasilkan warna-warna yang menarik. Masa tengok dia buat nampak senang sangat. "Kacang je...". Haa...kita tengok la nanti hasil mahsulnya nanti. 

Tengok la tu, cikgu yang berbaju 'perang kecoklatan'. Terkial-kial nak guna warna apa pun tak pasti. Terjenguk-jenguk gayanya. Hahaha... Tiru orang. Maklum la bimbang hasil buatannya yang paling comot. Anggap aje la cikgu sebelah tu mentor dia. Habis cerita. Lengoh juga nak siapkan cantingan sebesar tu. Macam mana la agaknya kalau dapat kain sepanjang empat meter? Tak dapat aku bayangkan.


Selesai berLADAP, cikgu-cikgu tak lepaskan peluang bershopping la pulak. Tengok tu... Masing-masing pegang beg batik. Lepas penat lelah melukis pasu dan mewarna batik, lepas geram membeli-belah la. Tu baru satu beg seorang. Last-last tu senget bahu masing-masing membimbit beg. Percaya tak? Ya la...mabuk tengok kain sutera murah-murah. 


Menjelang tengah hari, semua acara dah selesai. Tibalah masanya acara menyampaikan cenderamata kepada tuan rumah, sebagai tanda terima kasih menerima kunjungan kami. Terima kasih daun keladi. Cenderamata dari SKBTK disampaikan oleh EN Masran bin Khalil GPK Kokurikulum.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


JANJI DITEPATI ! WALAU KALAH PRK <b>MANEK URAI</b>, DEMI <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 12:55 AM PDT

Masih lagi terngiang-ngiang lagi di telinga APBN ketika Datuk Seri Liaw Tiong Lai hadir memberi ucapan di belakang kedai kopi Luwi sebelah padang bola Manek Urai Lama yang menyatakan jika BN memenangi PRK Manek Urai ini , kerajaan akan membina sebuah Hospital Kuala Krai yang baru demi menampung kapasiti pesakit dari kawasan pedalaman sekitar Parlimen Kuala Krai (Dun Guchil, Mengkebang, Manek Urai dan Dabong) dan Gua Musang (Dun Galas, Nenggiri dan Paloh). Pada peringkat ini kerajaan BN sudahpun melemparkan janji kepada seluruh rakyat , namun malangnya BN tewas di sini dengan hanya 65 undi. Oleh yang demikian , harapan rakyat pun berkubur.

Melihat akan keperitan rakyat di pedalaman Kelantan , PM Najib telah mengambil sikap tidak ambil hati atau takpa lah dengan rakyat malah dengan peribadi cakna, Hospital Kuala Krai yang baru tetap dibangunkan dilokasi yang paling strategik iaitu di Kg Pahi berhadapan ladang Malakoff di atas tanah seluas 50 ekar-100 ekar . 
Berikut adalah foto yang telah dirakam menunjukkan bukti kerajaan Barisan Nasional tetap mengutamakan rakyat melebihi janji yang diberi. 

Walaupun dalam peringkat awal pembinaan dan cuci tanah namun sebagai hambaallah yang diajar mengikut ajaran agama Islam supaya mensyukuri nikmat rezeki dan kesenangan , tiada apa yang dapat APBN katakan melainkan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih kepada PM Najib serta pentadbiran kerajaan Malaysia kerana menjadikan kami yakni rakyat sebagai yang terutama melebihi kepentingan yang lain.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Pssttt: Ikhlas APBN adalah orang yang dahulunya paling tak suka pada lagu ini, tapi makin lama dengar makin lekat di hati. Masyaallah.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Anggota Polis Parah Ditembak <b>Di Gua Musang</b> | Detik Perubahan

Posted: 30 Oct 2012 07:47 AM PDT

KOTA BHARU- Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera parah, selepas ditembak penjenayah dengan beberapa das tembakan di bahagian dada, dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, bersama beberapa anggota dari balai berkenaan menyertai operasi sekatakan jalan raya di hadapan balai terbabit, setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di bandar Gua Musang.

Dipercayai semasa kejadian mangsa yang bertindak nekad memberkas dua suspek di dalam dua kereta berasingan iaitu kereta jenis Honda dan BMW ditembak salah seorang suspek ketika mereka cuba melarikan diri dengan melakukan pusingan U.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pembedahan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini pihak polis sudah mengepung sekitar kawasan Felda terbabit bagi mengesan suspek.

"Walau bagaimanapun, polis berjaya mendapatkan semula kedua-dua kenderaan itu namun suspek yang berada di dalam kereta itu berjaya meloloskan diri.

"Buat masa ini kita masih memburu suspek dan kita giat menjalankan siasatan bagi menangkap mereka yang terlibat,"katanya kepada pemberita pada sidang media di HRPZ II selepas menemui keluarga isteri mangsa, Maisarah di dewan menunggu.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata di atas keberanian Mohd Shamsul, beliau mengumumkan kenaikan pangkat serta-merta anggota terbabit ke peringkat yang lebih baik sebagai ganjaran terhadap tindakannya itu dalam membenteras jenayah.

Turut serta dalam lawatan itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Sementara itu menurut isteri mangsa, Maisarah Kasim, 27, dia hanya mengetahui suaminya mengalami kecederaan parah selepas diberitahu rakan sekerja suaminya, melalui panggilan telefon kira-kira jam 1.30 pagi.

"Terkejut juga apabila menerima berita itu, namun saya tabahkan hati dan berharap agar suami berada dalam keadaan stabil dan dapat menjalani pembedahan dengan selamat.

"Suami saya seorang yang rajin bekerja walaupun bercuti serta tidak pernah merungut dan sentiasa menjalankan tanggungjawabnya dengan ikhlas terhadap pasukan," katanya. – Sinar Harian

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Abby Abadi Aktif Politik Kerana Sudah Nikah Adun <b>Kelaboran</b> PAS

Posted: 01 Aug 2012 01:26 AM PDT


Sekali lagi selamat datang ke buletin khas Abby Abadi di'mana kami akan sentiasa memaparkan perkembangan kerjaya politik aktress bergelar 'pendakwah bebas' ini.

Kami perhati juga tulisan Abby Abadi di Twitter dua tiga hari ini bukan sekadar meneruskan dakwah juga kempen politik beliau, namun ada satu gossip politik yang beliau hadapi.
Beberapa laman blog politik ada memetik ura ura mengatakan penglibatan Abby Abadi dalam politik kini lebih serius selepas menikahi salah seorang ahli politik PAS.
Ahli politik yang menjadi mangsa gossip politik ini adalah ADUN Kelaboran Mohd Zaki Hj Ibrahim yang khabarnya kerap di'lihat bersama Abby Abadi di beberapa majlis ceramah anjuran PAS sejak kebelakangan ini.
Namun Abby Abadi pantas menjadikan medium Twitter untuk menafikan sebarang hubungan dengan ahli politik tersebut tetapi tetap meminta peminat untuk mendoakan jodoh'nya cepat sampai.
Menurut Abby Abadi, ini bukan pertama kali beliau mendapat 'jodoh' hasil cakap cakap orang ramai dan mula menerima gossip nakal sebegini sebagai lumrah apabila terlibat dalam dunia politik.

ads