Selasa, 6 September 2011

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


MAMI KELATE: 6 LOT BANGLO <b>DI BACHOK</b>

Posted: 04 Aug 2011 02:03 AM PDT

GAMBAR AKAN DIUPDATE NANTI
BERDEKATAN CABANG 3 MELAWI
BERDEKATAN UMK DAN KOMPLEKS SEKOLAH
LUAS TANAH:  5500- 6500+sqft
LUAS RUMAH : 1498 sq.ft.
2 JENIS BANGLO HAGA DARI  RM 265 600
( SILA REFER PAMPLET DI ATAS )

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


LaskarMerahPuteh: &#39;Red Wave&#39; <b>Pasir Puteh</b> tempoh hari..

Posted: 13 Aug 2011 11:00 PM PDT


                                                                 
Kunjungan hadirin sekitar 20 ribu lebih dengan memakai baju serba merah bagi menyambut kehadiran PM di sekolah rendah sri aman,Pasir Puteh  pada 2 julai 2011,benar2 telah membakar semangat laskar sndiri yg turut berada di tempat tersebut. Kehadiran yg ramai ini seolah2 memberi mesej kpd phk pembangkang bahawa rakyat tempatan begitu menyokong penuh kepimpinan kerajaan di bawah PM kita dan jelas di sini..rakyat mahukan PERUBAHAN di lakukan di Pasir Puteh...
                        

Rakyat Pasir Puteh mengambil peluang bertemu dan bersalaman dgn PM
Antara Pemimpin Yang Hadir

Ekoran dari kejayaan perhimpunan PM bersama rakyat itu, pelbagai tohmahan yg buruk telah dilemparkan oleh pembangkang, mereka mendakwa kehadiran yg ramai itu adalah hanya sandiwara semata2 dan ada di kalangan mereka 'dipaksa' menghadirkan diri ke majlis tersebut sedangkan apa yg jelas laskar sendiri lihat, semua hadirin yg hadir melakar senyuman yg indah di riak wajah mereka dan mereka2 ini yg terdiri dr kalangan muda,tua berebut-rebut untuk bersalaman dgn pemimpin2 yg hadir pada hari itu.
             Lihatlah semangat warga emas ini,.semangatnya hebat ..perlu dicontohi semangat ini di kalangan orang2 muda..
Apa yg jelas, kesan dari aura gelombang merah ini sedikit sebanyak telah menhadirkan kegusaran di hati pihak pembangkang lalu tohmahan2 yg tdk berasas cuba dilemparkan bagi meredakan perasaan kurang enak di pemikiran mereka. Yang paling penting, sekiranya pemilihan calon yg bersesuaian serta pengurusan jentera parti yg sempurna pada PRU 13 nanti,,adalah tidak mustahil untuk BN mencapai kemenangan di pasir puteh..Insya'allah..

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Peniaga <b>di</b> simbah asid oleh isteri <b>di</b> Kampung <b>Kok Lanas</b>, Kota Bahru |

Posted: 28 Aug 2011 04:41 PM PDT

No of View :446

Seorang peniaga murtabak berusia 47 tahun, cedera di muka dan badan selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh isterinya di Kampung Kok Lanas dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 9.30 pagi ketika peniaga terbabit yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun, sedang menyiapkan adunan murtabak di rumahnya.

Salah seorang ahli saudara mangsa berkata, dua hari sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri itu namun punca pertengkaran itu tidak diketahui.

"Mangsa memberitahu, isterinya tiba-tiba datang dan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke arahnya menggunakan bekas air dan mengenai muka dan badan sebelah kanan," kata ahli saudara mangsa itu yang enggan dikenali ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini.

Menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian tersebut, lelaki itu berkata, dia dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh penduduk kampung.

"Ketika kejadian, saya ada di rumah di Kampung Sokor dan orang kampung datang memberitahu, mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk dirawat.

"Saya terus ke klinik untuk melihat keadaan mangsa. Bagaimanapun, dia terpaksa dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Sehingga kini, katanya, keluarga mangsa belum pasti sama ada untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut atau sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


NGINAP-SRENGENGE....cawan grup: BIODATA TG HAJI HASHIM <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 09:12 PM PDT





Tuan Guru Hj Hasyim Pasir Tumboh dalam kenangan ...


Biodata :
Nama : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :
  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
6-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.
( Gambar kenangan Ustaz Helmi dan rombongannya bersama pelajar2 pondok TG Haji Salleh,Sik,Kedah semasa ziarahi Allahyarham Tn Guru bulan 3 .2011)

Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato' Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Meninggal dunia
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..al-Fatihah

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


&#39;Mat Chah&#39; sedia <b>galas</b> cabaran <b>Kelantan</b> | Khalic Dot Com

Posted: 06 Sep 2011 04:15 AM PDT

shahrizanismailmini Mat Chah Sedia Galas Cabaran Kelantan

Mat Chah ganti Khairul Fahmi lawan Sarawak di Kuching malam ini. Foto: Kosmo!

Penjaga gol kedua Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail bersedia menggalas tanggungjawab utama selaku penyelamat gawang The Red Warrriors ketika turun menentang Sarawak dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Negeri, Kuching, malam ini.

Shahrizan atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Chah mengakui tekanan turut dirasai kerana dia kini menjadi harapan penyokong setia selepas penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat beraksi untuk pasukan.

Shahrizan atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Chah mengakui tekanan turut dirasai kerana dia kini menjadi harapan penyokong setia selepas penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat beraksi untuk pasukan.

"Tekanan tidak boleh dielakkan namun dengan pengalaman yang ada, saya cuba tenang dan fokus selain mahu memberi yang terbaik untuk pasukan.

"Saya perlu jalan tugas dan cabaran ini jika diberi kepercayaan namun saya tetap akan berwaspada terhadap pasukan lawan kerana malam esok (malam ini) perlawanan pertama kami," katanya ketika dihubungi semalam.

Selaku juara bertahan, Kelantan dianggap pemerhati bola sepak dan pengkritik sebagai pilihan muncul juara Kumpulan C dan perwatakan Red Warriors akan dapat dilihat selepas tamat perlawanan malam ini.

Sementara itu, Karathu berkata pasukannya tidak akan memandang mudah keupayaan Sarawak kerana dalam saingan Piala Malaysia momentum setiap pasukan pasti berbeza kerana masing-masing memburu kejuaraan. Malah, Sarawak dilihat mampu memberi saingan sengit.

"Sebagai persediaan menentang kita mantapkan barisan pertahanan selain gawang gol akan dikawal ketat penjaga gol. Kami akan beraksi dalam setiap perlawanan dengan misi mempertahankan kejuaraan," katanya. -BHOnline

iklan2 Mat Chah Sedia Galas Cabaran Kelantan
iklan468 Mat Chah Sedia Galas Cabaran Kelantan

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Makan Malam <b>di</b> Marrybrown <b>Pengkalan Chepa</b>, Kelantan|Great <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 12:46 AM PDT

Malam terakhir di Kelantan sempatlah terjahi Marrybrown Pengkalan Chepa, Kelantan. Mak mertua teringin sangat nak makan di sini. Well, ni first time eyriqazz terjahi Marrybrown.
Beratur. Nasib baik tak ramai sangat orang
Boleh tahan juga rasa ayam marrybrown.Something different. Rasanya lain dari KFC .Tapi tetap sedap.Kesedapan yang berbeza jika dibandingkan dengan KFC. Well, I like it...

Nasi Lemak Marrybrown...Pun sedap...Sambalnya just nice
Black Pepper Chicken Marrybrown Pilihan Isteri. Isteri sukakannya...Sedap juga katanya
Bukan Main manja lagi Alisya dengan Abah Toknya..Mengalahkan manja dengan Papanya
Nyam2, nampak sedaplah Air Strawberri Ummi ni...ALisya nak sikit boleh?
Part bestnya sini ada Playground..Bukan main seronok lagi Alisya
Alisya bersama Ipin...(Anak buah)
Santai...Kerusi ala-ala buaian..Kreatif kan?
Overall, memang puas hati makan di Marrybrown ni.Lepas ni bolehla terjahi lagi. Yerla,kata orang,belum cuba, belum tahu kan? Dah cuba, nilaikan sendiri...

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi <b>Di Gua</b> <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 01:01 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi Di Gua Musang 10 Kali Ganda

GUA MUSANG, 25 Mei – Pembangunan infrastruktur kerajaan pusat seperti jalan raya telah meningkatkan pelaburan dan nilai tanah di kawasan pedalaman Hulu Kelantan iaitu Gua Musang dengan kenaikan hartanah sebanyak 10 kali ganda.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata nilai tanah sekitar bandar ini melambung lebih 10 kali ganda daripada nilai tahun 80-an dulu berikutan menjadi rebutan pelbagai pihak untuk dijadikan pusat pelaburan jangka panjang.

"Sebagai contoh harga satu unit kedai yang dahulunya hanya RM50,000, tetapi sekarang meningkat kepada lebih RM300,000 seunit," katanya pada Majlis Perjumpaan Dengan Peserta Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera di Chin Teck, dekat sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau menasihati penduduk agar tidak menjual hartanah mereka walaupun ada menerima tawaran kerana mereka akan rugi jika berbuat demikian kerana beliau menjangkakan nilai tanah di kawasan berkenaan akan meningkat.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata sejak kebelakangan ini juga semakin banyak permintaan orang luar untuk membeli tanah-tanah di sekitar Gua Musang sama ada untuk gudang perniagaan atau pembukaan ladang.

Sejajar dengan Dasar Keberhasilan Negara (NKRA) dalam meningkatkan taraf  hidup rakyat dan memajukan kawasan pedalaman, Kerajaan Barisan Nasional (BN )telah melaksanakan pembinaan jalan raya menghubungkan Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Baharu bawah pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah PantaiTimur (ECER).

Kerajaan pusat juga melaksanakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 1,500 unit membabitkan kos pembinaan hampir RM200 juta di Gua Musang yang dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun lagi.

Beliau mengakui dahulu tidak ada siapa yang berminat untuk membuka pelaburan di daerah ini, tetapi selepas kerajaan membina rangkaian jalan dengan kedudukan bandar Gua Musang yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia menjadikan ia lokasi strategik.

"Perkara itu ditambah pula dengan pembukaan jalan baru menghubungkan GuaMusang-Jeli, Gua Musang-Cameron Highland, Perak dan Gua Musang-Kuala Berang di Terengganu menambahkan minat orang ramai datang ke Gua Musang," katanya.

Katanya rumah untuk penempatan penduduk miskin itu juga mempunyai nilai tinggi walaupun kerajaan memberi secara percuma kepada mereka.

"Kita harap penduduk terbabit jangan mengambil kesempatan menjual rumah terbabit dan hargailah sumbangan kerajaan itu untuk terus dimanfaatkan sehinggake anak cucu," katanya.

Berita Bertarikh 25 May 2011 Pada 4:01 PM

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Taman Tema Arab City Akan Dibuka <b>Di Melaka</b> | ! Oh New Beb !

Posted: 11 Jul 2011 05:30 PM PDT

Arab City yang dikatakan pertama seumpamanya di dunia, merupakan satu usaha beraniyang akan melihat saluran tanah di pulau indahPulau Melaka berubah menjadi destinasipelancong-bertemakan Arab bertaraf dunia yang menawarkan kombinasi sempurna iklimyang harmoni, budaya, makanan,glamor, mewah, hiburan dan mesra rakyat.
Arab City adalah inisiatif  pertama seumpamanya, dan Malaysia telah dipilih sebagai negara dari mana visi untuk Arab City akan menjadi kenyataan. Konsep Bandar Raya Arab adalahuntuk berkhidmat sebagai jambatan antara dunia Arab dan negara tuan rumah, dan di peringkat yang lebih besar sebagai pautan untuk menubuhkan dan menggalakkan peluangpelancongan, hubungan perdagangan dan pertukaran kebudayaan pada skala global.
  • Ia di bangunkan di Pulau Melaka dan disebahagian tanah tebus guna di persisiran pantai Melaka. 
  • Projek ini dibangunkan hasil usaha sama antara syarikat pemaju, Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) dan kerajaan Melaka. GCH yang berpangkalan di Kuala Lumpur merupakan usaha sama antara rakan kongsi Dubai, Arab Saudi dan Malaysia. Syarikat itu mempunyai pejabat cawangan di Dubai dan Arab Saudi dengan kepentingan dalam hartanah, perdagangan serta minyak dan gas.
  • Projek bernilai RM250 juta ini akan mempunyai tiga lokasi utama iaitu PulauMelaka, Klebang dan Sungai Melaka (Kampung Jawa).  
  • Ia diterapkan dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat Arab dengan menyediakan muzium Mesir Kuno, taman tema, teater, spa untuk golongan lelaki dan wanita serta 20 restoran makanan asli Arab, persisiran berpasir oasis, bazar dan gerai kraftangan.
  • Fasa pertama projek itu di Pulau Melaka dijangka siap Disember 2011 manakala keseluruhan projek dijangka siap pada 2013.

Gambar sekitar tapak pembinaan:

ads