03 di galas kelantan - Google Blog Search |
RBF Online: Aidilfitri Terakhir Untuk Pas <b>Di Kelantan</b> Posted: 15 Aug 2012 07:38 AM PDT Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal beberapa hari lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua nantikan. Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu Lebih kurang 22 tahun Kelantan dibayangi kelemahan urus tadbir negeri gara-gara sikap tidak cakna Menteri Besarnya yang lebih banyak bercakap berbanding kerja buat, kini tibalah masanya untuk melakukan perubahan total. Mengikut beberapa kajian, analisis dan simulasi terkini berkaitan Jumlah kerusi itu termasuk semua 7 DUN yang sedang berada dalam Sebelum ini, kedudukan BN cuma selesa di 23 kerusi sahaja bagaimanapun beberapa perkembangan menarik akhir-akhir ini di negeri Serambi Mekah Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Jawatankuasa khas royalti taktik lapuk Umno untuk PRU13 - blog*spot Posted: 15 Aug 2012 03:53 AM PDT Jawatankuasa khas mengkaji bayaran tunai hasil petroleum dilihat sebagai taktik untuk membaiki imej Umno yang tercalar di mata rakyat Kelantan. Pengumuman yang dibuat menjelang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib hadir untuk iftar dan solat terawih di Kelantan semakin mengesahkan taktik itu. Agak terserlah tatkala Mohd Najib berucap di Kelantan pada 5 Ogos lalu telah 'merayu dan merintih' kononnya pihak Umno dan Kerajaan BN sentiasa mengamalkan prinsip adil dan telus terhadap rakyat Kelantan. Atas prinsip ini telah dilaksanakan jawatankuasa khas tersebut. Kemudiannya, pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mengaku, kononnya rancangan penubuhan jawtankuadsa khas ini merupakan inisiatifnya sekian lama bagi membolehkan rakyat Kelantan dibayar wang tunai (cash payment) daripada hasil petroleum. Lagak Mustapa telah disambut dengan lakonan anugerah wira para penyokongnya. Rentetan tersebut membuktikan kelahiran jawatankuasa khas ini adalah perancangan mengubah persepsi rakyat Kelantan agar pemimpin dan Umno dilihat bersih dan tidak lagi dicop sebagai 'penyekat' royalti petroleum kepada Kelantan. Sekaligus dianggap mereka pejuang royalti petroleum sebenar? Bukan Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai pejuang royalti petroleum sebenar. Justeru, apakah rakyat Kelantan sedia melupakan detik sejarah yang sudah disaksi, betapa pemimpin Umno-lah penyekat sebenar segala macam hak kerajaan dan rakyat Kelantan selama ini? Sebagaimana ucapan Mustapa ketika kempen pilihan raya kecil Manek Urai (Julai 2009) dan Galas (November 2010) amat lancar kata-kata penafian akan hak Kelantan atas hasil petroleum yang dikeluarkan dari perairan Kelantan. Sedangkan ramai mengetahui daripada laporan rasmi Kerajaan Pusat dan antarabangsa memang wujud hasil petroleum yang dimaksudkan sebagaimana dalam rajah berikut. Demikian pula jawapan Mohd Najib di parlimen (4 November 2009) beralaskan kedudukan telaga minyak dan gas perairan Kelantan adalah di luar jarak tiga batu nautika menurut Ordinan Darurat. Maka Kelantan dikatakan tidak layak. Sedangkan ordinan darurat yang dirujuk telah tidak terpakai lagi. Hakikatnya butiran perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Kelantan adalah di bawah kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang tidak memerlukan pentafsiran mengenai maksud kedudukan telaga minyak dan gas di perairan (offshore) dan daratan (onshore). Jelas sekali, ia suatu pembohongan politik berniat untuk menafikan hak Kerajaan Kelantan. Oleh itu jika merujuk kepada peta lokasi berikut adalah jelas di perairan Kelantan telah ada telaga minyak dan gas PM301 yang dimaksudkan. Maka bagi menjawab pembohongan itu, gerakan NGO menuntut royalti petroleum telah dilipatgandakan dalam memberi kesedaran atas hak Kerajaan Kelantan. Justeru pada 10 November 2011 telah diserahkan kepada Kerajaan Pusat nota peringatan ulang tahun ke-25 amanat perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Husein berhubung hak pembayaran tunai kepada mana-mana negeri yang ada telaga minyak dan gas. Pada majlis itu, dimaklumkan timbalan menteri kewangan (anak Kelantan), Datuk Awang Adek Hussin telah tidak mahu menerima penyerahan nota tersebut dan terpaksa diserahkan kepada menteri yang lain. Justeru itu, dua pemimpin Umno dari Kelantan (Mustapa dan Awang Adek) telah berdosa kepada rakyat Kelantan atas sifat fizikalnya menolak hak Kerajaan Kelantan. Demikian pula, berlaku di parlimen (17 Novermber 2009) menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz turut menghujahkan bahawa pengumuman Mohd Najib di parlimen (4 November 2009) kononnya berasaskan kajian mendalam dan teliti aspek perundangan oleh Pejabat Peguam Negara dan Petronas sedia memberi wang ihsan bukannya wang tunai kepada Kerajaan Kelantan. Alasan yang diberikan bersandarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 bersama dengan perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri dikatakan hanya memperuntukkan bayaran tunai bagi petroleum yang dicari gali dan diusaha hasil di dalam sempadan negeri. Asas sempadan negeri yang dipakai kononnya berasaskan takrif sempadan negeri yang tiada sumber kekuatan melainkan Ordinan Darurat yang telah dipakai. Justeru disifatkan tiada petroleum yang diusahakan daripada perairan Negeri Kelantan dan tiada asas perundangan untuk bayaran royalti petroleum kepada Negeri Kelantan. Maksudnya tiada sumber petroleum dari kawasan Negeri Kelantan sama ada di onshore atau offshore. Jika demikian pendirian rasmi Kerajaan BN sejak tiga tahun lepas, persoalannya kenapa saat dekat PRU13 ini, muncul pula cadangan mengkaji secara mendalam atas hak bayaran tunai oleh Petronas kepada kerajaan negeri. Sedangkan hujah Nazri tersebut sudah pun berasaskan kajian mendalam. Ia sudah menampakkan pendirian politik yang bertujuan meraih sokongan rakyat ketika terdesak. Hakikatnya, selama ini hujah pemimpin Umno peringkat Pusat mahu pun di Kelantan (tidak termasuk Ketua Bahagian Umno Guaa Musang, Tengku Razaleigh Hamzah) sememangnya berhempas pulas dan terkial-kial cuba menafikan hak Kerajaan Kelantan atas bayaran wang tunai lima peratus oleh Petronas. Nampak nyata, mereka mencipta pelbagai alasan menafikan hak Negeri Kelantan. Sebagaimana pandangan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat yang juga seorang peguam, N. Surendran bahawa kerajaan pusat menggunakan nama jawatankuasa khas sebagai taktik BN membuat persiapan dalam minit-minit terakhir menjelang PRU13. Ia sesuatu yang tidak perlu. Apa yang perlu, terus membayar secara tunai atas hak kerajaan negeri. Rumusannya, usaha yang kononnya 'baik' oleh Mohd Najib dan Mustapa menubuhkan jawatankuasa khas adalah taktik politik lapuk Umno. Persepsi umum kini adalah bodoh dan sia-sia jawatankuasa khas dirangka, sedangkan butiran perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri masih sah dan Akta Kemajuan Petroleum masih berkuatkuasa. Maka hasrat kepemimpinan Umno kepada jawatankuasa khas mengkaji pembayaran tunai atas tuntutan kerajaan negeri adalah tidak perlu. Apa yang perlu, kerajaan negeri (khususnya Kelantan) hendaklah terus mendesak dalam meminta Kerajaan Pusat membayar mengikut butiran perjanjian yang telah termeterai. Bagi merungkaikan semua ini, mungkin kes saman ke atas Petronas oleh Kerajaan Kelantan dalam isu bayaran tunai ini wajar disegerakan. http://greencresent-wanibrah.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from di galas kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |