Rabu, 11 April 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Azie Kitchen: Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2012 01:15 AM PST




Pulut Seri Kaya Telur atau dipanggil Sekaya Telor oleh orang Kelantan adalah salah satu dari kuih istimewa Kelantan yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Maklumlah orang Kelantan ni suka yang manis manis, alaaa semanis senyuman Che Mek Molek lah. Kalau di Terengganu, dipanggil Kuih Tok Aji Serban kot.
Seingat saya, tak pernah pulak saya cuba memasaknya sendiri sebelum ini kerana jika mahu makan, saya cuma beli 2 keping dari pasar pagi Jelawat. Kuih di Kelantan terutama di kampung kampung masih murah, ada yang 3 biji serial. Tahu ke apa itu serial? Kelantan kan Negeri Serambi Mekah. Kami memanggil rial bukan ringgit. Secara jujur, saya amat bangga menjadi anak Kelantan walaupun suami saya bukan orang Kelantan dan anak anak saya semuanya dilahirkan di luar Kelantan. Jiwa dan semangat Kekelantanan amat tebal di dalam diri saya. Orang Kelantan berpegang pada semangat 1 Kelantan sejak dulu dulu lagi ...


Berbalik pada kuih sekaya ini, saya memang puashati walaupun tak jumpa telur itik. Kalau menggunakan telur itik, kuihnya jadi lagi gebu. Sedap sekali, secukup rasa manisnya dan yang pentingnya ia meleraikan rindu saya pada kampung halaman. Kalau bulan puasa, saya memang gemar membeli kuih ini. Lagi sedap bila dimakan sejuk sejuk, jadi simpanlah sekejap dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Jom kita tengok resepinya di bawah ....


Kuih Pulut Sekaya Telur


Lapisan Bawah
sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)


Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 25 minit. Loyang dialas dengan plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  




Apabila pulut masak, gaul rata rata. Tekan dalam loyang. Taburkan sedikit tepung gandum.


Lapisan Atas
5 biji telur itik (guna telur ayam kampung)
4 biji telur
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan

3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit
1/4 sk garam halus

Cara-cara :
Satukan telur dan bunga cengkih dan dipukul ringan. Ketepikan.






Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.  








Tuang ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.





Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 30 minit dengan api sederhana.  

Angkat dari pengukus dan sejukkan. Tengok permukaannya yang berkedut kedut itu. Seperti juga kuih akok yang permukaannya memang berkedut.



Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. Lihat tekstur lapisan atasnya.  Hmmm sedap sekali ...





Nota:
Jika terdapat takungan air pada permukaan serapkan dengan tisu dapur.

Boleh juga letak esen vanilla jika tak suka bunga cengkih.

Di masa depan saya mahu guna 2/3 sahaja dari adunan pulut supaya tidak terlalu tebal.

Enjoy ....

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:29 AM PST

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
Felda Chiku 2
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia


Telefon = 6099284230
Fax = 6099284231

# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.

# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 

# Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

coret-coret cinta si nadhiya&#39;s hafiez: <b>chiku chiku</b> chak arr!! hahaa

Posted: 08 Apr 2012 12:18 AM PDT

salam semua :) wat pe ni korang tgah2 petang cam nie? klu dapat mkn goweng pisang dgn air kopi ke tea panas kea OMG sgt sedap kan kan ... aku time pepetang cam ni still kat skolah lagi lah, tgh duk ushar2 students fardu ain hahaha padahal bukan ngajar pun sesaje jek lepak sampai petang siapkan kerja yang banyak dan banyak dan banyak ini...

last week aku ade ke sk demit 2 untuk pertandingan bola baling, terjumpa my old teacher kat smk panji CG ABD HADI y best nya cg hadi y tegur aku dulu seyes rasa terkejut sebab dia masih ingat aku, yea ar dia last ajar aku time aku tingkatan 3.. tq cikgu masih ingat saya. touching seketika

so skolah aku dapat no 3 utk kategori lelaki dalam pertandingan tu, y x tahanya student y main tapi aku y terjerit2 kat luar garisan hahaha over seketika.. nasib aku waras kalau x silap2 aku y masuk main haha

okes berbalik pada isu sebenar, actualy aku xde pape pun nak share just nak tanya khabar korang je n nak inform y aku sehat haha, spoil!! haha ( ala2 denan sempit ) lawak giler citer tue ... i like :)

ok lah tue je lah kot buat masa ni hahaha, klu kena tulis dgn pen bazirkan dakwat jek naseb xpayah guna dakwat jadi ok lah klu merapu pun hahha.. salam :)

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Rakaman video Warcana Politik <b>di Kota Bahru</b>: Ahli panel <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 06:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video BERSIH 3.0 Akan Diadakan Pada 28hb April 2012 Di Dataran Merdeka!! Yahooooo! ... Rakaman video Warcana Politik di Kota Bahru: Ahli panel – Saifuddin Nasution, Lim Guan Eng & Husam Musa ...

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang: Ceramah <b>Di Machang</b> 12 <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 04:52 PM PDT

DOA QUNUT NAZILAH

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin…!

RENUNGAN

Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.

Tepati janji adalah kembar kepada benar.

Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.

Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu.

Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.

Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.

Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.

Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Taiping Mali: PAS Prmtg Pauh takut Gelombang Biru BN

Posted: 11 Apr 2012 10:02 AM PDT

Kesian tengok ahli Pas yang berdiri atas lori. dah la gemok macam kerbau pendek, otak pula sempit, lepas ceramah menjerit menyanyi lagi pkr yang ala yahudi..bawa lah lagu nasyib kan bagus.

Pas marah kerana Umno buat program di Politeknik Permatang Pauh dan menuduh kerajaan memperbodohkan penjawat awam. Nak tanya sikit semasa PRK di Galas Gua Musang, kerajaan negeri Selangor , Kelantan , Pulau Pinang dan Kedah hantar pegawai kerajaan dan kenderaan kerajaan negeri untuk berkempen tu macam mana pulak. Tidak kah kerajaan pakatan haramjadah telah memperbodohkan kakitangannya?

Satu lagi hujah Si Kerbau Pendek tu kata, IPT tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Nak tanya sikit, Anwar pergunakan UNISEL untuk tujuan politik macam mana? Nizar Jamaludin semasa 11 bulan memerintah Perak menggunakan KISDAR untuk program Pas, JIM dan sebagainya macam mana?

Pas Kedah cuba menguasai KUIN dan Terengganu semasa Pas memerintah telah menggunakan KUZZA macam mana pula? Sila jawab wahai kerbau pendek Pas.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


freebooterrambo: Aktiviti Memelihara Kuda <b>Di Negeri Kelantan</b>

Posted: 09 Mar 2012 04:56 PM PST

Berkuda Adalah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
1. Di kawasan perkampungan orang Melayu di Semenanjung Malaysia, aktiviti memelihara kuda adalah sesuatu yang tidak lazim dilakukan dan sukar dilihat di mana-mana.
2. Walau bagaimanapun, dalam tahun 2010, saya telah melihat terdapat kuda-kuda yang ditambat di tengah-tengah padang untuk meragut rumput, ketika melalui sebuah kawasan perkampungan orang Melayu di Negeri Kelantan.
3. Ketika itu, saya telah menyaksikan bagaimana salah seekor kuda yang ditambat berhampiran sebuah kawasan sawah padi yang digenangi air, telah masuk berendam di dalam petak sawah yang dipenuhi air.
4. Kelakuan kuda tersebut menarik perhatian saya kerana saya percaya tidak banyak spesies kuda yang gemar, atau mampu berkubang di dalam petak sawah padi. Tambahan pula, dengan kehadiran lintah yang banyak didapati di dalam petak-petak sawah padi.  
5. Setelah melayari internet, saya terjumpa satu pautan yang menceritakan tentang sejarah aktiviti memelihara kuda di Negeri Kelantan. Rupa-rupanya, sejarah aktiviti memelihara kuda sudah lama berlangsung di Negeri Kelantan Darul Naim. Malahan baka spesies kuda yang dipelihara di negeri tersebut, sebenarnya terdiri daripada kacukan pelbagai jenis spesies asal kuda. http://fakulti0.tripod.com/kudapadi/id5.html


03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan

Posted: 09 Feb 2010 11:14 PM PST


Menjlis perkahwin Abg Long samurai bergambar ayahanda pak uda, ayahandaPutra,ayahanda Sedi Lipan ,Ayahanda Pak Nik askar,Ayahanda Lee Tanah MerahDan Kanda Udi

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Kereta Meletup Kena Peluru Berpandu <b>di Tumpat</b> | Oyak!

Posted: 05 Jan 2012 05:55 AM PST

Tumpat, 5 Januari 2012. Sebuah kereta meletup di Tumpat apabila terkena peluru berpandu.

Ketika kejadian, dua kanak-kanak, Wan Ariq Ulwan dan Wan Damia Ulwan sedang bermain di tepi kereta ketika peluru berpandu menghentam kereta terbabit.

Walau bagaimana pun, nasib kedua kanak-kanak tersebut amat baik kerana sempat diajar ilmu kebal. Jadi keduanya keluar dari letupan dengan hanya sedikit cedera di hidung dan hanya Wan Ariq yang hilang selipar apabila Ariq terpijak tahi lembu, akibat tiada air untuk basuh, maka selipar terpaksa ditinggalkan.

Mereka terus pulang ke rumah Tok We dan Tok Che untuk makan nasi dan claim daripada Tok We untuk selipar baru.

Laporan, acoms.

Related posts:

  1. Bermain di Pantai Seri Tujuh
  2. Ariq dan Damia
  3. Pelukis Jalanan
  4. Dapur Damia
  5. Ariq digoda??
  6. Eeeee……
  7. Damia main mata..

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Live Life To The Fullest !: Makhluk Asing <b>di Pasir Mas</b> , Kelantan?

Posted: 09 Apr 2012 08:58 PM PDT

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

PASIR MAS 7 April : Pelbagai gelaran diberikan terhadap dirinya, termasuk 'makhluk asing', namun, ia tidak mematahkan semangat Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Jalan Rantau Panjang Lama, dekat sini, untuk meneruskan kehidupannya.

Bayangkan, bahagian hadapan kepalanya yang berbeza berbanding insan normal menyebabkan ada kanak-kanak menangis apabila terserempak atau melihatnya dari dekat.

Bagaimanapun, di sebalik kekurangan itu, dia mempunyai daya ingatan yang sangat kuat dan mampu mendendangkan lagu Hindustan dengan baik walaupun rangkap dinyanyikan tidak sepenuhnya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mampu menceritakan secara terperinci kemalangan menimpa dirinya tiga tahun lalu yang menyebabkan separuh tempurung kepalanya dibuang doktor.

Dia yang membahasakan dirinya, Hisham berkata, kejadian pada tengah hari Jumaat pada 2009 merubah kehidupannya dalam sekelip mata.

Katanya, ketika itu, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kuala Krai melalui Tanah Merah menuju Pasir Mas.

"Sebaik tiba di Kangkong, tiba-tiba, sebuah Honda Jazz dari arah Pasir Mas dipandu seorang warga Thailand cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun, gagal lalu bertembung motosikal saya.

"Akibat pertembungan itu, saya melayang ala 'Superman' sejauh dua meter dan melanggar sebatang pokok sebesar pemeluk di tepi jalan menyebabkan topi keledar dipakai terbelah dua. Akibat kemalangan itu, saya koma tiga bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), Kota Bharu," katanya.

Katanya, sebaik sedar, dia hairan melihat pesakit lain termasuk pengunjung wad memandangnya, seolah-olah ada benda pelik berlaku ke atas dirinya.

"Saya meraba seluruh tubuh, namun, tiada yang ganjil sehinggalah saya memegang bahagian atas kepala dan terkejut apabila ada lekuk besar di situ.

"Saya minta ibu yang berada di sisi katil menghulurkan cermin dan sebaik memandang cermin, saya hampir 'hilang akal' kerana tidak menyangka kepala yang sebelum ini sempurna, kini cacat," katanya.

Bagaimanapun, sebaik ditenangkan ibunya, Shamsiah Yatim, 57 dan ayahnya, Muhamad Mohd Noor, 52, barulah dia akur serta pasrah dengan takdir Ilahi.

Selain kehilangan separuh tempurung kepala, Hisham turut juling mata kirinya, namun, mengakui penglihatannya masih jelas.

Menurutnya, pertama kali keluar rumahnya sebaik dibenarkan pulang dari hospital, dia panik apabila anak jiran menangis ketakutan sebaik melihat kepalanya.

"Ketika itu, kepala saya botak menyebabkan ketiadaan tempurung kepala itu boleh dilihat dengan jelas," katanya yang terkenal dengan gelaran Hisham Lekuk.

Mengenai kos rawatan bagi menggantikan tempurung kepalanya, Hisham menjelaskan, ibu bapanya yang bekerja kampung tidak mampu membiayainya kerana kos pembedahan agak tinggi iaitu antara RM8,000 hingga RM12,000, tidak termasuk kos perubatan.

Sehubungan itu, Hisham merayu sesiapa yang ingin membantunya boleh menghubungi ayahnya menerusi talian 017-9335461.

Source

Find a job and win RM500: Holy moly shmoly! We pay you RM500 when you've found a job through JobsCentral. All you need to do is to land that dream job, and then RSVP us here. Terms apply.

Shell Helix is giving away prizes worth over RM200,000. Here's how you can win them.: Get your chance to win an all expense paid VIP trip to Italy. Buy a minimum of 4 litres of Shell Helix Ultra, Shell Helix HX7, Shell Helix HX7 E or Shell Helix HX7 Diesel, get the contest form and submit your entries!

Teh Tarik is definitely 100% Malaysian. What else makes YOU proud to be Malaysian?: Are you a True Malaysian? Watch the short videos, then leave a comment to win RM300 cash and hampers!

Makhluk Asing <b>di Pasir Mas</b>,Kelantan ! - BLOG-EPIC-SCENE

Posted: 06 Apr 2012 07:52 PM PDT

PASIR MAS 7 April 2012 : Pelbagai gelaran diberikan terhadap dirinya, termasuk "makhluk asing", namun, ia tidak mematahkan semangat Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Jalan Rantau Panjang Lama, dekat sini, untuk meneruskan kehidupannya.
Bayangkan, bahagian hadapan kepalanya yang berbeza berbanding insan normal menyebabkan ada kanak-kanak menangis apabila terserempak atau melihatnya dari dekat.
Bagaimanapun, di sebalik kekurangan itu, dia mempunyai daya ingatan yang sangat kuat dan mampu mendendangkan lagu Hindustan dengan baik walaupun rangkap dinyanyikan tidak sepenuhnya.
Anak sulung daripada tiga beradik itu mampu menceritakan secara terperinci kemalangan menimpa dirinya tiga tahun lalu yang menyebabkan separuh tempurung kepalanya dibuang doktor.
Dia yang membahasakan dirinya, Hisham berkata, kejadian pada tengah hari Jumaat pada 2009 merubah kehidupannya dalam sekelip mata.
Katanya, ketika itu, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kuala Krai melalui Tanah Merah menuju Pasir Mas.
"Sebaik tiba di Kangkong, tiba-tiba, sebuah Honda Jazz dari arah Pasir Mas dipandu seorang warga Thailand cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun, gagal lalu bertembung motosikal saya.
"Akibat pertembungan itu, saya melayang ala "Superman" sejauh dua meter dan melanggar sebatang pokok sebesar pemeluk di tepi jalan menyebabkan topi keledar dipakai terbelah dua. Akibat kemalangan itu, saya koma tiga bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), Kota Bharu," katanya.
Katanya, sebaik sedar, dia hairan melihat pesakit lain termasuk pengunjung wad memandangnya, seolah-olah ada benda pelik berlaku ke atas dirinya.
"Saya meraba seluruh tubuh, namun, tiada yang ganjil sehinggalah saya memegang bahagian atas kepala dan terkejut apabila ada lekuk besar di situ".
"Saya minta ibu yang berada di sisi katil menghulurkan cermin dan sebaik memandang cermin, saya hampir "hilang akal' kerana tidak menyangka kepala yang sebelum ini sempurna, kini cacat," katanya.
Bagaimanapun, sebaik ditenangkan ibunya, Shamsiah Yatim, 57 dan ayahnya, Muhamad Mohd Noor, 52, barulah dia akur serta pasrah dengan takdir Ilahi.
Selain kehilangan separuh tempurung kepala, Hisham turut juling mata kirinya, namun, mengakui penglihatannya masih jelas.
Menurutnya, pertama kali keluar rumahnya sebaik dibenarkan pulang dari hospital, dia panik apabila anak jiran menangis ketakutan sebaik melihat kepalanya.
"Ketika itu, kepala saya botak menyebabkan ketiadaan tempurung kepala itu boleh dilihat dengan jelas," katanya yang terkenal dengan gelaran Hisham Lekuk.
Mengenai kos rawatan bagi menggantikan tempurung kepalanya, Hisham menjelaskan, ibu bapanya yang bekerja kampung tidak mampu membiayainya kerana kos pembedahan agak tinggi iaitu antara RM8,000 hingga RM12,000, tidak termasuk kos perubatan.
Sehubungan itu, Hisham merayu sesiapa yang ingin membantunya boleh menghubungi ayahnya menerusi talian 017-9335461.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Kenangan <b>Di</b> Selat <b>Melaka</b> 2 « Duacongkak&#39;s Spot

Posted: 04 Apr 2012 10:37 PM PDT

Kenangan Di Selat Melaka 2

Dikirim dalam Uncategorized tagged pada 1:37 pm oleh duacongkak

Pelayaran ke Pulau Pisang.

Semakin hampir ke Pulau yang dituju dan penglihatan semakin jelas. Hati membara melihat bentuk pulau yang bakal di jejaki tidak lama lagi. Selama ini hanya memandang dari daratan dan kini berpeluang lihat didepan mata.

 Air laut Selat Melaka agak tenang dan sesekali dialun dengan gelombang kecil dan terasa bagaikan dibuai lembut, menggamit kehadiran kami ke Pulau Pisang. Deruan angin dari pergerakan bot menghilangkan sedikit rasa kepanasan bahang mentari dan juga pantulan dari air laut. Semua itu tidak dihiraukan apabila pandangan Pulau berada didepan mata, semangat untuk jejakkan kaki di Pulau semakin membara.

Teruja sekali bila melihat bentuk Pulau kecil yang berada dipenghujung Pulau Pisang yang lebih besar. Pulau ini dikenali dengan nama Pulau Sauh. Dari jauh atau jika dilihat dari daratan, kita hanya nampak sebuah pulau saja, tapi bila dihampiri rupanya ada pulau pulau kecil lagi. Salah satu adalah Pulau Sauh ini yang dapat dilihat dengan jelas melalui gambar di bawah.

 Akhirnya Pengkalan Jeti untuk bot berlabuh sudah dapat dicapai tangan. Setelah tali bot diikat, tanpa membuang masa lagi, kaki kanan melangkah dan memijak jeti yang menganjur ketengah laut. Kehijauan air memukau pandangan mata dan nampak segar bersama desiran bayu yang lembut tapi terasa pula bahang panas. Badan berpeluh peluh dan membasahi baju yang dipakai. Rupa rupanya jeket keselamatan yang dipakai sewaktu dalam bot tidak ditanggalkan sehingga kawan menegur. Betapa malunya waktu itu kerana disindir oleh kawan kawan. Nampak sangat kemaruknya diri ini untuk melihat suasana Pulau tanpa disedari jeket keselamatan masih dipakai.

 

Kelihatan pantai pulau yang berbatu…disangkakan pantai pulau ini berpasir, rupanya penuh dengan batu batu yang cantik. Dapat dilihat corak hakisan air yang berlapis.

 

Pondok persinggahan untuk berehat yang dibuat dipersisiran pantai berbatu. Sewaktu kehadiran kami disini rupanya tiada sesiapa dalam pondok tersebut. Mungkin tuannya belum datang atau mungkin ianya dibina hanya untuk berahat atau berteduh sewaktu musim hujan atau ribut. Pondok yang dibina oleh nelayan nelayan.

 

Juga terdapat pondok milik kerajaan yang juga kosong sewaktu kami sampai, bertutup dan berkunci.

 

Tidak jauh dari pantai, kita kena mendaki pula untuk melihat suasana yang ada di pulau. Rupa rupanya dibahagian atas bukit ini terdapat beberapa pondok yang kecil dan comel milik individu yang menjaga kebun dan dusun. Ternyata diatas pulau pisang ini banyak pokok pokok buah buahan seperti mempelam, kuini, pokok kedondong dan pelbagai lagi. Nasib kurang baik sewaktu kehadiran kami, bukannya musim buah buahan. Jika tidak, dapat juga merasai keenakan buahnya. Pondok yang ada ini tanpa penghuni dan mungkin bukan musim buah maka tuannya tidak hadir. Apa pun kelihatan persekitarannya amat bersih dan seperti diselia selalu. 

 

Pokok besar berdiri tegak, sayangnya masih belum berbuah.

 

Betapa tingginya pokok besar ini, dan sekiranya berbuah tentu sekali sukar untuk diambil buahnya.

 

Mengharapkan buah tidak dapat, keadaan pulau pula sunyi rupa rupanya ada seekor labah labah bersarang. Niat dihati ingin mendapatkan gambar unggas atau hidupan lain yang ada, rupa rupanya labah labah saja yang jadi perhatian maka, ambil juga gambarnya untuk kenangan.

 

Labah labah yang menyambut kedatangan kami di Pulau ini…

Hasrat dihati ingin memanjat lebih tinggi lagi untuk melihat bahagian puncaknya, apakan daya dihari ketibaan kami keadaan air laut sudah hampir surut dan tidak mengizinkan kami tinggal lebih lama. Sebelum bot tersadai lebih baik kami beredar dulu…jika ada masa yang terluang lagi akan saya jejakkan kaki hingga kebahagian puncaknya, dimana terdapat rumah api untuk panduan kepada kapal kapal yang menggunakan laluan di Selat Melaka.

Kena tunggu dimasa akan datang untuk dapatkan suasana dipuncak Pulau.

ads