Selasa, 1 Januari 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Pelajar Tingkatan Empat Dijumpai Mati Tergantung | MyNewsHub

Posted: 29 Dec 2012 08:33 PM PST


GUA MUSANG – "Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu." kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.

Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.

"Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.

"Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik," katanya.

Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.

"Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu," katanya.

Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.

"Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam. – SINAR HARIAN

BACA: PELAJAR TRAUMA DIPERTONTON KEMALUAN LELAKI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Anak Seberang: 396 Bekas Ahli Tegar PAS <b>Di Pasir Putih</b> Ini Bakal <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 05:04 AM PST


Seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat 'Haji Hadi' yang mengkafirkan UMNO.
Antara mereka termasuk bekas Ketua Keselamatan Peti Undi Kampung Lembah, Che Ngah Mat Hassan, 80, dan bekas Ketua Keselamatan DUN Semerak, Ahmad Abu Bakar, 90, yang menyertai PAS sejak 30 tahun lepas.

"Kami mula terpengaruh dengan amanat Haji Hadi yang disampaikan oleh penceramah Pas menerusi masjid dan kempen pilihan raya dalam tempoh 30 tahun lepas," kata Che Ngah yang juga bekas anggota Pemuda Pas Tahan Lasak pada satu majlis penerangan Amanat Haji Hadi di Kampung Lembah di sini, hari ini.

Che Ngah berkata sekarang beliau dan rakan-rakannya sedar amanat itu hanya retorik politik dan bukan ajaran Islam sebenar, sehingga Pas sanggup mengeluarkan hukum kononnya tidak sah jika bersolat berimamkan orang UMNO dan terpaksa menikah dua kali (dinikahkan semula) jika dinikahkan oleh imam UMNO.

Beliau berkata Pas juga gagal menyediakan infrastruktur yang sempurna kepada rakyat seperti masjid, jalan dan jambatan sebagaimana yang dijanjikan walaupun diberi peluang memerintah Kelantan selama kira-kira 22 tahun.Rakannya, Ahmad Abu Bakar berkata beliau merasa kesal dan bersalah kerana turut terpengaruh dengan amanat itu antara lain orang UMNO yang meninggal dunia tidak boleh dikebumikan di kawasan perkuburan orang Pas sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam di kampung.Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata kini semakin ramai anggota dan penyokong Pas ingin menyertai UMNO kerana mereka sudah sedar dengan tipu daya Pas.

"Perkembangan terbaru itu luar biasa dan hasrat UMNO untuk menawan empat DUN dan Parlimen Pasir Puteh yang kini dikuasai Pas semakin cerah pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Baru-baru ini pelbagai pihak mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti itu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden Pas itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


PSSKJELAWAT2: Taklimat SPKS

Posted: 01 Jan 2013 04:56 AM PST

Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SK Jelawat 2, 30 Disember 2012, satu taklimat khas Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) telah diadakan. Pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti JPN Kelantan, iaitu Tuan Haji Zuni bin Mohamed, Penolong Pengarah Bahagian Kualiti, dan Encik Mohd. Ruslam bin Ab. Rahman telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan taklimat tersebut. Puan Hajah Anawiyah bt Abu Samah, selaku Penghulu Nita SK Jelawat 2, merangkap Pegawai Kualiti, PPD Bachok turut sama hadir.
Banyak input berguna yang diperolehi guru-guru berkaitan penyelenggaraan fail secara sistematik merangkumi pengurusan-pengurusan panitia, jadual waktu, pengajaran dan pembelajaran, pencerapan, peperiksaan, hasil kerja murid, mesyuarat, maklum balas pelanggan, PSS, perkembangan staf, perolehan dan pembelian, serta bimbingan dan kaunseling.
Di atas penerangan dan perkongsian yang amat berguna ini warga sekolah merakamkan berbanyak terima kasih. Semoga SK Jelawat 2 terus perkasa dalam pendidikan. Insya Allah.
Pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti, JPN Kelantan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama guru-guru SK Jelawat 2.

Tuan Guru Besar SK Jelawat 2, Encik C.M. Sabri bin Ibrahim menyampaikan cenderahati sebagai kenangan.

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


pena berapi: ustaz nasha bertanding atas tiket bebas <b>di bachok</b>

Posted: 23 Dec 2012 01:10 AM PST

Salam buat semua..


1.Seperti dalam posting saya setahun yang lepas,semua mengatakan penulis telah mengeluarkan fitnah berkenaan perselisihan perjuangan antara Nik Aziz dan Nasha Mat Isa.Tapi hakikatnya seperti sudah diduga,Nik Aziz menjadi dalang sehingga Nasha Mat Isa telah ditendang keluar daripada kerusi Timbalan Presiden Pas dan diganti dengan Drebar Teksi Mat Sabu.



2.Mutakhir ini, Nasharudin Mat Isa telah banyak menimbulkan rasa kurang senang MB Kelantan sehingga timbul desakan untuk mengantikan calon baru untuk kerusi Parlimen Bachok yang kini disandang oleh Nasha Mat Isa.

3.Menurut Nasha sendiri,beliau akan tetap mempertahankan kerusi Parlimen Bachok bagi mendapatkan suara di Parlimen selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Ketika ditanya tentang tiket parti yang akan ditanding beliau.Beliau berulang kali menyuarakan hasrat untuk menggunakan tiket BEBAS untuk tidak terikat dengan mana-mana parti politik selepas PRU 13.

4.Nasha cuma mengharapkan pengundi-pengundi Bachok melihat kembali pengorbanan yang beliau lakukan untuk Rakyat Bachok selama ini.Beliau dengan nada tegas menyatakan beliau akan tetap mempertahankan perjuangan Islam dalam memartabatkan Syiar Islam di bumi Malaysia khususnya.


Pena Berapi : Kafirkah Aku @ Kerajaan Perpaduang?

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


<b>Galas</b> : Tarikh sidang DUN <b>Kelantan di</b> ubah kepada 7 hingga 11 <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2010 07:00 PM PDT

Photobucket
14 Zulkaidah 1431H.

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual bermula pada 1 November ini ditangguh kepada 7 November, kata Speaker DUN Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Jumaat.

Beliau berkata penangguhan bagi membolehkan semua anggota dewan dapat memberi perhatian penuh kepada persidangan DUN memandangkan proses pilihan raya kecil DUN Galas telah selesai ketika itu.

Tarikh sidang DUN Perak seperti tidak diambil kira oleh pihak SPR bila menetapkan tarikh hari mengundi pada 4 November.

"Keputusan penangguhan itu diputuskan semalam dan keputusan ini bagi membolehkan semua dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada persidangan DUN yang akan memfokuskan kepada pembentangan bajet 2011. "Ini adil kepada semua pihak yang mungkin tidak dapat beri tumpuan kerana ketika itu pilihan raya kecil Galas sedang berlangsung," katanya.

Beliau berkata persidangan akan berlangsung sehingga 11 November.

Baru-baru ini Mohd Nassuruddin dilapor berkata persidangan itu akan berlangsung seperti yang dijadualkan dan hanya ditangguh sehari iaitu pada 4 November yang merupakan hari pengundian DUN Galas.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas diadakan selepas wakilnya Chek HashimSulaima dari PAS meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lepas.


03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Apa Kata Nik Aziz Bila Wakil Rakyat PAS <b>Kelantan</b> Sindir Suruh <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 07:02 PM PDT

October 18, 2012   ·   33 Comments

nik mazian

Nampaknya salah seorang wakil rakyat PAS di Kelantan bakal berhadapan dengan jutaan caci maki dan kutukan pedas apabila dia dilaporkan menyindir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk melepaskan "baton" yang dipegangnya sejak sekian lama.

ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed dalam kenyataan halusnya ketika sidang DUN membahaskan bajet negeri itu menasihatkan supaya mana-mana pemimpin yang sudah tua dan uzur supaya melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih muda dan kuat.

Paling pedas, Nik Mazian menegaskan bahawa adalah sangat tidak sesuai bagi seseorang pemimpin yang sudah tua itu melepaskan "baton" ketika dia sedang berhenti untuk melegakan rasa lenguh di tengah jalan!

Kenyataan yang dalam dan pedas maksudnya itu dipercayai ditujukan kepada Nik Aziz apabila dia menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan itu yang sering uzur dan khuatir jika "baton" yang dipegangnya tidak sempat diserahkan kepada penggantinya…

Saya tertanya-tanya, apakah Nik Aziz akan terasa hati dengan sindiran yang tepat terkena di batang hidungnya itu?

Atau Nik Aziz hanya buat tak tahu sahaja, seolah-olah tidak faham dengan kiasan yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin PAS Kelantan itu?

Pada saya, gesaan Dr. Nik Mazian yang meminta agar Nik Aziz meletak jawatan dan tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan Kelantan atau PAS itu membuktikan tentang sikap akar umbi PAS yang mahu Mursyidul Am PAS itu bersara secepat mungkin.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang rungutan dan gesaan beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PAS yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun ketika itu, puak-puak PAS begitu marah dan seolah-olah cuba menyembunyikan fakta yang ketika itu sedang hangat diperkatakan di kalangan akar umbi, khususnya golongan pro-ulama PAS yang sudah bosan dengan "fatwa sesat" Nik Aziz.

Hakikatnya, sememangnya betul dakwaan bahawa ramai puak-puak PAS, khususnya di Kelantan sedang tertunggu-tunggu persaraan Nik Aziz dalam masa terdekat disebabkan ketidakupayaan Menteri Besar Kelantan itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua sebuah negeri.

Mereka tahu tentang jadual ketat Nik Aziz yang terpaksa mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka juga tahu tentang keadaan Menteri Besar itu yang lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur di pejabatnya.

Mereka juga sudah bosan melihat Mursyidul Am itu keluar masuk hospital dan gagal melaksanakan pentadbiran negeri itu dengan baik akibat kekangan kesihatan yang buruk dan usianya yang lanjut menyebabkan dia tidak faham banyak isu-isu moden yang berbangkit.

Malah ada di antara mereka yang mengaku malu dengan Nik Aziz yang tidak mampu memahami Bahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi untuk bertutur dalam bahasa dunia tersebut.

Selain itu, dengan ekonomi Kelantan yang masih berada di takuk lama dan prestasi yang tidak stabil turut menyebabkan mereka merasa tidak puas hati terhadap "orang tua" itu.

Persoalannya, mahukah Nik Aziz mengikut dan menuruti gesaan nasihat ADUN Gaal serta golongan akar umbi PAS di Kelantan itu?

Pada pandangan saya, Nik Aziz tetap Nik Aziz dan saya menjangkakan dia akan "buat-buat bodoh" serta akan terus bertanding pada PRU ke-13 nanti sekaligus akan mempertahankan jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya dia menang di DUN yang ditandinginya.

Sebagaimana maklum, Nik Aziz memang degil, ego dan gilakan jawatan. Dan disebabkan sifat-sifat itulah dia akan terus memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS sehingga ajal menjemputnya.

Cuma, saya mengharapkan agar ADUN Gaal tidak akan kecewa dan kecil hati selepas ini sekiranya "tiket ke syurga" miliknya ditarik balik dan dia bakal dihujani oleh pelbagai kutukan dari para penyokong "Nabi PAS" itu.

Harapan saya, usahlah pecat Dr. Nik Mazian. Bukan apa…nanti payah pula PAS nak menang bila ramai sangat pemimpin yang dipecat PAS..kan?

By


03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Jawatan Kosong Terkini <b>Di Kelantan</b> Januari 2013 | JAWATAN <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2012 04:59 PM PST


Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini di Kelantan (Minggu pertama Januari 2013).

Jawatan Kosong Pekerja Makanan Dan Minuman


Majikan :          Restoran Nasi Kandar Istimewa
Alamat :           4086 C, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru
Telefon :          09-7471012 (Abu Backer)

Jawatan :         Pekerja Makanan Dan Minuman
Kekosongan :    L = 10, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM 900.00

#       Tarikh Tutup : 28 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Setiausaha


Majikan :          PMBK Az-Zahab
Alamat :           PT 473 Tingkat 1, Bandar Baru Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bahru
Telefon :          09-7487907 (Laila)
Email :             pmbkazzahab@gmail.com

Jawatan :         Setiausaha
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Diploma
Gaji :               RM 1000.00
Keterangan :
•      Diploma Secretarial Science

#       Tarikh Tutup : 9 Januari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Pekerja Ladang


Majikan :          Pandan Klasik Sdn Bhd
Alamat :           No.4 Tingkat 1, Batu 3, Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bahru
Telefon :          09-7447239 (Ainor Izmin)
Email :             khai_othman2001@yahoo.com

Jawatan :         Pekerja Ladang
Kekosongan :    L = 100, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM 500.00

#       Tarikh Tutup : 30 Januari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Pekerja Am


Majikan :          Mastermind Smart Care Centre
Alamat :           PT 143, Jalan Kelochor, 15350 Kota Bahru
Telefon :          016-3611330 (Karen Lee)
Email :             karenlee6578@yahoo.com
Laman Web:      http://mastermindsmartcare.com

Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 0, P = 5, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM 500.00
Keterangan :
•      Membantu cikgu memantau aktiviti kanak-kanak.
•      Menyapu dan mengelap premis sebelum balik

#       Tarikh Tutup : 28 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Kerani Akaun


Majikan :          Juru Ukur Nik Hisham & Tung Sdn Bhd
Alamat :           No 4355 – H, Seksyen 27, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu
Telefon :          09-7485035 (Ms Mau)
Email :             junhnm@gmail.com

Jawatan :         Kerani Akaun
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Sijil/Diploma
Gaji :               RM 0.00
Keterangan :
•      Sijil atau Diploma Akaun SAHAJA
•      Berpengalaman
•      Berumur dari 24 - 30 tahun
•      Gaji boleh dirunding atas pengalaman

#       Calon yang berminat sila hubungi melalui telefon 09-7485035/ 09-7481554 (Tn Hj Nik Hisham)

Jawatan Kosong Kerani Guaman


Majikan :          Tetuan Nasri & Rifa'ah (Peguamcara & Peguambela)
Alamat :           Lot 3033, Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu
Telefon :          09-7717790/ 09-7717791

Jawatan :         Kerani
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma keatas
Keterangan :
•      Mempunyai kelulusan Diploma dan ke atas
•      Mahir menggunakan komputer
•      Berdisiplin dan sedia menerima arahan
•      Berpengalaman dalam pentadbiran
•      Boleh berkomuniksi dengan baik
•      Waktu bekerja 8:30 pagi hingga 5:00 petang

#       Sekiranya berminat sila majukan resume ke alamat tertera seberapa segera. Sabarang email tidak akan dilayan

Jawatan Kosong Operator Pengeluaran 

di The Eastern Garment Mfg. Co


Syarat Kelayakan

•      Mempunyai minat dalam jahitan
•      Keutamaan diberikan kepada lepasan Sijil/ Diploma dalam bidang Jahitan

#       Bagi yang berminat, sila hadirkan diri untuk ditemuduga dan bawa bersama Kad Pengenalan Asal, 2 keping gambar berukuran passport dan sijil tertinggi pada setiap hari Ahad-Khamis, bermula jam 09.00pagi-03.00petang di, atau hubungi 09-7732435:-

Encik Mohd Khairol Ariffin Bin Othman
Pegawai Sumber Manusia

The Eastern Garment Mfg. Co. (Kelantan) Sdn. Bhd.
Lot 2467-2474, Mukim Panchor Kemumin,
Kawasan Perindustrian Bebas Fasa 2,
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu


Jawatan Kosong Jurulatih Am


Majikan :          Bodypower Fitness Centre
Alamat :           PT 2298 & 2299, First Floor, Jalan Kadir Adabi ( Berek 12 ), 15200 Kota Bahru
Telefon :          013-6363461 (Tengku Norihan Tuan Abdul Kadir)
Laman Web:      http://www.BodypowerFC.com

Jawatan :         Jurulatih Am
Kekosongan :    L = 0, P = 4, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma
Gaji :               RM 1200.00
Keterangan :
•      Menyediakan dan mengendali latihan perseorangan dengan selamat dan berkesan kepada pelanggan.
•      Melakukan kerja pejabat seperti sistem fail dan perkhidmatan pelanggan
•      Diploma Sport and Fitness Administration/Management; Sport And Sport Training; Sport Education; Physical Education

#       Tarikh Tutup : 27 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Guru Tadika


Majikan :          Pintar Elit Consulting Sdn Bhd
Alamat :           No 3571-C, Tingkat 1, Seksyen 20, Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bahru
Telefon :          013-9236019 (Ainun Binti Abdullah)
Email :             ainun67@streamyx.com

Jawatan :         Guru Tadika
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       Ijazah
Gaji :               RM 800.00
Keterangan :
•      Mengajar Pendidikan Agama Islam termasuk pra-tahfiz

#       Tarikh Tutup : 26 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Doktor Veterinar & Kerani Am Pejabat


Majikan :          Jati Estetika Sdn Bhd
Alamat :           Lot 141, T/A Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang, 15150 Kota Bahru
Telefon :          09-7667520 (Suaibatul Aslamiyah Abdullah)
Email :             jati.estetika@gmail.com

Jawatan 1:       Doktor Veterinar
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Ijazah
Gaji :               RM 2000.00
Keterangan :
•      Ijazah Animal Nutrition/ Animal Health

Jawatan 2:       Kerani Am Pejabat
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma
Gaji :               RM 800.00
Keterangan :
•      Kerani Am dan Akaun
•      Diploma Perakaunan

#       Tarikh Tutup : 26 Januari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Kerani Pentadbiran & Jurujual


Majikan :          Dua Badak Industries (M) Sdn Bhd
Alamat :           PT 177, Kedai Ketereh, 16450 Ketereh
Telefon :           09-7886687 (Rosli Bin Ariffin)
Email :             duabadak@yahoo.com.my
Laman Web:      http://2badakindustries.com

Jawatan 1:       Kerani Pentadbiran Jualan Pengeluaran
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       STPM
Gaji :               RM 900.00
Keterangan :
•      Merangkap Penyelia Kilang
•      Memantau dlm aspek pengeluaran produk
•      Menyelaras pesanan stok dari pelanggan
•      Pemantauan kerja kakitangan dan lain2 kerja yg berkaitan dengan pengurusan.
•      Pengalaman Berkaitan Diperlukan: 6 Bulan

Jawatan 2:       Jurujual
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 1000.00
Keterangan :
•      Melaksanakan Tugas Pemasaran Produk Keluaran Syarikat Dengan Van Ke Semua Premis Yang Ada Di Kelantan
•      Mempunyai 1 tahun pengalaman
•      Mempunyai lesen B2, D + GDL
•      Umur : 25 - 29 tahun

#       Tarikh Tutup : 9 Januari 2013

Jawatan Kosong Pekerja Am


Majikan :          Ago Tani Peringat Sdn.Bhd.
Alamat :           Lot 2132, Jalan Pasir Puteh, Peringat , 16150 Kota Bharu
Telefon :          012-4671789 (Hong Chin Chuan)
Email :             agotaniperingat@yahoo.com

Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 800.00

#       Tarikh Tutup : 9 Januari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Juruaudit


Majikan :          Saifudin & Co.
Alamat :           Unit 2A, 2nd Floor, PT 309, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bahru
Telefon :          09-7483660 (Cik Hanadira)
Email :             admin@snco.com.my

Jawatan :         Juruaudit
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Ijazah
Gaji :               RM 1000.00
Keterangan :
•      Audit firm located in Jln Kebun Sultan,KB.Bachelor in Accounting.
•      Min 2nd Class Upper or equivalent.
•      Prioritise male.
•      Can start work immediately.

#       Tarikh Tutup : 24 Februari 2013

#       Interested candidate,pls email CV with recent passport-sized photograph together with detailed transcript to norhanadira@snco.com.my

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Walk In Interview di G-Orange Homemart Sdn Bhd


Majikan :          G-Orange Homemart Sdn Bhd
Alamat :           Lot 2138, Wisma G-Orange, Batu 4 ¼, Jalan Kuala Krai, Tunjung, 15050 Kota Bahru
Telefon :          09-7125555 (Ms Law/ Cik Suhada)
Email :             humanresources@g-orange.com.my

Jawatan 1:       Kerani Account
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       SPM Ke atas
Gaji :               RM 700.00
Keterangan :
•      Berpengalaman dan berpengatahuan dalam bidang account

Jawatan 2:       Kerani Purchasing
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan :       SPM Ke Atas
Gaji :               RM 700.00

Jawatan 3:       Tukang Jahit
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       Tamat Tingkatan III
Gaji :               RM 500.00
Keterangan :
•      Berpengalaman sebagai tukang jahit

Jawatan 4:       Customer Service
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 500.00


#       Tarikh Tutup : 3 Mac 2013

#       Calon yang berminat sila hadir terus ke G-Orange Homeart untuk Walk In Interview atau hantar Resume


Jawatan Kosong Perunding Kecantikan


Majikan :          Spa-Q Beauty & Collection
Alamat :           No 4, Tingkat 1, Bangunan Majlis Daerah Besut, 22000 Jerteh
Telefon :          019-9849120 (Hazana bt Yusof)
Email :             hazana.yusof@yahoo.com

Jawatan :         Perunding Kecantikan
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Sijil
Keterangan :
·                Keutamaan diberikan kepada mereka yang berpengalaman dalam rawatan muka dan badan
·                Gaji boleh dirunding berdasar pengalaman kerja


#       Tarikh Tutup : 31 Januari 2013

#       Calon yang berminat boleh menghubungi Puan Hazana bt Yusof di talian 019-9849120 untuk pertanyaan lanjut

Jawatan Kosong Pembantu Tadika


Majikan :          Tadika Qurratu Ayun
Alamat :           No 3917-C, Jalan Embi, (Jalan Sekolah Naim Lil Banat), 15150 Kota Bharu
Telefon :          013-9389833 (Abdul Halim bin Hamat)
Email :             halimhamat@yahoo.com.my

Jawatan :         Pembantu Tadika
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       SPM Aliran Agama

#       Sila hubungi melalui telefon 013-9389833/ 014-8081919 (Abdul Halim bin Hamat )

Jawatan Kosong Buruh Pemasangan

Majikan :          Goh Yong San
Alamat :           Lot 4258 Jalan 8, Kawasan Perindustrian II, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bahru
Telefon :          09-7483579 (Noorharizan Bin Mooktar)

Jawatan :         Buruh Pemasangan
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 20
Kelayakan :       STPM
Gaji :               RM 800.00

#       Tarikh Tutup : 9 Januari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Kerani Akaun


Majikan :          Soon Seng Motors (1979) Sdn Bhd
Alamat :           6040 B & C, Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bahru
Telefon :          017-9382088 (Chris)

Jawatan :         Kerani Akaun
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       STPM
Gaji :               RM 600.00
Keterangan :
•      Mempunyai pengetahuan dalam akaun dan organizing.
•      Berpengalaman, separa pengalaman boleh memohon
•      1 tahun pengalaman

#       Tarikh Tutup : 21 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Mekanik

Majikan :          SBK Readymix Sdn Bhd
Alamat :           PT 7273 Tingkat 1, Taman Mesra, 18300 Gua Musang
Telefon :          09-9120313 (Miss Cheong)
Email :             sbk_readymix@yahoo.com

Jawatan :         Mekanik
Kekosongan :    L = 2, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 2000.00
Keterangan :
•      Kemahiran Dalam Mengendalikan Kenderaan Diesel Engine V8 ,10 Tayar

#       Tarikh Tutup : 21 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Guru Tadika


Majikan :          Tadika Kanak-Kanak Cemerlang
Alamat :           Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu
Jawatan :         Guru Tadika
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM 
Telefon :          019-9157095 (Puan Salmi bt Abdullah)

#       Cara Memohon ialah dengan Telefon 019-9157095/ 09-7962818 (Puan Salmi)

Temuduga Terbuka Pengawal Keselamatan Di JMC Kota Bharu


Tarikh :9 Januari 2013 (Rabu)
Masa:9:00 pagi – 4:30 petang
Tempat:Pusat JobsMalaysia (JMC) Kota Bharu,
Tingkat Bawah, Wisma PERKESO,
PT 304 – 307, Jalan Kota Darul Naim,
15150 Kota Bharu

Telefon : 09-7419878

Majikan :          Mahmood Security (M) Sdn Bhd
Alamat :           No. 9, Jalan 3/108C, Taman Sungai Besi,  57100 Kuala Lumpur
Telefon :          03-7980 9561 (Capt (R) Shahril Hashim)
Email :             shahril@mahmoodsecurity.com

Jawatan :         Pengawal Keselamatan
Kekosongan :    L = 20, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Tamat Sekolah Rendah
Gaji :               RM 900.00
Keterangan :
•      Warganegara Malaysia
•      Berumur di antara 18 hingga 55 tahun.
•      Boleh menulis dan membaca
•      Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah:
•      Ketinggian minima 1.57m tanpa sepatu
•      Berat badan minima 48 kg
•      Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata
•      Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
•      Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental
•      Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah

#       Tarikh Tutup : 9 Januari 2013

#       Calon berminat sila hadir ke Temuduga Terbuka pada 9 Januari 2013 (Rabu), 9:00 pagi – 4:30 petang, bertempat : di Pusat JobsMalaysia (JMC) Kota Bharu, Tingkat Bawah, Wisma PERKESO, PT 304 – 307, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu

Jawatan Kosong Pembuat Perabot


Majikan :          Ellai Jaya Enterprise
Alamat :           B 660 Taman Selasih, Jalan Jedok, 17500 Tanah Merah
Telefon :          012-9833393 (Sharif Bin Rahim)
Email :             ELLAI888@yahoo.com

Jawatan :         Pembuat Perabot
Kekosongan :    L = 6, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Sijil Kemahiran
Gaji :               RM 800.00
Keterangan :
•      Sijil Kemahiran - Pembuat Perabot

#       Tarikh Tutup : 17 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Pengurus Tapak


Majikan :          SBK Readymix Sdn Bhd
Alamat :           PT 7273 Tingkat 1, Taman Mesra, 18300 Gua Musang
Telefon :          09-9120313 (Miss Cheong)
Email :             sbk_readymix@yahoo.com

Jawatan :         Pengurus Tapak
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 2000.00
Keterangan :
•      Plant In Charge/ Supervisor
•      2 tahun pengalaman kerja

#       Tarikh Tutup : 17 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Admin Assistant


Majikan :          Teraslab Saintifik Sdn Bhd
Alamat :           1201,Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bahru
Telefon :          09-7713661 (Rabiatul Adawiah Binti Ab Rahaman)
Email :             enquiry@teraslab.com.my

Jawatan :         Admin Assistant
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Sijil
Keterangan :
•      Memiliki minimum Sijil/ Diploma/ Ijazah dalam sebarabg bidang. Bidang Sains adalah diutamakan
•      Keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun
•      Mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam bidang kerja
•      Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan memuaskan
•      Bertanggungjawab dan berdikari

#       Tarikh Tutup : 10 Januari 2013

#       Individu-individu yang berminat, sila hantar resume melalui pos/ e-mail atau datang sendiri untuk mengisi borang di alamat berikut :-

Teraslab Saintifik Sdn Bhd
1201,Taman Uda Murni,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu

Tel: 09-7713660
Fax : 013-9300690 (Pn Rabiatul Adawiah)
Email : rabiatuladawiah@teraslab.com.my

Jawatan Kosong Buruh Pembuatan


Majikan :          New Seng Furniture & Trading
Alamat :           Lot 1389-B, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Seksyen 53, Mukim Demit, 16150 Kota Bahru
Telefon :          019-9805761 (Lee Chiang Seng)

Jawatan :         Buruh Pembuatan
Kekosongan :    L = 25, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM 850.00

#       Tarikh Tutup : 16 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Pekerja Makanan Dan Minuman


Majikan :          Restoran Khaleel Sdn Bhd
Alamat :           S/54 Lot 572, 3 1/2, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bahru
Telefon :          012-4763631 (Haleel Rahman)

Jawatan :         Pekerja Makanan Dan Minuman
Kekosongan :    L = 10, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM 900.00

#       Tarikh Tutup : 16 Februari 2013

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Kerani Pentadbiran


Majikan :          Saifudin & Co.
Alamat :           Unit 2A, 2nd Floor, PT 309, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bahru
Telefon :          09-7483660 (Cik Hanadira)
Email :             admin@snco.com.my

Jawatan :         Kerani Pentadbiran
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 1000.00
Keterangan :
•      Pembantu Pejabat cum Despatch/Pembantu Teknologi Maklumat.
•      Kelayakan SPM atau setarafnya.
•      Lelaki sahaja.
•      Umur 20-26 tahun.
•      Memiliki lesen memandu B2 & D.
•      Mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer.

#       Tarikh Tutup : 16 Februari 2013

#       Berminat, sila email resume (beserta gambar) ke norhanadira@snco.com.my atau hubungi di talian 09-7483660

Jawatan Kosong Perunding Insuran


Majikan :          Imtiaz Agency & Consultancy
Alamat :           PT 383, Tingkat 2, Depan MBB Wakaf Siku, Jalan Sultan Yahya Petra 15150 Kota Bharu
Telefon :          012-9212701/ 09-7486655  (En. Aris b. Zakaria)

Jawatan :         Perunding Insuran
Kekosongan :    L = 50, P = 50, L/P = 0
Kelayakan :       SPM ke atas
Keterangan :
•      Mahir berkomunikasi dan keyakinan diri

#       Tarikh Tutup : 31 Januari 2013

#       Sekiranya berminat sila hubungi En. Aris di talian 012-9212701

SILA KONGSI JAWATAN INI SEKARANG :

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


aduan rakyat - masalah nelayan parit <b>perupok di</b> dun maharani

Posted: 13 Mar 2010 09:15 AM PST

Parit Perupuk Laut, Rabu 3 Mac 2010


YB Dr. Mohammad  Taslim bersama AJK DUN Maharani telah  menemui nelayan-nelayan di Parit Perupok Laut, Jalan Jonid, Muar. Nelayan-nelayan tersebut melalui Persatuan Nelayan  telah mengadu di   Pusat Khidmat ADUN Maharani, Parit Bakar,Muar berkaitan peparitan di Jeti mereka. Parit laluan mereka ke laut terlalu sempit, cetek dan di kiri kanan parit  ditumbuhi pokok-pokok. Masalah ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab beberapa tahun yang lalu tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan. Sekiranya mereka ini berlarutan ini akan menjejaskan pendapatan para nelayan.YB Dr Mohammad telah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar untuk tindakan lanjut.

Pada hari Rabu 3 Mac 2010 jam 10.45 pagi YB Dr Mohammad telah turun padang bersama rakyat untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh nelayan tersebut.Turut hadir wakil Juruterta JPS Daerah Muar dan wartawan akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental  Daily News). Mereka mendengar permasalah nelayan serta keluhan mereka. 

YB Dr Mohammad, para tetamu  dan wartawan  telah  dibawa menaiki bot nelayan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh para nelayan di situ. Pihak JPS berjanji akan membawa masalah  kepada pihak yang berkenaan  kerana kawasan ini juga di bawah  kelolaan Majlis Perbandaran Muar.Masalah di jangka dan diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.

 Di antara permohonan nelayan tersebut ialah:
1. Mendalam dan melebarkan parit laluan mereka ke Selat Melaka,
2. Menebang pokok-pokok yang menutupi tebing parit,
3. Mendirikan pondok yang berlampu di jeti,
4. Menaiktaraf jalan di tepi parit menghala ke laut,
5. Memasang lampu jalan dan lampu isyarat supaya mudah mereka kembali ke jeti ketika keluar waktu malam atau awal pagi.

 Perahu tersadai di atas lumpur menunggu air pasang

baru nelayan dapat turun ke laut.Ini merugikan masa mereka.

Cetek...sempit...semak....inilah laluan nelayan ke laut.

Nak ke laut? Perahu pu tak boleh lalu....

Perhatikan betapa ceteknya  parit semasa air surut. 
Perahu/bot nelayan  terpaksa menunggu air penuh baru boleh ke laut. 
Ini merugikan masa dan menjejaskan tangkapan mereka.

YB Dr Mohammad bersama AJK DUN Maharani,

En.Adam Ketua Persatuan Nelayan

dan wakil Jurutera JPS Muar 

 YB Dr Mohammad dan Wakil Jurutera JPS di temuramah wartawan

YB menyerahkan salinan surat aduan  kepada  JPS .

diperhatikan oleh (kiri) En. Mohamad Husein,Ketua Kampong Sri Jong

dan (kanan) Sdr Abd Razak. 

En Adam menerima salinan surat aduan dpd YB Dr Mohammad

Serius nampaknya YB berbincang dengan wakil JPS

 Wartawan menemuramah para nelayan

Wartawan turut turun ke laut untuk membuat tinjauan

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan,ke laut bersama nelayan

YB dan AJKnya bergambar bersama Ketua  nelayan.

Dari kiri Sdr Lokman,Sdr Abu Bakar,En Adam,YB dan Sdr Rozi

Sedikit  sumbangan kepada En. Adam yang mewakili  nelayan

Berita di atas tersiar dalam semua akhbar perdana berbahasa Cina edisi Johor

keesokan harinya.


 



03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


INANI CRAFT & DESIGN: Jom lawat kilang kami <b>di Pasir Mas</b>!

Posted: 25 Aug 2010 11:31 PM PDT

Kepada sesiapa yang melawat ke Kota Bharu atau Rantau Panjang atau nak ke Sempadan Thailand
Jgn lupa singgah di kilang Inani Craft di 
PROMOSI KILANG INANI CRAFT!
DAPATKAN HARGA MENARIK DI SANA!

HINGGA 31 OGOS 2010 !!



ALAMAT INANI CRAFT:

Sistem Pengairan KADA,
Kg. Lati, Pasir Mas,
Kelantan.
*Puan Zuraidah-019-9219199*


JUMPA DI SANA!! DI SANA!! DI SANA!!

ads