Selasa, 18 September 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Shafie Nor: 70 peratus Kolej Maktrikulasi <b>Kok Lanas</b> siap

Posted: 03 Sep 2012 03:52 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU, ISNIN, 03 September, 2012: Pembinaan kolej matrikulasi di Kampung Batu Tinggi, Kok Lanas berharga kira-kira RM200 juta telah siap sebanyak 70 peratus dan dijangka mula beroperasi pada Mac depan.

Pengerusi Penyelaras Pembangunan Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, projek tersebut dibina di atas tapak seluas 42.5 hektar dan mampu menempatkan kira-kira 3,000 pelajar.

Beliau berkata, apabila siap kelak, pembinaan kolej matrikulasi itu bakal membawa perubahan besar kepada landskap kawasan sekitar, di tambah pula dengan pembinaan projek perumahan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Pembinaan kolej itu bakal mengubah landskap Kampung Batu Tinggi daripada sebuah perkampungan terpencil menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang mampu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya ketika melawat tapak projek tersebut di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Ir. Mohd. Zaki Mohd. Zain. - UTUSAN

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Apex Khairul Fahmi Kemalangan <b>Di Bachok</b> Kelantan ~ Isu Semasa <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2012 11:57 PM PDT

Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex yang merupakan penjaga gol Malaysia telah terlibat dalam kemalangan di kampung beliau, Kampung Badak, Bachok Kelantan malam kelmarin.
Kereta jenis Audi yang dinaiki Apek telah berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok Kelantan malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.
Khairul Fahmi ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.
"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya," ujarnya.

Apek terlibat kemalangan <b>di Bachok</b>

Posted: 26 Aug 2012 03:49 AM PDT

Apek terlibat kemalangan di Bachok

KOTA BHARU – Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan sewaktu keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira pukul 11 malam tersebut, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

Khairul Fahmi ketika dihubungi wartawan Ahad di sini semalam memberitahu bahawa kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.

"Kemalangan tersebut berlaku sewaktu saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan yang serius kepada diri saya," katanya.

BERITA TERKINI @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:29 AM PST

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
Felda Chiku 2
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia


Telefon = 6099284230
Fax = 6099284231

# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.

# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 

# Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

WATIE CRAFTY: Kelas Felt Craft

Posted: 18 Sep 2012 12:56 AM PDT


Assalamualaikum dan salam mesra...
Buat pertama kalinya..WATIE CRAFTY akan mengadakan kelas felt craft di Chiku 2 Gua Musang... Insyaallah akan diadakan pada cuti raya haji nanti.. Tujuan utama kelas Felt Craft ni adalah untuk memperkenalkan seni felt craft yang masih belum dikenali di Chiku 2 ini.. 
Sekiranya ada yang berminat untuk join kelas ni..boleh daftarkan nama anda..deposit RM10..baki rm10 lagi perlu dibayar ketika menghadiri kelas..Tarikh masih belum ditentukan..bergantung pada permintaan peserta nanti..

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Suspek ragut, tetak pembantu klinik dicekup | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 04:49 PM PDT

KOTA BHARU, 13 Sept. – Polis yakin dapat menyelesaikan kejadian seorang wanita yang diragut dan tangankirinya ditetak oleh dua penyamun pada 29 Ogos lalu apabila menahan dua lelaki di dua buah rumah di kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, suspek berusia 32 dan 25 tahun itu ditahan dalam operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis di sini.

"Selain tangkapan, kita turut merampas sebilah pisau, pedang, sehelai jaket dan dua topeng. Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin.

"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar semalam.

Pada 30 Ogos lalu Kosmo! melaporkan, seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah (gambar kecil), 36, cedera parah selepas diragut dan ditetak ketika berjalan menuju ke sebuah kedai tudung di Jalan Sultanah Zainab, dekat sini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan kiri selepas ditetak tujuh kali dengan parang oleh suspek.

Menurut Ismail, kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah selain dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes ragut di sekitar daerah ini.

Tambahnya, perancangan rapi Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman membolehkan anak buahnya menangkap suspek dalam tempoh dua minggu dan ia harus diberi pujian. Suspek kini direman selama tujuh hari.

Sementara itu, Rohairani ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng di sini berharap suspek dijatuhi hukuman setimpal jika terbukti bersalah.

"Saya masih trauma dengan kejadian itu walaupun saya sudah boleh menggerakkan jari-jari," luahnya.

Tambahnya, dia kini berteman jika hendak ke mana-mana dan tangannya mengambil masa beberapa bulan lagi untuk sembuh.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


.: Lima Dari Lapan YDP Pas <b>Kelantan</b> Bermasalah Perlu Undur

Posted: 12 Sep 2012 08:37 PM PDT


Sekurang-kurangnya lapan orang Yang Di-Pertua (YDP) Pas kawasan di Kelantan perlu mengundurkan diri dengan sukarela dari dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka ikhlas dan sayangkan parti mereka perlu berbuat demikian tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.  Tindakan ini adalah bagi memastiklan parti tidak tewas.

Lebih afdal lagi mereka perlu memberi laluan kepada muka baru yang dipilih oleh cawangan dan bukannya atas pilihan mereka (kroni).

Sebaik-baiknya pengganti mereka juga perlulah dibuat berdasarkan permintaan pengundi setempat dengan mengambil citarasa umum.

Lapan YDP berkenaan, kecuali YDP Tanah Merah dan Pasir Mas (Ismail Noh) ialah, Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh), Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang), Wan Ismail Wan Jusoh (Ketereh), Omar Mohamad (Bachok), Apandi Mohamad (Jeli), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu).

Lima dari mereka merupakan wakil rakyat sementara yang lain bekas wakil rakyat. Nik Mazian Adun Gaal, Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Omar Mohamad (Perupok), Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu).

Nama-nama mereka ini masih lagi diangkat untuk dipertimbangkan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun ada baiknya kalau Pesuruhjaya Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan nama mereka bagi mengelak timbul implikasi buruk kepada Pas dalam pilihan raya akan datang. Lebih gentleman lagi mereka sendiri menarik diri dengan cara terhormat.

Pemilihan mereka juga dibimbang akan memberi kesan kepada Pas kerana khidmat dan tanggungjawab mereka kepada parti dan rakyat terabai kecuali Omar Mohamad (Perupok) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu) yang masih terus aktif dan rajin menemui rakyat.

Wan Abdul Rahim pernah menyatakan kesediaan untuk berundur kerana masalah usia.  Apabila disuakan kawasan Dun Bunut Payong kerana wakilnya Takiyuddin Hassan akan berrukar ke Parlimen, Wan Rahim melahirkan rasa keberatan untuk meneruskan tanggungjawab atas alasan sudah lama.

Manakala Abdul Fatah sudah lima kali menjadi wakil rakyat dua penggal di parlimen tiga penggal Adun. Omar Mohamad pula sudah lima penggal dan pernah memegang jawatan Exco. Begitu juga dengan Wan Ismail sudah memenangi Dun Melor dua penggal. Abdul Rahim sudah tiga penggal sebagai wakil rakyat.

Mengenai prestasi Fatah mungkin Pas sendiri dapat menilai sejauh mana kemampuan YDP Rantau Panjang ini sehingga tidak pernah diangkat untuk menjadi Exco atau pun speaker yang dikira sebagai kenaikan pangkat.

Apandi Mohamad walaupun hanya menang sepenggal tetapi dengan kekalahan dua kali berturut-turut ditangan Mustapa Mohamed sudah memandai. Pas perlu mencari muka baru untuk menyalinkan tempat Apandi. Sekiranya tidak ada muka yang layak mungkin Pas boleh mengambil calon dari luar kawasan.

Prestasi Nik Mazian di Gaal juga tidak begitu memberangsangkan. Sebelum ini beliau pernah dilantik menjadi Exco tetapi digugurkan kerana gagal memberi kesan menyuburkan jawatan itu. YDP Pasir Mas Ismail Noh dan YDP Tanah Merah bagaimana pun sudah tidak dicalonkan lagi untuk pilihan raya kali ini, di sini tidak berbangkit kalau mereka perlu digugurkan. Ismail sedang sakit dilanda stroke.

Bagaimana pun Hanifa Ahmad yang kini Adun Pengkalan Pasir yang memangku jawatan itu juga perlu digugurkan dan diganti dengan muka baru.  

PERHATIAN: Saya akan menyenaraikan nama wakil-wakil rakyat yang perlu digugurkan Pas dari terus bertanding dalam pilihan raya akan datang menurut versi saya. [wm.kl.10:58 am 13/09/12]

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 09 Nov 2010 04:00 PM PST

04 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Wartawan Kita

KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.

Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.

Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.

Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.

Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.

Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.

Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.

"Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.

"Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.

"Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.

"Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya.

Harakahdaily/-


WALAUPUN PIALA MALAYSIA DIARAK <b>DI GALAS</b>, KERAJAAN

Posted: 02 Dec 2010 12:00 AM PST

Piala Malaysia: Kelantan hadiah RM200,000
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 1 Dis: Kerajaan Kelantan hari ini meluluskan 'hadiah' sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) setelah Red Warriors berjaya membawa pulang Piala Malaysia, baru-baru ini.

Sumbangan itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri sebelum ini terhadap pasukan Kelantan itu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia setelah 55 tahun menunggu.

Hadiah wang tunai tersebut juga bagi menggantikan hadiah Umrah yang diberi oleh kerajaan negeri tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat kejayaan besar itu perlu diraikan untuk mereka.

"Kerajaan negeri akan menyerahkan sumbangan itu pada Kafa dan terpulang pada Kafa tarikh yang sesuai perlu diadakan untuk diadakan majlis khas.

"Kita cadangkan biarlah ianya diadakan di Kompleks Kota Darulnaim dan kita raikan sama-sama,"ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya bagi meraikan kejayaan Red Warriors juga kerajaan negeri turut melupuskan Cukai Hiburan yang perlu dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341.11.

Menurutnya, tahun ini kerajaan negeri telah dua kali mengecualikan bayaran itu, iaitu pada bulan April lalu.

Ianya dilakukan sebagai sumbangan terhadap kecemerlangan Kafa dan Red Warriors./DetikDaily

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Ribuan serbu majlis Jamuan Hijau <b>di Machang</b>

Posted: 13 Sep 2012 07:32 PM PDT


(Tuan Guru Nik Aziz berucap di majlis Jamuan Hijau dekat Machang)

MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan menghadiri majlis Jamuan Hijau dan Xpresi Anak Muda yang diadakan sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan petang semalam.

Rakyat pelbagai kaum dan lapisan masyarakat turut hadir menjayakan program yang diadakan di Padang Majlis Daerah Machang itu.

Tetamu semakin ramai khususnya di saat-saat kedatangan  Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Artis Abby Abadi turut mencipta kenangannya yang tersendiri apabila beliau turut diserbu peminat pada program itu.

Tuan Guru turut menyampaikan duit hari raya kepada kanak-kanak sempena majlis itu.

Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa gembira kerana ribuan hadir pada program yang diadakan di peringkat negeri Kelantan itu.

"Malam ni datang lagi ramai-ramai untuk mendengar ceramah,"ujarnya sambil disambut takbir yang hadir.

Abby Abadi, yang berpakaian jubah hijau dan tudung hijau, turut berucap pada majlis itu.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana sering diundang oleh orang Kelantan untuk menyampaikan ceramah.

Sementara itu, sempena jamuan hijau sebanyak 14 kawasan membawa juadah masing-masing seperti nasi dagang, nasi arab, kuih-muih, tapai beras, sate, colek dan berbagai lagi.

Cuaca yang yang baik pada hari ini membuatkan program berjalan lancar.


(Antara orang ramai yang hadhir)

Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, pimpinan parti semua peringkat termasuk wakil-wakilrakyat dan wakil-wakil PKR.

Sementara itu Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan dan Dewan Pemuda PAS negeri turut mengadakan program masing-masing.

Program muslimat diadakan pada sebelah pagi dengan beberapa persembahan seperti nasyid, pembacaan puisi, sketsa, ceramah oleh Anggota Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamed dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Program berkenaan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang.

Manakala Xpresi Anak Muda pula diadakan selepas solat Asar dengan pengisian dikir barat dan ceramah motivasi.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Subuh <b>di</b> Masjid Tok Guru <b>Pulau Melaka</b> | Anak Ulu Cheka

Posted: 03 Aug 2012 04:46 PM PDT

Assalamualaikum
dari auc dot com

Auc kini sedang bercuti balik kampung orang rumah pulak kat Kota Baru ni. Berpuasa kat sini pulak. Bergerak jam 3 petang semalam sampai pukul 8 mlm kat Kota Baru, berbuka dalam kereta je. Nak berbuka kat kedai rumah dah dekat sangat.

Tok%2BGuru Subuh di Masjid Tok Guru Pulau Melaka

Biasalah kalau balik sini mesti solat kat Masjid Tok Guru dekat Pulau Melaka ni, hanya 5 minit perjalanan dari rumah Mak Mertua auc ni. Seronok solat kat sini, kebiasaan setiap lepas solat Tok Guru akan menyampaikan sedikit tazkirah ringkas. Dan lepas solat akan mentahnik baby, kadang-kadang tu sampai berpuluh orang satu pagi. Mana ada MB gini weh….

Tok%2BGuru%2B2 Subuh di Masjid Tok Guru Pulau Melaka

Pelajar Tahfiz di Majid Tok Guru sedang membaca doa Mathurat, ini merupakan rutin setiap pagi bagi pelajar di sini.

Tahfiz%2Bdi%2BMasjid%2BTok%2BGuru Subuh di Masjid Tok Guru Pulau Melaka


This post has been viewed 184 times.

ads