Sabtu, 22 September 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Penduduk kampung terpencil <b>di Kuala Krai</b> menanti 60 tahun untuk <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2012 08:00 PM PDT

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Pondok Rahmat: Santai-Santai <b>Di Rantau Panjang</b>

Posted: 11 Sep 2012 05:50 PM PDT


SANTAI-SANTAI DI RANTAU PANJANG


Kira-kira seminggu lebih lepas hariraya Idilfitri yang lalu, saya ikut rombongan keluarga pergi ke Rantau Panjang, sebuah bandar yang letaknya bersempadan dengan negara jiran, negara Gajah Putih-Thailand.

Sudah bertahun-tahun lamanya saya tidak menjejak kaki di Rantau Panjang, malah tidak terlintas langsung untuk pergi ke sana, terutama selepas kematian isteri saya kira-kira tiga tahun yang lalu. Kami lebih gemar pergi ke Pengkalan Kubur, Tumpat daripada pergi ke Rantau Panjang. Pengakalan Kubur juga sebuah bandar yang terletak di sempadan dengan negara jiran, Thailand.


Tapi pada hari itu setelah anak-anak saya ingin ke Rantau Panjang untuk membeli sedikit barang-barang keperluan, terutama yang tinggal di Kuala Lumpur, teringin pula saya untuk mengikuti rombongan mereka yang di dalamnya termasuk beberapa orang cucu.

Rombongan kecil itu terdiri dari Ayah Long dan keluarga, Ayah Alang dan keluarga, Ayah Su sekeluarga dan Atok.

Kami bercadang untuk makan pagi di Rantau Panjang, kerana itu kami tidak makan pagi di rumah. Pada masa dahulu ada sejenis makanan yang kami gemari memakannya bila pergi ke Rantau Panjang, iaitu laksa Thailand yang rupanya halus-halus seperti behun dimakan dengan kuah lemak putih pekat yang dihidangkan dengan beberapa jenis ulam-ulaman, termasuk pucuk petai yang halus daunnya. Amboi seleranya.

Laksa ini dijual di dalam pasar Rantau Panjang bersama-sama dengan nasi berlauk dan sebagainya. Tapi sebaik-baik sahaja kami memasuki pasar tersebut dari arah sisinya untuk mencari tempat orang menjual makanan, selera kami telah patah, minat kami untuk mencari laksa halus telah hilang.

Bau busuk pasar lama itu telah memusnahkan niat kami untuk makan dalam pasar itu. Baunya amat teruk, dengan kebersihan pasar yang tidak terjaga, walaupun barang-barang jualan berlambak-lambak dan bergantungan pada setiap pintu kedai kecil dalam pasar itu.


Bau tikus, bau jebat tikus dan bau kencing tikus berbaur dengan bau-bau lain menyumbat hidung, menyebabkan kami segera keluar dari pasar dan mencari makanan di luar-makan roti canai dan magi goreng dan rebus [sup]. Ada beberapa jenis roti canai di kedai tersebut, antaranya roti canai kaya, roti canai telur, roti canai sardin, dan roti canai melo.

Selepas makan, anak-anak saya memaksa diri mereka terus masuk pasar semula untuk mencari sedikit bahan-bahan keperluan mereka, khususnya untuk dibawa balik ke KL. Saya tidak masuk lagi, tapi terus menyusuri bangunan-bangunan batu yang menjual berbagai-bagai barang keperluan yang terletak di sekeliling pasar tua itu.


Selepas keluar pasar, mereka membeli beberapa gelas aiskrem istimewa, aiskrem Malaysia yang hanya mungkin terdapat di Rantau Panjang yang diadun dengan berbagai-bagai bahanan makanan lain, antaranya roti yang dipotong kecil-kecil, pulut yang berwarna warni dan sebagainya.

Segelas kecil harganya seringgit, sementara segelas yang besar harganya dua ringgit. Ia dijual di atas motosikal yang diparkir ditepi jalan dekat dengan pasar. Cucu-cucu saya suka sangat memakannya.

Saya bertanya-tanya kenapa pasar itu terus dibiarkan dalam keadaannya yang bertambah teruk sebegitu rupa tanpa kawalan kebersihannya? Sepatutnya ia telah lama dipulihkan, diperindahkan, dibersihkan supaya menjadi lebih menarik, sesuai dengan sebuah bandar di sempadan negara yang menarik perhatian ramai.

Pelancung-pelancung asing yang berkunjung ke Thailand, khususnnya ke Golok mungkin teringin untuk menjenguk Rantau Panjang sebuah bandar di semapadan yang terletak di sebarang Sungai Golok yang boleh diseberangi dengan perahu kecil dengan tambang yang sedikit kalau tidak ingin menyeberangi sempadan seperti sewajarnya menerusi jambatan, melalui kawalan imigresen.


Memang pada hari itu kami nampak ada sebuah pasar baru yang baru siap dibina dan masih belum beroperasi, namun begitu, pasar lama Rantau Panjang itu sepatutnya tidak dibiarkan dalam keadaan merana seperti itu sekian lama, sehingga boleh menimbulkan kesan yang negatif kepda pengunjung-pengunjungya?

Memang Pekan Rantau Panjang banyak menawarkan barang-barang jualan menarik, termasuk berbagai-bagai barang cenderahati yang harganya amat berpatutan, tapi keadaan pasar besar Rantau Panjang dan keadaan sekitarnya kurang menggalakkan, mungkin merosakkan selera pengunjung-pngunjung, khususnya dari luar untuk datang lagi di masa-masa akan datang kalau keadaan tidak medesak.

Di samping itu, Rantau Panjang juga terkenal dengan zon Bebas Cukai. Rantau Panjang terletak dalam Jajahan Pasir Mas, mempunyai kawasan Parlimennya sendiri, terletak arah ke utara negeri Kelantan, dan hanya kira-kira 39 km dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu.


Seperti kawasan-kawasan sempadan yang lain juga, Rantau Panjang terkenal dengan banyak pengkalan-pengkalan haram yang digunakan oleh para penyeludup untuk menyeludup berbagai-bagai jenis barang dari kedua-dua negara- dari Kelantan ke Thailand dan dari Thailand ke Kelantan, bukan sahaja barang-barang halal penggunaannya, tapi mungkin juga barang-barang haram yang merbahaya dan mengancam keselamatan.

Perjalanan pulang kami ke KB sebelah tengah harinya memakan masa yang lama sedikit, tidak seperti masa yang diambil dalam perjalanan dari KB ke Rantau Panjang pada sebelah paginya, kerana keenderaan kian banyak bergerak di atas jalan. Halangan perjalanan pertama yang dihadapai, bila keenderaan terpaksa bergerak amat perlahan sebelum melewati pos pemeriksaan polis yang terletak tidak jauh dari bandar Rantau Panjang, kerana di hadapan ada sebuah keenderaan berat yang panjang yang bergerak perlahan tapi sukar untuk dipotong oleh keenderaan yang berada di belakanngya, termasuklah kereta kami. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa tak sampai pun sepuluh minit itu, telah menjadi hampir setengah jam.

Itu tidak menghairankan. Sepupu saya dari KL yang pergi ke Rantau Panjang pada Hari Raya Idilfitri kelima yang lalu terpakasa mengambil masa lebih dari empat jam untuk sampai ke rumahnya di Salor yang jaraknya tidak sampai 30 km pun dari Rantau Panjang.

Dalam perjalanan pulang itu, kami singggah di Masjid Beijing yang letaknya dekat dengan bandar Rantau Panjang. Tapi kerana keadaan tidak mengizinakan kami tidak sempat masuk ke dalamnya, dan hanya merakam gambar mesjid yang unik itu dari luarannya sahaja.


Kami harap kami dapat datang sekali lagi dan berhenti dan masuk ke dalam Masjid Beijing itu dan menikmati kesyahduan sebuah masjid.

Dalam perjalanan itu, kami kongsi bersama untuk ketawa kecil bila teringatkan sebuah dialog singkat di antara seorang pembeli dan seorang peniaga dalam pasar Rantau Panjang.

Pembelinya seorang lelaki muda yang berseloroh dengan penjualnya seorang wanita warga emas mengatakan dia sedang mencari seorang calon isteri.

Penjual wanita itu menjawab, "Di sini yang muda-muda tidak adalah, tapi yang pencen tu banyak. Tapi pencen-pencen pun masih baik. Tak nakkah?".

Lelaki itu tidak menjawab apa-apa. Wanita itu menyambung lagi, "Apa salahnya yang pencen? Masih boleh dipakai".


Memanglah di sekitar di tempat dia berniaga itu terdapat ramai wanita-wanita yang bukan lagi orang-orang muda, tapi masuk kategori pencen.

Saya teringat pula ketika di sebuah stesen minyak, di mana salah seorang daripada attendennya seorang wanita yang berusia tiga puluhan tahun.

Entah bagaimana seorang pelanggan berseluruh dengannya, "Tak naklah saya, nampaknya dah tua".

Tapi dijawab pula oleh wanita itu, "Tua-tua pun dijamin masih baik. Belum diusik. Lebih baik daripada yang muda tapi telah rosak".

Walau bagaimana pun kami pulang dengan membawa harapan Pekan Rantau Panjang akan segera menjalani pembangunan yang sewajarnya dalam semua bidang, termasuk dalam bidang kebersihan, sejajar dengan sebuah bandar di sempadan yang mempunyai begitu banyak potensi untuk lebih baju, dan sekali gus dapat membantu peningkatan ekonomi bukan sahaja penduduk-penduduk tempatan tapi juga seluruh negeri Kelantan khasnya, dan negara Malaysia amnya akan bersama-sama menikmati faedahnya.


Saya harap wakil-wakil rakyat peringkat negeri dan Parlimen meletakkan pembangunan bandar Rantau Panjang sebagai sebahagian daripada agenda utama pembangunan mereka dalam rangka pembangunan Jajahan Pasir Mas khasnya dan pembangunan seluruh negeri Kelantan amnya.

Dari KB ke Rantau Panjang,

Singgah sekejap di Bukit Tuku;

Kenapa suka lintas sempadan,

Kalau di sini sedia menunggu?

END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Bendera BN <b>Pengkalan Chepa</b> Kena Bakar | Detik Perubahan

Posted: 17 Sep 2012 05:49 AM PDT

KOTA BHARU – Bukan sekali! Malah lima kali, bendera Barisan Nasional (BN) yang dipacakkan di tepi jambatan Kampung Beris Jambu, Chekok di Pengkalan Chepa, di sini dirosakkan, malah dalam kejadian terbaru, kelmarin, sebanyak 135 bendera terbabit turut dibakar.

Perbuatan itu disyaki, dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pimpinan kawasan berkenaan, mengalami kerugian hampir RM5,000 akibat kejadian itu.

Penyelaras Dun Chempaka, Zarina Md Eusope berkata, perbuatan terbabit menunjukkan pelakunya, tidak mempunyai etika dan takut pada bayang-bayang parti sehingga sanggup merosakkan bendera pihak lawan.

"Sepatutnya, golongan terbabit berfikir sebelum melakukan perbuatan itu kerana ia menunjukkan sikap yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.

"Masing-masing bebas memilih parti yang mereka percaya boleh menerajui kerajaan, tindakan terbabit tidak langsung menunjukkan budaya kita sebagai seorang yang beragama Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, menurut Pentadbir Mukim Dun Chempaka, Zainal Abidin Ibrahim, perkara terbabit berlarutan sejak Mac lalu dan paling teruk kelmarin, kejadian itu mengundang kesediaan dan kemarahan kami, memandangkan pihak terbabit sewenang-wenangnya membakar bendera BN yang kami pacakkan di kawasan itu.

"Kami amat memandang serius mengenai kejadian ini, sepatutnya perkara terbabit tidak berlaku memandangkan kita semua sudah mengecap kemerdekaan ke 55 tahun.

"Seharusnya kita mempunyai sikap yang lebih matang dalam apa jua keadaan dan tidak bertindak mengikut perasaan sendiri," katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Chekok, setakat ini pihak terbabit sudah menyerahkan perkara itu kepada polis.

"Kita tidak mahu melihat, generasi muda terikut-ikut dengan budaya ganas yang tidak mengikut norma kehidupan, lagipun kita dilahirkan sebagai golongan Melayu yang beragama Islam.

"Seharusnya perkara seumpama ini tidak berlaku di negeri ini memandangkan kita merupakan sebuah negeri di bawah pentadbiran golongan Islam dan diharapkan kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi berkata, sehingga semalam pihak polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. – Sinar Harian

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


PAS Merudum <b>Di</b> Tumpat Bahkan Seluruh <b>Negeri Kelantan</b>...Tanda <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 05:30 PM PDT

                                           Kosong! Majlis hari raya yang hambar.
Usaha sambung nyawa PAS Kelantan di Parlimen Tumpat khasnya di DUN Wakaf Baru berakhir dengan hambar semalam. Di sebelah siangnya majlis jamuan hari raya tidak mendapat sambutan langsung setelah terdapat penentangan diperingkat akar umbi PAS manakala di sebelah malamnya pula tidak lebih 1,500 orang hadir di dalam ceramah raksasa bertajuk "Pertahankan Kerajaan Islam Kelantan".Jika perhitungan semalam diambil serius bererti hanya 1,500 orang yang mahu mendengar ceramah mengenai mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Apa jadi selebihnya? DUN Wakaf Baru mempunyai lebih 20,000 pengundi berdaftar dan Parlimen Tumpat pula mencecah hampir 100,000 pengundi. Ia merupakan kawasan Parlimen yang terbesar di Kelantan. Parlimen Tumpat mempunyai 4 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 3 daripadanya dimenangi oleh PAS dalam PRU 12 2008 lalu.

Sebelum ini pihak penganjur galak meramalkan jumlah kehadiran yang luar biasa kerana beberapa faktor yang antaranya ialah kerana ia dibuat di perkarangan rumah Ketua Cawangan UMNO di dalam DUN Wakaf Baru. Pihak penganjur juga secara terbuka mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog ini kerana memberikan pelbagai publisiti untuk program tersebut. Malangnya, blog ini pun tidak mampu untuk membantu PAS di Tumpat dan Wakaf Baru.

                               Pelbagai aktiviti dan persedian tidak membuahkan hasil.
Sebelum ini blog ini melaporkan rungutan daripada akar umbi PAS yang mendakwa tidak senang dengan penganjuran yang 'ada udang disebalik batu' kata mereka. Ini mengakibatkan ada dikalangan mereka secara terbuka menyatakan penentangan menerusi sms-sms dan edaran nota.
Ceramah raksasa disebelah malam itu juga menyaksikan kehadiran 3 gergasi PAS hadir memberikan ceramah ialah YB PAS Tumpat, YB PAS Wakaf Baru dan Musyidul AM PAS sendiri iaitu Nik Aziz. Namun begitu nama YB Timbalan Menteri Besar yang juga ADUN PAS Pasir Pekan, iaitu salah satu DUN dalam Parlimen Tumpat tidak pula tersenarai.

BOLEH DIKATAKAN PELUANG UMNO MERAMPAS KELANTAN INSYALLAH CERAH DENGAN BERKAT KUASA ALLAH....RAKYAT KELANTAN SUDAH MUAK DENGAN KERAJAAN PAS KELANTAN.

Lebih Lanjut lagi Di sini...Terbaik Sekali

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Naib Ketua Pemuda UMNO <b>Ketereh</b> Ditemui Mati Dalam Kereta <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2012 11:58 AM PDT

Presidan KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh bersama dengan anak allahyarham semasa majlis pengkebumian di Ketereh.

KOTA BHARU – Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh, Rosyuri Mat Rifin ditemui mati dalam kereta, dipercayai selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Rosyuri Mat Rifin, 42, ditemui dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi tadi.

Allahyarham dipercayai menghidap kencing manis dan jantung.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata, mayat Rosyuri ditemui orang ramai di dalam kenderaannya yang diletakkan di tepi jalan di simpang empat lorong belakang al-Quds Travel, di Wakaf Siku.

Katanya, menurut isteri si mati, Rosyuri yang ada bersamanya pada waktu maghrib memberitahunya yang dia hendak menonton bola sepak antara Kelantan dan ATM di Stadium Sultan Muhammad IV.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi selepas menonton perlawanan bola sepak tersebut," katanya.

Azham berkata, mangsa yang beralamat di Kampung Binjai, Ketereh itu ditemui dengan kesan muntah, dan kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Sambutan Aidilfitri Tok Guru Nik Aziz <b>Di Pulau Melaka</b>

Posted: 19 Aug 2012 07:29 PM PDT


















KOTA BHARU
: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.
Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia."Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.
"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.
Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam."Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.
'"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.
Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.
Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.
Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.
Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'.
"Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.
Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'.
"Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat."Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.
Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.
Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.

















KOTA BHARU
: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.
Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia."Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.
"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.
Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam."Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.
'"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.
Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.
Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.
Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.
Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'.
"Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.
Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'.
"Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat."Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.
Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.
Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.

ads