Isnin, 3 Disember 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Menjawab tulisan Dollah <b>Kok Lanas</b> « Melaka Merdeka

Posted: 02 Dec 2012 06:07 PM PST

Semalam di akhbar Sinar Harian (2/12/12) telah menyiarkan tulisan Tan Sri Abdullah, bekas ahli parlimen Machang dan Kok Lanas ini mengenai peluang Umno di dalam PRU ke 13. Belaiu juga dikenali sebagai Dollah Komunis atau Dollah ISA kerana pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) satu tuduhan yang dinafikan oleh beliau. Penulis membaca berulang kali dan akan memecahkan kepada tiga isu yang diutarakan oleh TS Abdullah ini.

Pertama isu keyakinan beliau bahawa Barisan Nasional (BN) akan memperolehi 145-160 kerusi parlimen sekaligus mendapat 2/3 majoriti parlimen. Mengikut teori beliau keyakinan ini timbul selepas melihatkan gerak kerja Umno yang berterusan dan semangat ahli-ahli Umno yang ingin menang semula di dalam Perhimpunan Umno baru lalu di PWTC. Kedua pembangkang tidak berpijak di bumi nyata kerana jelas kekuatan jentera pilihanraya mereka tidak setanding dengan BN. Malah pembangkang katanya (Pakatan Rakyat) tidak mempunyai sokongan kuat dari rakyat dan boleh dikatakan rakyat sudah bersedia menolak kerajaan Pakatan di Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan. Habis kuat pun pembangkang akan mengekalkan "status quo" di empat negeri ini.

Ketiga, keyakinan rakyat kepada Najib Razak yang katanya lebih moderat dan sederhana di dalam tindakan. Beliau memetik beberapa pandangan orang cina yang katanya tidak bersetuju dengan langkah PAS yang melarang wanita bukan muhrim memotong rambut lelaki di salun. Kata Dollah lagi, majoriti kaum India sudah menolak Pakatan kerana tertarik dengan gaya Najib Razak. Bagaimana pun penulis memuji beliau kerana tidak menyerang peribadi Dato Seri Anwar (kerana penulis yakin beliau tahu tuduhan itu tidak betul).

Mari kita jawab isu pertama dahulu. Kata Dollah, pembangkang tidak berpijak di bumi nyata kerana rakyat dibawah sudah menolak kerajaan Pakatan. Penulis tidak pasti dari sumber manakah yang beliau kutip. Jika dari sumber Umno jelas beliau telah terpedaya. Beliau cuma mengambil semangat ahli Umno di perhimpunan. Tetapi sedarkah beliau Muktamar Agung PAS di Kota Bharu bulan lepas, menunjukkan keazaman yang tinggi dari jentera PAS untuk mengambil alih Putrajaya. Seperti kata TG Nik Aziz, baru kali ini beliau merasakan Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Jika beliau mensasarkan BN boleh menang 145-160 kerusi sepatutnya beliau lebih realistik kerana perkembangan politik di Sabah dan Sarawak berubah dengan cepat.

Isu kedua, Dollah menulis katanya habis kuat "status quo" kekal seperti keputusan PRU 2008. Kita ambil contoh rakyat negeri Johor. Menteri Besar Johor sendiri, TS Abdul Ghani telah berkata sekurang-kurangnya 9 kerusi parlimen kemungkinan akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Himpunan rakyat di Parit Raja dua hari lepas membuktikan kata-kata Ghani. Negeri Johor adalah kubu kuat Umno zaman berzaman, jika 15,000 rakyat boleh berhimpun pada hari itu jelas menunjukkan negeri Johor berada dalam keadaan bahaya. Kawasan itu adalah majoriti Melayu dari keturunan Jawa. Komposisi kaum di Johor seperti negeri Selangor. Cuma yang membezakan ialah sokongan MCA yang kuat disana bagaimana pun kekuatan MCA di sana jelas bergoyang dengan kemasukan Chua Jui Meng kedalam PKR.

Di Selangor, kita boleh membuat audit tahap kepuasan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di kedai-kedai kopi. Kebanyakan mereka gembira dengan corak pemerintahan TS Abdul Khalid Ibrahim. Penulis berani katakan Umno akan mengalami sokongan yang menurun dan paling banyak Umno boleh menang di dewan undangan negeri ialah 13 kerusi (sekarang Umno mempunyai 18 kerusi dun). Begitu juga di Pulau Pinang. Penulis berani katakan tidak ada sebab Pakatan boleh kalah. Yang percaya BN boleh menang semula hanya Rizal Merican, Ketua Penerangan Umno Pulau Pinang sahaja.

Ketiga mengenai ketokohan Najib Razak. Rakyat di Malaysia semasa pengundian kelak akan melihat dua tokoh sahaja semasa mengundi. Pertama Najib dan kedua Anwar. Masyarakat cina amnya akan melihat kesederhanaan Anwar jika dibanding dengan Najib. Mereka tidak melihat tindakan PAS di Kelantan sebagai isu besar kerana masyarakat cina di sana tidak lebih 5 peratus sahaja. Najib mempunyai pelbagai skandal dan isu yang tidak diselesaikan dengan baik antaranya isu Scorpene, Lynas, ekonomi yang tidak berkembang dan banyak lagi yang menjadi perbualan masyarakat cina. Bagi masyarakat India, penulis sedikit khuatir kerana jelas MIC bekerja keras untuk menarik semula sokongan kaum India. Jika Najib mengadakan pilihanraya dua tahun lepas penulis percaya majoriti kaum India akan mengundi BN. Tetapi dengan pelbagai isu yang melingkari kaum India, dan berdasarkan sokongan semasa kaum India kepada program Pakatan penulis percaya majoriti dari mereka akan menyokong Pakatan Rakyat.

Satu-satunya yang Dollah Kok Lanas boleh percaya ialah sokongan orang-orang melayu kepada Barisan Nasional. Setakat ini penulis berani katakan 55 peratus orang melayu menyokong BN terutama masyarakat luar bandar dan warga Felda. Tetapi tahun 99, adalah satu indikator yang baik iaitu tahun dimana orang melayu menolak Umno dan jelas Umno terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sokongan bukan melayu. Di sinlah ketokohan Najib dan Anwar dipertaruhkan. Penulis percaya jika debat diadakan antara Anwar dan Najib, sokongan orang melayu kepada BN akan berubah. Itulah sebab Najib sentiasa mencari alasan menolak perdebatan antara mereka.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Sejarah Ringkas Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang

Posted: 20 Nov 2012 05:19 PM PST

Masjid adalah lambang syiar Islam, ia merupakan pusat yang menghubungkan antara hamba dengan Penciptanya. Masjid bukan saja tempat solat berjemaah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan yang secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah islamiyyah sesama manusia.
Pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  telah mendirikan Madrasah Ahmadiah di Bunut Payong. Pusat pengajian itu masyhur sebagai Pondok Bunut Payong.  Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  merupakan seorang ulama besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh.   Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi juga mereka yang datangnya dari Kedah, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan juga dari Indonesia.

Pak Su masih ingat beberapa  pelajar Pondok Bunut Payong  yang cemerlang . Mereka ialah Hj Abdul Shukor dari Bangkok, Hj Budin dari Sumatera, Ustaz Abdul Rahman dari Perlis, Hj Husin Rahimi dari Pasir Puteh, Hj Mat Besi Berani dari Bukit Marak, Hj Abdul Aziz dan Hj Mustapha dari Limbat, kedua-duanya menjadi pengasas Pondok Terusan Pasir Tumboh dan Ustaz Fadhil dari Johor yang  selepas itu menjadi menantu Tuan guru. Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi ramai juga yang datangnya dari Johor, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan Indonesia.

Beberapa orang anak mukim Padang Enggang  turut serta belajar ilmu agama di Pondok Bunut Payong  yang jaraknya 3 km dengan kampong Padang Enggang. Ilmu yang yang mereka perolehi, mereka ajarkan pula kepada penduduk dan begitulah seterusnya.  Pada ketika itu, penduduk mukim Padang Enggang menunaikan solat  hanya di sebuah surau kecil bersebelahan tanah perkuburan (kubur surau). Di surau ini jugalah kanak-kanak belajar mengaji Al-Quran.

Selain dari itu, kanak-kanak ini juga diajarkan asas Fardhu Ain secara teori dan praktikal.


Bermulanya pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang  apabila Haji Abdullah Wan Ahmad (Pak Lah Kedai Wakaf Che Yeh) telah mewakafkan tanah seluas 0.5 ekar untuk didirikan sebuah masjid pada  pertengahan tahun 1950an.  Hasrat beliau untuk melihat tertegaknya masjid di Mukim Padang Enggang tidak kesampaian, beliau  terlebih dahulu telah dijemput  mengadap illahi semasa mengerjakan fardhu haji di Mekah.

Pada tahun 1959 sebuah jawatankuasa pembinaan masjid telah di tubuhkan oleh Allahyarham Ahmad bin Ismail (Imam Tua) yang bertindak sebagai pengerusi, Allahyarham Cikgu Ahmad Ibrahim (Pakcik Che Gu)  sebagai bendahari yang pada masa itu adalah Guru Besar Sek. Keb. Mulong, Allahyarham Pauzi Ahmad (Pelajar di Pondok Bunut Payong) sebagai setiausaha dan beberapa orang penduduk yang mewakili setiap kampung dalam Mukim Padang Enggang. Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Wakaf Che Yeh, Kampung Padang Enggang, Kampung Padang Darat, Kampung Telok Chat, Kampung Rupek, Kampung Baru, Kampung Ijok, Kampung Seterpa, Kampung Jelasin, Kampung Air Deras dan Kampung Tini.



Antara aktiviti dan perancangan yang dilakukan oleh AJK  untuk memulakan pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang:
1)      Membuat kutipan wang dari rumah kerumah. Tugas ini dilakukan oleh semua AJK yang mewakili kawasan masing-masing dalam Mukim Padang Enggang.
2)      Mengadakan jamuan teh sambil menderma dilakukan di tapak masjid tersebut.
3)      Mendapat sumbangan kewangan sebanyak RM1,000.00 dari  Dato Asri Muda yang merupakan wakil rakyat kawasan tersebut.
4)      Husin Musa sawmill telah dipersetujui oleh majoriti AJK sebagai pembekal barangan keperluan untuk pembinaan masjid dengan kaedah pembayaran yang fleksible.
Masjid Mukim Padang Enggang dengan keluasan lantai 2,100 kaki persegi (42' X 50') dapat menampung jemaah seramai 250 orang. Pada peringkat awal, solat jumaat juga disertai oleh jemaah wanita untuk memenuhi ruang masjid yang agak besar dibandingkan dengan bilangan makmun yang tidak ramai. Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menarik jemaah mengimarahkan masjid. Pada masa itu bilangan guru agama amat terhad tambahan pula aktiviti kebudayaan mendapat tempat dihati penduduk. Walaupun begitu usaha membesarkan masjid terus dilakukan dari masa kesemasa  dengan mengambil kira bilangan penduduk mukim yang semakin bertambah dan minat mencari ilmu agama dikalangan mereka juga semakin meningkat.

Pak Su dilantik sebagai AJK Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang pada tahun 1959. Paksu diberi tanggungjawab menjaga  urusan  pembinaan masjid, kebetulan pula Pak Su bekerja di Jabatan Kerja Raya, Kota Bharu dan mempunyai sedikit kemahiran dalam kerja-kerja pertukangan kayu dan binaan bangunan. Pak Su aktif  sebagai AJK selama 53 tahun tanpa henti dan berada dibawah 5 orang imam bermula dari 1959 hingga sekarang. Imam -imam tersebut adalah seperti berikut:
1) Allahyarham Ahmad Bin Ismail (Tok Ayah)
2) Allahyarham Pauzi Bin Ahmad (Tok Imam Pauzi)
3) Ustaz Yassin (Tok Imam Yassin)
4) Ustaz Haji Hanafi Bin Mohamad (Tok Imam Napi)
5) Ustaz Haji Abdul Halim Bin Mat Isa (Imam Tua sekarang)

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan usaha berterusan oleh AJK masjid, bilangan jemaah dewasa dan kanak-kanak  yang datang ke Masjid Mukim Padang Enggang semakin bertambah. Mereka mengimarahkan masjid setiap waktu  untuk melakukan solat berjemaah, iktikaf, berzikir, membaca Al-Quran, mengikuti majlis-majlis ilmu dan menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta apa jua program yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada penduduk mukim Padang Enggang dan kepada umat islam keseluruhannya.
Wallahu a'lam

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Muslimeen United: Muktamar PAS bermula <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 14 Nov 2012 03:05 PM PST

(Presiden PAS di pentas bersama kepimpinan utama Dewan Muslimat PAS)

KOTA BHARU: Muktamar PAS tahun ini bermula dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS manakala timbalannya, Haji Mohamad Sabu merasmikan Muktamar Dewan Pemuda.

Muktamar Dewan Muslimat berlangsung di Kota Bharu Trade Centre manakala Muktamar Dewan Pemuda di Dewan Jubli Perak. Kedua-duanya di tengah-tengah bandar Kota Bharu bandaraya Islam.

Muktamar Dewan Ulamak akan berlangsung pagi esok manakala muktamar penuh akan bermula Jumaat ini di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik).


Muktamar Dewan Muslimat

Seramai 624 perwakilan muslimat dari seluruh negara memenuhi dewan utama Kelantan Trade Centre bagi mendengar amanat khas yang akan disampaikan oleh Presiden PAS.

Manakala seramai 262 pemerhati berdaftar mula memenuhi dewan seawal jam 7.15 malam.

Turut bersama dalam perasmian malam ini, Ketua Wanita DHPP Pusat Kumutha Raman dan Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) Maria Chin Abdullah serta para artis yang telah menyertai PAS termasuk Abby Abadi.

Majlis yang dimulakan dengan Asma al Husna kemudian diikuti dengan lagu Negaraku dan lagu PAS.

Pembukaan muktamar dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran surah At Tahrim oleh adik Najib Nasarudin.

Kemudian diikuti ucapan Pengarah Muktamar Mumtaz Md Nawi, persembahan multimedia serta persembahan montaj khas yang bertajuk Wanita Prihatin kebajikan Terlaksana.

Pada malam ini, Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusuf turut akan menyampaikan ucaptama.

Muktamar Pemuda


(Perwakilan dan pemerhati muktamar Dewan Pemuda di Dewan Jubli Perak)

624 perwakilan Dewan Pemuda PAS dari seluruh negara menyertai muktamar kali ini di dewan Jubli Perak yang terletak di sebelah Stadium Sultan Mohamad ke 1v Kota Bharu.

Selain itu, dewan itu penuh dengan pemerhati dan tetamu muktamar itu.

Selain perasmian oleh Mohamad Sabu, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan akan memberikan ucaptama menggariskan halatuju Pemuda PAS untuk sessi akan datang di samping mengimbau aktiviti mereka sepanjang tahun ini dan tahun lepas.

Pagi esok, mereka akan menyambung balik muktamar selepas selesai majlis perasmian malam ini. -Hrkh

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


iniduniadilahBuzz: kami <b>di rantau panjang</b>, kelantan!

Posted: 16 Nov 2012 04:33 PM PST

hello, aku nak sambung story percutian aku ke kelantan yang aku story kat homestay tuh. besar kan ?? part paling suka time bangun tidur turun tangga nih..
hahaa.macam puteri pulak. berangan jap duk rumah besar. hoho.. then, after sampai tuh sesi mengangkut barang dalam kereta. waduhhh.. banyak sih..
selepas sesi angkat barang. akak and abang keluar cari makanan. lapar gilerrr. kat kelantan nih kalau dah senja memang semua dah tutup. aktiviti malam memang takde lah. just stay kat homestay and rest! akibat kepenatan, aku tertidur kat sofa jer sepanjang malam. rugiii tak tidur atas katil katil yang empuk itu.. huh..
hari kedua aku belah pagi kami ke rantau panjang. macam-macam kami beli. padahal petang tuh abang nikah. hahaa, sepatutnya pengantin rest , nih tak... ikut sekali shopping. kahkah....
apa-apa hal pon breakfast dulu lah. hehe.. sedap makan kat sini. tengok ramai kan? semuanya dalam RM50+ jer. tak macam first singgah kat dungun harituh. makan mahal gilerr. memang kena ketuk habis..tapi bab makan tak boleh nak jadi isu sangat sebab masuk perut jadi daging....=p ok, jom shooping!
rambang mata oi... yelah, duit sendiri ada memang macam-macma nak lah. itu nak ini nak. masak!!!!! sebulan jer lagi wei nak gaji. makan maggi jelah jawabnya..... hohoho. aku sempat grab sepasang baju and beberapa helai tudung. si dia pulak tak agak-agak. 4seluar jeans plus 3helai baju. tuh pon nyaris nak beli lagi. hahhaa...aku remind dia kang makan pasir kang balik nih. hoho..
disebabkan terlalu pegun kat sini, kami tak perasan jam nak cecah 12 tengahari. jam 1 petang kami kena ada di rumah pengantin. nasib lah rumah pengantin tak jauh.15 minit jer. kuikui... oklah,entry after nih story tentang tujuan sebenar kami disini okay. kang sambung story berjela-jela pulak. huhu. hari ini hari sabtu, aduhai, cuti lama malas nak balik JB pulak. =(

terima kasih daun keladi,lain kali baca lah lagi =p

Cinta Travel: KAWASAN BEBAS CUKAI <b>RANTAU PANJANG</b>

Posted: 27 Nov 2012 11:09 PM PST


RANTAU PANJANG, KELANTAN

Mengenai Rantau Panjang

Bandar Rantau Panjang adalah terletak bersempadan dengan Sungai Golok, Thailand merupakan pintu keluar – masuk dan pusat membeli belah yang utama di Jajahan Pasir Mas khususnya dan Negeri Kelantan amnya. Jaraknya hanya 25 km dari bandar Pasir Mas dan 40 km dari bandar Kota Bharu.
Rantau Panjang merupakan tempat kawasan bebas cukai yang kedua di Kelantan selepas Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan. Bagi mereka yang gemar membeli belah barang-barang seperti pakaian, periuk, pinggang mangkuk, set tilam, dan sebagainya disini lah syurga membeli belah terbesar di Pantai Timur.
 
 Kemudahan Di Rantau Panjang
Bagi mereka yang baru saja menjejak kaki ke Rantau Panjang, tidak perlu risau mengenai kemudahan awam yang terdapat disini. Dari segi tempat letak kereta Majlis Daerah Pasir Mas menyediakan tempat yang lapang untuk meletakkan kereta dan bas persiaran/pelancongan. Kemudahan seperti surau dan tandas juga di sediakan di kawasan sekitar Pekan Rantau Panjang ini. Kemudahan seperti bank juga terdapat seperti ATM (Mybank). Jadi musim sekolah ini merupakan peluang bagi mereka yang gemar bercuti untuk membeli belah sambil makan angin di negeri Cik Siti Wan Kembang.
 
Masjid Yang Unik berlatar belakangkan pembinaan masjid di cina juga dibina di Pekan Rantau Panjang ini.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


DEPARTURES BY UDEYISMAIL: Sambungan Gemas gie <b>Dabong</b>

Posted: 23 Nov 2012 03:40 AM PST

UDE_6689 Selepas 1 jam kami terkandas di stesen Gemas, keretapi mula bergerak menuju kearah laluan ke pantai timur, melalui Bahau, Negeri sembilan. Disebabkan tersalah membeli tiket, kami terpaksa bersengkang mata sambil layan adik kecik didepan seat kami yang seronok menyanyikan lagu Maher zain, pandai betul budak-budak sekarang nie, menghafal lagu-lagu maher zain dalam english. Bagi yang berniat untuk bawa family, aku cadangan korang memilih gerabak yang ade tempat tido dan jangan ambik tempat duduk macam kitorang, nak pulak bagi yang bawak barang banyak-banyak, laluan memang agak sempit sikit. Disebabkan mata susah untuk lelap, so ke hulu hilir la aku dengan kamera ditangan, kalau perut terasa lapar, berjalan la kami ke cafe yang ade dalam train tu. Waktu perjalanan kami tak semeriah pada musim cuti-cuti, kalau musim cuti rasenya ramai yang sanggup berdiri. Bagi yang berminat dalam photography rasanya memang sesuai untuk korang semua rekodkan apa yang berlaku sepanjang perjalanan, walaupun malam, ini tidak menghalang kita untuk mengambil gambar didalam train. Pukul 3.00 pagi, keretapi yang kami naiki berhenti untuk turunkan penumpang dan mengambil penumpang di mentakab, walaupun waktu 3.00 pagi, masih ramai penumpang di mentakab  yang menaiki keretapi ke kelantan. Masa untuk keretapi berhenti bagi setiap stesen yang dijadualkan pada time table adalah lebih kurang didalam 10-20 minit. Mata mula mengantuk, so kalau dah mengantuk ubatnya adalah tido, walaupun kurang selesa, bagi menyimpan tenaga untuk hari esok, aku terpaksa berehat untuk seketika waktu. Selepas stesen mentakab, keretapi akan berhenti di jerantut, kuala lipis, merapuh. Pukul 7.00 pagi celik mata daripada tido, kami telah pon sampai di Jajahan gua musang,kelantan dan selepas itu, keretapi akan berhenti di Dabong. Untuk pengetahuan am pada semua, Dabong terletak di jajahan kuala krai dan pekan dabong terletak 155 km daripada kota bharu,Dabong terkenal di kalangan pelawat sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Kelantan. Disebabkan kami leka mengambil gambar dalam keretapi, kami terlepas station, sepatutnya kami akan turun di dabong. Ikut pada pelan seterusnya kami terpaksa turun di Kuala Krai dan alhamdulillah kami tak terlepas stesen lagi. UDE_6257 Kenapa kami kena turun di dabong dan Kuala krai ?, Daripada dabong atau kuala krai, kami akan mengambil "shuttle train" ataupun keretapi lompat yang mana keretapi tu akan berhenti di kesemua stesen-stesen kecik, kalau kita lihatkan stesen yang terdapat disepanjang perjalanan, stesen kecik itu merupai tempat menunggu teksi atau bas. Untuk membeli tiket "shuttle train" kami boleh membeli melalui kaunter yang terdapat distesen atau diatas keretapi. Mengikut info "shuttle train ni baru dirasmikan pada 3 mei 2010, mengantikan keretapi lama sebelum nie, rasenya kalau dapat naik keretapi lama sebelum shuttle train yang berair cond, aku rase perjalanan lebih menarik lagi. Apa yang best sangat shuttle train ?, kami memilih untuk menaik shuttle train nie, bagi merasai kehidupan sebenar rakyat kelantan yang menggunakan shuttle train nie sebagai pengangkutan utama. Didalam shuttle train nie, kita boleh tengok macam-macam karenah orang, boleh tengok mak cik-mak cik yang nak berniaga, diorang terpaksa usung semua barang-barang masuk ke dalam keretapi. Bagi pelajar-pelajar sekolah, ade sesetengah daripadanya, diorang ke sekolah terpaksa menggunakan keretapi, ada daripadanya terpaksa tinggal di asrama, bila ditanya adik-adik kita yang belajar dikawasan tu, diorang terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan pengangkutan keretapi shuttle train, pukul 4.00 pagi lagi dah kena tunggu keretapi datang. Suasana memang meriah didalam train, meriah dengan suara orang-orang tua dan kanak-kanak dan orang kelantan jugak agak peramah. UDE_6476 Shuttle train beroperasi 2 kali sehari, dari arah tumpat ke dabong dan dari Kuala lipis ke Tumpat. Kami tidak dapat meneruskan perjalanan ke tumpat atas sebab perlukan rehat secukupnya dan terpaksa turun di Stesen wakaf baru yang berdekatan dengan kota bharu. Ketibaan kami disambut oleh 2 orang rakan daripada kelantan, iaitu Pok cik dan Ayie. Diikutkan plan sebenar kami akan berehat di bag packer hostel yang berdekatan, tapi atas pelawaan rakan, kami menetap di gegey studio milik pok cik. Terima kasih kerana sudi tumpangkan kami di gegey studio. UDE_6647 Plan perancangan kami belum berakhir, kami menyambungkan perjalanan kami dengan berpatah balik ke Dabong daripada wakaf baru, seawal pukul 3.30 pagi, kami bersiap sedia untuk menyambungkan perjalanan kami ke dabong dengan menaiki keretapi yang paling awal, keretapi yang bertolak daripada tumpang. Seawal pagi distesen keretapi wakaf baru, kami boleh lihat orang ramai mula sibuk dengan mengangkut barang-barang dan ada daripadanya adalah peniaga.Pukul 4.00 pagi keretapi betul-betul datang tepat pada waktu yang ditetapkan. Sepanjang keretapi berhenti di setiap perhentian kami boleh tengok adik-adik yang nak ke sekolah dan untuk makluman, keretapi akan berhenti pada setiap perhentian, walaupun perhentian tersebut tidak ada orang. UDE_6814 UDE_6759 UDE_6770 UDE_6822 UDE_6414 Didalam train macam-macam gambar yang dapat kami ambik, ade diantaranya terpaksa menuaikan solat subuh di atas keretapi, ade yang sempat lelapkan mata sebelum sampai ke destinasi. Pengalaman ini, boleh dikatakan pengalaman yang berharga, yang kami susah untuk dilihat dimana-mana tempat, walaupun tidak sehebat di india atau di pakistan, kami patut berbangga dengan setiap apa yang ada di tanah air kita sendiri, rasa syukur dengan setiap kemudahan yang kita anda, kalau dibandingkan dengan di india, orang terpaksa berebut-rebut untuk menaiki keretapi, ade sesetengahnya terpaksa duduk di kelas paling hujung, iaitu seat atas bumbung keretapi. Aku menyimpan niat, satu hari nanti aku akan ke moscow untuk menaiki pengalaman perjalanan dengan trans siberian atau trans mongolia yang akan menuju ke beijing dan aku banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan travelogue penulis-penulis yang merasai pengalaman penjelajahan daripada moscow ke beijing yang memakan masa yang agak lama untuk sampai. UDE_6405 UDE_6379 UDE_6330 Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman sebegini, aku sarankan korang buat la persediaan yang rapi, walaupun kita berada di negara sendiri. Kami menamatkan perjalanan kami sampai ke Dabong dan berpatah balik ke Wakaf baru semula. Perjalanan kami adalah singkat, kami pulang semula ke wakaf baru untuk bersiap sedia untuk pulang semula ke kuala lumpur dengan menggunakan keretapi express. Walaupun tidak sehebat mana cerita ni, sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi dengan semua pembaca dan insyallah, nantikan travelogue yang akan datang, mungkin dengan cerita-cerita yang lepas yang akan aku kongsikan semula tentang kisah perjalanan aku selama berada di tanah air sendiri mahupun negara orang, apapun ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakan-rakan di kelantan, terutama sekali pada Pok cik, ayie & muin, kerana sudi membantu kami selama kami berada dikelantan, jumpa lagi jika ada masa yang diizinkan, terima kasih juga kepada KTMB malaysia

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Kelantan</b> - Nov 2012

Posted: 28 Nov 2012 09:34 AM PST

JAWATAN:
- PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N41

IKLAN JAWATAN:
http://www.spn.kelantan.gov.my/v5/iklanjaw/november2012

Tarikh Tutup : 2 Disember 2012

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


TANAH <b>JELI KELANTAN</b>: TANAH EKAR UNTUK PEMBANGUNAN

Posted: 02 Dec 2012 11:35 AM PST


TANAH 50 EKAR UNTUK DI BANGUNKAN DI JELI

Kami sedang mencari 'Rakan Kongsi' bagi projek kami yang akan datang. Kami telah mempunyai tanah sebanyak 50 ekar untuk tujuan dibangunkan di kawasan Tanah Jajahan JELI,KELANTAN.
Di mana kawasan ini sedang pesat membangun. Lantaran, Jajahan Jeli merupakan pintu masuk utama negeri Kelantan dari Kawasan Utara Semenanjung Malaysia melalui Jalan Raya Timur Barat di samping menjadi penghubung utama antara jajahah-jajahan lain di Kelantan.

Apakah Rancangan Tempatan Tanah Jeli (RTJ) 

RTJ Jeli merupakan satu dokumen perancangan yang menyatakan semua cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot-lot tanah bagi seluruh Jajahan Jeli.


WAWASAN PEMBANGUNAN JAJAHAH JELI

"Menjadikan Jajahan Jeli Sebagai Sebuah Bandar 
Sejahtera Dengan Pembangunan Institusi Pendidikan
Yang Syumul Dan Berciri Jayadiri Dalam Menjana
Aspek Ekonomi, Persekitaran Fizikal Yang Berkualiti
Tinggi Tanpa Menjejaskan Kualiti Alam Sekitar
Semulajadi."

MATLAMAT PEMBANGUNAN JAJAHAN JELI

"Untuk Membangunkan Jajahan Jeli Berpandukan
Perancangan Gunatanah Yang Teratur Dan 
Mampan Selaras Dengan Fungsinya Sebagai
Bandar Pendidikan Yang Syumul Dengan
Menyediakan Kediaman Yang Selesa, Kemudahan
Yang Mencukupi Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti

(Rujukan rasmi :RISALAH DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN JELI)

MENJADI RAKAN KONGSI BERSAMA !!
KAWASAN YANG STRATEGIK, TERHAD MENJADI ASET YANG AMAT BERHARGA DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR YANG LENGKAP!!!!

Apa tunggu lagi,marilah kita bersama-sama menyahut seranan kerajaan untuk membangunkan Tanah Jajahan Jeli agar kita turut berada selari dengan arus kemodenan dalam membangun penempatan orang melayu.
Selain itu, tanah ini berada di kawasan yang strategik seperti menawarkan Pusat perdagangan dengan fungsi perkhidmatan terhad,penawarn barangan terhad,pusat institusi pendidikan dan sebagai pusat institusi penyelidikan berasaskan pertanian.

TAJUK : PROJEK PERUMAHAN PENEMPATAN BARU DI JELI

Kami ingin mencari "RAKAN KONGSI" bagi tujuan membangunkan kawasan tanah yang luasnya lebih kurang (55 ekar) yang mana berada di kawasan strategik termasuk dalam "Draf Rancangan Tempatan Tanah Jajahan Jeli".

Pembangunan  tanah ini akan di jalankan di kawasan berhampiran UMK Kelantan yang telah di buka pada awal tahun ini.Tanah ini akan dibangunkan lot-lot kedai dan rumah-rumah yang bervariasi dan mampu milik.
Pecahan tanah ekar ini seperti berikut di mana satu ekar tanah bersamaan enam lot banglo.Selain itu juga, tanah-tanah itu juga boleh di pecahkan menjadi lot-lot rumah teres. Keluasan tanah lot yang sebenar akan dibincangan lebih lanjut kepada pembeli yang serius sahaja atau yang berminat untuk menjadi "Rakan Kongsi " kami. Jika berminat, kami ingin memberitahu bahawa pihak kami akan memberi  apa-apa jua maklumat berkenaan Projek ini kepada serius 'Buyer' sahaja.

Kami mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam Pembangunan Hartanah ini untuk berkongsi keuntungan yang berlipat ganda bersama kami. Jika anda seorang kontraktor atau jurutera atau sesiapa sahaja anda yang berminat dengan Projek ini. Hubungi kami segera untuk keterangan lebih lanjut.

Sila hubungi saya di talian 014-5487916 (Mieza Ali)

PELABURAN YANG BIJAK MASA DEPAN

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Tanah Rakyat <b>Di</b> Sapu Oleh Puak PAS Kelantan? | Keris 7 Lok

Posted: 02 Dec 2012 10:12 PM PST

Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.

Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?




Dato' Nik Aziz Nik Mat
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997

Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997

Dato' Abdul Halim Abdul Rahman

- Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim)
- Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

Adlina Abdul (anak Abdul Halim)
- Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
- Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
- Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
- Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)

- Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

Penceramah Pas, Razak Abas

- Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000

Baca sepenuh di MyKMU

K7L : 1 Malaysia #TolakFitnah

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Gempar Penemuan <b>di</b> Palekbang, <b>Tumpat</b>,Kelantan

Posted: 29 Nov 2012 07:22 PM PST

Ada berita yang aku dapat page FBI love Kelantan
Dikhabarkan, seorang kontraktor bersama rakan-rakan mereka menjumpai 'satu terowong' rahsia disana ketika kerja-kerja pembinaan disana.
Bomba, orang ramai, polis mula memenuhi tempat kejadian ? Terowong apa yang dijumpai tersebut , yang pasti ia amat berkait dengan sejarah Melayu Kelantan.

Dan ade update dari pihak admin dari maklumat penduduk sekitar
 
Dikhabarkan, seluruh kawasan terlibat di Palekbang ditutup rapi oleh pihak polis sekarang ini. Semua kawasan dipagar. Polis dan beberapa jabatan kerajaan mula berkampung disini sejak kelmarin kerana ia amat penting dalam menjaga kerahsiaan tempat ini. Berikut merupakan mitos mengenai terowong ini.

- terowong rahsia yang sangat panjang merentasi Sungai Kelantan
- kubu bawah tanah Tentera Jepun
- Kota Purba Raja siam + harta karun
- Tempat simpanan emas Kerajaan Melayu Purba

Isu Palekbang semakin panas.


Dan ini pulak cerita sebenar yang aku dapat dari salah sorang commenter
FLOW PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 1
Bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB.
"Kenapa tak siap2 jambatan ini?
Ada tiang yang 'bermasalah'…..

Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. … mereka menemui sesuatu.
Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. …..

Ada 2 bahagian:
- zaman purba
- zaman moden

telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar.
FLOW PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 2
1) Palekbang merupakan suatu lokasi di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang dibina oleh Wali Songo (Wali 9).
2) Telah dijumpai pintu masuk ke 'ruang bawah tanah'yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang.
3) Cerita orang tua-tua ada menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai terowong ini namun tiada apa2 tindakan.
4) Tentera Jepun yang datang sebagai spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum Perang Dunia II.
5) Orang Jepun pada masa itu agak ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN. Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II.
6) Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut.
7) Apa yang manarik berkenaan EMAS tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke Jepun tetapi gagal.
8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.
9) Kawasan ini dikenali dengan nama Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas.-via This is Kota Bharu

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


~CiNtA HaTi Ku~: Jalan-jalan <b>di Wakaf Che Yeh</b> (Kelantan)

Posted: 01 Dec 2012 08:30 PM PST

Setelah berehat dari kepenatan meredah awan, aku pun keluar dari hotel untuk mencari makanan... (baru terase lapar setelah memengsankan diri buat seketika.... huhuhu~~) Oleh disebabkan kedudukan hotel yang aku menginap betul-betul di Wakaf Che Yeh, so tak payah la nak drive kereta jauh-jauh untuk cari makanan... Turun bawah sikit dah ada gerai-gerai makanan....
Dah alang-alang turun tu kiteorang pun cuci-cuci mate jap sekitar Wakaf Che Yeh ni... Kat sini jualannyer didominasi sepenuhnyer oleh orang tempatan... Cume lorat die gune lorat negeri dieorang, sape yang faham boleh la nak bercakap riuh rendah dengan dieorang... Nak tawar menawar pun senang, tapi aku takde la pandai nak cakap lorat bahasa dieorang tapi aku faham ape yang dieorang cube nak sampaikan cume aku tak boleh nak balas balik dalam lorat bahasa yang sama.... Nama je emak ayah orang pantai timur, tapi sepatah haram aku tak boleh cakap lorat bahasa dieorang...
kuikuikui ~~~

Besar giler Wakaf Che Yeh ni, macam uptown kat Shah Alam tapi yang ni lagi besar..... Barisan kedai-kedai banyak giler, memang tak terlarat nak habiskan dalam satu malam... Memang tak puas berjalan kalau hanya satu malam kat sini... Macam-macam ade jual kat sini, ade sutera batik cantik2, songket, tudung mengerlip-ngerlip, baju kelawar batik dan pelbagai... Banyak sangat la, tak tertulis rasenyer cume sediakan duit je... Beli dan bawak balik... Settle.... Tapi aku takde la berbelanja sakan pun sebab memikirkan balik ke KL nanti kiteorang naik flight jugak, kalau beli banyak-banyak macam mane nak bawak balik... Nanti kena extra luggage lak... Dapat tengok je la.... hukhukhukhuk ~~~

Psst : Memang tak puas sebenarnyer berada di Kelantan cume 2 hari 1 malam... Banyak tempat yang tak sempat dilawati.... Lepas ni aku plan nak pergi Kelantan lagi, kalau bercuti dengan family lagi seronok rasenyer... Kali ni nak banyak duit berbanyak... nak shopping sakan, Yahoooo ~~~

ads