ads

Isnin, 11 Julai 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di mengkebang - Google Blog Search


victory: Sejarah Awal <b>Mengkebang</b>

Posted: 05 Feb 2011 04:30 PM PST

Sekitar tahun 1960an, Kerajaan Kelantan telah membuka beberapa tanah rancangan dalam Jajahan Kuala Krai untuk memberi peluang kepada rakyat yang kurang berkemampuan memiliki tanah . Pembukaan tanah tersebut membabitkan Rancangan Kemajuan Tanah Batu Mengkebang, (RKT) Rancangan Kemajuan Tanah Sungai Sam, RKT Manek Urai, RKT Chenulang dan RKT Sungai Sok . Borang-borang permohonan di buka kepada mereka yang berminat untuk menjadi peneroka . Rancangan Kemajuan Tanah Batu Mengkebang merupakan penempatan peneroka terawal daripada RKT yang lain. Hasilnya berbondong-bondonglah orang kampung datang memohon tanah untuk berhijrah membina penghidupan baru. Mereka datang dari segenap Daerah/Jajahan . Ada dari Tumpat, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu, Kuala krai, Bachok dan Hulu Kelantan. Sejarah penerokaan awal RKT Mengkebang penuh sukar dan memilukan , memerlukan pengorbanan dan istiqamah yang tinggi. Mereka terpaksa berbasikal sejauh puluhan batu dari kampung halaman masing masing membawa benih getah, bekalan makanan yang terhad menuju Gucil Kuala Krai dengan keazaman yang tinggi semata mata ingin merobah nasib. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Begitu kata pepatah melayu. Berbekalkan semangat sengoti (sejati) mereka harungi pelbagai kegetiran kerana yakin disebalik kesusahan pasti ada kesenangan .

" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya "

Tepat dan jelas sekali perumpaan yang Allah gambarkan dalam Al Quran yang mulia bahawa manusia perlu berusaha dan berikhtiar bersungguh sungguh dengan tekun dan sabar untuk melakukan perobahan dalam kehidupan ini. Mereka tidak boleh berpaku tangan semata mata mengharapkan sesuatu yang turun dari langit secara gratis (percuma ) . Mereka perlu melakukan pengorbanan yang tinggi untuk memperolehi kejayaan . Hanya orang yang mampu bertahan sahaja (tohid istilah Kelantan) kekal sebagai peneroka hingga kini . Mereka yang tidak sanggup menghadapi kesusahan dan jerih perih awal-awal lagi sudah cabut ("surrender"- "give up ") dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Sejarah awal Mengkebang penuh dengan ranjau duka yang dilalui oleh peneroka . Tidak sedikit yang demam , sakit dan meninggal dunia sebelum tiba ke destinasi . Mereka terpaksa menempuh duri dan onak berjalan kaki meredah hutan , mendaki bukit, menuruni cerun , meniti batang batang kayu yang ditinggalkan pengusaha balak melalui jalan STEWON ( a kind of timber lorry ) yang sungguh menyulitkan .Jika hari hujan, jalan berselut kuning dan licin . Jalan bengkok bengkang berselut kerikil ditengah tengah hutan tebal memerlukan pengamatan tajam jika tersilap langkah kaki tersandung , gelongsor masuk gaung. Bunyi reriang dan cengkerik rimba mengiringi ketibaan senja sungguh meremang dan mendebarkankan dada . Penduduk Mengkebang terpaksa menapak lebih 6 jam (anggaran penulis) dari Gucil memikul beras, gula, ikan kering , budu dan barang keperluan asas lain melalui perkampungan lama Batu Balai untuk sampai ke rumah masing-masing. Ketika itu tiada kenderaan yang boleh digunakan. Jika bernasib baik dapatlah menumpang stewon yang membawa balak.

Berbekalkan Kudrat Empat kerat

Hutan anugerah Illahi kaya pelbagai spesis flora dan fauna menjadi habitat Gajah, Harimau , Babi dan Mergastua lain bertingkah bunyi suara ungka mengejutkan penghuni rimba dengan kedatangan rombongan manusia. Suasana seperti ini sudah cukup menggambarkan betapa tingginya semangat bapa-bapa kita bersama anak isteri membuat anjakan paradigma melakukan transformasi kehidupan . Dari puncak bukit terpancar mata air yang jernih melalui celah-celah rekahan batu dan akar kayu mengalir mengikut alur dan lurah , membentuk air terjun yang sungguh mengkagumkan. Sungainya yang cernih , dingin dan belum tercemar menjadi tempat permainan anak anak ikan berenang tangkas menongkah arus dengan riang . Burung burung undang terbang rendah memerhati dan mencari peluang menangkap anak anak ikan untuk dijadikan sarapan mereka. Demikian indahnya ekosistem hutan yang diciptakan Tuhan sebagai sumber bekalan oksigen untuk kelestarian hidup manusia dan haiwan . Subhanallah . Bekas tapak kaki Gajah, Harimau dan binatang liar menjadi mainan mata saban hari. Rasa takut, cemas dan gerun sudah hilang dalam dairi kehidupan mereka . Berbekalkan kudrat empat kerat mereka menebang pokok sebesar sepemeluk dan menebas hutan seluas 6 ekar milik mereka tanpa bantuan mesin dan jentera moden . Masing-masing mengerjakan tanah dengan tekun dan sabar untuk ditanam getah dan padi huma . Pokok pokok yang ditebang dibiarkan kering dan sesetengahnya dibakar untuk dijadikan baja (pupuk) yang menyuburkan tanaman . Suasana muhibbah dapat dirasai seperti dalam keluarga sendiri. Saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Konsep menggilirkan kerja di panggil DE GHAA dan ME NGHUUN menjadi amalan mereka. Peneroka awal mempunyai nama yang sangat sinonim dengan tempat tinggal asal mereka sehingga orang lebih mengenali dengan nama gelaran daripada nama sebenar mereka . Gelaran seperti Mat Punai, Mat Merah, Mat Bedil, Mat Che Yah , Mat Gajah, Pak Kob Merah (sekadar contoh panggilan) kekal hingga kini .

Rumah Berdinding Kulit Kayu

Peneroka awal membina rumah berdinding dan berlantai kulit kayu beratapkan nipah untuk melindungi hujan dan panas. Lubang-lubang celah dinding jelas kelihatan bilamana kulit kayunya telah kering. Damar hutan digunakan sebagai sumber cahaya disamping pelita minyak tanah yang di buat sendiri. Lantai rumah yang ngokngek ngokngek tidak rata terasa seperti orang sedang berjoget dan beronggeng dansa , menjadi tempat penginapan yang cukup selesa bagi mereka. Tiada peruntukan membina rumah, cuma gotong royong dalam kalangan mereka dengan menjamu nasi berlaukan ikan kering, ikan sungai masak lemak , gulai kulat sisir bersama pucuk paku , berulam kerdas , jering relung dan petai cicah budu menjadi menu yang sungguh menjelirakan (menyelerakan) . JIka teringin mencicipi daging, mereka memasang jerat napuh, pelanduk , landak dan rusa yang tidak sukar di perolehi. Begitulah indahnya semangat kekitaan pada masa itu. Sementara menunggu pokok pokok getah membesar mereka menanam ubi kayu, ubi keledek (ubi stelo ) menugal jagung, pisang , padi huma , tebu , sayur sayuran dan buah buahan untuk menampung kehidupan. Tanaman tersebut sentiasa diserang musuh seperti kera, kakoh, monyet, lutong dan beruang. Diwaktu malam pula , kedengaran sayup sayup suara serigala bersahut sahutan menambahkan lagi debaran . Mereka terpaksa menyalakan unggun api untuk mengelakan kehadiran haiwan pemusnah tersebut. Rutin harian mereka menyemai benih dan menyulat (mengganti) anak getah yang mati di sondol babi hutan.

Land Rover Pengangkutan Utama

Transformasi penduduk bermula sedikit demi sedikit dengan adanya kemudahan pengangkutan Land Rover (lighaba-dailek Kelantan) yang digunakan untuk membawa hasil tanaman berupa buah-buahan dan sayuran ke Pekan Gucil sejauh 13km melalui jalan berbukit curam yang menggerunkan. Jika musim hujan, jalan licin, lecah (becak) dan berselut hingga paras betis . Pengalaman menolak Land Rover yang tersekat dalam selut merupakan fenomena biasa bagi peneroka. Mereka sudah mangli dengan keadaan seperti ini. Mereka tidak punya pilihan kerana itulah satu satunya penghubung yang boleh digunakan. Keadaan jalan seperti ini sangat menguji kecekapan pemandu yang berulang alik dari Mengkebang ke Gucil . Land Rover yang uzur dan tak sempurna menjadi pilihan penduduk Mengkebang untuk TUBEK (keluar pekan) menjual komoditi mereka di Pekan Gucil dan Bandar Kuala Krai (KK). Pernah berlaku peristiwa kemalangan ngeri di Bukit Batu (Bukit Tonggek) . Land Rover yang dipandu Pak Yeh membawa Penyelia Tanah (nama lupa) ke Hospital KK mengalami masalah gear (gear loose) jungkir balik beberapa kali semasa menuruni bukit mengakibatkan penyelia berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian . Ketika itu ayahanda Hj Che Soh ada bersama dalam kenderaan terbabit. Ayah, Pak Will (gemulah ) dan beberapa orang lagi di rawat di hospital KK selama beberapa hari. Peristiwa tersebut masih segar dalam ingatanku (setiap kali melalui bukit tersebut) walau pun masa itu aku masih berumur kira kira 10 tahun dan bersekolah di Kampung Batu Hitam Pasir Puteh , tinggal bersama datuk Majid.

Banjir Besar 1967

Peristiwa banjir besar tahun 1967 yang melanda negeri Kelantan turut menenggelamkan bandar Kuala Krai dan Gucil mengakibatkan semua hubungan terputus. Taburan hujan yang luar biasa menyebabkan air sungai Kelantan ditangga Bradley (tangga Krai) melepasi paras bahaya . Bekalan makanan terpaksa dicatu. Air mencecah pokok kelapa , menghanyutkan rumah rumah penduduk , memusnahkan harta dan jiwa . RKT Mengkebang tidak terkecuali menerima musibah ini. Semua tanaman getah dan kebun peneroka turut musnah termasuk ternakan lembu kambing ayam itik mati dihanyutkan air. Ketika itu kami terperangkap beberapa hari di Gucil dalam perjalanan balik ke kampung di Pasir Puteh melihat datuk Majid yang sakit. Kami terpaksa menumpang di rumah Penyelia En Haris (kalau tak salah) dan beliau bertungkus lumus membantu menguruskan bantuan makanan kepada mangsa banjir termasuk kami. Pengalaman merasai makan nasi beras merah (beras campur) berlauk ikan kering yang dicatu adalah hidangan istimewa di kala menghadapi kesusahan begini. Setelah beberapa lama terkandas dan banjir mulai surut, kami bergegas balik ke kampung Batu Hitam melihat datuk yang sedang sakit. Allah menyayanginya, selang beberapa lama di Kampung , Datuk telah kembali menemui Tuhan. semoga Allah meredhainya. Amin Ya Rabbal Alamin. Setelah lebih empat puluh hari pemergian datuk, ayah bersama mak su dan adik kembali ke Mengkebang ,tinggal lah aku bersama Pak Teh (Bapa Saudara) di kampung meneruskan persekolahan di SK GONG GARU dalam Darjah 5.

Getah Mula Menitik

Hasil jerih payah peneroka selama bertahun tahun akhirnya mereka mendapat rezeki menambahkan pendapatan apabila pokok getah mula menitik mengeluarkan susu . Sejak awal pagi sesudah menunaikan kewajiban kepada Illahi , mereka menuju ladang getah untuk menoreh. Dengungan musik yang mengganggu cuping telinga memaksa mereka memasang ubat nyamuk semasa menoreh. Tidak saja nyamuk, mereka juga berperang dengan pacat yang sangat peka dengan bau manusia. Sesekali terserempak dengan sekumpulan anak-anak babi yang sedang berpesta menyodok tanah mencari makanan . Kumpulan babi terus melarikan diri kedalam hutan sebaik mendengar jerkah (jeritan) penoreh . Demikian sepintas nostalgia yang masih tersemat dalam ingatan penulis . Penoreh membina Pondok MESIN GETAH untuk memproses getah keping. Getah yang siap di mesin nipis di jemur dan di biarkan kering selama beberapa hari sebelum di jual kepada tok peraih . Peraih mengumpulkan hasil belian mereka untuk di jual di Pekan Gucil dengan Land Rover. Land Rover yang sarat muatan getah dengan penumpang terpaksa berdiri bergantungan di belakang memegang besi palang melalui jalan berbukit kerikil berdebu merupakan senario biasa pada waktu itu. Tidak ada rasa gayat, takut dan risau yang penting mereka selamat sampai di Gucil untuk menjual hasil getah kepada Tauke Cina MEK SOM setiap hari .

Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang

Menyedari pentingnya ilmu pengetahuan sebagai tunjang kehidupan , penduduk sepakat membina sebuah sekolah kayu berdinding papan di Pusat (central Mengkebang) . Sekolah tersebut ialah SK Batu Mengkebang (SKBM) . Guru Besar pertamanya Allahyarham Che gu Siddik dan menerima pelajar-pelajar sekitar Mengkebang, Bechah Salak, Pahi dan Gertak Kangkong. Sekolah yang dhaif dan serba kekurangan ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat peneroka menghantar anak-anak mereka. Dalam masa yang sama sebuah sekolah Agama Rakyat As Saadah dibangunkan secara gotong royong untuk memberi didikan agama kepada anak-anak . Pengasasnya ialah Hj Che Soh Majid bersama beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) terdiri daripada Allahyarham Ustaz Sulaiman dan Sdra. Ab.Malik manakala tenaga pengajar terdiri daripada anak-anak tempatan yang mendapat pendidikan di Kuala Krai dan Pasir Puteh . Mereka tidak mengenakan bayaran hanya sagu hati saja, ikut kemampuan. Kini sekolah sekolah tersebut mencipta kejayaan dengan mengeluarkan ramai pelajar yang menyambung pengajian ke IPTA dan mendapat pekerjaan yang baik dalam sektor awam dan swasta.


Mengkebang meniti arus pembangunan

Beberapa dasawarsa yang lalu, Mengkebang masih dipenuhi hutan dan banyak lagi tanah-tanah yang tidak diusahakan. Namun setelah Kerajaan membina rangkaian jalan menghubungkan Kuala Krai- Gua Musang sebagai laluan utama untuk ke Kuala Lumpur, Mengkebang mendapat tempias arus pembangunan. Jalan raya dari Gucil - Mengkebang dibina dan siap sepenuhnya sekitar tahun 1993 . Jalan ini menjadi laluan alternatif pengguna ke Gua Musang dan Kuala Lumpur ketika musim perayaan. Kini setelah melewati empat dekad, Mengkebang menjadi sebuah mukim yang maju berkembang pesat dengan bekalan elektrik dan air yang sempurna. Sebuah sekolah Menengah iaitu SMK Batu Mengkebang berasrama siap dibina pada tahun 1989-1990 (jika tidak silap) untuk menampung pendidikan anak-anak di peringkat menengah . Sekolah tersebut telah dirasmikan YB Menteri Pendidikan pada masa itu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Mengkebang menjadi sebuah daerah yang bertuah kerana sering menerima lawatan pembesar negara . Sebuah Masjid baru telah siap dibina menggantikan Masjid lama yang uzur . Imam Mukim Mengkebang (Imam Tua) ialah Tuan Haji Che Soh bin Majid juga selaku pendaftar nikah merupakan imam yang paling lama berkhidmat ( 30 tahun) disini. Masjid baru tersebut dilapurkan menelan belanja lebih RM 1 juta yang diumumkan TPM Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (pada masa itu ) semasa kunjungannya dalam bulan Januari , 2008 . Pejabat KESEDAR juga beroperasi sepenuhnya untuk memberikan khidmat nasihat kepada peneroka. Dalam masa terdekat Balai Polis Mengkebang akan di bina ( jangkaan penulis) berdasarkan tapaknya siap berpagar bertentangan dengan Masjid lama di PUSAT (central Mengkebang ) menggantikan Pondok Polis sedia ada. Dengan adanya pelbagai agensi kerajaan beroperasi sepenuhnya menjadi pemangkin pembangunan Mengkebang seperti Gucil dan Kuala Krai. Nilai hartanah melonjak drastik dengan kemudahan insfrastruktur yang cukup. Penduduk Mengkebang ketika ini dianggarkan seramai lebih lima belas ribu orang dan ramai anak anak generasi kini bekerja sebagai pegawai kerajaan , guru, pengetua , pegawai polis , pegawai tentera , pensyarah , doktor dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mengkebang juga telah menjadi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) sendiri sejak beberapa tahun lalu. Tidak siapa menduga Mengkebang yang suatu ketika dahulu merupakan tempat bermukimnya haiwan liar ,berubah wajah menjadi sebuah daerah moden yang mudah dicapai oleh sesiapa saja melalui rangkaian sistem maya, internet .

Refleksi Penulis

Gambaran senario tersebut di atas adalah berdasarkan memori penulis yang membesar di daerah ini dan mengalami sendiri pahit getir semasa bersekolah di Sultan Yahya Petra Secondary School (SYPSS) , kini ( SMK SULTAN YAHYA PETRA) dalam tahun 1969-1970 (remove class). Masih terkenang memakai uniform sekolah seluar warna kuning baju putih bergosok kanji supaya kelihatan keras dan bersih . Ketika itu Pengetuanya ialah MR. Abd. Malik seorang yang bengis dan ditakuti semua pelajar. Penulis tinggal bersama keluarga Pak Cik Pa ( Hj Jaafar Mat) di Quaters Railway Station Kuala Krai sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh . Refleksi ini menghimbau kenangan penulis ketika musim cuti sekolah menjadi gembala lembu di ladang getah sempadan hutan simpan ( forest reserve) tepi sungai , Blok Hulu Kelantan . Sementara menunggu ternakan memagut rumput, penulis menebas semak samun di dada lorong getah yang sedang membesar . Kenangan ini dirasakan penting untuk dikongsi bersama generasi sekarang yang tidak pernah merasai kesusahan hidup sepertimana orang terdahulu , mudah mudahan menjadi ibrah dan tamsil betapa sukarnya membina sebuah kehidupan . Benar kata pepatah, "Kalau tidak dipecahkan Ruyung manakan dapat sagunya" dan "Berakit rakit ke hulu berenang renang ketepian " . Generasi terawal telah pergi meninggalkan kita buat selamanya namun jasa bakti mereka dapat dilihat, dirasai dan di nikmati anak-anak mereka . Hargailah jasa mereka yang terpaksa berkorban memerah keringat ,darah dan air mata membangun sebuah kehidupan yang selesa untuk anak-anak mereka dengan hasil komoditi getah semasa melambung mencapai harga RM8 hingga RM9 sekilogram . A good life does not just happen, its build in a daily prayer, sacrifice , humanity and love. No success without sacrifice.


sam/csyahya/722011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di bachok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di bachok - Google Blog Search


Taklimat Amalan QE <b>di</b> IKBN <b>Bachok</b>

Posted: 05 Jul 2011 11:35 PM PDT

Pada 22 Mei 2011, satu taklimat Amalan QE telah diadakan oleh MPC Kelantan untuk kakitangan dan pegawai Institut Kemahiran Belia Negara di Tangok, Bachok. Taklimat ini telah diadakan di dewan seminar IKBN Bachok bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada warga kerja IKBN Bachok mengenai tatacara perlaksanaan 5S meliputi kawasan pejabat, bengkel, stor dan juga persekitaran. Taklimat ini telah dihadiri seramai 45 kakitangan IKBN Bachok yang mewakili semua jabatan dan bengkel.

Sebahagian kakitangan IKBN Bachok yang menghadiri taklimat QE

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ROZLAN RAZALI: Hari Pertama <b>Di</b> GIATMARA <b>Bachok</b>

Posted: 08 Jul 2011 05:50 AM PDT


6 Julai 2011 adalah hari pertama aku bertugas di GIATMARA Bachok, Prosedur pertama lapor diri ialah mengadap bos, Alhamdulilah bos menyambut aku dengan penuh mesra tidak sebagaimana bekas bos GIATMARA Kota Bharu sekitar tahun 1994 yang menyambut lapor diri aku dengan penuh angkuh, sombong  dan tidak beradab. Tepat jam 8.00 pagi aku diberi taklimat oleh Pengurus hal selok belok GIATMARA Bachok seterusnya aku diperkenalkan kepada semua staf GIATMARA Bachok walau pun aku telah sedia kenal dan dikenali. Hari pertama ini banyak dihabiskan masa untuk memahami perosedur dan persekitaran GIATMARA Bachok dari akan-rakan sekerja. Kesimpulannya banyak perbezaan persekitaran dan presodur kerja jika dibandingkan GIATMARA Kota Bharu, apa pun aku terpaksa mengikut retak dan menyesuaikan diri dengan persekitaran ini. Tengaharinya aku sempat bersama 9W2AWQ menikmati makan tengahari di kedai berhampiran pejabat kami.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


GedebeLureCaster: Haruan <b>Wakaf Bharu</b>

Posted: 26 Jun 2011 10:40 AM PDT

Komplot gua dan Iwe di sebuah tali air di kawasan Wakaf Bharu berjaya menewaskan seekor haruan. Haruan yang agak gemuk ini ditewaskan oleh Iwe menggunakan janggut atau spinnerbait. Pemburuan haruan diteruskan selepas haruan pertama ini ditewaskan namun hanya sambaran sahaja diterima. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami. 'Till next time Mr. Channa' Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Info BolaSepak Malaysia: <b>Kelantan</b> buru pemain import

Posted: 08 Jul 2011 07:42 PM PDT

PEMAIN Kelantan gembira bersama piala Liga Super pada Majlis Penyampaian Anugerah di Wisma FAM, semalam.

 
Red Warriors mahu mantap cabaran hadapi Piala AFC 2012: Annuar

JUARA Liga Super, Kelantan yang dianggap sebagai pencetus kebangkitan bola sepak negara, mara selangkah lagi apabila akan beraksi dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), tahun depan.

Sehubungan dengan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa bercadang mendapatkan khidmat dua pemain import bagi memperkuatkan skuadnya dalam menghadapi saingan berkenaan.


"KAFA akan menguji terlebih dulu pemain berpotensi diserapkan dalam pasukan Kelantan, bukan hanya berdasarkan video yang ditunjukkan oleh ejen pemain," kata Annuar selepas majlis penyerahan trofi Liga Super di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam. Menurut Annuar, persatuannya bersedia mengeluarkan dana tinggi bagi mendapatkan khidmat pemain dari Amerika Latin, Afrika atau Asia Tengah, walaupun FAM memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat pemain import dalam Liga Malaysia musim depan.

Annuar turut merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menyediakan peruntukan kepada Kelantan untuk membina stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Mohamad Ke-1V, tanpa mengira situasi politik di negeri itu.

Annuar berkata kejayaan skuad The Red Warriors mengungguli saingan Liga Super musim ini serta menjadi wakil negara ke kancah Piala AFC, memerlukan stadium yang memenuhi piawaian ditetapkan AFC memandangkan stadium yang ada sekarang tidak layak digunakan untuk peringkat berkenaan.

Selain Kelantan, Terengganu yang menjuarai Piala FA baru-baru ini turut layak beraksi di Piala AFC, tetapi Persatuan Bola Sepak Terengganu masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyertainya atau tidak.
Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yang cemerlang memimpin pasukannya menjuarai Piala FA dan naib juara Liga Super musim ini berkata, dia berminat untuk menyertai Piala AFC musim depan tetapi keputusan berada di tangan persatuan.

Saingan Piala AFC tahun depan dijadual berlangsung dari 3 hingga 18 Mac dan ketika ini, tiga negara Maldives, Nepal dan Palestin menyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu.

AFC dijangka memilih tuan rumah pada mesyuarat eksekutifnya pada 29 Julai ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di galas kelantan - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Nik Aziz dimaki hamun <b>di Galas</b>

Posted: 30 Oct 2010 09:03 PM PDT

Posted by admin on October 31st, 2010

Seorang bekas calon BN telah memaki hamun Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menteri besar Kelantan berkempen melawat  rumah bekas Adun Galas dari Parti Semangat 46,  Omar Mohamad semalam.

Mohd Nor Idris yang pernah bertanding di Pengkalan Chepa turut enggan bersalam dengan mursyidul am PAS itu ketika berada di dalam rumah Omar.

Turut serta dalam rombongan adalah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Mohd Nor sebaliknya berkata dengan nyaring "Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP".

Tindakannya itu menyebabkan semua para tetamu terkejut. Malah, beliau turut mengajak mursyidul am PAS itu berdebat.

Mohd Amar cuba menenangkan beliau namun beliau kelihatan tidak mengendahkan kata-kata itu.

Nik Aziz membalas "Kita sebagai tetamu perlu hormat tuan rumah. Saya datang bukan untuk berbahas dengan sesiapa, cuma hendak menziarah tuan rumah"

Kata-kata menteri besar Kelantan sebaliknya disambut dengan sindiran "semuanya hendak berpolitik".

Sebaik air minuman dihidangkan, Nik Aziz meminta Mohd Nor (gambar kiri)   untuk meminum air tersebut bagi menyejukkan emosinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di dabong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di dabong - Google Blog Search


Keringat Guru <b>Dabong</b> - Menabur bakti <b>di</b> pendalaman | MY ADHA <b>...</b>

Posted: 15 May 2011 11:50 AM PDT


Setiap hari Azhar Mat Daud, 38, akan bangkit daripada lenanya tepat pukul 3 pagi. Lengkap berpakaian sesuai dengan imej seorang guru, dia menuju ke stesen kereta api Wakaf Bharu dengan menaiki motosikal.

Cerita Azhar, dia tidak boleh bangun lewat atau tidur selepas pukul 11 malam. Jika itu berlaku, dia akan lewat ke sekolah. Hal itu juga boleh mencalarkan imejnya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong.

Meskipun perjalanan dari rumahnya di Kota Bharu, Kelantan ke stesen berkenaan hanya mengambil masa kurang setengah jam, Azhar sentiasa berwaspada. Cikgu Matematik itu memberitahu, dia sering menoleh kiri kanan jalan dan pada masa sama, mulutnya terkumat-kamit membaca doa pelindung diri.

"Dalam waktu-waktu sebegini ramai yang masih tidur cuma 'orang-orang tertentu' saja yang masih berjaga dan bekerja," ujarnya yang membawa maksud yang tersirat.

Ketibaan tren di stesen Wakaf Bharu lazimnya tepat pukul 4 pagi. Dengan langkah lemah longlai sambil bertemankan suara cengkerik dan unggas yang ditenggelamkan oleh bunyi bingit kereta api, Azhar mengambil tempat duduk. Untuk seketika, dia menjadi penumpang pertama tren itu.

Suasana yang masih gelap membuatkan Azhar tidak berupaya melakukan apa-apa kecuali melelapkan mata. Barangkali itu perkara terbaik yang dilakukan kerana sebelum sampai ke Dabong, kereta api akan melalui 20 stesen dengan jarak melebihi 200 kilometer (km). Perjalanan adakalanya memakan masa lebih tiga jam. Pernah sekali, akibat terlena, dia dibawa kereta api hingga ke stesen Kemubu.

"Inilah yang saya lalui selama tiga tahun berturut-turut. Pemeriksa tiket pun dah kenal kerana saya ialah pelanggan setia yang membeli tiket tiap-tiap hari.

"Percaya atau tidak, perjalanan saya ke tempat kerja lebih lama daripada waktu saya mengajar," seloroh Azhar. Namun sepanjang wawancara berlangsung, dia tidak pernah menunjukkan sekelumit pun rasa kesal. Sebaliknya, Azhar menganggap ia adalah satu pengorbanan tulus untuk membantu murid-murid di pendalaman.

Menceritakan latar dirinya, Azhar sebelum ini merupakan guru di SK Jalan Pasar 1, Pudu, Kuala Lumpur selama lapan tahun. Penyakit strok yang dihidapi oleh ibunya mendorong Azhar membuat permohonan untuk bertugas di negeri kelahirannya supaya hampir dengan orang tuanya.

"Walaupun berasal dari Kelantan, saya tak pernah ke Dabong. Pada asalnya, saya duduk di asrama, tetapi selepas kejadian rumah saya dirompak, saya khuatir untuk meninggalkan isteri dan dua anak saya," terangnya.

Adakah rutinnya yang sangat memenatkan memberi impak kepada kesihatan Azhar? Lelaki itu mendiamkan diri sejenak. Daripada bebola matanya, barangkali Azhar enggan berkongsi rasa. Namun, apabila diasak, akhirnya dia mengaku.

"Saya ada hipertensi dan setiap tiga bulan saya mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Otorinolaringologi kerana mengalami masalah pernafasan.

"Jika dulu berat badan saya 110 kilogram (kg), kini 80kg setelah bertugas di Dabong," katanya yang masih lagi boleh mengukir senyuman.

Barangkali masalah kesihatan bukan satu isu besar kepada Azhar. Ada kisah yang lebih meruntun perasannya.

Kematian ibu

"Saya sanggup berpindah ke kawasan pedalaman kerana ibu saya tetapi pada 3 Mac 2009, ibu saya meninggal dunia ketika saya sedang mengajar kelas tambahan.

"Saya dapat tahu berita kematian agak lewat kerana talian telefon di Dabong pada ketika itu kurang memuaskan, setengah jam kemudian barulah saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan berita sedih itu," katanya menahan perasaan ketika menitipkan cerita.

Gambaran perjalanan seorang guru di sekolah yang sama iaitu Noor Azainab Abdullah, 32, persis Azhar. Bezanya, hentian Noor Azainab bermula dari Kuala Krai. Azhar turut berada dalam tren yang sama.

Ujar guru pendidikan khas yang menetap di Kampung Pek, Machang, Kelantan itu, dia bukanlah individu yang gemar menaiki kereta api. Namun, wanita ini tidak menyangka kereta api menjadi pengangkutan utamanya ke tempat kerja.

Jadual Noor Azainab bermula pada pukul 4.20 pagi. Tepat 4.50 pagi, dia bergerak dan memakir keretanya di stesen kereta api Kuala Krai. Noor Azainab berkata, dia membiarkan wajahnya polos tanpa sebarang solekan.

"Biasanya, bila azan bergema saya berada dalam kereta api, jadi saya mengambil wuduk dan bersolat (dengan cara duduk) dalam kereta api," kongsinya yang pernah sampai ke sekolah pada pukul 12 tengah hari disebabkan berlaku tanah runtuh dan kemalangan antara kerets api dan haiwan di landasan.

Ketika ditanya mengapa dia tidak tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak sekolah, jawab bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu: "Saya seorang guru yang mengajar kanak-kanak istimewa, jadi saya perlu sentiasa mencari material terbaik untuk mereka daripada Internet, tapi malangnya di Dabong liputan jalur lebarnya sangat lemah."

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tugas Noor Azainab bukan saja menuntut pengorbanan masa, malah ketahanan mental kerana dia mengendalikan pelajar lembam.

"Saya pernah terfikir untuk tukar sekolah. Mula-mula kerja oleh ibu saya kerap merayu supaya saya berbuat demikian tapi lama-kelamaan, saya rasa sayang kerana saya suka persekitaran di Dabong yang tenang.

"Perjalanan yang panjang ketika pergi dan pulang dari sekolah membolehkan saya menanda buku pelajar dan buat persediaan untuk mengajar," ujarnya yang menempuh pengalaman yang sama pada bulan puasa.

Noor Azainab mengambil tren pukul 2.30 petang untuk pulang ke rumah. Pada waktu itu, selain menyaksikan gerabak kereta api dipenuhi pelajar sekolah, suasana pelajar mengulangkaji pelajaran dalam tren merupakan satu pemandangan yang cukup berharga bagi dirinya.

Mahir dialek Kelantan

Melewati kelas murid prasekolah di SK Dabong, Norazlina Abd. Aziz, 32, dilihat sedang mengajar pelajar-pelajarnya dengan penuh ketekunan. Dia sangat petah bertutur dialek Kelantan. Sangkaan penulis dan jurufoto, Hafiz Johari, dia sememangnya anak jati Kelantan, tetapi telahan itu ternyata silap besar.

"Saya orang Perak, tapi bila dah beberapa bulan mengajar di Dabong, secara automatik saya pandai bertutur dialek Kelantan," katanya sambil tertawa kecil.

Siswazah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail, Terengganu itu tidak perlu disoal lanjut. Dia memberitahu, keputusannya untuk ke Dabong kerana suaminya bekerja di Pengkalan Chepa.

"Saya tak pernah tahu ada kawasan bernama Dabong, puas mencari maklumat dan apabila saya sampai di Dabong, saya sangat cuak sebab saya tengok jalan-jalannya sangat kecil," ujarnya yang merasakan nasibnya lebih baik berbanding kepayahan yang dilalui oleh Azhar dan Noor Azainab.

Tidak seperti kedua-duanya, Norazlina tinggal di asrama bersama dua anaknya yang masing-masing berusia empat dan enam tahun. Dia hanya berkesempatan bertemu suaminya pada hujung minggu.

Pertemuan kami diakhiri dengan luahan kata-kata yang penuh bermakna daripada Norazlina: "Di Dabong, saya belajar erti dan tanggungjawab sebagai pendidik yang sebenar. Saya mengakui jiwa saya semakin dekat dengan kampung ini dan masyarakat Dabong yang penuh berhemah."

- KOSMO!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PAPISMA <b>Kelantan</b>: Khidmat Kesihatan <b>di</b> Pasir Tumboh

Posted: 22 Jun 2011 10:53 AM PDT

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 18 Jun 2011, PAPISMA Kelantan telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program Cakna Rakyat 2011 Pasir Tumboh. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Usta Baihaqi, ADUN  Pasir Tumboh.

PAPISMA Kelantan diwakili oleh Dr. Arif Fahmi, Dr. Mahirah, Dr. Anuar Ramadhan dan Dr. Faiz berkesempatan untuk  turun ke padanag bagi memberi khidmat nasihat dan kesihatan kepada masyarakat yang telah mengunjungi program Cakna Rakyat 2011 Pasir Tumboh.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan tekanan darah, kandungan  gula dalam darah, dan khidmat nasihat mengenai cara hidup sihat. Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan ubatan yang terpilih secara percuma.

Ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan yang sudi hadir menjayakan program tersebut. Semoga Allah s.w.t  membalas jasa dan pengorbanan kalian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Billy Info: Taman Tema Arab City, <b>Melaka</b>

Posted: 10 Jul 2011 10:01 PM PDT

Arab City yang dikatakan pertama seumpamanya di dunia, merupakan satu usaha berani yang akan melihat saluran tanah di pulau indah, Pulau Melaka berubah menjadi destinasi pelancong-bertemakan Arab bertaraf dunia yang menawarkan kombinasi sempurna iklim yang harmoni, budaya, makanan,glamor, mewah, hiburan dan mesra rakyat.

Arab City adalah inisiatif  pertama seumpamanya, dan Malaysia telah dipilih sebagai negara dari mana visi untuk Arab City akan menjadi kenyataan. Konsep Bandar Raya Arab adalah untuk berkhidmat sebagai jambatan antara dunia Arab dan negara tuan rumah, dan di peringkat yang lebih besar sebagai pautan untuk menubuhkan dan menggalakkan peluang pelancongan, hubungan perdagangan dan pertukaran kebudayaan pada skala global.

Fakta ringkas:

  • Ia di bangunkan di Pulau Melaka dan disebahagian tanah tebus guna di persisiran pantai Melaka. 
  • Projek ini dibangunkan hasil usaha sama antara syarikat pemaju, Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) dan kerajaan Melaka. GCH yang berpangkalan di Kuala Lumpur merupakan usaha sama antara rakan kongsi Dubai, Arab Saudi dan Malaysia. Syarikat itu mempunyai pejabat cawangan di Dubai dan Arab Saudi dengan kepentingan dalam hartanah, perdagangan serta minyak dan gas.
  • Projek bernilai RM250 juta ini akan mempunyai tiga lokasi utama iaitu Pulau Melaka, Klebang dan Sungai Melaka (Kampung Jawa).  
  • Ia diterapkan dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat Arab dengan menyediakan muzium Mesir Kuno, taman tema, teater, spa untuk golongan lelaki dan wanita serta 20 restoran makanan asli Arab, persisiran berpasir oasis, bazar dan gerai kraftangan.
  • Fasa pertama projek itu di Pulau Melaka dijangka siap Disember 2011 manakala keseluruhan projek dijangka siap pada 2013.

Gambar sekitar tapak pembinaan:
sumber: http://malaysiawaterfront.blogspot.com, http://www.skyscrapercity.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved