GERABAK KERETAPI TERBAKAR DI KUALA KRAI | Perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lipis ke Tumpat tergendala 20 minit apabila sebuah daripada lima gerabak terbakar kira-kira 7.20 petang semalam. Bagaimanapun, sejumlah 120 penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren itu selamat dan gerabak tersebut yang menyediakan generator elekrik bagi menghidupkan pendingin hawa, terpaksa ditinggalkan di Stesen Kuala Krai.
Pengarah Kanan Unit Komunikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail, berkata insiden itu berlaku hanya satu kilometer dari Stesen Kuala Krai. Beliau berkata, pemandu lokomotif yang menyedari asap hitam keluar dari koc berkenaan terpaksa menghentikan tren sebelum melakukan pemeriksaan.
"Berikutan itu, tren berkenaan meneruskan perjalanan sebelum meninggalkan koc generator di Stesen Kuala Krai kerana bimbang akan berlaku kebakaran lebih serius, tetapi ia tidak membahayakan penumpang.
"Sebaik tiba di stesen itu, tren berkenaan lewat 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan tiba dengan selamat," katanya.
Mohd Fazil berkata, kejadian itu adalah yang kedua berlaku dalam perkhidmatan kereta api penumpang di Pantai Timur dengan kejadian pertama pada 9 September lalu berhampiran Stesen Merapoh, Pahang. Beliau berkata, kejadian pertama membabitkan gerabak membawa generator elektrik dan alat pendingin hawa yang disambung dengan 14 gerabak Perkhidmatan Kereta api Ekspres Senandung Wau dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur.
BACHOK- Ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak kandung yang dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain yang melalui hidup secara normal.
Namun, bagi bagi Asliza Omar,30,keganjilan tubuh anaknya, Nurul Afida Razi,3, yang berbulu diseluruhi badan tidak pernah membuatkan dia merasa rendah diri.
Menurut Asliza,bulu yang ada pada tubuh anak bongsu dari tiga adik-beradik wujud sejak dilahirkan dan menyebabkan dia mempunyai kad kanak-kanak kurang upaya(OKU).
"Sejak lahir lagi, bulu lebat di badan Nurul, namun dia tiada masalah kesihatan melainkan agak lambat bercakap.
"Saya telah merujuk Nurul Afida ke hospital dan setiap enam bulan dia akan dibawa untuk pemeriksaan. Ujian darah telah diambil dan menunggu keputusan daripada pihak hospital," katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Changgong,semalam.
Asliza berkata, kali pertama sampel darah Nurul Afida diambil ketika berusia dua bulan, namun setelah dua tahun menunggu keputusan,pihak hospital memaklumkan sampel darah anaknya itu hilang.
Oleh itu katanya, dia membawa Nurul Afida kembali ke hospital terbabit pada 3 Julai 2011 dan temu janji terbarunya pada 9 April nanti.
Asliza berkata, dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu boleh berlaku terhadap Nurul Afida, namun tidak kekok untuk membawa anaknya itu ke mana-mana majlis.
Dua lagi adik beradik Nurul Afida, Mohd Zulkifli Hanif,8, dan Nurul Aimi,7 normal dan tidak mengalami kesihatan.
Menceritakan keadaannya, Asliza berkata, dia tidak pernah mengalami kejadian yang pelik semasa mengandungkan Nurul Afida, namun mengakui pernah melihat lembaga semasa berada di pantai.
"Sebulan sebelum saya hamil, beberapa minit sebelum Maghrib, saya bersiar-siar di pantai dan tiba-tiba terlihat satu lembaga seperti seekor kambing yang datang dari arah laut.
"Ia berwarna hitam dan berbulu, saya tidak terkejut atau menegur makhluk itu dan menganggap ia biasa sahaja. Beberapa minggu selepas itulah baru saya hamilkan Nurul Afida," katanya.
Bagaimanapun, Asliza berkata, keadaan Nurul Afida tidak seteruk yang dihidapi beberapa kes sama yang berlaku di dunia, sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Menurutnya, bulu yang tumbuh pada badan Nurul Afida hanya kelihatan lebat, namun tidak menjejaskan saluran pernafasan atau penglihatannya.
Azliza berkata, dia dan suaminya, Razi Mohd Nor,37 yang bekerja sebagai nelayan reda dengan ketentuan tuhan dan mengharapkan anak itu kembali normal setelah mendapat rawatan dari pihak hospital.
Dalam pada itu, ketika dihubungi,Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ) akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Untuk rekod kanak-kanak perempuan di Thailand, Supatra Sasuphan,12, berbulu di seluruh badan dipercayai mengidap Sindrom Ambras itu sejenis penyakit akibat genetik kromosom. Mengikut rekod hanya 50 individu di dunia pernah mengidapnya.
Manakala,di Mumbai, India, tiga gadis Aavita,23, Monisha,18, dan Savitri,18, berdepan kemungkinan menjadi anak dara tua akibat pertumbuhan bulu tidak terkawal akibat penyakit Hypertrichosis Universalis.
Mengikut nisbah, penyakit itu dihidap seorang daripada satu bilion penduduk dunia.
Bachok terletak kira-kira 30 km dari Pusat Bandar Kota Baru. Sumber ekonomi utama penduduknya ialah pertanian. Kebanyakan penduduk Bachok terlibat dengan penanaman tembakau.
Penanaman tembakau biasanya dimulai setelah berakhirnya musim tengkujuh iaitu seawal bulan januari atau februari.
Ada juga petani yang memulakan penanamannya pada bulan mac. Ini kerana mereka ingin memastikan musim hujan betul-betul telah berakhir.
Pokok tembakau sangat alahan dengan hujan yang lebat. Pokok-pokok tembakau ini akan musnah jika ditimpa hujan yang berterusan. Inilah risiko yang terpaksa ditanggung oleh para petani yang menanam tembakau di Bachok.
Harap-harap hasil tanaman mereka sentiasa menjadi sepanjang tahun.
KOTA BHARU 2 Jan. — Keadaan banjir di Pasir Puteh masih tidak berubah sehingga pagi ini, dengan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di tiga pusat pemindahan di jajahan itu kekal 120 orang.
Menurut jurucakap bilik gerakan banjir negeri, ia membabitkan 28 keluarga yang berada di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Sekolah Kebangsaan Kampung Nara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil.
"Mereka dipindahkan sejak pagi semalam berikutan hujan lebat sebelum itu," katanya.
Beliau berkata, tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan di jajahan berkenaan ketika ini.
Sehingga pukul 9 pagi, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.86 meter (bahaya 9 meter).
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan cuaca di sebelah pagi mendung disusuli hujan renyai sekali sekala. — BERNAMA
Kami Hanya Beroperasi dikota Bharu dan daerah sekitarnya... menyediakan perkhidmatan membuat cupcake / cup cakes / kek cawan / kek coklat / door gift muffin / cake hantaran / coklat / dan bannyak lagi dengan dekorasi anda sendiri.
[unable to retrieve full-text content]Beliau berkata jambatan baru di Manek Urai baru pun turut ditunaikan tetapi Pas hendak transformasikan pekan Laloh pun tidak mampu dengan membina sebuah stesen bas untuk penduduk. "Pada pilihan raya kecil itu, ...
KOTA BHARU, 29 Feb: Guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri dikatakan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr Hassan Ali malam ini.
Ceramah itu akan diadakan di padang awam Taman Guru, Pintu Geng dekat sini. Risalah dan poster ceramah tersebut diedar secara meluas di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu.
Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu.
Katanya guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).
"Arahan dibuat secara lisan dan bukannya secara bersurat. Kami hairan apa pula kaitan Hassan Ali dengan PPD," kata sumber terbabit.
Katanya juga penganjuran program berkenaan ada kaitan langsung dengan Umno, biar pun dibuat atas nama sebuah NGO baru diberi nama Jati.
Manakala sumber lain pula memberitahu sehingga hari ini sebanyak tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu.
Kata mereka bukan sekadar program anjuran Umno Bahagian Kota Bharu, sebaliknya program wanita Umno juga mengarahkan kehadiran guru-guru agama terutamanya yang mengajar di sekolah rendah.
Malah dakwanya, pada tahun lepas diarah semua guru Kafa yang mengajar di sekitar kawasan parlimen ini memindahkan alamat tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.
Sindiket itu difahamkan dikendalikan petugas Umno dengan harapan dapat memenangkan calon parti itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Ini semua ada urua-ura seorang pegawai di PPD Kota Bharu yang disebut-sebut mahu menjadi calon di Dun Bunut Payong pada pilihan raya umum ini," ujarnya.
Ada Apa di Rantau Panjang? This part semasa terjahi Rantau Panjang, Kelantan ketika cuti CNY bulan lepas. Antara pengalaman yang ingin dikongsikan :
1) Jalan Jem Giler. Perjalanan dari Masjid Beijing nak masuk ke Rantau Panjang yang lebih kurang 2km mengambil masa 1 jam setengah
2) Kompleks Imigresen Rantau Panjang. Cross border boleh pergi Thailand. Make sure ada passport. Cewek-cewek Thailand memang diminati jejaka macam Mamat ni..Hik3
3) Selamat Datang Ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Happy shopping.
4) Cross border Illegally? Umm, no komen..Sendiri buat, sendiri tanggung. Eden tak berani
Sempadan Thailand di hadapan Sungai Golok
Ori or tak? Umm, no Comment
5) Tak dapat cross border, bergambar pun jadilah...Hik3...
6) Shopping Part, bolehla singgahi entri sebelum INI
Meskipun tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Program Ceramah sempena Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Pahang bertempat di perkarangan PASTI, Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan malam tadi (07 Apr 12) sedikit pun tidak menghalang kehadiran tidak kurang dari 3,000 orang ke program malam tadi.
Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat hadir malam tadi kerana baru keluar dari menerima rawatan di Hospital dan dinasihatkan untuk berehat sementara waktu. Namun, beliau telah memberi amanah kepada Speaker Dun Kelantan, Us Nasaruddin Daud mewakili beliau di samping mengirimkan derma peribadi beliau kepada dana Pilihanraya PAS Pahang.
Selain dari Us Nasaruddin Daud, Speaker Dun Kelantan yang mewakili Tuan Guru Nik Aziz, di antara penceramah utama malam tadi adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN KEADILAN Pahang), YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang/Adun Triang) dan juga Puan Cikgu Normala Shamsudin (Dewan Muslimat PAS Pusat). Program malam tadi di Pengerusikan oleh Sdr Us Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang.
Cikgu Normala di dalam ucapannya di antara lain menyeru agar rakyat di Negeri Pahang berani untuk melakukan perubahan sepertimana beberapa negeri yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat. Contoh yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri yang diterajui oleh PR kini menjadi sebab kukuh mengapa rakyat di Pahang wajib untuk menjatuhkan Umno/Bn dari tampuk kekuasaan di negeri ini.
Adun Triang juga Pengerusi DAP Pahang, YB Leong Ngah Ngah pula menceritakan suatu ketika di mana DAP amat takut untuk bersama PAS, begitu juga dengan penyokong-penyokong PAS yang masih merasa ragu-ragu dengan DAP. Gelaran pelampau Cina terhadap DAP yang sering di war-warkan oleh media suatu ketika dahulu menjadi penyebab mengapa orang-orang Melayu Islam merasa buruk sangka terhadap DAP. Namun kini katanya, setelah melihat PAS di Kelantan dan DAP di P.Pinang mampu untuk menegakkan keadilan buat semua kaum, maka hubungan DAP dan PAS kini semakin kukuh.
Di antara ribuan yang hadir
Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang banyak berucap mengimbas kembali sejarah perjuangan Umno dahulu yang berjuang untuk memerdekakan negara. Tokoh-tokoh Umno dahulu sanggup mengorbankan harta benda mereka demi rakyat dan negara, malangnya tokoh-tokoh Umno selepas Umno yang diwujudkan pada tahun 1946 dahulu di`bunuh' oleh Tun Mahathir, maka Umno Baru ciptaan Mahathir hanya berjuang untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka sahaja. Pemimpin Umno sekarang sanggup korbankan hak rakyat demi perut mereka dan kroni mereka semata-mata. Isu NFC, komisyen kapal selam, pembelian senjata dan pesawat tentera, dan banyak lagi yang dilakukan oleh pemimpin Umno sekarang kesemuanya menguntungkan diri mereka sendiri dan merugikan wang rakyat.
Isu perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS diperjelaskan lagi apabila Pesuruhjaya PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man berucap. Beliau menerangkan bahawa intipati dasar Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS samasekali tidak bertentangan dengan dasar Negara Islam. Beliau turut menyentuh isu Lynas yang mana isu ini wajib diketahui oleh rakyat Pahang khususnya. Rakyat Pahang yang miskin dan tidak mempunyai tanah untuk mendirikan tempat tinggal, beliau berjanji akan mengurniakan tanah di Negeri Pahang ini kepada mereka sekiranya PR memerintah negeri ini.
Us Tuan Ibrahim juga menyentuh isu penyelewengan daftar Pilihanraya oleh SPR. Pendedahan Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz Omar yang mendedahkan terdapat bukti pembentukan Tim yang ada kaitan dengan Pejabat PM, SPR dan KDN untuk menipu di dalam Pilihanraya Umum akan datang amat mendukacitakan rakyat. Beliau mahu satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Mahfuz tersebut. Rakyat katanya, tiada lagi pilihan selain dari turun ke Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini nanti di dataran Merdeka, KL bagi menuntut satu pilihanraya yang adil dan telus.
Program malam tadi dihangatkan dengan penceramah utama, Us Nasaruddin Daud, Speaker Dun Kelantan. Beliau menceritakan tentang sejarah perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW khususnya berkaitan dengan hubungan bersama orang-orang bukan Islam. Isu tuntutan royalti minyak Kelantan juga turut disentuh oleh Us Nasaruddin dengan melabelkan pemimpin Umno sebagai `perompak' yang pelik. Di sebalik Najib mendakwa kononnya Kelantan sebagai negeri paling miskin, Najib sangup `merompak' negeri Kelantan yang dikatakan miskin itu dengan tidak memberikan hak royalti kepada Kelantan.
Us Nasaruddin menganggap Najib sebagai anak yang tidak mempunyai amanah di dalam menjaga perjanjian berkaitan royalti minyak yang melibatkan ayahandanya, Almarhum Tun Razak. Beliau juga menyebut, Ku Li dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang bertanggungjawab menderaf perjanjian royalti minyak yang ada sekarang, kedua-dua tokoh ini tetap menyatakan Kelantan dan Terengganu berhak untuk mendapatkan royalti minyak. Najib jelas adalah pengkhianat Melayu yang sebenarnya.
Program malam tadi amat berjaya dan ini menunjukkan bahawa rakyat Pahang tidak lagi sabar untuk menjatuhkan Umno/Bn di Pahang di dalam PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi. Paling menarik, terdapat satu Banner kain yang digantung oleh penyokong Umno mengalu-alukan kedatangan Tuan guru Nik Aziz ke sini.
Sekali lagi diingatkan, pada malam ini (08 Apr 12), Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berkunjung ke Bentong di dalam satu ceramah di Markas PAS Chegar Medang, Jalan Benus, Bentong mulai jam 09.00 malam. Orang ramai dijemput hadir.
[unable to retrieve full-text content]Khidmat masyarakat PS1 Di Jeli. Program khidmat masyarakat PS1 HUSM di Sekolah Kebangsaan Gemang Jeli Kelantan. Program ini di anjurkan oleh PPD Jeli. Program ini bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang.
[unable to retrieve full-text content]Latar Belakang Pendidikan, bermula dari Pra di Pasti Perupok,and then at Sek Rendah Perupok, and sambung di Maahad Amir Indera Petra and now study at UKM, Bangi dlm courses "The FaCulty of Educatione( Islamic of ...
Pada petang ini diadakan perlawanan separuh akhir dan akhir perlawanan bolasepak bawah 12 tahun bagi zon kelaboran. Perlawanan akan diadakan di padang sekolah SK Sri Tumpat 2 pada jam 2.00 petang. Pasukan sekolah akan bertemu dengan SK Berangan 1 dalam perlawanan separuh akhir pertama pada petang ini. Harapan agar pasukan sekolah akan dapat mencapai kecemerlangan...Insya Allah
Pasukan Bola sepak sekolah bersama Jurulatih dan Pengurus
Pasukan En Mosli dan En Mohd Sabri
Pasukan Sekolah sedang bertarung peringkat separuh akhir.
SKB1 29 Mac- Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan sekolah-sekolah dalam DUN Kelaboran bermula jam 3.00 petang 28.3.2012 bertempat di Dewan Haji Ismail, Sekolah Kebangsaan Berangan 1. Bantuan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 100 diberikan kepada semua murid Tahun Satu 2012. Sekolah-sekolah yang terlibat termasuklah : 1. SK Berangan (1) 5. SK Tumpat 2. SK Berangan (2) 6. SK Sri Tumpat (1) 3. SK Kelaboran 7. SK Sri Tumpat (2) 4. SJK(C) Yuk Tze
[unable to retrieve full-text content]Lot banglo 6000kp di tumpat 38k. Price:POA. Property Description. [mappress]lokasi di kelaboran,tumpat.250 meter dari masjid kelaboran.700 meter dari hospital dan sekolah kelaboran.satu lot RM 38000.00. House Types. Banglo (1); Teres ...
[unable to retrieve full-text content]Perlawanan persahabatan ini telah dijalankan di Padang Keretapi Tumpat pada 31 Okt 2011. Pasukan Pej ADUN telah menunjukkan kehebatan mereka dengan membelasah Veteran Kelaboran 2 gol berbalas 0.
DUN Kelaboran meneruskan tradisi menyemarakkan pendidikan pra persekolahan anak-anak berusia lima dan enam tahun bagi penanaman asas Islam yang kukuh sebelum menapak ke alam persekolahan. PASTI, selaras dengan kebangkitannya selaku pemangkin pendidikan Islam telah mengadakan Ihtifal di mukim masing-masing bagi penyampaian sijil, hadiah pelajar terbaik dan persembahan menarik dari graduan-graduannya.
Setakat ini kesemua PASTI di dalam DUN Kelaboran telah pun mengadakan Majlis Ihtifal dengan jayanya dan telah disempurnakan penyampaiannya oleh YB ADUN Kelaboran, Saudara Mohd Zaki Hj Ibrahim.